You are on page 1of 15

沙登埠公民国民型华文学校

SJKC KUNG MAN

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN


PEMULIHAN 2021
LAPORAN PROGRAM JALINAN MESRA IBU BAPA

PELAKSANA : Guru Pemulihan Khas, Guru bimbingan dan kaunseling


PROGRAM : Program Jalinan mesra ibu bapa murid pemulihan
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : 31 Januari 2021, 29 Oktober 2021
MASA : 2:00pm, 8pm
HARI : Ahad, Rabu
TEMPAT : Bilik pemulihan/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

Unit Pemulihan Khas SJKC Kung Man akan mengadakan Program Jalinan Mesra Ibu Bapa bagi murid
pemulihan. Program ini adalah salah satu strategi bagi mengekalkan sifar murid pemulihan Tahun 1
hingga Tahun 5. Program ini juga dilaksanakan untuk mencapai salah satu daripada National Key
Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu semua murid berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas.

MATLAMAT

Mewujudkan hubungan yang baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi
masalah 3M dan mencapai visi dan misi kelas pemulihan khas.

OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan kepada ibu bapa peranan mereka membantu anak-anak menguasai 3M.
ii. Memberi pengenalan dan pemahaman kepada ibu bapa tentang Program Pemulihan Khas.
iii. Mengeratkan hubungan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga bagi
mengatasi masalah murid pemulihan.
iv. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.
v. Menyampaikan info ujian diagnostik dan ujian saringan yang telah dijalankan sepanjang tahun
2021.
vi. Berkongsi bahan yang boleh membantu penguasaan 3M khususnya.
vii. Taklimat berkaitan buku modul yang dibekalkan oleh KPM.

KUMPULAN SASARAN

Semua Ibu bapa dan penjaga murid pemulihan Tahun 2 hingga Tahun 5. (awal tahun)
Semua Ibu bapa dan penjaga murid pemulihan Tahun 1 hingga Tahun 4. (akhir tahun)
AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

i. Perbincangan dengan Pentadbir.


ii. Menyediakan kertas kerja
iii. Pelaksanaan Program
iv. Laporan dokumentasi

TENTATIF PROGRAM

i. Ucapan dan taklimat Guru Besar SJKC Kung Man.


ii. Penerangan dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai masalah-masalah pembelajaran murid
pemulihan oleh guru pemulihan.
iii. Penerangan tentang program pemulihan.
iv. Penerangan tentang ujian saringan dan ujian diagnostik.
v. Cara menggunakan Modul Asas literasi BM.
vi. Peranan ibu bapa bagi membatu anaknya menguasai 3M
vii. Perkongsian teknik pengajaran dan pembelajaran kepada ibu bapa dan penjaga yang boleh
digunakan di rumah.

KOS/IMPLIKASI KEWANGAN
-TIADA-

KEBERKESANAN PROGRAM

KEKUATAN

1. Mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid pemulihan.
2. Ibu bapa lebih memahami kebaikan program pemulihan serta mendapat pengetahuan tentang
kategori masalah dan ciri-ciri murid pemulihan khas.
3. Ibu bapa mewujudkan kerjasama dengan pihak sekolah dan guru bagi membantu pembelajaran
anak dalam PdP/ PdPR.
4. Program ini membantu pihak sekolah dan ibu bapa murid pemulihan mengadakan interaksi dua
hala.
5. Ibu bapa akan lebih memerhati dan memberi bimbingan berterusan kepada anak untuk
mendorong dan mengekalkan semangat belajar.
6. Membantu guru dan ibu bapa untuk membimbing murid atau anak menguasai asas literasi
Bahasa Melayu.

KELEMAHAN

1. Tidak semua ibu bapa murid pemulihan yang hadir program ini secara atas talian. Kehadiran
agak memuaskan sahaja.
2. Ibu bapa yang bekerja panjang masa menyebabkan anak murid kurang bimbingan kerana tiada
sesiapa yang dapat memberi sokongan dan dorongan semasa mereka berada di rumah.
3. Ibu bapa kurang pengetahuan tentang cara mengajar anaknya menguasai kemahiran asas dan
meletakkan semua tanggungjawab mendidik di kalangan guru sahaja.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

1. Memerlukan bimbingan guru pemulihan yang lebih dan kerjasama daripada guru yang
mengajar dalam kelas arus perdana.
2. Bahan ransangan seperti video, gambar atau nota, lembaran Kerja dan sebagainya disediakan
kepada ibu bapa supaya mereka dapat bahan yang sesuai untuk membimbing anaknya di
rumah.
3. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.

CADANGAN

Mengadakan satu kursus atau taklimat kepada para ibu bapa supaya mereka dapat mengetahui cara
membimbing anaknya di rumah demi peningkatan penguasaan kemahiran asas anak dalam
pembelajaran.

LAPORAN BERGAMBAR/ LAMPIRAN


PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu peserta menguasai kemahiran 3M dan ibu bapa dapat mengambil
peranan dalam membantu anak-anak mereka dalam kemahiran 3M dan lulus matapelajaran utama
serta tidak meletakkan semua tanggungjawab mendidik di kalangan guru sahaja. Diharapkan agar
program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man
LAPORAN PROGRAM UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK MURID TAHUN 1 2021

PELAKSANA : Guru Pemulihan dan Guru Mata pelajaran bahasa melayu kelas 1M, 1J, 1K
PROGRAM : Program Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik Murid Pemulihan Tahun 1
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : bulan September hingga Oktober 2021
MASA : Mengikut kelas Bahasa Malaysia
TEMPAT : Bilik Darjah Masing-masing/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

National Key Result Areas (NKRA’S) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia
dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah
rendah. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat mencapai sasaran tersebut.

MATLAMAT

Membantu guru mata pelajaran mencalonkan murid masuk kelas pemulihan serta mengesan
kelemahan murid dalan pembelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

I. Mengesan masalah dan kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa melayu.


II. Mengatasi masalah kemahiran asas yang tidak dikuasai oleh murid.
III. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 1.

AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

1. Guru pemulihan akan menyediakan kertas ujian saringan dan ujian diagnostik.
2. Guru mata pelajaran BM hanya menjalankan ujian saringan terhadap murid tahun 1.
3. Guru mata pelajaran BM mencalonkan murid masuk kelas pemulihan berdasarkan keputusan
ujian saringan yang dijalankan.
4. Guru pemulihan memilih murid berdasarkan murid yang dicalon oleh guru BM dengan
memberi ujian diagnostik.
5. Murid yang dapat melepasi ujian diagnostik akan dihantar balik ke kelas arus perdana.
Manakala murid yang tidak melepasi ujian diagnostik akan terus masuk program pemulihan.
KOS/IMPLIKASI KEWANGAN

-TIADA-

KEBERKESANAN PROGRAM

KEKUATAN

1. Mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid pemulihan.
2. Ibu bapa mewujudkan kerjasama dengan pihak sekolah dan guru bagi membantu pembelajaran
anak dalam PdP/ PdPR.
3. Ibu bapa dapat melihat dan lebih mengetahui tahap penguasaan kemahiran asas anaknya
semasa ujian dilaksanakan kerana ujian ini dijalankan di rumah masing-masing secara atas
talian.
4. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas dapat mengesan punca dan kawasan kelemahan
secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
5. Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
6. Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.

KELEMAHAN

1. Tidak semua murid pemulihan yang menjalankan program ujian saringan ini secara atas talian
(classkick).
2. Ibu bapa tidak dapat membantu anaknya dalam masalah teknikal penggunaan classkick kerana
waktu pekerjaan yang agak panjang. Hal ini menyebabkan anak murid tidak tahu caranya
menjawab di dalam classkick.
3. Ibu bapa yang memberi jawapan kepada anaknya semasa ujian dijalankan menyebabkan
keputusan ujian ini tidak membantu guru mengesan kelemahan pembelajaran murid.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

1. Memerlukan bimbingan guru pemulihan yang lebih dan kerjasama daripada guru mata
pelajaran yang mengajar dalam kelas arus perdana.

CADANGAN

Mengadakan satu taklimat kepada para ibu bapa sebelum ujian saringan dan ujian diagnostik
dijalankan supaya mereka dapat memahami tujuan ujian tersebut dijalankan dan diharap program ujian
ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa.
LAPORAN BERGAMBAR/ LAMPIRAN

Lampiran ujian diagnostik secara atas talian dengan menggunakan classkick.


Lampiran ujian saringan secara atas talian dengan menggunakan classkick.

Lampiran hasil kerja murid dalam ujian saringan dan ujian diagnostik direkod dalam classkick.

PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu guru BM tahun 1 untuk mengesan kelemahan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid, usaha ini bakal
membuahkan hasil yang memberi impak yang luar biasa pada masa akan datang. Berkat kesungguhan
bersama untuk menghapuskan dan mengatasi masalah 3M, akhirnya diharapkan usaha ini mampu
membudayakan semangat menguasai 3M dengan lebih berkesan dan berterusan dalam kalangan
murid.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:

……………………......
.......................................
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man

LAPORAN PROGRAM UJIAN DIAGNOSTIK MURID PEMULIHAN TAHUN 2 HINGGA 5


2021

PELAKSANA : Guru Pemulihan


PROGRAM : Program Diagnostik Murid Pemulihan Tahun 2 hingga 5
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : Bulan Febuari dan bulan September 2021
MASA : Mengikut Kelas Pemulihan BM
TEMPAT : Bilik Pemulihan/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG
National Key Result Areas (NKRA’S) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia
dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah
rendah. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat mencapai sasaran tersebut.

MATLAMAT

Membantu guru pemulihan mengenal pasti kelemahan murid pemulihan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu.

OBJEKTIF

I. Mengesan masalah dan kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa melayu.


II. Mengatasi masalah kemahiran asas yang tidak dikuasai oleh murid.
III. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid pemulihan tahun 2 hinggan tahun 5.

AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

1. Guru pemulihan akan menyediakan kertas ujian diagnostik.


2. Ujian ini dijalankan waktu kelas pemulihan ikut jadual waktu yang ditetapkan.
3. Murid yang dapat melepasi ujian diagnostik akan dihantar balik ke kelas arus perdana.
Manakala murid yang tidak melepasi ujian diagnostik akan terus mengikut program pemulihan.

KOS/IMPLIKASI KEWANGAN

-TIADA-

KEBERKESANAN PROGRAM

KEKUATAN

1. Mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid pemulihan.
2. Ibu bapa mewujudkan kerjasama dengan pihak sekolah dan guru bagi membantu pembelajaran
anak dalam PdP/ PdPR.
3. Ibu bapa dapat melihat dan lebih mengetahui tahap penguasaan kemahiran asas anaknya
semasa ujian dilaksanakan kerana ujian ini dijalankan di rumah masing-masing secara atas
talian.
4. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas dapat mengesan punca dan kawasan kelemahan
secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
5. Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
6. Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.

KELEMAHAN

1. Tidak semua murid pemulihan yang menjalankan program ujian saringan ini secara atas talian
(classkick).
2. Ibu bapa tidak dapat membantu anaknya dalam masalah teknikal penggunaan classkick kerana
waktu pekerjaan yang agak panjang. Hal ini menyebabkan anak murid tidak tahu caranya
menjawab di dalam classkick.
3. Ibu bapa yang memberi jawapan kepada anaknya semasa ujian dijalankan menyebabkan
keputusan ujian ini tidak membantu guru mengesan kelemahan pembelajaran murid.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

1. Memerlukan bimbingan guru pemulihan yang lebih dan kerjasama daripada guru mata
pelajaran yang mengajar dalam kelas arus perdana.

CADANGAN

Mengadakan satu taklimat kepada para ibu bapa sebelum ujian saringan dan ujian diagnostik
dijalankan supaya mereka dapat memahami tujuan ujian tersebut dijalankan dan diharap program ujian
ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa.

LAPORAN BERGAMBAR/ LAMPIRAN


Lampiran ujian diagnostik secara atas talian dengan menggunakan classkick.

Lampiran hasil kerja murid dalam ujian diagnostik direkod dalam classkick

PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu guru pemulihan untuk mengesan kelemahan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid, usaha ini bakal
membuahkan hasil yang memberi impak yang luar biasa pada masa akan datang. Berkat kesungguhan
bersama untuk menghapuskan dan mengatasi masalah 3M, akhirnya diharapkan usaha ini mampu
membudayakan semangat menguasai 3M dengan lebih berkesan dan berterusan dalam kalangan
murid.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man

You might also like