You are on page 1of 10

GGGE 6012: PENULISAN AKADEMIK 1

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

LAPORAN ANALISIS ARTIKEL PROSIDING

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. PROGRAM


MATRIK

NIK HUSAIMIE BIN CHE OMAR P106077 PROGRAM SARJANA


PENDIDIKAN PENTADBIRAN

NURAMALINA BINTI ZAINAL P105612 PROGRAM SARJANA


ABIDIN PENDIDIKAN PENTADBIRAN

ABDULL LATIFF BIN P106059 PROGRAM SARJANA


ABDULLAH PENDIDIKAN PENTADBIRAN

GAN CAI SIA P106074 PROGRAM SARJANA


PENDIDIKAN PENTADBIRAN

SET : 4

PENSYARAH : PM DR. MOHD MOKHTAR HJ TAHAR


ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN..................................................................................................................... 1
ANALISIS ARTIKEL PROSIDING.........................................................................................2
I. ANALISIS TAJUK......................................................................................................2
II. ANALISIS ABSTRAK................................................................................................3
III. ANALISIS PENGENALAN........................................................................................3
V. ANALISIS TAJUK PENTING KERTAS KONSEP...................................................4
VI. ULASAN KEPUSTAKAAN.......................................................................................4
VIII. ANALISIS CADANGAN............................................................................................5
IX. KESIMPULAN & PERBINCANGAN........................................................................5
X. RUJUKAN................................................................................................................... 6
RUMUSAN KESELURUHAN.................................................................................................7
RUJUKAN
PENDAHULUAN
Laporan bertulis ini bertujuan untuk membincangkan dan merumuskan secara terperinci berkaitan
analisis prosiding yang telah dibuat. Sebanyak 5 prosiding yang dipilih dan telah dianalisis
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Rumusan ini bukan bertujuan untuk mencari
kesalahan yang terdapat di dalam kesemua prosiding tersebut, tetapi lebih kepada sesi
percambahan idea dalam membangunkan dan memantapkan penulisan dalam laporan sesebuah
kajian. Justeru, laporan ini akan merumuskan secara terperinci setiap kriteria yang diberikan.
Cadangan penambahbaikkan juga akan dinyatakan dalam laporan bertulis ini. Antara kriteria-
kriteria yang akan dibincangkan dan dirumuskan adalah seperti berikut I. Tajuk
, II. Abstrak, III. Pengenalan, IV. Pernyataan Masalah, V. Tajuk penting kertas konsep, VI.
Ulasan Perpustakaan, VII. Implikasi, VII. Cadangan, IX kesimpulan & perbincangan dan I
Rujukan

1
ANALISIS ARTIKEL PROSIDING

I. ANALISIS TAJUK

JURNAL TAJUK
1 Julina Nudui & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2019). Amalan Kepimpinan
Instruksional Guru Besar dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru.
Kertas Prosiding IOCFEA 2019, 269-275.

2 Noralima Nodo & Azlin Norhaini Mansor. (2018). Amalan Kepimpinan


Instruksional Guru Besar. Kertas Prosiding ICOFEA 2018, 537-541.

3 Ahmad Fakhri Mohd Zaki. (2019). Amalan Kepimpinan Beretika di Sekolah.


Kertas Prosiding SKEPEN 2019, 2076-2090.

4 Muzayana Abd Manan & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2019). Amalan
Kepimpinan Inovatif Tingkahlaku Kerja Inovatif guru. Kertas Prosiding
ICOFEA 2019, 400-407.

5 Kamsiah Omar, Zawiah Bahrom, Fatimah Mohd Dahalan, Jamalullail Abdul


Wahab. (2016). Kepimpinan inovatif Pengetua Dalam Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Di Malaysia. International Seminaron Education
(ISE) 2nd, 2016.

Jadual di atas menunjukkan tajuk kelima-lima prosiding yang telah dipilih dalam pelaporan
untuk dianalisis dalam tugasan ini. Daripada prosiding yang telah dipilih, kelima-lima tajuk
artikel ini ditulis dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami kepada pembaca. Prosiding 2
dan 3 menggunakan tajuk yang pendek. Tajuk prosiding tersebut terus merujuk kepada tujuan
kajian yang dijalankan dalam penulisan pengkaji.

Berdasarkan kepada tajuk semua prosiding ini, ia berfokus kepada gaya kepimpinan
pengetua atau guru besar yang mempengaruhi tingkah laku guru dan hubungan dengan
sekolah. Setiap tajuk prosiding ini tidak ditulis menggunakan huruf besar kesemuanya. Secara
keseluruhannya, semua tajuk prosiding ini ditulis dengan tidak melebihi 15 patah perkataan.

2
II. ANALISIS ABSTRAK
Prosiding 1, 2, 4 dan 5 ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja. Tetapi prosiding ke-3 ditulis
dalam dwibahasa iatu Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris. Penulisan abstrak kesemua
prosiding ini adalah jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Ia menggambarkan apa yang
hendak dikaji dalam kajian tersebut. Setiap kesinambungan ayat dalam penulisan abstrak ini
diolah dengan baik. Kesemua abstrak dalam 5 artikel ini ditulis dalam lingkungan 97-230
patah perkataan.

Penulisan abstrak di dalam 5 prosiding ini dinyatakan juga tujuan, dan objektif kajian
itu dijalankan. Penyelidik turut menyatakan dapatan kajian lepas di dalam penulisan abstrak
sebagai rujukan dan dapatan kajian yang dijalankan. Secara keseluruhannya, semua prosiding
ini turut menyatakan kesimpulan dalam penulisan abstrak. Di akhir penulisan abstrak ini,
penyelidik turut memberikan kata kunci yang sesuai untuk memudahkan pembaca mencari
maklumat yang diperlukan.

Kesimpulannya, abstrak dalam kelima-lima prosiding ini ditulis dengan jelas dan
lengkap meliputi semua aspek yang perlu ada dalam penulisan abstrak sesebuah penulisan
prosiding.

III. ANALISIS PENGENALAN


Setelah dianalisis, boleh dikatakan kesemua prosiding ini menyatakan tujuan kajian itu
dijalankan secara jelas dan terperinci. Penulisan tujuan kajian ditulis dengan jelas dan mudah
difahami oleh pembaca. Oleh itu, pembaca dapat memahami dengan lebih mudah tujuan
kajian tersebut dijalankan.

Namun begitu, prosiding yang kelima pengenalannya berfokus kepada definisi tajuk.
Ia menerangkan maksud tajuk yang dikaji untuk memberikan maklumat atau kefahaman yang
lebih kepada pembaca dalam penulisan prosidingnya. Penulisan pada peringkat pengenalan
juga agak panjang. Namun setiap perenggan penulisannya mempunyai kesinambungan yang
baik. Dalam pengenalan juga, pengkaji turut menyatakan teori-teori kajian yang yang lepas
dan menekankan kesemua teori tersebut digunakan dalam kajian yang dijalankan.

Kesimpulannya, kesemua kertas konsep ini menyatakan tujuan kajian itu dijalankan
dengan ayat yang jelas dan mudah difahami. Dalam penulisan prosiding ini, jika pengkaji
menyatakan teori-teori yang telah digunakan dalam kajian mereka, ia akan memberikan

3
maklumat yang lebih lengkap dalam penulisan prosiding mereka. Ia adalah nilai tambah
dalam sesebuah kajian.

IV. ANALISIS PERNYATAAN MASALAH

Setiap prosiding yang telah dianalisis, 4 daripada 5 prosiding tidak ditulis bab khusus tentang
pernyataan masalah dalam penulisan prosiding mereka. Ianya hanya dibincangkan secara
umum di bahagian pengenalan sahaja.

Hanya prosiding yang kedua sahaja, di mana pengkaji menyatakan tentang


permasalahan kajian dengan jelas.

Dalam sesebuah kajian, maklumat pernyataan masalah perlu dinyatakan bagi memberikan
gambaran yang jelas tentang sesuatu kajian yang dijalankan. Ini kerana prosiding ini
menggunakan kaedah deduktif, di mana fakta ditulis terlebih dahulu dan disokong dapatan kajian
yang lepas kemudian baru memberikan fokus kepada pernyataan masalah kajian.

V. ANALISIS TAJUK PENTING KERTAS KONSEP


Merujuk kepada kelima-lima prosiding, kesemuanya menyatakan tajuk penting kertas konsep
yang dinyatakan secara jelas oleh penyelidik. Dalam penulisan prosiding ini, terdapat 4/5
prosiding yang dianalisis menggunakan aras bahasa yang mudah difahami dalam penulisan
kertas konsep. Ia memberikan penerangan yang jelas tentang setiap model dan teori
disertakan sokongan rujukan dan contoh mengapa tujuan kajian ini sangat penting. Jika
penggunaan aras tinggi dalam penulisan tajuk penting kertas konsep, ia boleh menyebakan
kesukaran pemahaman kepada pembaca pada bahagian ini.

Penulisan setiap perenggan yang ditulis dalam bahagian tajuk penting dalam kertas
konsep ini, ditulis dengan kesinambungan yang baik. Ia membantu pemahaman kepada
pembaca tentang tujuan kajian yang dijalankan.

VI. ULASAN KEPUSTAKAAN


Pada bahgian ini, kesemua prosiding ini tiada bab khusus membincangkan tentang ulasan
kepustakaan. Kesemua prosiding ini hanya merujuk kepada pelbagai sumber rujukan yang
relevan, terkini serta yang bersesuaian.

4
Kajian yang lepas dijadikan sebagai sumber rujukan untuk menyokong isu yang
diketengahkan dalam kajian yang dibuat. Kesemua prosiding ini tidak mempunyai kerangka
konseptual kajian hasil.

VII. ANALISIS IMPLIKASI

Pada bahagian Implikasi ini, hanya 4 daripada 5 prosiding yang menerangkan implikasi yang
jelas dalam kajian yang dijalankan. Ia membantu dalam merealisasikan PPPM 2013-2025
serta memberikan manfaat kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam bidang
pendidikan. Contoh pihak yang terlibat ialah KPM, JN, PPD dan sekolah.

Implikasi ini sangat penting dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Ia berperanan
untuk menjawab persoalan kajian dan aspek yang dikaji sama ada secara deskriptif atau
inferensi. Ini akan menguatkan lagi sokongan kepada tujuan kajian yang dijalankan.

VIII. ANALISIS CADANGAN


Terdapat 3 daripada 5 prosiding yang telah dianalisis dalam tugasan ini, yang tidak
menyatakan cadangan dalam kajian yang telah dijalankan.

Namun 2 daripadanya mempunyai cadangan yang bersesuaian dengan tujuan kajian


itu dijalankan. Cadangan tersebut juga diterangkan secara jelas berserta contoh yang
terperinci sebagai sumber rujukan.

IX. KESIMPULAN & PERBINCANGAN


Secara keseluruhannya, kesemua prosiding ini mempunyai kesimpulan masing-masing pada
kajian yang dijalankan. Kesimpulan ditulis dengan jelas dan lengkap menerangkan
kepentingan terhadap kajian yang telah dijalankan.

Hasil perbincangan mengikut soalan kajian dan menggambarkan keseluruhan kajian.


Kelima-lima prosiding yang diambil diterbitkan dalam julat tahun 2016-2019. Berdasarkan
rujukan yang diguna pakai adalah terkini. Tetapi terdapat juga rujukan lama yang melibatkan
teori ‘evergreen’ (yang masih relevan untuk dijadikan panduan). Dalam artikel ini juga
pengkaji menyatakan hasil kajian adalah menyamai kajian teori terdahulu. Ia menjadikan lagi

5
kajian ini disokong oleh kajian terdahulu dan bukan hanya sekadar pandangan peribadi
pengkaji.

X. RUJUKAN
Keseluruhan rujukan yang ditulis menggunakan gaya penulisan APA dan bersesuaian dengan
kajian yang ditulis dari sumber yang terkini. Namun terdapat juga sumber rujukan lama yang
boleh digunapakai sebagai panduan dan rujukan untuk mengukuhkan lagi teori-teori yang
berkaitan. Sumber rujukan yang pelbagai dan terdiri daripada Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Kesemua rujukan mengikut abjad yang tersusun.

6
RUMUSAN KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, kelima-lima prosiding mengemukakan tajuk yang sesuai dengan isu yang
hendak dikaji. Jumlah patah perkataan bagi setiap tajuk tidak melebihi 15 patah perkataan.
Kelima-lima penyelidik bijak dalam memberikan tajuk bagi kajian mereka kerana setiap tajuk
tidak lebih daripada 15 patah perkataan dan memberi gambaran yang jelas kepada pembaca
tentang tujuan kertas konsep mereka. Selain itu, penulisan abstrak yang baik dan jelas walaupun
hanya dalam Bahasa Melayu sahaja. Ini dapat dilihat pada prosiding 1, 2, 4 dan 5. Walaupun
penulisan abstrak keempat-empat prosiding ini di tulis dalam Bahasa Melayu sahaja namun
penyelidik dapat menerangkan secara jelas dan ringkas tentang kajian kertas konsep mereka.
Seterusnya, terdapat kesinambungan dan dapat menarik perhatian pembaca untuk terus
mendalami kertas konsep ini. Kesinambungan ini dapat dilihat pada kelima-lima prosiding yang
dipilih. Penyelidik berjaya menulis tajuk-tajuk penting dengan sistematik dan teratur. Semua
prosiding diulas dengan teliti dan disokong dengan sumber rujukan yang terkini dan sahih
menyebabkan pengkaji menggunakan ayat-ayat yang panjang dalam perbincangan. Namun
begitu, terdapat kekeliruan pemahaman dari sudut pembaca disebabkan oleh konteks penulisan
yang berbeza. Ini dapat dilihat daripada penggunaan ayat ‘Kajian Lepas’ dan ‘Kajian Literatur’.
Konteks ayat ini memberi maksud yang sama bergantung kepada kesesuaian pengkaji.
Ketidakseimbangan dari segi penulisan cadangan bagi kajian akan datang. Ini dapat dilihat
melalui hanya 2 daripada 5 prosiding sahaja yang memberi cadangan bagi kajian akan datang.
Selebihnya tidak dinyatakan. Sumber rujukan bagi kesemua prosiding ini adalah daripada sumber
yang terkini, sahih dan ditulis dengan format yang betul. 3 daripada 5 prosiding ini menggunakan
sumber rujukan yang lama hanya untuk menerangkan model yang digunakan dalam kajian
kertas konsep. Sumber rujukan kelima-lima prosiding ditulis mengikut susunan abjad. Namun
begitu terdapat beberapa kesalahan minor di artikel 2 dan 3, dimana terdapat kesalahan pada
format penulisan rujukan. Konklusinya, kelima-lima prosiding yang dipilih berjaya menetapi
hampir kesemua kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam perlaksanaan kajian kertas konsep.
Selain itu, kesemua prosiding ini menetapi keperluan bidang kami iaitu Pentadbiran Pendidikan
dimana berfokuskan kepada gaya kepimpinan pengetua atau guru besar yang mempengaruhi
tingkah laku guru dan hubungan dengan sekolah.

7
RUJUKAN
Ahmad Fakhri Mohd Zaki & Azlin Norhaini Mansor. (2019). Amalan kepimpinan beretika
di sekolah. Kertas prosiding SKEPEN 2019, 2076-2090.
Julina Nudui & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2019). Amalan kepimpinan instruksional guru
besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Kertas prosiding ICOFEA 2019,
269-275.
Kamsiah Omar, Zawiah Bahrom, Fatimah Mohd Dahalan, Jamalullail Abdul Wahab. (2016),
Kepimpinan inovatif pengetua dalam melonjakkan transformasi pendidikan di
Malaysia. Internationalseminaron Education (ISE) 2nd, 2016
Muzayana Abd Manan & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2019). Amalan kepimpinan inovatif
pengetua dan hubungannya dengan tingkah laku kerja inovatif guru. Kertas
prosiding ICOFEA 2019, 400-407.
Noralima binti Nodo & Azlin Norhaini Mansor. (2018). Amalan kepimpinan instruksional
guru besar. Kertas prosiding ICOFEA 2018, 537-541.

You might also like