You are on page 1of 24

MODUL MTE3114

BAB 5
5.1

APLIKASI MATEMATIK

93

IDEA UTAMA MATEMATIK


BERKAITAN KALKULUS

PENGHAMPIRAN OLEH ARCHIMEDES

Pendahuluan
Sekitar tahun 250 SM, ahli matematik Yunani Archimedes mengira nisbah ukur lilit
bulatan melalui diameternya. Suatu penentuan tepat ini, yang pada hari ini dikenali
sebagai nisbah telah lama menarik minat minat orang-orang Greek purba untuk
mencari perkadaran matematik yang tepat dalam seni bina, muzik dan seni-seni yang
lain. Penghampiran (pi) telah diketahui selama lebih daripada 1000 tahun. Nilai
Archimedes, bukan sahaja tepat malah ia adalah satu teori yang pada asalnya dan
bukan pengiraan. Maka, nilai pada hari ini adalah asas daripada penghampiran
daripada teori Archimedes.
Siapakah Archimedes
Archimedes of Syracuse (Greek: ; c.287
SM c.212 SM) adalah seorang ahli matematik greek,
ahli fizik, jurutera dan sebagainya. Walaupun tidak
banyak yang diketahui tentang tentang beliau, beliau
dianggap sebagai salah seorang saintis yang terkemuka
di zamannya. Antara karya-karyanya yang terkenal
dalam fizik ialah berkenaan prinsip hidrostatik, statik dan
penerangan prinip tuas dan takal. Beliau diberi pujian
dalam menghasilkan inovatif kepada mesin-mesin dan
sebagainya. Dan antara salah satu hasil karya beliau
ialah teori pengampiran kepada .
Apa itu
Pi ialah pemalar matematik yang merupakan nibah Rajah 7 Archimedes of
kepada lilitan bulatan dengan garis pusat (diameter) , Syracuse
lebih kurang sama dengan 3.14159. Pi diwakilkan
dengan huruf greek iaitu sejak pertengahan abad ke 18 dengan sebutan (/pa/).
Kegunaan
digunakan untuk mengira dalam beberapa rumus matematik seperti lilitan satu
bulatan jejari ( = 2 ), luas suatu bulatan berjejari ( = 2 ), luas permukaan
sesuatu sfera berjejari ( = 4 2 ) dan isipadu suatu sfera berjejari ( = 3 ).

93

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

94

PENGHAMPIRAN OLEH ARCHIMEDES


Kaedah Archimedes tentang penghampiran pi yang melibatkan perimeter dan
poligon dibataskan dengan ukur lilitan bulatan yang diberikan. Oleh itu, daripada
mengukur poligon pada suatu-suatu masa, Archimedes menggunakan Teori Euclid
untuk membentuk prosedur numerikal untuk mengira perimeter bagi ukur liitan
poligon sisi 2n, apabila perimeter bagi sisi poligon diketahui.
Kemudian, permulaan bagi mengukur lilit heksagon, dia menggunakan formula untuk
mengira perimeter bagi poligon yang mempunyai sisi 12, 24, 48 dan akhirnya 96. Dia
kemudiannya mengulang proses menggunakan poligon yang lain (selepas
membangunkan formula yang setara). Keunikan prosedur Archimedes ini ialah dia
telah menyingkirkan geometri dan menukarkannya kepada prosedur aritmetik,
sesuatu yang mungkin membuatkan Plato terkejut. Tapi ia sebenarnya adalah
amalan yang biasa dilakukan di timur terutamanya sarjana China
Teori Kunci (The Key Theorem)
Teori kunci yang digunakan oleh Archimedes ialah dalam bab Proposition 3 dalam
buku VI Euclids Elements. Teorinya ialah seperti berikut:
Jika sudut bagi segi tiga dibahagi dua sama, dan garis
lurusnya memotong sudut tapaknya juga, maka segmen
tapak tersebut akan mempunyai nisbah yang sama seperti
baki sisi segi tiga tersebut. Dan jika segmen tapaknya
mempunyai nisbah yang sama seperti baki sisi segi tiga, garis
lurus yang bersambung dengan bahagian bucu akan
membahagi sudut segi tiga kepada dua.
Kaedah Archimedes
Archimedes membuat penisbahan dengan menggunakan poligon yang dilukis di
dalam (inscribed polygon) dan poligon yang dilukis di luar bulatan (circumscribe
polygon).

Poligon dalaman

Poligon luaran

Rajah 8

94

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

95

Pertamanya, Archimedes mengatakan bahawa kawasan luar bulatan bulatan adalah


lebih besar daripada kawasan poligon yang dilakarkan di dalam. Dalam rajah di
bawah, heksagon sekata telah dilakarkan di dalam.

Rajah 9

Untuk mencari nilai pi, archimedes mengambil poligon bersisi enam (heksagon
sekata) sebagai eksperimen awal. Heksagon awal terdiri daripada enam buah segi
tiga sama sisi.

Rajah 10

Maka, kita keluarkan satu bahagian daripada segitiga tersebut.

Rajah 11

95

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

96

Daripada rajah 5 di atas, kiat dapat mengetahui bahawa OCB ialah segitiga bersudut
tegak. Kita juga tahu bahawa OB=OD=BD kerana segi tga OBD ialah segi tiga sama

kaki. BD kita wakilkan sebagai L. Jadi, BC=CD iaitu 2.


Katakan Li ialah poligon dalaman (inscribed polygon), Maka, ungkapannya boleh jadi
seperti berikut:

= sin ( ) + sin ( )
2
2

= 2 sin ( )
2
Seterusnya, Archimedes turut melakar heksagon di luar bulatan (circumscribed
polygon) dan membuat pengiraan luas heksagon tersebut.

Rajah 12

Sama juga seperti poligon dalaman, kita juga akan mengeluarkan satu bahagian
daripada poligon luaran.
Kemudian, kita katakan pula sebagai poligon luaran (circumscribed polygon),
maka ungkapannya seperti berikut:

) + tan ( )
2
2

= 2 tan ( )
2

= tan (

Maka, daripada kedua-dua persamaan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa

sin
2
2
Dimana,
=
360 2
=
=

Setelah mendapatkan formula ini, kita akan mengambil heksagon sebagai poligon
percubaan yang pertama.

96

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

97

sin
2
2
360
360
(
)
(
)
6
6 sin
6 6
2
2
6 sin 30 6 tan 30
1
3
6 6
2
3
3 23
Berdasarkan hasil yang diperolehi dengan menggunakan poligon heksagon, maka
kita bahawa nilai ialah di antara 3.0 hingga 3.464. Untuk meneruskan pencarian
Archimedes menggunakan poligon dengan sisi yang lebih banyak iaitu poligon
bersisi 12,24,48 dan 96. Kesemua dapatan direkodkan dalam jadual di bawah.
N
6
12
24
48
96

3.000
3.106
3.133
3.139
3.141

3.464
3.215
3.160
3.146
3.143

Purata
3.232
3.161
3.146
3.143
3.142

Nilai berdasarkan poligon yang mempunyai sisi sebanyak 96 memberikan nilai


3.142 yang mana nilai ini adalah sangat tepat dengan nilai yang digunakan pada
hari ini.

APLIKASI (PI) DALAM KONTEKS SEBENAR


Piramid Besar Giza atau dikenali
sebagai Piramid Khufu ialah yang
tertua dan terbesar di antara 3
piramid di Giza, Mesir. Piramid ini
juga tersenarai dalam & Keajaiban
Dunia yang masih bertahan hingga
kini. Piramid Giza ini merupakan
struktur binaan yang paling tinggi di
dunia pernah dibina oleh manusia
dalam 3800 tahun.

97

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

98

Ramai yang tidak tahu bahawa pembinaan piramid


melibatkan penggunaan (pi) di dalamnya. Piramid
dibina dalam dimensi yang sangat istimewa.
Anggaran dimensi bagi piramid dikira oleh Petrie
mengikut tinggalan batu dalam tanah untuk batubatu yang masih kekal di bahagian atas piramid
dengan sudut kecerunannya 51 52' 2'.
Penglibatan nilai pi dalam dimensi utama
menunjukkan ketepatan yang hampir kepada nilai
pi.

Satu lagi kebetulannya ialah hubungan di antara


tinggi segi tiga piramid dengan separuh tinggi bagi
sisi piramid., kerana ia wujud sebagai Golden
Section atau nisbah tertentu yang yang menyamai
perkadaran , F = (sqr(5)+1)/2 = 1.618 = 356:220.
Nisbah ini 356:220 = 89:55 juga terkandung dalam
Siri Fibonaci
1 2 3 5 8 13 21 34 55 89 144 ...

PENENTUAN LUAS BULATAN OLEH ARCHIMEDES

PENDAHULUAN
Masalah menentukan luas bagi bulatan pernah dianggap sebagai satu cabaran
matematik yang hebat. Cabaran-cabaran ini disahut oleh banyak ahli matematik dari
zaman matematik Babylon hinggalah kepada zaman ahli matematik Greek.

98

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

99

Permasalahan ini diteruskan oleh Archimedes (287-212 SM) dengan menggunakan


kaedah kuasa dua bulatan (squaring of circle). Archimedes menyimpulkan bahawa
luas bulatan merupakan had kepada luas poligon di dalam bulatan dengan bilangan
sisi kepada ketidak terhinggaan (infinity).
Prinsip Asas Archimedes Dalam Bulatan
Dalam menghuraikan masalah ini, Archimedes menekankan kepada beberapa
prinsip asas dalam bulatan. Pertama, luas poligon dengan sisi n (n-gon) yang dilukis
di dalam unit bulatan menghampiri suatu nilai iaitu pi () apabila nilai n meningkat.
Luas poligon yang dilukis di dalam bulatan menghampiri luas bulatan apabila
bilangan sisi poligon meningkat. Kemudian, perimeter poligon semakin menghampiri
lilitan bulatan apabila bilangan sisi poligon meningkat.
PENENTUAN LUAS BULATAN
Seperti yang dinyatakan di atas, Archimedes menggunakan kaedah squaring the
circle iaitu kaedah yang mengenalpasti poligon yang menyamai luas bulatan dengan
jejari (r) tertentu. Untuk percubaan pertamanya, Archimedes menggunakan poligon
dalaman segi empat dalam bulatan.
Segi empat sama yang dilukis di dalam (inscribed) bulatan. Ini bermakna segi empat
tersebut adalah sepadan dan bucunya menyentuh bulatan.

Rajah 13
Berdasarkan rajah 7 di atas, AC ialah diameter kepada bulatan dan panjang AC ialah
2r. Oleh kerana ABC merupakan segi tiga sama kaki, maka panjang AB ialah sama
dengan BC. Dengan menggunakan AC sebagai hipotenus (2r), panjang AB dan BC
dapat ditentukan seperti berikut:

99

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

100

Jadikan AB = BC = a, maka nilai a dicari dengan menggunakan teori Phytagoras.


2 + 2 = (2)2
22 = 4 2
2 = 2 2
= 2
Didapati panjang AB dan BC ialah 2. Maka, luas segi empat A ialah:
=
= 2 2
= 2 2
Luas segi empat yang kita dapatkan ialah 2 2 . Namun begitu, ianya masih belum
dapat menghampiri luas bulatan yang sebenar. Jadi, archimedes menggunakan
poligon yang lain dalam percubaan seterusnya. Poligon yang dipilih ialah poligon sisi
6 ataupun heksagon. Beliau percaya bahawa percubaan kali ini akan mendapat
keputusan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Untuk menentukan penghampiran luas bulatan dengan heksagon, Archimedes
membahagikan heksagon kepada enam bahagian segi tiga. Luas heksagon boleh
didapati setelah luas satu segi tiga berjaya diperolehi.

Rajah 14
Berdasarkan rajah 8, Panjang AB = r. Jadi pengiraan bagi menentukan tinggi satu
segi tiga ialah seperti berikut. Kita wakilkan tingginya sebagai h.

2 + ( )2 = 2
2
2
2
+ = 2
4
4 2 2
2
=
4
3 2
2
=
4

100

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

101

3 2
=
4
=

3
2
3

Setelah mendapat nilai tinggi segi tiga iaitu = 2 , maka luas heksagon di dalam
bulatan dapat ditemukan. Maka, luas heksagon ialah:

= 6
1
= 6
2
1
=6
2
Gantikan, =

3
2

ke dalam persamaan
1
3
= 6(
)
2
2
33 2
=
2
= 2.59 2

Berdasarkan persamaan di atas, maka luas heksagon ialah 2.59 2. Nilai yang
diperoleh dengan menggunakan luas heksagon adalah lebih baik berbanding luas
segi empat sama, ia sebenarnya masih belum menghampiri luas sebenar bulatan.
Hal ini mendorong Archimedes untuk meneruskan percubaan ketiga. Beliau telah
mencuba dengan menambahkan sisi poligon untuk mendapatkan luas bulatan yang
paling tepat.

Rajah 15

Maka, luas bagi poligon sisi n adalah n kali luas satu segi tiga seperti mana di
bawah.

101

MODUL MTE3114

102

APLIKASI MATEMATIK

1
= ( ) =
2
Apabila bilangan n-sisi bertambah,
1
1
= = ()
2
2
( ) ialah perimeter poligon, di mana apabila n semakin meningkat, ia menghampiri
lilitan bulatan (circumference of the circle) iaitu 2. Archimedes telah membuat
pencerapan bahawa sekiranya poligon tersebut mempunyai sisi n, maka setiap segi
1
tiga dikira sebagai daripada lilitan bulatan. Selain itu, tinggi segi tiga, h juga
2
menghampiri jejari bulatan, r.
Semakin bertambah bilangan segi tiga, luas poligon akan menghampiri dan
memenuhi luas bulatan. Sehubungan dengan itu, Archimedes telah dapat
menentukan luas bulatan seperti berikut:
1
1
= ( ) (2) = 2
2
2
Dalam menentukan luas bulatan, ia melibatkan nilai tetap , yang mana wujud
sebagai nisbah lilitan bulatan kepada diameter bulatan.

APLIKASI LUAS BULATAN DALAM KONTEKS SEBENAR

Pernahkah anda masuk ke kolam


renang? Adakah anda semua tahu
bahawa kolam renang menggunakan
formula
luas
dalam
menentukan
keluasannya? Bagi kolam renang yang
tidak berbentuk petak, formula yang
digunakan ialah formula luas bulatan
kerana ia melibatkan nilai pi.

Seperti mana yang anda semua pernah


lihat, kolam renang mempunyai pelbagai
bentuk dan bentuk-bentuk ini sangat
mempengaruhi luasnya. Ahli matematik
telah lama menggunakan konsep luas
dalam membentuk satu kolam renang
berdasarkan kepada kriteria yang mereka
mahukan.

102

MODUL MTE3114

103

APLIKASI MATEMATIK

PARADOKS ZENO
PENDAHULUAN
Hampir kesemua yang kita tahu tentang Zeno of Elea (seorang ahli falsafah Greek)
boleh di dapati dalam buku Plato yang berjudul Permenides. Dari situ kita belajar
bahawa Zeno berumur dalam lingkungan 40 tahun yang mana Socrates masih
seorang yang muda (ada yang mengatakan dalam 20). Socrates lahir dalam tahun
469 SM, maka kita menggarkan bahawa Zeno lahir pada sekitar tahun 495 hingga
480 SM. Dalam lewat ini, kita mengetahui Zeno sangat rapat dengan Permenides
(Plato melaporkan bahawa mereka ialah pasangan kekasih semasa Zeno masih
muda), dan kerana itu Zeno menulis buku paradoks yang mempertahankan falsafah
Parmenides.
PARADOKS ZENO
Zeno mengusulkan 4 paradoks dalam usaha untuk
mencabar penerimaan tentang tanggapan ruang dan
masa
yang membuatkan pandangan
dirinya
bertembung dengan lingkaran kepelbagaian falsafah.
Paradoksnya sangat membingungkan ahli matematik
selama berabad-abad sehinggalah pembangunan
Cantor ( dalam tahun 1860 dan 1870) tentang teori set
tidak terhingga yang mampu menyelesaikan masalah
paradoksnya.
Paradoks Zeno memfokuskan kepada perkaitan
berasingan kepada berterusan (discrete to the
continuous), satu isu yang menjadi jantung kepada
matematik. Secara umumnya, paradoks bermaksud
pernyataan yang kelihatan benar / logik tetapi Rajah 16 Zeno of Elea
sebenarnya bercanggah / tidak logik. Zeno percaya
bahawa sesuatu entiti boleh dibahagikan dan tidak boleh berubah dalam realiti.
Dalam bahagian ini, saya hanya akan membincangkan satu sahaja ialah Paradoks
Pergerakan.

2.1

PARADOKS PERGERAKAN.

2.1.1

Dikotomi (Pembahagian)
Sebuah benda yang bergerak tidak akan pernah mencapai tujuan.
Pertamanya dia harus menempuh perjalanan setengah jarak. Lalu setelah itu,
dia mesti menempuhi satu perempat, satu perlapan, satu perenam belas, satu
pertiga puluh dua dan seterusnya. Demikian hingga jumlah menajdi tidak
terhingga. Oleh kerana mustahil melakukan perjalanan sebanyak tidak
terhingga, maka tujuannya tidak akan pernah sampai.

103

MODUL MTE3114

Paradoks:
Pernyataan
Bukti

104

APLIKASI MATEMATIK

: Pergerakan adalah mustahil.


: Jika objek boleh dibahagikan, maka ia sebenarnya tidak wujud.

Sebelum objek boleh bergerak dengan jarak yang diberikan, ianya mesti melalui
separuh daripada jarak tersebut. Untuk bergerak separuh daripada jarak tersebut,
ianya mesti bergerak suku daripada jarak dan seterusnya sehingga tidak terhingga
(infiniti) iaitu proses pembahagian separuh tidak pernah sampai hingga ke
penghujung (tidak terhad/infinite) kerana sentiasa ada jarak yang perlu dibahagikan
separuh tidak kira betapa kecil jarak itu.
Dengan adanya pembahagian separuh menyebabkan tiada jarak yang boleh
digerakkan di dalam jumlah masa yang terhad (finite). Oleh itu ianya kelihatan kita
tidak boleh bergerak pada jarak yang sebenar dan pergerakan adalah mustahil.
Contoh:

Ilustrasi paradox dikotomi Zeno


Dalam rajah di atas menggambarkan bagaimana terdapat banyak segmen
perjalanan di antara dua titik (0-100). Yang mengganggu Zeno di sini bukan
pergerakannya, tetapi bagaimana ketidak terhinggaan itu sangat menyusahkannya.
Dalam contoh di atas Zeno mengetengahkan bahawa apabila jumlah segmen yang
harus ditempuhi sejumlah tidak terhingga, maka gerak dari satu tempat ke tempat
yang lain adalah mustahil.
Para ahli matematik dan falsafah moden telah mengemukakan hujah yang dapat
menyangkal paradoks Zeno ini:
1 1 1
a) urutan 1, 2 , 4 , 8, dan lain-lain mempunyai had kepada 0
b) urutan 0.9, 0.99, 0.999 dan seterusnya mempunyai had kepada 1
c) Apabila kita menulis 0.99999...., ianya bermaksud had nombor 9 adalah
sehingga infiniti, maka 0.9999... 1
d) Dalam erti kata yang lain, urutan
yang sebenarnya akan
menghampiri had yang kita
kehendaki.
Jadi
realitinya, jarak yang terhad
memerlukan jumlah masa yang terhad
untuk bergerak (jarak boleh digerakkan
pada masa yang terhad).

104

MODUL MTE3114

105

APLIKASI MATEMATIK

Paradoks Achilles dan Kura-Kura

Paradoks ini sangat terkenal dalam sejarah Yunani kerana


pada waktu itu, mereka gagal untuk menyangkal paradoks
ini walaupun pada waktu ini tidak terlalu sulit untuk
dijelaskan. Namun, para ahli falsafah dan matematik
mengambil masa selama ribuan tahun untuk
menjelaskannya.

Achilles merupakan seorang pelumba terkenal di zaman


Yunani yang ingin berlumba dengan seekor kura-kura
yang lambat. Achilles digambarkan sebagai seorang
pahlawan yang hebat pada ketika itu sehingga tiada siapa
yang dapat menandinginya.
Rajah 17 Ilustrasi gambar
pahlawan Achilles

Paradoks:
Pernyataan
Bukti

: ruang dan waktu adalah berterusan.


: Achilles tidak akan dapat memintas kura-kura.

Ilustrasi paradox zeno berkenaan Achilles dan kura-kura

Berdasarkan paradoks ini, Achilles tidak akan dapat mengalahkan kura-kura yang
bergerak terlebih dahulu. Zeno ingin membuktikan bahawa, ruang dan waktu adalah
berterusan . Jika ada pergerakan, pergerakan itu adalah seragam. Di sini, Zeno
membahagikan jarak Achilles kepada nombor yang infiniti .

105

MODUL MTE3114

106

APLIKASI MATEMATIK

Ini dibenarkan (logik) kerana


jarak dalam satu segmen
tertentu boleh dibahagikan
kepada
beberapa
jarak
sehingga ke infiniti . Dengan
itu, Zeno membahagikan jarak
perlumbaan Achilles kepada
bahagian-bahagian
kecil
sehingga
infiniti
tetapi
dilaksanakan pada masa yang
terhad .

Kedudukan Achilles dan kura-kura dalam perlawanan.

Berikut ialah hujah-hujah yang


diketengahkan
oleh
ahli
falsafah dan matematik dalam
menyangkal paradoks Achilles
dan kura-kura ini.

Hujah 1:
Untuk Achilles mengejar kura-kura, dia mesti melalui jarak yang tidak terhad:
100m + 50m + 25m + 12.5m + 6.25m + .
Walaubagaimana pun, jumlah jarak tidak terhad merupakan satu jumlah jarak yang
terhad . Jadi, bagaimana Zeno mengatakan jarak yang dilalui Achilles tadi adalah
tidak terhad.
Bukti:
1
= 100 =
=
2
maka kita menggunakan janjang geometri untuk mencari jarak yang tidak terhad:

=
1
100
=
1
12
= 200
Justeru, jumlah jarak tidak terhad (yang dikatakan oleh Zeno) sebenarnya adalah
merupakan satu jumlah jarak yang terhad. Paradoks ini dikeluarkan sebelum janjang
geometri (geometric series) ditemukan. Jadi apabila adanya janjang, ia telah
menyangkal paradoks Zeno ini.

106

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

107

Hujah 2:

Rajah 18 realitinya, ruang dan waktu tidak berubah-ubah


Berikut adalah ilustrasi karikatur berkenaan paradox Achilles dan kura-kura:

107

MODUL MTE3114

108

APLIKASI MATEMATIK

Paradoks Anak Panah


Paradoks anak panah ini membantah idea bahawa ruang atau masa itu berasingan
(discrete). Zeno berpendapat bahawa satu objek yang sedang terbang, selalu
menepati ruang yang sama besarnya dengan objek tersebut.
Paradoks:
Pernyataan
Bukti

: Pergerakan adalah mustahil


: Semua objek berada dalam keadaan pegun dan tidak bergerak

Rajah 19 Ilustrasi paradox Anak Panah

Masa terdiri daripada


ketika atau waktu
sekarang (moment
of now). Satu anak
panah sedang dalam
penerbangan, pada
mana-mana suatu
ketika, ia tidak dapat
dibezakan dengan
satu anak panah
yang dalam keadaan
rehat (pegun) pada
kedudukan
yang

108

MODUL MTE3114

109

APLIKASI MATEMATIK

sama. Persoalannya pada ketika tersebut, adakah anak panah tersebut bergerak
atau dalam keadaan rehat (pegun)? Dan jika anak panah itu tidak bergerak, ia
mestilah dalam keadaan rehat (pegun) dan tidak dalam penerbangan.

Pada 1 saat ini, anak panah ini dalam keadaan


pegun (tidak bergerak). Pada masa ini juga
tiada jarak direkodkan kerana tiada
pergerakan. Kesimpulannya, jika tiada jarak
pada setiap saat, bila anak panah itu bergerak
(berada dalam penerbangan).

Contoh:
Apabila sebuah anak panah dilemparkan dari
busurnya ianya sebenarnya tidak bergerak
melainkan setiap saat berhenti. Di setiap
tempat anak panah itu berada, sebenarnya
anak panah itu sedang berhenti dan diam
disitu. Jadi, panah yang sedang terbang itu
sebenarnya tidak bergerak melainkan dalam keadaan diam. Ia hanya kelihatan
sahaja bergerak.
Hujah:
Katakan anak panah yang berterbangan bergerak pada jarak, d = 20 meter dalam
masa, t = 4 saat.
Halaju anak panah:

20
=
4
= 5 1

Anak panah yang berterbangan pada ketika 1 saat sebenarnya mempunyai:


Jarak, d = 0 meter seperti yang dikatakan oleh Zeno sebenarnya mempunyai jarak,
d yang boleh dikira.
=
= (5 1 )(1)
= 5
Ini membuktikan bahawa terdapat pergerakan pada sesuatu ketika (sekarang) di
mana pada ketika tersebut sebenarnya anak panah sedang bergerak. Realitinya,
ruang dan masa adalah berasingan (descrete)

109

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

110

Paradoks Stadium / Stadion


Paradoks ini dikenali juga sebagai paradoks pergerakan barisan. Paradoks ini adalah
pradoks yang paling mustahil di antara semua Paradoks Zeno. Paradoks ini
melibatkan kedudukan baris selari (seperti di stadium) dan divisualisasikan sebagai
pergerakan tiga baris selari, A, B, dan C.
Paradoks:
Pernyataan
Bukti

: Ruang dan masa boleh dibahagikan hanya dengan jumlah


yang pasti.
: Separuh daripada masa adalah sama dengan dua kali masa.

Hujah:
Penyelesaian matematik untuk paradoks ini adalah:
Halaju B menuju A
= 1
Halaju C menuju A
= 1
Halaju C menuju B
= 2 1
Jarak untuk menghabiskan pergerakan
= 2 (2 kereta / unit)

110

MODUL MTE3114

111

APLIKASI MATEMATIK

Waktu yang diperlukan untuk menghabiskan pergerakan


2
2 1

=
1
= 1 ()
=

Realitinya, ruang dan masa tidak boleh dibahagikan.


Zeno dan gurunya Permenides mempunyai pendapat yang sama berkenaan
pergerakan dan alam semesta. Menurut catatan sejarah, Zeno telah menghasilkan
sebanyak 40 paradoksnya tetapi malangnya hanya beberapa sahaja yang sempat
ditangkap oleh Plato dan Aristotle untuk diselesaikan berikutan buku-buku tulisan
Zeno berkenaan paradoksnya hilang (kemungkinan dicuri).

PENYIASATAN LENGKUNG KUBIK OLEH NEWTON


Isaac Newton
Dilahirkan pada tahun 1642.
Ibunya mengeluarkannya dari sekolah supaya dia jadi jadi petani yang baik.
Pada umur 18 tahun telah memasuki Universiti Cambridge.
Di sinilah Newton mula belajar pelbagai bidang ilmu termasuk Matematik
Suka melakukan penyelidikan sendiri dan akhirnya tercipta pelbagai teori yang
kemudian mampu mengubah dunia
Antaranya menghasilkan 72 jenis lengkung kubik
Lengkung Kubik
Isaac Newton merupakan orang pertama yang mula-mula menjalankan penyiasatan
yang sistematik tentang lengkung kubik (kuasa tiga). Persamaan umum lengkung
kubik adalah;

Daripada persamaan ini, Newton telah mencipta 72 jenis lengkung kubik.

111

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

112

Daripada persamaan umum tadi, dia telah memecahkannya kepada 4 jenis lengkung:
Jenis 1: Witch of Agnesi

112

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

113

Jenis 2: Newtons Trident

Jenis 3: Newton Diverging Parabolas

Jenis 4: Cubic Parabolas

113

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

114

Right strophoid. (b) Trident of Newton. (c) Cardioid. (d) Deltoid. (e) Devil on two sticks.
(f) Lemniscate of Bernoulli. (g) Epitrochoid. (h) Rhodona. (i) Bowditch curve. (j) Fermat's
spiral. (k) Logarithmic spiral. (l) Cycloid.">
Plane curves. (a) Right strophoid. (b) Trident of Newton. (c) Cardioid. (d) Deltoid. (e)
Devil on two sticks. (f) Lemniscate of Bernoulli. (g) Epitrochoid. (h) Rhodona. (i)
Bowditch curve. (j) Fermat's spiral. (k) Logarithmic spiral. (l) Cycloid.

Read more: http://www.answers.com/topic/plane-curve#ixzz2jzNTEjnX

114

MODUL MTE3114

115

APLIKASI MATEMATIK

Alexis Claude Clairaut telah menjalankan penyiasatan terhadap Jenis III (Newton
Diverging Parabolas) dengan memperkenalkan permukaan dalam ruang tiga
dimensi.

Lengkung kubik diaplikasikan dalam lukisan yang dihasilkan oleh St. James
sehinggakan lukisan tersebut kelihatan secara 3-dimensi.

115

MODUL MTE3114

APLIKASI MATEMATIK

116

Penghargaan:
Nota Cikgu Al-Kindi
En. Tan Kah Keng (Bab 2 dan Bab 3) IPG KPP
Cik Ng Sok Moay IPG KPP
Dr. Teong Mee Mee IPG KPP
Pelajar Matematik PISMP Jan 2010 IPG KPP

Semoga modul ini membantu anda dalam peperiksaan.


shamsul naim, IPG KPP

116

You might also like