You are on page 1of 55

PROSEDUR PERUNDANGAN

KPPP2214
OBJEKTIF AM

• Dalam bab ini, anda akan mengetahui cara-cara


untuk penyediaan Pertuduhan, Fakta Kes,
Saman dan Waran Tangkap untuk
dikemukakan ke mahkamah.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada hujung sesi ini anda dapat:
1. Menerangkan maksud Pertuduhan.
2. Menerangkan objektif Pertuduhan.
3. Menerangkan cara penyediaan Pertuduhan.
4. Mempraktikkan cara penyediaan Pertuduhan.
5. Menerangkan maksud Saman
6. Menerangkan tujuan penyediaan saman.
7. Menerangkan cara penyediaan Saman.
8. Menerangkan maksud saman kepada saksi.
9. Menerangkan maksud waran tangkap.
PENGENALAN
Apabila keputusan telah dibuat oleh sesebuah agensi penguatkuasaan
undang-undang, untuk meneruskan pendakwaan kesalahan jenayah
setelah menerima sanksi atau keizinan mendakwa;
1.Pertama; penyediaan Pengaduan. (Disediakan dalam borang yang
sedia ada).
2.Kedua; menyediakan Pertuduhan dan Saman. (dokumen ini perlu
disedia dalam borang yang sedia ada).
3.Kesemua dokumen ini perlu diisi dalam tiga salinan.
4.Dokumen-dokumen ini perlu dihantar ke mahkamah untuk proses
pendaftaran kes.
MAKSUD PERTUDUHAN
• Pertuduhan perlu dirangka samada oleh pegawai
penyiasat atau pegawai pendakwa sendiri.
• Rangka pertuduhan itu harus mematuhi seksyen 152 dan 153,
Kanun Prosedur Jenayah.
• Pertuduhan adalah dakwaan perbuatan salah terhadap
seseorang mengikut peruntukan undang – undang Sek
152 KPJ.
• Ia merupakan satu dokumen formal tuduhan yang
disediakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
• Ia menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh
tertuduh.
SETIAP PERTUDUHAN HARUS
MENGANDUNGI BUTIR-BUTIR
BERIKUT:
1. Masa dan tempat kesalahan berkenaan itu
berlaku;
2. Mangsa orang atau benda (jika bekenaan)
yang telah diperlakukan kesalahan itu;
3. Penggunaan bahasa undang-undang dan
rujukan seksyen undang-undang yang
tepat;
4. Seksyen yang menyatakan hukuman
berkenaan kesalahan itu; dan
5. Hanya satu kesalahan sahaja dibenarkan
• Selepas merangka pertuduhan, pihak
pendakwa dikehendaki menaip pertuduhan
dengan menggunakan borang yang dikenali
sebagai Kertas Pertuduhan.
• Terdapat dua jenis Kertas Pertuduhan iaitu
• Mahkamah 114 (Borang A) digunakan jika
terdapat seorang tertuduh sahaja dan
• Mahkamah 113 (Borang B) digunakan apabila
terdapat lebih daripada seorang tertuduh.
• Setiap Kertas Pertuduhan hendaklah
mengandungi butir-butir yang dinyatakan
dalam sekseyn 176(2) KPJ.
PERTUDUHAN BOLEH
DIBUAT:
• Selepas seseorang ditangkap di tempat kejadian jenayah atau semasa /
selepas penyisatan jenayah,
• Selepas seseorang ditangkap berdasarkan waran tangkap
yang dikeluarkan oleh mahkamah dan
• Selepas penerimaan pengaduan oleh pihak mahkamah.
OBJEKTIF
PERTUDUHAN.
• Untuk menyatakan identiti dan alamat
sebenar orang kena tuduh.
• Untuk merekodkan jenis hukuman
yang dikenakan.
• Untuk menerangkan tarikh, masa jenis
kesalahan dan hukuman.
• Sebagai kayu pengukur bagi hakim
samada semua beban pembuktian telah
dapat dikemukakan oleh pendakwa
berdasarkan ramuan yang terkandung
BAGAIMANA
MENYEDIAKAN
PERTUDUHAN.
• Guna borang Mahkamah 114 jika
seorang sahaja dituduh
• Jika ruangan tidak mencukupi
gunakan lampiran.
• Bagi tuduhan lebih dari seorang
guna borang Mahkamah 113
BUTIRAN YANG
PERLU ADA DI
DALAM
PERTUDUHAN.
• Menyatakan kesalahan (Seksyen 152(i)
KPJ)
• Menggunakan perkataan yang sama seperti
yang terdapat didalam seksyen undang
undang (Seksyen 152(ii) KPJ)
• Atau perkataan yang hampir dan mudah
difahami (contoh: abu telah melakukan
Pencabulan (pencerobohan) keatas tanah
rezab kerajaan ) ( Sek 152 (iii) KPJ)
• Sebutkan seksyen kesalahan ( Sek 152(iv)
DI MANA TERTUDUH DITUDUH?
• Bila Kertas Pertuduhan didaftarkan, satu nombor akan diperuntukkan.
• Tertuduh akan dituduh secara rasminya di dalam mahkamah terbuka
di mana orang awam mempunyai akses.
• Seseorang majistret atau hakim mahkamah sesyen tidak diberi kuasa
untuk memulaukan orang awam tanpa apa-apa peruntukan-peruntukan
statut.
• Walau bagaimanapun, majistret atau hakim mahkamah sesyen boleh
memulau atau menghalau orang yang mengganggu proseding
mahkamah.
• Tertuduh boleh dibawa ke mahkamah samada dengan saman atau
ditangkap.
• Sekiranya beliau tidak hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang
disebutkan, maka waren tangkap boleh dikeluarkan oleh pihak
mahkamah berkenaan.
BORANG PERTUDUHAN UNTUK LEBIH DARI
SATU TERTUDUH MAHKAMAH 113 (HADAPAN).
CONTOH KONTEN
PERTUDUHAN.
• Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih
kurang jam 2.50 petang , dipremis No.426,
Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya, Dalam
Daerah Seremban, Dalam Negeri Sembilan, telah
didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu
membiak jentik-jentik nyamuk aedes aegypti,
sejenis serangga pembawa penyakit, di dalam
bekas plastik yang terletak di atas peti televisyen di
ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu
kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta Pemusnahan
Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000
PERINGATAN PENTING!!
• Pertuduhan berasingan bagi kesalahan yang berlainan dan
setiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan. – (Sek.
163, KPJ)
yang dilakukan dalam tempoh 12
• Tiga kesalahan yang sama jenisnya
bulan boleh dipertuduhkan bersama. – (Sek.164, KPJ)
FAKTA KES
• Dokumen yang terdapat dalam Kertas Siasatan.
• Merupakan suatu ringkasan fakta yang mengandungi
butiran atau elemen yang cukup bagi menjadikan
suatu kesalahan.
• Tujuan penyediaan FK, adalah menyokong fakta
perakuan bersalah oleh OKS di Mahkamah, agar
Majistret memastikan tertuduh memahami sifat dan
akibat akuannya.
KENAPA MAHKAMAH PERLU MEMASTIKAN
TERTUDUH MEMAHAMI SIFAT DAN AKIBAT
AKUANNYA?

•Sebabnya, Mahkamah pun perlu mematuhi


sek.173(b), KPJ iaitu peruntukan prosedur dalam
perbicaraan terus.
• Supaya Mahkamah dapat merekod pengakuan OKS sama
ada pertuduhan tersebut yang asal atau yang telah
dipinda dan bolehlah mahkamah sabitkan dan jatuhkan
hukuman menurut undang-undang.
Fakta kes
•Sekiranya tertuduh mengaku salah, pihak pendakwa hendaklah
mengemukakan fakta -fakta kes
•Tertuduh mesti ditanya sama ada dia mengaku akan fakta –fakta
kes
•Jika tertuduh mengaku fakta kes, mahkamah akan merekod
sabitan terhadap tertuduh
•Jika tertuduh membantah fakta-fakta itu mahkamah harus tolak
pengakuan bersalah tertuduh dan menetapkan tarikh bicara
Butir-butir fakta kes
1. Fakta kes hendaklah menunjukkan kesalahan seperti
dalam pertuduhan, nama spesifik dalam statut.
2. Mesti mengandungi semua intipati kesalahan
3. Hendaklah megandungi fakta yang boleh dibuktikan oleh pendakwaan
dan yang diperlukan dalam pertuduhan.
a) Tarikh, masa, tempat dan orang berserta no. Kad Pengenalan / pasport
b) Pelanggaran undang-undang – no. seksyen, peraturan
c) Jenis hukuman berserta no. seksyen, peraturan.
d) Orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian / orang lain yang terlibat

4.Tidak perlu suatu cerita yang panjang lebar

5. Panjang sesuatu fakta kes bergantung kepada jenis kes, intipati


kes dan pertuduhan.
PERBINCANGAN ;

• Apakah cara dan kaedah untuk memaksa individu


yang melakukan kesalahan hadir ke mahkamah?
• Selain dari KPJ, adakah statut kesihatan awam
yang memperuntukan cara untuk memaksa
individu yang melakukan kesalahan hadir ke
mahkamah?
PERNAH KENA
SAMAN…?
SAMAN.
• Saman adalah satu dokumen undang-undang yang
dikeluar dan disah oleh mahkamah yang menghendaki
kehadiran seseorang untuk menjawab pertuduhan yang
dihadapkan ke atas beliau.
• Di negara kita, peruntukan tentang saman diterangkan
dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
• Bentuk saman diterangkan di seksyen 34(1) KPJ.
• Menurut Seksyen 34 (2) KPJ, saman biasanya
disampaikan oleh polis tetapi boleh juga disampaikan
oleh orang lain dengan kebenaran mahkamah.
APAKAH KES
Kes Saman
• Seksyen 2, KPJ;
SAMAN? adalah suatu kes berhubung
dengan suatu kesalahan yang bukannya menjadi kes waran.
• Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap
Undang-undang lain daripada Kanun Keseksaan.
• Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Saman adalah suatu
kesalahan yang boleh dihukum penjara kurang dari 3 tahun atau
dengan denda sahaja.
SEKSYEN 35 KPJ MENERANGKAN CARA
PENYAMPAIAN SAMAN.
• Saman hendak disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiri
dengan menunjukkan saman asal kepadanya dan dengan menawarkan atau
menyerahkan kepadanya satu salinan saman tersebut di bawah meterai mahkamah
(Seksyen 35 (1) KPJ).
• Seksyen 35 (2) KPJ menyatakan orang yang menerima saman dikehendakki
menandatangani di belakang saman asal untuk mengesahkan bahawa ia telah
menerimanya.
• Seksyen 35 (3) KPJ menyatakan sekiranya saman disampaikan kepada perbadanan,
maka saman hendak disampaikan kepada setiausaha atau mana-mana pegawai
lain perbadanan berkenaan.
• Seksyen 35 (4) KPJ menyatakan sekiranya orang yang disaman tidak dijumpai apabila
telah berusaha mencarinya, maka saman itu boleh disampaikan dengan meninggalkan
salinannya pada mana-mana orang dewasa ahli keluarganya atau pun kepada orang
gajinya yang tinggal bersama-samanya.
• Seksyen 36, KPJ menerangkan prosedur jika penyampaian secara sendiri
tidak dapat dilaksanakan.
• Jika orang yang disaman itu tidak dapat dijumpai sungguhpun telah
berusaha mencarinya dan penyampaian itu tidak dapat dilaksanakan
menurut seksyen 35 (4) KPJ, maka pegawai yang menyampaikan
saman itu hendaklah menampalkan salinan saman itu di mana-mana
bahagian rumah itu yang dapat dilihat atau di mana-mana tempat lain di
mana orang yang disaman itu biasanya tinggal dan dalam keadaan itu
jika mahkamah itu mengarahkan sedemikian, baik sebelum ataupun
sesudah ditampalkan, maka saman itu disifatkan sebagai telah
disampaikan dengan sahnya.
• Seksyen 37 KPJ menerangkan bukti penyampaian. Apabila sesuatu saman
yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, affidavit darihal
penyampaian itu yang dibuat di hadapan pegawai yang berkuasa
mengendalikan sumpah bolehlah diterima menjadi keterangan.
TUJUAN SEDIAKAN
SAMAN.
• Satu keperluan dibawah Sek 34 KPJ
• Kaedah menghendaki seseorang hadir di
mahkamah untuk menjawab pertuduhan yang
dihadapkan kepadanya
BAGAIMANA
MENYEDIAKAN SAMAN
• Guna borang Mahkamah 111
• Jika ruangan tidak mencukupi gunakan lampiran

Nota:
Surat rasmi perlu disediakan apabila menghantar pengaduan, pertuduhan
dan saman ke mahkamah untuk didaftarkan. Contoh surat disertakan.
KONTEN SAMAN
Semasa menyediakan saman, saman mesti:
(i) Dalam bentuk bertulis;
(ii) Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya dengan pangkat
pejabatnya;
(iii) Mencatatkan tarikh saman dikeluarkan dan mahkamah yang
mengeluarkannya;
(iv) Mencatatkan nama tertuduh dan kesalahan yang dilakunya; specify
the name of the accused and the offense alleged;
(v) Menetapkan tarikh, masa dan tempat di mana tertuduh mesti hadir;
• Mengepilkan satu salinan maklumat, pengaduan atau indictment;
dan
• Konten saman adalah sama seperti pertuduhan.
CONTOH KONTEN SAMAN
• Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih
kurang jam 2.50 petang, di premis No.426,
Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya,
Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah
didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu
membiak larva aedes aegypti , sejenis
serangga pembawa penyakit, di dalam bekas
plastik yang terletak di atas peti televisyen di
ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan
satu kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit
CONTOH
SURAT
MEMOH
ON
PENDAF
TARAN
PENGAD
UAN
CARTA ALIR PROSEDUR
Mula
PENYAMPAIAN SAMAN
PPKP – Terima Saman dan rekodkan

PPKP – Arahkan PS untuk sempurnakan Saman

PS – Ke lokasi OKS

OKS ditemui OKS tidak ditemui

A Alamat
Betul Alamat Salah

PS – Lengkapkan diari
siasatan dan serah
kepada PO

B PO - Pohon Kes di
DNAA

Tamat
CARTA ALIR
ORANG KENA SAMAN
A DITEMUI

PS - Bertemu dengan OKS

PS - Terangkan tatacara saman

Terima Enggan Terima

PS - Serahkan
PS - Dapatkan bantuan Polis
saman

Tidak Terima

PS - Serahkan
saman PS - Buat Laporan Polis

PS - Sediakan Diari Siasatan


dan serahkan kepada
KPPKP/PPKPK/PPKP

Tamat
CARTA ALIR
ORANG KENA SAMAN TIDAK DITEMUI (ALAMAT BETUL)
B

Ditemui Tidak Ditemui

PS - Jumpa PS - Lengkapkan Borang 252.


penghuni dewasa Pin. 1/78

PS - Terangkan PS - Buat akuan sumpah


tatacara saman
PS - Kemukakan kepada
PS - Tinggalkan KPPKP/ PPKPK / PPKP
saman
KPPKP/ PPKPK / PPKP -
Pohon penyampaian gantian
PS - Sediakan diari
Izin Tidak di
siasatan beri
Izin di beri
PS - Kemukakan
kepada KPPKP/
PPKPK / PPKP KPPKP/ PPKPK / PPKP -
Arah PS untuk sempurnakan
saman
Izin
Izin di
Tidak di
PS - Kemukakan beri
beri
kepada KPPKP/
PPKPK / PPKP KPPKP/ PPKPK
/ PPKP - Pohon
kes di DNAA
KPPKP/ PPKPK / PPKP -
Arah PS untuk sempurnakan
saman

PS – Pergi ke lokasi OKS

PS – Tampal saman

PS – Isi Borang 252. Pin.1/78

PS – Buat akuan sumpah dan


sediakan diari siasatan

PS - Kemukakan kepada
KPPKP/ PPKPK / PPKP

Tamat
SAMAN KEPADA SAKSI
(SUBPOENA).

• Sekiranya kehadiran saksi di mahkamah diperlukan untuk kes-kes


tertentu, pegawai pendakwa akan memohon saman kepada saksi (subpoena)
dikeluarkan.
• Saman kepada saksi ialah satu perintah rasmi mahkamah memerlukan
seseorang hadir di mahkamah pada tarikh, masa dan tempat yang tercatat
untuk memberi keterangan ke atas sesuatu kes yang dibicarakan.
• Mahkamah akan menyediakan saman kepada saksi apabila menerima surat
permohonan dari pegawai pendakwa jabatan kerajaan. (Biasanya ia
ditantangani oleh pendaftar mahkamah atau majistret atau hakim)
SUBPOENA - SEPINA
• Saman kepada saksi dikeluarkan kerana pihak yang memohon
percaya individu yang di saman mempunyai pengetahuan
tentang kes yang bicarakan.
• Saman kepada saksi mesti disampaikan kepada saksi sendiri.
• Biasanya saman kepada saksi disampaikan kepada saksi oleh
polis tetapi ia boleh disampaikan oleh pegawai kerajaan lain
dengan kuasa bertulis yang diberi oleh pihak mahkamah.
SAMAN KEPADA SAKSI DISEDIAKAN OLEH PIHAK
MAHKAMAH DAN BIASANYA MENGANDUNGI
MAKLUMAT BERIKUT:
1.Nama mahkamah;
2.Jenis kesalahan (mesti sama dengan sama);
3.Nombor saman
4.Nama orang yang dikehendakki menghadiri mahkamah untuk memberi
keterangan; dan
5.Tarikh, masa dan tempat tepat di mana keterangan perlu diberi.
Sekiranya masa yang diambil untuk perbicaraan adalah lama, saman kepada saksi
tersebut akan menunjukkan bahawa saksi tersebut mesti boleh dikesan sehingga
kes selesai.
6.Saksi yang menerima saman kepada saksi mesti hadir di mahkamah pada
tarikh, masa dan tempat seperti yang tercatat di dalam saman kepada saksi.
Sekiranya beliau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka waran
tangkap akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
BORANG
SAMAN
KEPADA
SAKSI
(SEPINA)
AFFIDAVIT
Definisi.
• Written declaration made
under oath; a written
statement sworn to be true
before someone legally
authorized to administer an
oath.
(akuan bertulis yang dibuat secara bersumpah; satu
kenyataan bertulis bersumpah untuk menjadi benar
di hadapan orang yang diberi kuasa oleh undang-
undang untuk mengendalikan sumpah)
Sumber: wikipedia.org/wiki/Affidavit


PENYERAH SAMAN
Definisi
• ”Penyerah Saman” adalah mana-mana Pembantu
Kesihatan Awam yang diberi kebenaran oleh
Mahkamah yang mengeluarkan saman di bawah
Seksyen 34(ii) Kanun Prosedur Jenayah
AFFIDAVIT
PENYAMPAIAN
• Bermaksud; “Penyampaian ganti” dalam bidangkuasa mahkamah
Apabila sesuatu saman atau dokumen itu gagal disampaikan secara biasa dan
setelah Mahkamah berpuashati bahawa segala usaha yang munasabah telah
dilakukan bagi menyempurnakan saman tersebut (seksyen 48(1)
• Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu
disampaikan dengan cara gantian
• Penyampaian ganti ini boleh dibuat dengan cara menampalkan suatu salinan
di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat
di bangunan tempat terakhir (alamat terakhir) orang yang kepadanya saman
atau dokumen itu hendak disampaikan diketahui tinggal.
• Penyampaian ganti juga boleh dibuat dengan apa-apa cara lain yang
Mahkamah fikirkan patut.
KES WARAN ?
• Seksyen 2, KPJ ; Kes Waran adalah sesuatu kes yang berhubung dengan
sesuatu kesalahan yang boleh dihukum MATI, atau dipenjarakan untuk
tempoh melebihi 6 bulan. (Ini adalah untuk kesalahan di bawah kanun
keseksaan)
• Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap Undang-
undang lain daripada Kanun Keseksaan.
• Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Waran adalah suatu kesalahan
yang boleh dihukum bunuh atau penjara 3 tahun dan lebih.
• Jika tertuduh tidak lagi berada dalam tahanan polis dan kesalahan tertuduh
adalah merupakan kes waran, Pihak Pendakwa BOLEH memohon Waran
Tangkap untuk memberkas tertuduh yang masih bebas.
WARAN TANGKAP

• Dikeluarkan oleh Mahkamah secara bertulis dan


ditandatangi seperti diperuntukkan oleh Akta
Mahkamah Rendah 1948 atau Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 serta dimeterai oleh Mahkamah.
• Setiap waran akan berkuatkuasa sehingga
dibatalkan oleh mahkamah yang mengeluarkannya.
WARAN TANGKAP
(ARREST WARRANT)

• Sekiranya tertuduh atau saksi tidak menghadiri mahkamah pada tarikh


dan masa yang ditetapkan, makahmah akan mengeluarkan waran tangkap.
• WT boleh dikeluarkan oleh mahkamah untuk menangkap suspek dalam kes-
kes jenayah yang serius seperti pembunuhan.
• WT ialah satu dokumen yang membawa seseorang untuk pengurungan
polis.
• WT digunakan sebagai satu perintah rasmi dari mahkamah untuk menahan
tertuduh supaya beliau menjawab sesuatu jenayah yang disyaki.
• WT dikeluarkan oleh majistret, hakim atau pendaftar mahkamah.
• Peruntukan WT, Sek. 38(1), Sek.38(2), Sek. 39. Sek. 40(1), Sek.40(2), Sek. 41
– 43, KPJ.
BENTUK WARAN TANGKAP
Setiap Waran Tangkap mesti:
(i)Dalam bentuk bertulis ;
(ii)Ditujukan kepada pegawai polis seluruh negara;
(iii)Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya dengan jawatannya,
pejabat dan tarikh ia dikeluarkan;
(iv)Mencatat nama tertuduh;
(v)Catatkan maklumat tentang kes tersebut (maklumat adalah sama seperti
saman);
(v)Tarikh beliau perlu dibawa ke mahkamah dan
(vi)Mengarahkan penangkapan tertuduh kecuali jika beliau mematuhi syarat
pelepasan yang tercatat dalam waran.
BORANG
WARAN
TANGKAP
X X
X 52

Latihan X
X
X

• Sediakan satu rangka saman X X

kesalahan di bawah APSPP 1975/AM X X


X

1983/PPM 1985/PKHT 2004


• Sediakan satu rangka Pertuduhan X X

kesalahan di bawah APSPP 1975/AM X

1983/PPM 1985/PKHT 200 X X

1/21/2010
X
53
X
X

X
X

X
54

X
X

X
X X X
X X X

X
Terima Kasih…

You might also like