You are on page 1of 8

KURIKULUM DI NEGARA MALAYSIA

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat seperti berikut :I.


II.
III.
IV.

Prasekolah
Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Pengajian tinggi

PRASEKOLAH
Prasekolah menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak yang terdiri daripda 4 hingga
6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.
Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini,
sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan
ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.
PENDIDIKAN RENDAH
Pendidikan rendah melibatkan 6 tahun iaitu bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.

Kanak-kanak di Malaysia mula bersekolah pada umur 7 tahun dan diakhiri pada umur 12
tahun di sekolah rendah. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran
wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi
kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di
kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah
bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah,
ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid iaitu dikenali sebagai Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR).

PENDIDIKAN MENENGAH
Sekolah

menengah

awam

merupakan

pelanjutan

daripada

sekolah

rendah.

Pendidikan menengah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu menengah rendah iaitu
Tingkatan 1 hingga 3 dan menengah atas iaitu Tingkatan 4 hingga 5. Para pelajar perlu
belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa
pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan
Matematik (termasuk Matematik Tambahan). Pada akhir Tingkatan Tiga, para pelajar akan
menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan
dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera bagi Tingkatan 4. Justeru, pada
akhir Tingkatan Lima para pelajar perlu menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah.

PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI
Pendidikan Pra-Universiti juga dikatakan sebagai Tingkatan 6 atau Matrikulasi. Selepas
Tingkatan 5, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6,
Matrikulasi atau melanjukan pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan tinggi awan
atau swasta. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri
daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun.
PENGAJIAN TINGGI
Selepas SPM atau Tingkatan 6, para pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat
tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi. Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk
pergi ke institusi pengajian awam atau swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak
institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar
negera. Sesetengah universiti di luar negera pula membuka cawangan di Malaysia.

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Kurikulum di sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu


KSSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR dibangun berteraskan enam tunjang
utama merangkumi komunikasi; sains clan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika;
kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi
disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas pembangunan insan yang seimbang
dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovasi.
Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam, satu tempoh persekolahan
yang ditetapkan. Standard kandungan adalah pernyataan lebih terperinci mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard pembelajaran pula merujuk
kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelaiaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diketengahkan dalam bentuk modular
yang mengandungi pembelajaran disediakan berbentuk unit kendiri lengkap (self-contained)
yang dinamakan modus. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas
Teras,Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Manakala tahap dua dalam bentuk pelajaran
teras.
KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual
waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap
kecemerlangan akademik. Justeru ,pendekatan sebegini akan memberi penegasan kepada
pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih
menyeronokan dan tidak berorientasikan peperiksaan. Murid juga digalakkan meningkatkan
pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Dalam pada masa yang sama
pelaksanaan KSSR secara tidak langsung mampu membantu memperbaharui kurikulum
sedia ada serta memastikan kerelevan dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus
berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang
dan berketrampilan tinggi. Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi
menjayakan Dasar MBMMBI, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard
Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai
rujukan piawaian kualiti guru di seluruh negara.

KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah


(KSSM) pada tahun 2014, yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Dalam pada
masa yang sama makluman daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah
Sekolah Menengah dalam proses menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM).
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini dirangka berdasarkan tanda aras
antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan
di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat global.
Kurikulum ini sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan Negara yang merangkumi aspek
intelek,emosi,jasmani dan sosial setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta
perkembangan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri
dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

JENIS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1)

Sekolah Kebangsaan - Sekolah Kebangsaan merupakan salah


satu jenis sekolah rendah dimana Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa penghantar.

2)

Sekolah Kluster

-Sekolah kluster satu pengiktirafan yang

diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam


klusternya

daripada

aspek

pengurusan

sekolah

dan

kemenjadian murid.

3)

Sekolah Jenis Kebangsaan -Terdapat dua jenis sekolah


rendah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dimana Bahasa Cina
dan

Bahasa

Tamil

digunakan

sebagai

bahasa

penghantar di sekolah masing-masing.

4)

Sekolah Wawasan

-Beberapa sekolah awam berkongsi

kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang


dikenali

sebagai

Sekolah

Wawasan.

Penubuhan

Sekolah

Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih


rapat antara kaum.

5)

Sekolah Agama Islam - Terlaksana dengan pengiktirafan


kurikulum al-Azhari sebagai salah satu kurikulum pendidikan
negara dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

6)

Sekolah Mubaligh

7)

Sekolah Bestari

8)

-.
-

Sekolah Teknik dan Vokasional -

KURIKULUM DI NEGARA KAMBODIA


Sistem pendidikan di Kemboja terdiri daripada tiga jenis seperti berikut :I.

Sistem Pendidikan Rakyat

II.

Pendidikan agama Buddha.

III. Pendidikan Swasta


SISTEM PENDIDIKAN RAKYAT
Sistem Pendidikan Rakyat di negara Kambodia berteraskan kepada pendidikan
setempat dimana diajar oleh guru-guru agama. Manakala, para pelajar dikehendaki
menghafal pelajaran-pelajaran agama budha. Sistem pendidikan terdiri daripada tiga
peringkat, iaitu:
1) Sekolah Rendah.
2) Sekolah Menengah
3) Pendidikan Tinggi
4) Sekolah Swasta
Pendidikan rakyat ini dibawah Kementerian Pendidikan, yang menggunakan kuasa
penuh dalam sistem yang sedia ada, iaitu seperti membuat kurikulum sendiri, menyewa dan
membayar guru-guru, menyediakan bekalan dan pengawasan bentuk penyeliaan sekolah.
Seorang penyelia di sekolah rendah mempunyai kuasa penuh atas sekolah-sekolah dibawah
daerahnya. Sehubungan dengan itu, penyelia kini wujud dalam tiap-tiap daerah.
Jawatankuasa Kebudayaan di bawah Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab
untuk membangun dan memperkayakan bahasa Kemboja. Pendidikan asas dibahagikan
kepada dua bahagian dimana setiap bahagian itu untuk tiga tahun. Mereka akan menerima
sijil pengiktirafan pada akhir pengajian di setiap bahagian tersebut.
1.Sekolah Rendah
Kurkulum Sekolah Rendah di Kemboja terdiri daripada, aritmetik, sejarah, etika,
kewarganegaraan, perkhidmatan tentera, geografi, kesihatan, bahasa, dan sains, ditambah
psikologi pendidikan. Bahasa Khmer diajarkan dibahagian pertama sekolah rendah, dan
bahasa Perancis pula diajar pada bahagian kedua sekolah rendah. Pendidikan asas di
Pendidikan Sekolah Rendah bermula dari tahap satu ke tahap empat.

2. Sekolah Menengah
Sekolah menengah juga dibahagikan kepada dua peringkat dimana pada peringkat
pertama pelajar belajar selama tiga tahun dan pada peringkat kedua pelajar belajar selama
satu tahun sebagai persediaan sebelum ke Universiti. Para pelajar perlu menghabiskan

pelajaran

secara

berperingkat

bagi

menamatkan

pelajaran.

Para

pelajar

perlu

menyelasaikan dua tahun pengajian yang pertama sehingga memperoleh sarjana muda
(BA). Seterusnya, mereka akan meneruskan pengajianya dimana pada akhir pengajiannya
akan diadakan peperiksaan. Kurikulum Sekolah Menengah di Kambodia melibatkan tiga
matapelajaran teras iaitu :
1.Pelajaran Matematik dan Biologi.
2.Pertanian.
3.Biologi.
3. Pendidikan Tinggi
Pendidikan tinggi merupakan

lajutan

daripada

sekolah

menengah.

Institut-institut

Pengajian Tinggi di negara Kambodia menawarkan kursus-kursus seperti :


1.Sekretaris dan Kemasyarakatan.
2.Ilmu Pengetahuan dan Teknologi.
3.Hukum dan Ekonomi.
4.Kedoktoran.
5.Farmasi.
6.Ilmu Perdagangan.
7.Latihan Guru
8.Latihan Tinggi Guru.
Pada tahun 1986,pendidikan tinggi mula diwujudkan. Fakulti Perubatan dan Farmasi dibuka
pada tahun 1980, fakulti Pertanian mula berpoerasi pada tahun 1985, Institut Bahasa yang
terdiri daripada Vietnam, Jerman, Rusia, dan Sepanyol. Fakulti perdagangan telah dibuka
pada tahun 1979 dan juga Fakulti Pendidikan Guru dibawa kerajaan telah mula diwujudkan
dan rakyat bersemangat untuk mendapatkan pendidikan.

PENDIDIKAN AGAMA BUDDHA


Pengajaran agama Buddha telah diajar oleh sami-sami dari kuil secara langsung
sebagai seorang guru. Sami yang menjadi guru sangat menghormati fungsi pendidikan
seperti yang diajar dalam ajaran dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Dalam

pendidikan ini kaum lelaki dan perempuan tidak diizinkan belajar didalam institusi-institusi
kecuali untuk membaca, menulis bahasa Khmer, dan mengikuti pengajaran asas dalam
ajaran Buddha. Pada tahun 1933, sistem pendidikan menengah telah diperkenalkan untuk
pelajar oleh agama Buddha. Pendidikan agama Buddha menyediakan tiga tahun pengajian
berperingkat di universitas agama Budha Phnom Penh. Kurikulum agama Buddha terdiri
daripada pengajaran, ajaran Buddha, dan Khmer. Selain itu terdapat juga pengajaran
matematik, sejarah kemboja, geografi, sains, kesihatan, kewarganegaraan, serta pertanian.
Ajaran Buddha terletak dibawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
PENDIDIKAN SWASTA
Pendidikan Swasta memainkan peranan penting dalam menapung bilangan pendatang
di Kambodia. Namun, beberapa sekolah swasta yang mula beroperasi dan dilaksanakan
oleh etnik atau agama penduduk minoriti. Antara penduduk minoriti negara adalah seperti
China, Vietnam, Eropah, Roman Katolik, dan umat Islam. Mereka mengajar pengajaran
bahasa, budaya dan agama mereka. Justeru, satu lagi sekolah pendidikan peribumi telah
mereka menubuhkan untuk penduduk asli. Kehadiran beberapa sekolah-sekolah swasta,
terutamanya yang terletak di Phnom Penh dan kebanyakan pelajar terdiri daripada
pendatang baru. Sistem pendidikan swasta ini terdiri daripada sekolah-sekolah bahasa
China, sekolah - sekolah bahasa Perancis, sekolah-sekolah bahasa Inggris, sekolah-sekolah
bahasa Khmer. Para pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ini semangkin meningkat pada
tiap-tiap tahun.

You might also like