You are on page 1of 21

ILLKM KUCHING (KESIHATAN AWAM)

PUSAT LATIHAN AMALI MIRI

TAJUK : BENCANA ALAM

NAMA PELATIH NO. MATRIK


ABANG KHALIT BIN ABANG MOHAMMAD BPPKP2017-0917

MOHD. YUNUS IRWAN AHMAD SHUKOR BPPKP2017-0947

MUHAMAD ZULKERNAIN BIN LATIP BPPKP2017-0950

SHERMAN TRINSES ANAK ADRIAN BPPKP2017-0958

ZAHRIL BIN ISMAIL ABIL BPPKP2017-0961

ZAIDIL BIN SUKRI @ CHIL BPPKP2017-0962


DEFINISI BENCANA

• Suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan


mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda
atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

• Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber,


peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada
banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana
kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa
panjang.
JENIS-JENIS BENCANA ALAM

Jenis bencana Contoh


1 Bencana dari cuaca Ribut, kesejukan,kemarau
2 Bencana dari mukabumi Banjir,tanah runtuh
3 Bencana dari dlaam bumi Gempa bumi, letupan gunung berapi
4 Kemalangan Kebakaran.pelanggaran, letupan loji
CONTOH BENCANA : BANJIR
ORGANISASI PENGURUSAN BANJIR
PERINGKAT KEBANGSAAN
Ahli jawatankuasa :
1. Ketua Pengarah Kesihatan(KPK) - Pengerusi
2. Timb. KPK - Naib Pengerusi
3. Timb. Ketua Setiausaha (Kewangan)
4. Timb. Ketua Setiausaha (Pengurusan)
5. Pengarah Kwln Penyakit
6. Pengarah Perkembangan Perubatan
Urusetia
7. Pengarah Hosp. Kuala Lumpur
8. Pengarah Bhgn Pddkn Kesihatan
9. Pengarah Bhgn Kwln Mutu Mknn
10. Pengarah Bhgn Kshtn Keluarga
Bidang Tugas J/Kuasa Pengurusan Banjir Peringkat KKM

1. Menyedia, menyemak dan mengemaskini garispanduan pengurusan


Kesan Kesihatan Akibat Banjir.
2. Memberi input teknikal berkaitan dengan tindakan-tindakan semasa
kecemasan.
3. Memberi arahan untuk menubuhkan bilik gerakan di KKM dan di
JKN.
4. Menyampaikan maklumat dan menyelaras semua aktiviti negeri dan
memberikan bantuan sekiranya perlu.
5. Menilai dan memantau aktiviti-aktiviti dalam negara.
6. Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan oleh anggota kesihatan.
7. Menyediakan maklumbalas dan cadangan kepada j/kuasa peringkat
kebangsaan dan negeri.
8. Mengadakan mesyuarat kerap mungkin bergantung kepada
keperluan dan situasi semasa banjir dan sekurang-kurangnya setiap
enam bulan sekali.
9. Menyelaras sumber-sumber untuk pengurusan banjir.
10. Menyedia, menyemak dan menganalisa laporan j/kuasa peringkat
negeri serta menyediakan maklumbalas kepada j/kuasa peringkat
kebangsaan.
11. Menyedia sistem laporan yang seragam.
ORGANISASI PENGURUSAN BANJIR
PERINGKAT KEBANGSAAN
Ahli Jawatankuasa :
1. Pengarah Kesihatan Negeri - Pengerusi
2. Timb. Peng. Kes. Negeri (KA-naib Pengerusi, PERUBATAN, PENGURUSAN&FARMASI)
3. Pengarah Hosp. Utama Negeri
4. Ketua Pen. Pengarah (KPAS, EPID, VEKTOR, KES, PRIMER & NCD)
5. Jurutera Kesihatan Umum Negeri
6. Peg. Tekn. Makanan
7. Peg. Pddkn Kesihatan Negeri
8. Ketua Pen. Peg. Kes. Persekitaran (KPPKP)
9. Ketua Penyelia Jururawat Negeri
10. Ketua Pen. Peg. Perubatan Negeri
Bidang Tugas J/Kuasa Pengurusan Banjir (Kesihatan)
Peringkat JKN
1. Melaksanakan dasar dan strategi Pengurusan Banjir (Kesihatan) Negeri dalam
mengendalikan kesan banjir ke atas kesihatan umum di peringkat negeri.
2. Memberi maklumbalas keperluan untuk pengurusan dan bantuan banjir seperti
bantuan logistik dan pengambilalihan (requisition) peralatan/jentera kepunyaan
lain-lainagensi Kerajaan/Swasta yang diperlukan secara sementara.
3. Menyelaras kemudahan dan keperluan kepada pasukan kesihatan dalam aspek
makanan, pemindahan, perubatan, rawatan, PPE dll.
4. Mengerakkan Pusat Kwln Operasi Banjir (PKOB) (Kesihatan) Negeri apabila
bencana tahap II.
5. Mewujudkan satu babak data/senarai inventori mengenai peralatan.
kelengkapan dan senarai kepakaran di peringkat negeri yang diperlukan dalam
pengurusan kesan kesihatan akibat banjir.
6. Mewujudkan sistem pengumuman dan amaran mengenai akibat dan kesan
banjir ke atas kesihatan untuk makluman orang ramai.
7. Mengadakan latihan berkaitan dari semasa ke semasa melibatkan agensi-agensi
dan anggota Jabatan di peringkat daerah dan negeri.
8. Menjalankan kajian dan mengumpul maklumat mengenai potensi dan risiko
kejadian banjir di daerah/negeri.
9. Menentu dan menjalankan post mortem selepas sesuatu kejadian banjir serta
memperakukan cadangan-cadangan bagi mentasi apa-apa kelemahan yang
dikenalpasti.
10. Meminta agensi-agensi berkenaan mengemukakan laporan berkaitan kesihatan
mengenai langkah-langkah pencegahan yang telah diambil bagi
mencegah/mengurangkan impak banjir ke atas kesihatan.
11. Menentukan kelancaran dan keberkesanan perlaksanaan tindakan di peringkat
negeri oleh agensi-agensiyang terlibat dalam langkah-langkah pencegahan,
pengawalan, pendidikan serta latihan menghadapi banjir berjalan lancar dan
berkesan.
12. Menyediakan laporan mengenai pengendalian dan pengurusan kesan kesihatan
akibat banjir yang berlaku meliputi aspek bantuan rawatan kecemasan dan
pemulihan yang diberikan kepada mangsa.
13. Menjadi penghubung di antara J/kuasa Pengurusan Banjir (Kshtn) Peringkat
JKN n J/kuasa Bencana Negeri.
PELAN TINDAKAN UNTUK PASUKAN
KESIHATAN DI DAERAH/BAHAGIAN
SEBELUM BANJIR

1. Menyediakan direktori telefon pegawai-pegawai utama dalam perkhidmatan


kesihatan daerah dan mengedarkannya kepada hospital, KK dan KD di daerah.
2. Menyediakan senarai kakitangan yang akan bertugas di Bilik Gerakan Banjir
bahagian/daerah.
3. Membentuk Pasukan Kesihatan dan Pasukan Perubatan di PKD dan setiap KK
di dalam daerah.
4. Pasukan Kesihatan terdiri daripada PPKP, JK, JM, PKA, Pemandu dan PRA
5. Pasukan Perubatan terdiri daripada Doktor, MA, JK, JM, Attendan Kesihatan
dan Pemandu.
6. Menyemak stok ubat-ubatan, vaksin Ty2 dan peralatan yang diperlukan serta
memastikan ianya mencukupi bagi kegunaan apabila berlaku banjir.
7. Menyemak dan memastikan semua ambulan di setiap KK dalam keadaan baik
dan lengkap dengan kelengkapan yang diperlukan eg : tangki oksigen, kotak
kecemasan dll.
8. Menyediakan kenderaan dan pemandu dalam keadaan standby untuk kegunaan
semasa banjir.
9. Melawat dan memeriksa tempat yang akan dijadikan sebagai pusat pemindahan
banjir serta memastikan bekalan air dan kemudahan sanitasi yang baik.
10. Meningkatkan pengawasan terhadap penyakit diarea dan demam denggi.
11. Meningkatkan pengawasan pembiakan vektor lalat dan tikus di kawasan yang
mungkin dilanda banjir.
12. Mengedarkan senarai jabatan/agensi awam dan NGO yang memberi bantuan
kepada setiap KK dan KD.
SEMASA BANJIR

Pasukan Kesihatan bertugas melawat ke setiap pusat pemindahan dan kawasan yang
terlibat dengan banjir setiap hari untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit
melalui :

1. Mengawasi kebersihan alam sekitar, termasuklah sanitasi, pencahayaan dan


pengudaraan.
2. Mencegah pembiakan vektor lalat, lipas dan tikus.
3. Mengawasi dan memastikan bekalan air yang selamat.
4. Mengawasi dan memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang
dibekalkan dan disediakan.
4. Memberikan pendidikan kesihatan mengenai penyakit berjangkit, kebersihan
alam sekitar, keselamatan air, makanan, dll.
5. Melaporkan keadaan mangsa banjir dan tindakan pencegahan yang telah
diambil kepada Urusetia Bilik Gerakan Banjir bahagian/daerah.
6. Memberikan imunisasi Tifoid kepada setiap pengendali makanan yang terlibat
dalam penyediaan makanan.
SELEPAS BANJIR

Pasukan Kesihatan bertangungjawab untuk mengambil tindakan pencegahan dan


pengawalan penyakit berjangkit melalui :

1. Mengekalkan kebersihan alam sekitar dan sanitasi pusat pemindahan yang masih
beroperasi.
2. Meningkatkan pengawasan vektor lalat, lipas, tikus dan nyamuk.
3. Memastikan bekalan air yang selamat diterima oleh penduduk yang terlibat
dengan banjir, pengklorinan telaga dll.
4. Meningkatkan aktiviti persampelan dan pemeriksaan kualiti air minum di
kawasan yang terlibat
5. Memberikan khidmat nasihat teknikal bagi pembinaan tandas baru, pelupusan
sisa pepejal dan air perlimbahan kepada penduduk yang terlibat.
6. Meningkatkan aktiviti persampelan dan pemeriksaan premis makanan di
kawasan yang terlibat
7. Meneruskan aktiviti pendidikan kesihatan.
8. Meneruskan pengawasan terhadap kejadian diarrhea dan demam denggi di
kawasan yang terlibat.
PROSEDUR 11(1) :
Menentukan jenis perkhidmatan yang hendak diberi
PROSEDUR 11(2) :
Menerangkan peranan serta tanggungjawab pasukan-pasukan
yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana
yang berlaku
PROSEDUR 11(3) :
Menjalankan langkah-langkah kawalan dan pengawasan pusat-
pusat penempatan bencana

You might also like