You are on page 1of 2

Lampiran 1

Jawatankuasa Penaja Sukan Olahraga/Merentas Desa


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8 Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor.
________________________________________________________________________
Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKS2BK 600- 3/5/20 ( )

Guru Besar
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8 Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor. 20 Januari 2021

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN SUKAN OLAHRAGA/MERENTAS DESA


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menubuhkan Sukan Olahraga/Merentas Desa di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

2. Bersama-sama ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan dan peraturan 1


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

3. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima
kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(MARLINA BINTI MOHTAR)
Ketua Guru Penasihat
Jawatankuasa Penaja Sukan Olahraga/Merentas Desa
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

s.k: 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
2. Fail Sukan/Permainan
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA
JALAN BK 3/8 BANDAR KINRARA
47180 PUCHONG
SELANGOR
Kod Sekolah: BBA8262
Emel Sekolah : bba8262@btpnsel.edu.my Tel : 03-80769376
Faks: 03-80763120

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKS2BK 600-3/5/20 ( )
Tarikh : 20 Januari 2021

Jawatankuasa Penaja Sukan Olahraga/Merentas Desa ,


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8 Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor

Tuan/Puan,

KELULUSAN PERMOHONAN MENUBUHKAN SUKAN OLAHRAGA/MERENTAS DESA,


SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA, PUCHONG

Dengan hormatnya surat tuan SKS2BK 600-3/3/22 ( ) bertarikh 20 Januari 2021 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 hb Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Sukan Olahraga/Merentas Desa,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan


Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas
hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………….
(MOHD TAMIZI BIN MARUDDIN)
Guru Besar,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

s.k: Guru Penolong Kanan, Kokurikulum


Fail Unit Kokurikulum

You might also like