You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA,

TAMAN SRI SAUJANA,


81900 KOTA TINGGI,
JOHOR TEL: 07-8835103
FAX : 07-8835100
Ruj. Kami : SKSS.500-8/1/2( )
Tarikh : 15 November 2020

Kepada
Semua warga SK Seri Saujana,
Kota Tinggi.

Tuan,

Latihan Dalam Perkhidmatan : Taklimat Pengurusan dan Pelaksanaan Portal DELIMa bagi
guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;

2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Tarikh : 25 NOVEMBER 2020 ( Rabu )
Masa : 9.00 am – 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Gemilang
Pembimbing : Pn. Normalili Binti Idris

3. Pengisian taklimat tersebut adalah berkenaan tentang Portal DELIMa, Google Classroom,
Google Meet dan aplikasi Quizizz. Sila bawa bersama-sama telefon bimbit, komputer riba dan
WIFI.

4. Sehubungan dengan itu , tuan diminta hadir ke taklimat mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nuramalina Binti Zainal Abidin di talian 017-
283559.

5. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................…
( )

You might also like