You are on page 1of 10

KARNIVAL PESTA TANGLUNG

SEPTEMBER 2019

KERTAS KERJA
KARNIVAL PESTA TANGLUNG SEMPENA HARI MALAYSIA

TARIKH
13 – 15 SEPTEMBER 2019
TEMPAT
SJK (C) SEMAMBU, KUANTAN, PAHANG
ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN ALUMNI SJK (C) SEMAMBU, KUANTAN

PERTUBUHAN KUMPULAN KESENIAN MAHLIGAI BUDAYA KUANTAN

TEMA
BUDAYA TANGLUNG IDENTITI BANGSA, DIRAI

BERSAMA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.


KARNIVAL PESTA TANGLUNG
SEPTEMBER 2019

KERTAS KERJA
KARNIVAL PESTA TANGLUNG SEMPENA HARI MALAYSIA

1.0 TUJUAN_______________________________________________________________

Mendedahkan masyarakat setempat kepada salah satu daripada perayaan tradisional Cina
iaitu Pesta Tanglung. Memberi pemahaman terhadap adat resam serta memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat, khususnya warga penduduk Kuantan,

2.0 PENGENALAN_________________________________________________________

Karnival Pesta Tanglung merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni SJK
(C) Semambu dan pertubuhan kumpulan kesenian mahligai budaya kuantan. Program ini
akan melibatkan alumni SJK (C) Semambu secara umumnya dan Pertubuhan Kumpulan
Kesenian Mahligai Budaya Kuantan.

Pesta Tanglung adalah suatu pesta Cina yang dirayakan pada hari kelima-belas dalam
bulan lapan dalam kalendar Cina. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke
tokong membawa Tanglung kertas dan memainkan teka-teki di Tanglung dan secara
rasminya mengakhiri perayaan Tahun Baharu Cina. Pada zaman kuno, tanglung yang
digunakan adalah bersaiz sederhana, kerana hanya maharaja dan kerabat bangsawan yang
menggunakan tanglung berhias. Pada zaman moden sekarang, tanglung mempunyai
pelbagai reka bentuk. Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baharu Kecil
memandangkannya satu tanda yang berakhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun
Baharu Cina.
KARNIVAL PESTA TANGLUNG
SEPTEMBER 2019

3.0 MISI___________________________________________________________________
Menjalin hubungan silaturahim yang rapat dan kukuh dalam kalangan alumni serta warga
Kuantan agar menyedari kepentingan budaya saling hormat-menghormati dan toleransi
sebagai kriteria utama dalam menjamin keharmonian dalam masyarakat.

4.0 MATLAMAT___________________________________________________________
4.1 Mengamalkan konsep “Malaysian” dalam mempromosikan budaya dan perayaan
kaum Cina kepada kaum-kaum lain.
4.2 Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan warga Kuantan melalui
pemahaman pelbagai budaya antara satu sama lain.

5.0 OBJEKTIF____________________________________________________________
5.1 Memberi pendedahan tentang Hari Perayaan Pesta Tanglung kepada warga
Kuantan tanpa mengira kaum.
5.2 Membolehkan warga Kuantan lebih memahami kepentingan mewarisi dan
menghargai keunikan budaya-budaya kaum sendiri.
5.3 Mempraktikkan konsep dan teori permuafakatan dan semangat bermasyarakat
yang dipupuk selama ini bagi memenuhi konsep Malaysian.

6.0 TEMA_________________________________________________________________
BUDAYA TANGLUNG IDENTITI BANGSA,
DIRAI BERSAMA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

7.0 ANJURAN BERSAMA___________________________________________________


PERSATUAN ALUMNI SJK (C) SEMAMBU, KUANTAN
Dan
PERTUBUHAN KUMPULAN KESENIAN MAHLIGAI BUDAYA KUANTAN

8.0 TARIKH DAN MASA____________________________________________________


Program ini dicadangkan pada
Tarikh : 13-15 SEPTEMBER 2019
Hari : Jumaat - Ahad
Masa : 8 pagi hingga 9 malam
KARNIVAL PESTA TANGLUNG
SEPTEMBER 2019

9.0 TEMPAT______________________________________________________________
Program ini akan dilangsungkan di SJK (C) SEMAMBU.

10.0 PUBLISITI_____________________________________________________________
Program ini melibatkan setiap alumni SJK C Semambu dan terbuka kepada
jemputan luar. Notis dan poster akan ditampal di kedai-kedai dan sekolah lain serta
tempat umum, serta papan notis umum untuk memaklumkan tarikh, masa serta tempat
program diadakan. Di samping itu, laman web facebook juga akan meletakkan gambar
publisiti bagi program ini.

11.0 CADANGAN PERASMI__________________________________________________


Perasmi Pembukaan

12.0 PENGLIBATAN________________________________________________________
Program ini terbuka kepada semua warga Kuantan serta dari daerah luar.
 Jumlah peserta : 20,000 orang
 Jumlah urusetia : Anggaran 200 orang

13.0 STRUKTIR ORGANISAI_________________________________________________


Rujuk kepada Lampiran A

14.0 PERINCIAN PROGRAM_________________________________________________


Rujuk kepada Lampiran B
KARNIVAL PESTA TANGLUNG
SEPTEMBER 2019

15.0 PEJABAT URUSAN______________________________________________________


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ketua Pengarah Karnival Pesta Tanglung
Hari Malaysia.

THEW CHEE CHOON


PENGERUSI PENGELOLA PROGRAM
016-922 6986

LEE TECK KEONG


PENGERUSI PENGELOLA PROGRAM
019-947 0640

NG GWO CHYANG
SETIAUSA PENGELOLA PROGRAM
016-9741947
LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI
KARNIVAL PESTA TANGLUNG

PENGERUSI
Thew Chee Choon
Bendahari Alumni SJK C Semambu

Lee Teck Keong


Pengerusi Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya Kuantan

NAIB PENGERUSI

Chan Tang Xian


Loh Boon Kong

PENASIHAT
Loh Sook Koon
Guru Besar SJK C Semambu

Chai Tiam Seng


Pengerusi Alumni SJK C Semambu

EKSEKUTIF PENASIHAT
Dato' Lee Chia Chuan
Naib Pengerusi Alumni SJK C Semambu

Dato’ Lee Chee Seong


Timbalan Pengerusi Alumni SJK C Semambu

SETIAUSAHA
Ng Gwo Chyang

NAIB SETIAUSAHA
Kong Sing Mun

BENDAHARI
Lim Rong Jean
TIMBALAN BENDAHARI
Kong Sing Mun

PENGARAH PROGRAM
Cindy Chew Lee Ching

PENGARAH PROTOKOL
Lam Mei Chin

PENGARAH TEKNIKAL
Siew See Lim

PENGARAH GERAI
Cindy Chew Lee Ching

PENGARAH PAMERAN
Lim Mei Mei

PENGARAH CENDERAMATA DAN DEDIKASI

PENGARAH PUBLISITI
Loh Boon Kong

PENGARAH PERSEMBAHAN
LAMPIRAN B

PERINCIAN PROGRAM
KARNIVAL PESTA TANGLUNG HARI MALAYSIA

PROGRAM 1 : PERMAINAN STESEN DAN GERAI MAKANAN

Teka-teki tanglung, pertandingan, quiz tanglung dan pameran tanglung akan diadakan. Selain itu,
gerai-gerai makanan seperti ayam goreng, mee goreng, minuman ABC, sushi dan sebagainya
akan disediakan. Para hadirin perlu menggunakan kupon yang disediakan untuk membeli
makanan.

PROGRAM 2 : FUN RUN

Larian jarak 5km diadakan pada pagi hari ketiga bermula dari sekolah dan mengikut Jalan Utama
menuju ke Taman Pertanian. Seterusnya, teruskan dengan trak yang disediakan dan kembali ke
garisan penamat di sekolah.

PROGRAM 3 : TARIAN TRADISIONAL

Tarian tradisional bangsa Cina yang pelbagai akan dijalankan.

PROGRAM 4 : PERTANDINGAN TARIAN NAGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarian Naga merupakan salah satu tradisional masyarakat Cina dan semakin popular.
Pertandingan ini melibatkan

PROGRAM 5 : PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pertandingan Nyanyian Lagu Bahasa Cina turut diadakan bagi memeriahkan karnival ini. Selain
itu ia dapat menarik minat para peserta dari jauh turut serta dalam karnival ini.
PROGRAM 6 : PERTANDINGAN MEREKA BENTUK TANGLUNG PERINGKAT
ANTARABANGSA

Pertandingan mereka bentuk tanglung merupakan salah satu aktiviti yang tidak boleh
dipinggirkan. Tambahan pula, pelbagai teknik moden diterapkan bagi menghasilkan karya yang
lebih kreatif dan sempurna.

PROGRAM 7 : FASHION SHOW

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk daya keyakinan pada murid serta peserta yang dari
jauh. Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara peserta di samping dapat
memeriahkan lagi karnival ini.

PROGRAM 8 : PERTANDINGAN KALIGRAFI

Pertandingan kaligrafi merupakan satu tradisional yang dikekalkan sehingga kini. Ia boleh dilihat
sebagai satu seni yang diwarisi serta dikembangkan. Pertandingan ini mampu menarik minat
pengunjung, tambahan pula ia mampu mencungkilkan bakat dalam diri masing-masing.

Disediakan oleh,

__________________
NG GWO CHYANG
SETIAUSAHA PENGELOLA PROGRAM

Disahkan oleh,

________________________
CHAI TIAM SENG
PENASIHAT PROGRAM

Disemak oleh,

___________________
THEW CHEE CHOON
PENGERUSI PENGELOLA PROGRAM

________________________
LEE TECK KEONG
PENGERUSI PENGELOLA PROGRAM

You might also like