You are on page 1of 9

APLIKASI MATEMATIK DALAM KESENIAN ISLAM

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan
perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru dan
menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan
baik. Penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari
pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan
pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia
sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani,
antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus
berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun
pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan
Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan
saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan
matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai
bidang termasuklah bidang senibina. Matematik dan seni telah dilihat dua bidang yang
berbeza oleh rata-rata masyarakat terutama di Malaysia. Situasi di Malaysia yang amat
sukar untuk kita temui seseorang yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang
matematik dan seni sekaligus. Kolerasi intim antara matematik dan seni sebenarnya
telah diperlihatkan sejak zaman Mesir dan Greek purba lagi iaitu dengan penggunaan
'nisbah emas' (golden ratio) dalam rekaan monumen-monumen seperti Piramid Mesir,
Parthenon, dan Colloseum. Malah, terdapat banyak penggiat seni pada zaman dahulu
yang mengkaji matematik demi memperhalusi seni rekaan mereka, antaranya
Ploykleitos yang merupakan pengukir terkenal tamadun Greek dan beberapa tokoh
pelukis zaman Renaissance, seperti Leonardo Da Vincci dan Piero della Fracesca.
Di Malaysia sekarang penggunaan seni islam terhadap pembinaan bangunanbangunan semakin meluas seperti masjid, Stesyen kereta api, Istana negara, bangunan
berkembar Petronas, dan lain-lain lagi. Salah satu ciri utama dalam seni islam yang
menjadi identiti dunia muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri.
Di aplikasikan secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur
sebagai dekorasi atau hiasan senibina kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan
menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi
dan inovasi.
1

Pembinaan reka bentuk dan corak keseniaan islam di masjid-masjid dan juga
bangunan di malaysia pada asas permulaannya dibina berdasarkan kepada asas
geometri iaitu asas segi empat, oktagon, sgi tiga sama sisi dan heksagon. Terdapat juga
penggunaan dalam corak yang lebih rumit iaitu berdasarkan kepada segi lima, dekagon,
heptagon dan juga nonagon. Corak geometri memainkan peranan penting dalam
pembinaan corak kesenian islam. Ia membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi
dalam kesenian islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak-corak tumbuh-tumbuhan
sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah perhiasan
atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni islam.
Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina islam tetapi
juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua
jenis benda. Ini dapat dilihat di rajah 1.

Rajah 1.

Geometri telah mencapai kemuncak tinggi di dalam dunia islam yang mana sumbersumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan
orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian islam disesuaikan dari elemen tradisi
klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam merangka untuk mencipta bentuk
baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan
kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan islam yang bijaksana dalam bidang
matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik
ini.
Geometri islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti
bulatan dan segiempat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan,
dan disusun dalam dalam kombinasi lengkap sehingga menjadi salah satu ciri khas
kesenian dalam islam. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian islam
menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks.
Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan dapat
disesuaikan dengan perhiasan yang lain.
2

Empat bentuk asas rekaan geometri islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat
adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi
empat poligon, corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah
bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Contoh-contoh bagi corak-corak geometri
yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem
pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis
terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit
pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh
manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, heksagon dan
seterusnya. Grid corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang
dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan
corak keseluruhannya tercapai.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan
geometri. Diantaranya ialah penggunaan konsep pengulangan. Dalam dunia islam hari
ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar,
logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu
kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan
dan disempurnakan oleh para pengusaha pada masa lalu. Asas ukuran digunakan iaitu
jejari diambil sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4, 6 atau 5
jumlah bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang
digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.
Kaedah yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua.
Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak yang telah memberi
karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik
yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis dalam bulatan.
Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi
kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu
permukaan dibuat, salahsatu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai
dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi
dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub bahagian daripada sisi
permukaan yang dibuat.
Konsep yang ketiga ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang
ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang
heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan
3

kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang
dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya
dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik
digunakan seperti rajah 2. Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi
yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintangbintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut
heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik seperti rajah 3. Sistem bintang
heksagonmemberikan sebuah metod pembahagian diameter heksagondengan nisbah
1:2 . Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu
1:2.

Rajah 2

Rajah 3
Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio seperti di
rajah 4. Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai ekstrim dan
nisbah. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap
sebagai "Pengkadaran" dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali
sebagai "Golden Section". Dalam konsep ini ia membentuk enam corak.
Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang
dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat
tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan
menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.

Rajah 4
Konsep geometri yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak
berasaskan gandaan heksagon seperti di rajah 5. Corak geometri berdasarkan
konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian
yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu
lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama
sisi, segiempat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang
maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam
rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.

Rajah 5

Rajah 6

Rajah 7

Rajah 8

Rajah 9

Secara kesimpulannya, penggunaan geometri dalam kesenian islam dapat dilihat


dengan jelas terutama di masjid-masjid dan juga bangunan-bangunan di Malaysia.
Pelbagai corak geometri yang digabungkan dan dilakukan proses pengulangan
menghasilkan suatu corak yang menarik dan mencerminkan kebudayaan islam di
Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6,7,8 dan 9 . Konsep matematik yang
diaplikasikan ke dalam seni bina dapat menghasilkan suatu bentuk yang menarik.
Matematik memainkan peranan penting dalam seni bina dan kesenian islam.

You might also like