You are on page 1of 18

GE6703

Sejarah Matematik
Matematik dan Kehidupan
Pelaksanaan GE6703 Sem 2 sesi 2020/2021
Item Peratus

Pembentangan Topik Mingguan 25

Forum atas talian 10

Tugasan I -Refleksi 10

Tugasan II 25

Penilaian akhir dalam talian 30


Jumlah 100
Isu Sejarah Matematik
• Kepentingan mempelajari.
• Pengintegrasian sejarah matematik dalam
pengajaran.
• Masa depan dan hala tuju sejarah matematik dalam
pendidikan matematik di Malaysia.
Lihat yang tersirat bukan yang tersurat
Rujukan tempatan
Matematik dan Kehidupan (Siti Mistima & Syed Azman 2016)
ALAM SEMULA JADI

PAKU PAKIS

Elemen fraktal dan nombor Fibonacci dapat dilihat


melalui pokok paku pakis. Fraktal adalah satu
fenomena semula jadi yang merupakan elemen
matematik yang mempamerkan corak berulang pada
setiap skala. Fraktal adalah simetri yang berkembang
atau mungkin terhasil dari simetri yang
dikembangkan pada skala berbeza (pengulangan
bentuk pada skala berbeza). Perkataan fraktal
pertama kali di cetuskan oleh Mandelbrot pada tahun
1975 dalam karyanya yang berjudul ‘A Theory of
Fractal Set’.
ISTANA KENANGAN

Istana Kenangan merupakan kediaman raja yang terletak dia Kuala Kangsar, Perak.
Istana ini sekarang digelar Muzium Diraja Perak. Ia dibina pada tahun 1926 tanpa
menggunakan paku dan menggunakan buluh sebagai pendiding. Istana ini mewakili seni
bina tradisonal masyarakat Melayu yang unik.
Istana Kenangan mempunyai struktur siri bentuk polygon dan reka bentuk yang
menyerupai sebilah pedang. Siri bentuk geometri yang dapat dilihat dalam struktur
bangunan ini adalah oktagon, pentagon, hexagon dan segi empat tepat.
Teorem Pythagoras9 banyak digunakan dalam mereka bentuk struktur bangunan.
Dalam membina bumbung istana contohnya, dua segi tiga tepat digabungkan bersama
dalam menghasilkan cerun. Cerun tersebut merupakan ukuran nisbah menegak dan
melintang.
BIJI BENIH BUNGA MATAHARI

Bahagian biji benih (seeds) pada bunga matahari


mempunyai corak yang tersembunyi. Ianya
merupakan corak yang membentuk Nombor
Fibonacci5. Bahagian seeds itu membentuk lingkaran
mengikut arah jam dan melawan arah jam. Jika diteliti
dengan lebih terperinci, lingkaran mengikut arah jam
dan melawan arah jam mempunyai bilangannya yang
tersendiri. Fibonacci yang wujud dalam bunga
matahari ini adalah untuk memenuhi ruang yang ada
agar tiada kelompongan pada bahagian ini.
DAM AJI

Dam aji ini menggunakan elemen kemahiran


berbentuk kombinatorik, rekreasi dan mantik.
Elemen ini juga sering digunakan dalam corak dan
strategi peperangan. Ilmu mantik telah diasaskan
oleh ilmuwan Yunani iaitu Plato dan Aristotle.
Pembuktian menggunakan unsur mantik11 adalah
secara deduktif, induktif, transitif, simetri dan
refleksi. Selain itu, konsep urutan nombor kecil dan
besar juga dapat diaplikasikan, di mana bagi
mengatur strategi kemenangan, perlu sentiasa
dipastikan bilangan biji dam yang ada sentiasa lebih
banyak daripada pihak lawan.
KERINCING

Pythagoras menemui matematik dalam muzik selepas


berjalan disebelah kedai tukang besi dan mendapati
bahawa berat tukul yang berbeza akan mewujudkan
bunyi yang berbeza, perbezaannya ini sepadan
dengan nisbah matematik. Secara kebetulan teorem
Pythagoras melibatkan segitiga. Alat instrumen
kerincing ini diperbuat daripada besi dan berbentuk
segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek
yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai
sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
AKUPUNKTUR

Akupunktur (acupuncture) merupakan satu perubatan tradisional Cina yang penting dan
telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan
terapeutik berdasarkan teori perubatan Cina. Ia adalah satu ilmu atau seni perubatan
yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang
dikenali sebagai titik akupunktur. Setiap manusia mempunyai 1365 meridian dan
terdapat 361 titik akupunktur dalam badan. Namun, hanya 159 titik acupuncture di
antaranya adalah penting dan wajib dikuasai oleh semua ahli akupunktur.

UNIT PENGUKURAN

Terdapat empat unit ukuran digunakan dalam


pengukuran yang melibatkan badan manusia, iaitu
cun, chi, zhang dan xun. Namun, hanya cun dan chi
digunakan dalam perubatan akupunktur. Unit cun
ialah ukuran utama, manakala unit chi sangat jarang
digunakan. Di antara empat unit ukuran tersebut,
unit cun merupakan unit ukuran yang paling kecil
dan diikuti oleh chi, xun dan zhang. Persamaan bagi
unit ukuran ialah seperti ditunjukkan.
1 chi = 10 cun;
1 xun = 8 chi = 80 cun;
1 zhang = 10 chi = 100 cun.
Ukuran cun digunakan bagi mencari titik-titik
acupuncture secara tepat. Namun, hasil ukuran jari
adalah berdasarkan panjang jari masing-masing.
Setiap orang mempunyai jari yang berlainan
panjang, maka ukuran yang dihasilkan tidak sama
walaupun unit ukuran yang sama digunakan.
BOLA SEPAK

Bola sepak dihasilkan dengan gabungan unsur


matematik dan juga teknologi. Seperti rajah yang
ditunjukkan di atas, bola sepak yang digunakan pada
hari ini dipopularkan dengan menggunakan prinsip
Archimedean solids hasil gabungan 12 pentagon dan
20 heksagon. Walaubagaimanapun, Archimedes tidak
pernah sekalipun menyebut mengenai bentuk-bentuk
ini dalam mana-mana hasil kerjanya. Individu yang
bertanggungjawab memperkenalkan bentuk sfera ini
adalah Al-Idrisi seorang tokoh matematik Islam.
Beliau merupakan orang pertama yang menemukan
bentuk muka bumi adalah sfera.
BAGAI PINANG DIBELAH DUA

Maksud: pasangan yang sama cantik dan sama padan


Perumpamaan ini menggunakan elemen geometri
khususnya pada ukuran bahagian pinang yang
dipotong. Pinang dibelah kepada dua bahagian yang
mempunyai ukuran yang simetri. Simetri
menunjukkan bahawa kedua-dua bekah bahagian
mempunyai ukuran yang sama. Oleh yang demikian,
perumpamaan ini menggambarkan tentang pasangan
yang sama cantik dan sama padan
ETNOMATEMATIK
Sampel artikel tentang Etnomatematik
Sesi pecah kepala!

Senaraikan sumber bahan dalam konteks masyarakat di Malaysia


yang mengandungi elemen etnomatematik.

You might also like