You are on page 1of 10

GGGB 6013

KAEDAH PENYELIDIKAN I

TUGASAN 3

KUMPULAN 9
LAPORAN KANDUNGAN TESIS PENDEKATAN
PENYELIDIKAN KUANTITATIF

NAMA PENUH 1. LIM YEW JUAN P105598


AHLI KUMPULAN
2. LOW SIEW EARN P105600

3. NURAMALINA ZAINAL ABIDIN P105612

4. GAN CAI SIA P106074

PENGKHUSUSAN SARJANA PENDIDIKAN PENTADBIRAN

NAMA PENSYARAH DR. AZLIN NORHAINI MANSOR


Isi Kandungan

1.0 Pengenalan.................................................................................................................................1
2.0 Laporan Pendahuluan................................................................................................................1
3.0 Laporan Tinjauan Kepustakaan.................................................................................................3
4.0 Laporan Metodologi..................................................................................................................4
5.0 Rumusan....................................................................................................................................7
Rujukan
1.0 Pengenalan
Laporan ini akan memberi ulasan kepada kertas cadangan tahap motivasi dan intensiti pelajar
Sekolah Menengah Bandar Seri Putra dalam aktiviti fizikal. Kertas cadangan ini berbentuk
kaedah kuantitiatif dan ia telah menerangkan bab 1, bab 2 dan bab 3. Bab 1 merangkumi
pengenalan, penyataan masalah, tujuan kajian objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, definisi konsep. Bab 2 iaitu tinjauan literatur termasuk senario pendidikan
jasmani dan kesiharan di Malaysia, intensiti aktiviti fizikal, model motivasi, faktor-faktor yang
mempengaruhi intensiti aktiviti fizikal dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi dalam
aktiviti fizikal. Bagi bab 3 pula mempunyai reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,
kaedah kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, pengumpulan data dan penganalisisan data.
Penulis telah memberi ulasan setiap bahagian iaitu pendahuluan, tinjauan kepustakaan dan
metodologi.

2.0 Laporan Pendahuluan


Dalam pengenalan, pengkaji tidak menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah
kajian secara keseluruhan. Pengkaji hanya menghuraikan secara umum tentang anjakan ketiga
dalam PPPM iaitu melahirkan masyarakat yang menghargai nilai mereka dalam konteks
kesihatan bersama sukan. Selain itu, pengkaji tidak membincangkan sub-idea masalah dan
konsep masalah kajian. Dalam pengenalan, pengkaji telah merujuk kepada beberapa topik kajian
tetapi kajian tersebut tidak releven dengan tajuk kajian pengkaji.

Pengkaji telah mengenalkan latar belakang topik dan mengenalkan topik kajian dengan
huraian yang ringkas di bahagian penyataan masalah. Pengkaji mengulas sedikit tentang masalah
obesiti di Malaysia. Dalam penyataan masalah, pengaji telah menyatakan kewujudan masalah
kajian dengan merujuk jurnal, iaitu menurut (Ismail et al.,2014) sebanyak 23% murid di sekolah
mengalami masalah obesiti di Malaysia kerana pengambilan makanan berlebihan. Pengkaji juga
telah menyatakan usaha penyelesaian yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi, contohnya menurut (Saleh 2012) perlaksanaan aktiviti fizikal dapat membantu
mengurangkan risiko obesiti. Dalam penyataan masalah, pengkaji tidak menyatakan kajian-
kajian lepas yang berkaitan atau hampir sama dalam bidang kajian yang dikaji. Usaha yang telah
dijalankan, keperluan menjalankan kajian dan arah tuju kajian juga tidak dinyatakan dalam

1
kajian ini. Dalam penyataan masalah, pengkaji boleh menyatakan bahawa masalah obesiti harus
dipandang serius. Dapatan data tentang akibat atau bilangan pesakit akibat obesiti boleh
disertakan untuk menjelaskan keperluan kajian ini dijalankan.

Tujuan kajian dalam kajian ini adalah tidak tepat. Pengkaji harus menyatakan tujuan
berdasarkan pemboleh ubah bersandar (intensiti aktiviti fiziakal) dan pemboleh ubah tidak
bersandar (tahap motivasi) tajuk. Tujuan kajian yang dicadangkan ialah tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti tahap motivasi pelajar dan intensiti aktiviti fizikal pelajar di Sekolah
Menengah Bandar Seri Putra. Ayat faktor- faktor inilah yang mempengaruhi tahap intensiti yang
pelajar akan ambil semasa melakukan aktiviti semasa pendidikan jasmani dan kesihatan di
sekolah harus dipadamkan.

Cara penulisan objektif kajian adalah betul. Pengkaji mempunyai pemboleh ubah dan
sempel dalam objektif tetapi dalam objektif pertama, pemboleh ubah perbezaan intensiti harus
ditukar kepada tahap intensiti. Sempel dalam objektif kajian harus ditukarkan kepada pelajar
Sekolah Menengah Bandar Seri Putra. Dalam objektif kajian, pengkaji tidak menyatakan semua
pemboleh ubah dalam kajian. Pengkaji tidak menyatakan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu
tahap motivasi pelajar. Dalam tesis ini, pengkaji ada menyatakan objektif kajian berdasarkan
pemboleh ubah dalam kerangka konseptual tetapi tidak berdasarkan penyata kajian kerana dalam
penyata masalah tidak ada menyatakan pemboleh ubah dalam kajian.

Persoalan kajian telah dibahagikan kepada beberapa soalan kecil berdasarkan objektif
kajian. Pada persoalan yang ke-5, terdapat kesalahan tentang pemboleh ubah yang telah
dinyatakan iaitu pengkaji telah terbalikkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan
pemboleh ubah bersandar. Persoalan ke-5 patut ditulis: Adakah terdapat hubungan yang
signifikan antara motivasi dan intensity aktiviti fizikal semasa kelas PJK dalam kalangan pelajar?

Kerangka konsep kajian sepatutnya perlu diletakkan selepas bahagian hipotesis kajian.
Berdasarkan kerangka konsep yang dinyatakan, terdapat banyak kesalahan. Kerangka konsep
perlu ditulis mengikut pemboleh ubah tidak bersandar iaitu motivasi serta diamensi motivasi dan
diikuti dengan pemboleh ubah bersandar iaitu intensiti aktiviti fizikal dan dimensi kekuatan
ketangkasan dan fleksibiliti. Dalam kerangka konsep yang telah diberikan mempunyai kesalahan
“jantina” yang telah dimasukkan dalam bahagian pemboleh ubah tidak bersandar. Jantina

2
sepatutnya tidak perlu dituliskan dalam kerangka konsep atau jantina boleh ditambahkan satu
kotak lagi di bahagian depan pemboleh ubah bersandar.

Dalam kepentingan kajian pengkaji perlu menulis pernyataan yang berkaitkan dengan
tajuk kajian yang ingin dijalankan. Bahagian kepentingan kajian dalam kajian ini tidak
dinyatakan dengan jelas atau secara terperinci berdasarkan tajuk kajian. Kepentingan kajian ini
tidak memberikan fokus kepada motivasi atau intensiti aktiviti fizikal. Dalam bahagian ini juga
menyatakan kajian ini akan memberi impak yang positif kepada para pelajar di Malaysia.
Pengkaji harus menyatakan apa impak yang akan diberikan kepada pembaca atau pihak yang
tertentu dan bukan menyatakan secara umum sahaja. Selain itu, terdapat beberapa kesalahan
perkataan yang patut dituliskan dalah huruf besar dalam bahagian kepentingan kajian.
Contohnya: ppd, jpn atau kpm patut ditulis dalam PPD, JPN atau KPM.

Dalam kajian tidak mempunyai bab batasan kajian. Pengkaji boleh menyatakan batasan
yang dihadapi semasa menjalankan kajian.

Definisi istilah atau definisi operasional ialah bahagian yang patut menerangkan
pemboleh ubah dan dimensinya yang telah dinyatakan dalam kerangka konseptual. Contohnya
dalam intensiti aktiviti fizikal, pengkaji telah menyatakan model yang merujuk kepada Abidin,
maka dalam bab definisi istilah, pengkaji perlu juga menyatakan model yang sama berdasarkan
Abidin dan bukan tentang model atau konsep lain. Keterangan atau rujukan lain yang telah
dinyatakan dalam bahagian definisi adalah lebih sesuai dimasukkan dalam bab tinjauan literatur
kajian. Selain itu, terdapat satu kesalahan iaitu gambar rajah yang telah disertakan dalam definisi
tidak dilebelkan. Semua gambar rajah atau jadual perlu dilebelkan dengan jelas dan betul supaya
tidak mengelirukan pembaca.

3.0 Laporan Tinjauan Kepustakaan


Dalam pendahuluan bab tinjauan kepustakaan, pengkaji tidak menyatakan topik-topik yang akan
dibincang secara keseluruhan. Pengkaji telah menyatakan tentang Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam pendahuluan kajian ini,
pengkaji boleh mengkaitkan Pendidikan Jasmani dengan intesiti aktiviti fizikal pelajar dan
motivasi pelajar. Seterusnya, pengkaji telah membincangkan tentang senario Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di Malaysia yang tidak berkenaan tentang tajuk kajian. Dalam bab tinjauan
3
kepustakaan, pengkaji harus kaitkan dengan teori atau model dan kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji boleh membuat perbandingan atau persamaan
berasaskan dapatan kajian-kajian lepas. Selain itu, semua teori atau model dan kajian-kajian
lepas yang dibincangkan perlu disertakan dengan rujukan atau sumber yang asal. Pengkaji juga
harus membuat perbincangan berdasarkan objektif kajian atau kerangka konseptual yang telah
ditetapkan dalam bab satu. Selain daripada itu, pengkaji juga boleh menyatakan tentang toeri
atau model lain yang sesuai dengan tajuk kajian. Dalam bahagian rumusan, pengkaji harus
mengkaitkan dengan arah kajian yang ingin dijalankan dan sintesis tentang maklumat yang telah
dinyatakan dalam bab dua ini.

4.0 Laporan Metodologi


Laporan ini berfokus kepada metodologi kajian yang merangkumi pendahuluan, reka bentuk
kajian, responden kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur pemerolehan data dan
penganalisisan data. Bagi pendahuluan, pengkaji memberi penjelasan ringkas mengenai aspek-
aspek yang terdapat dalam metodologi kajian. Selain itu, pengkaji turut menjelaskan maksud
metodologi kajian.

Reka bentuk kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah kajian kuantitatif yang menggunakan
kaedah tinjauan dalam mendapatkan data bagi kajian ini. Pengkaji tidak menerangkan rasional
reka bentuk kajian yang dipilih sesuai dalam menjawab persoalan dan objektif kajian. Pengkaji
tidak menerangkan sebab beliau memilih reka bentuk kuatitiatif. Pengkaji tiada merujuk mana-
mana sumber bagi menyokongkan keputusan yang diambil. Sebenarnya, pengkaji perlu
menerangkan kaedah kajian yang sepatutnya dalam kajian ini. Oleh itu, tiada kebolehpercayaan
tentang kesesuaian rekabentuk yang dipilih.

Bagi responden atau sampel kajian, pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Pengkaji seharusnya mengemukakan bilangan murid
bagi semua tingkatan dan cara pembahagian murid. Tiada kriteria khas yang ditetapkan oleh
pengkaji. Namun begitu, pengkaji tidak menyatakan mengapa sampel atau responden yang
terlibat dalam kajian ini dipilih. Pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak mudah
berstrata dengan merujuk kepada senarai nama yang diberikan oleh ketua Panitia Pendidikan

4
Jasmani dan Kesihatan. Daripada 3000 pelajar SMK Bandar Seri Putra, 341 orang pelajar telah
dipilih sebagai sampel kajian. Bagi pengiraan bilangan sampel kajian, pengkaji merujuk kepada
Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasar Populasi oleh Krejcie dan Morgan 1970. Menurut
Krejcie dan Morgan 1970, bilangan 341 sampel adalah bersesuaian dan mencukupi. Jadual
Krejcie dan Morgan perlu disediakan oleh pengkaji, namum pengkaji mengambil jadual dari
laman web. Pengkaji tidak menyatakan apakah peranan sampel yang dipilih dalam memberikan
data yang diperlukan dalam kajian ini.

Pengkaji menyatakan lokasi kajian beliau iaitu SMK Bandar Seri Putra. Tetapi pengkaji
tidak menyatakan mengapa sekolah tersebut dipilih sebagai lokasi kajian. Pengkaji tidak
menerangkan sebab lokasi kajian dipilih bagi memastikan tujuan kajian dan penyataan masalah
yang dinyatakan di awal penulisan laporan dapat dicapai dan diselesaikan. Sebagai contoh,
pengkaji perlu memberi penjelasan bahawa beliau membuat keputusan untuk memilih SMK
Bandar Seri Putra sebagai lokasi kajian. Sebagai contohnya, kajian lepas pelajar di SMK Bandar
Seri Putra mencatatkan bilangan yang tertinggi mengalami masalah obesiti. Oleh itu, sekolah ini
dipilih sebagai lokasi kajian dalam mendapatkan data bagi membantu untuk mengatasi masalah
ini.

Bagi bahagian instrumen kajian, hampir kesemua items dalam senarai semak ini tidak
dipenuhi oleh pengkaji. Daripada 10 senarai semak di bahagian instrumen, hanya satu sahaja
yang dinyatakan oleh pengkaji iaitu item yang kesepuluh. Hal ini boleh dilihat di halaman 10
dimana pengkaji membuktikan kesahan kandungan iaitu jadual Triaksial Accelerometer pada
bahagian 3.5.1. Akan tetapi, tiada penerangan lanjut tentang jadual yang dipaparkan oleh
pengkaji. Pengkaji perlu menerangkan Triaksial Accelerometer dalam bahagian kaedah kajian.
Sebenarnya, pengkaji perlu menerangkan cara pengutip data dan menerangkan setiap bahagian
dalam soal selidik dalam instruemen kajian.

Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan bagaimana instrumen yang digunakan dalam
kajian ini dibuat. Sebagai contoh, sebab instrumen ini dibina oleh pengkaji sendiri atau
diadaptasi daripada kajian lain. Pengkaji juga tidak menerangkan dengan jelas bagaimana items
di dalam instrumen ini mampu menjawab persoalan dan objektif kajian ini dilakukan. Pengkaji
hanya menerangkan bahagian demografi dalam soal selidik yang digunakan sahaja. Pengkaji
tidak menjalankan kajian rintis sebelum kajian sebenar dilakukan. Pengkaji seharusnya

5
melakukan kajian rintis sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Kajian rintis penting dalam
memastikan soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian dapat mampu memberikan data
yang diperlukan oleh pengkaji, Menurut Merriam (2001), kajian rintis dilaksanakan adalah
bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kepada tahap kebolehpercayaan soal selidik kajian
yang akan dijalankan supaya hasil dapatan adalah sah dan boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan adalah merujuk kepada konsistensi atau kestabilan data yang


diperoleh melalui pengumpulan data yang dijalankan. Selain itu, tahap kebolehpercayaan kajian
juga bergantung kepada konstruksi dan kandungan item dalam soal selidik tersebut. Manakala,
kesahan pula merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap kesesuaian dalam terjemahan dan
tindakan yang dilakukan terhadap skor-skor ujian (Johnson dan Christensen, 2000) Namun
begitu, pengkaji tidak menyatakan dan menerangkan aspek-aspek ini didalam kajian beliau.

Tatacara atau prosedur pemerolehan data telah diterangkan oleh pengkaji di muka surat
22. Pengkaji telah menyatakan prosedur yang dilalui daripada sebelum proses pengumpulan data
dijalankan. Di bahagian ini, pengkaji berjaya mengikuti tatacara atau prosedur pemerolehan data
dengan baik. Pihak yang terlibat telah diberikan taklimat oleh pengkaji tentang kajian yang akan
dijalankan. Namun begitu, pengkaji tidak menyusun cara penulisan laporan kajian beliau dengan
baik. Pengkaji telah menerangkan cara mendapatkan beliau mendapatkan pensampelan namun
begitu penerangan ini tidak perlu ditulis di bahagian tatacara atau prosedur.

Secara umumnya, menurut Fraenkel dan Wallen (1993), data bermaksud segala yang
diperoleh oleh pengkaji daripada subjek dalam kajian yang dijalankan. Data juga bermaksud
angka, kejadian atau fakta kasar yang diolah mengikut keperluan bagi mendapatkan maklumat
daripada sampel kepada pengkaji. Pertama, data primer (primary) sebagai data kuantitatif, iaitu
data-data yang di kumpul melalui soal selidik. Kedua, data sekunder (secondary) sebagai data
kualitatif iaitu data-data yang dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian dan semakan
dokumen. Pengkaji seharusnya menyatakan jenis data yang dikumpul berdasarkan rekabentuk
kajian yang telah dibina oleh pengkaji. Penyelidik tidak menerangkan prosedur yang beliau
lakukankan dalam mengumpul data kaedah Triaxial Accelerometer (GT3X).

6
5.0 Rumusan
Kertas cadangan berkaitan dengan tahap motivasi dan intensiti pelajar Sekolah Menengah
Bandar Seri Putra dalam aktiviti fizikal. Setiap bab mempunyai sub-topik masing-masing dan
kajian ini menggunakan kaedah kuantitiatif. Pengkaji telah berusaha untuk menulis kertas
cadangan ini tetapi kertas cadangan ini masih mempunyai kesalahan yang tidak dapat dielakkan.
Antara kesalahan telah dijelaskan dalam bahagian laporan.

Pengkaji harus memahami kandungan bagi setiap bab supaya dapat menulis setiap
bahagian dengan tepat. Pengkaji telah membina kerangka konseptual yang kurang tepat dan ia
akan menyebabkan kesilapan pada bahagian yang seterusnya. Selain itu, perhubungan antara
setiap bahagian kurang jelas dan tidak mempunyai kesinambungan yang baik. Dengan ini,
pengkaji perlu merangkakan kajian ini sebelum menulis kertas cadangan.

Setelah membaca kertas cadangan ini, terdapat beberapa kesilapan didapati. Hal ini
demikian kerana konsep terhadap kertas cadangan ini kurang jelas dan pengkaji keliru dengan
beberapa bahagian terutama di bab 3. Pengkaji juga tidak memberi fakta dan penjelasan yang
rasional dalam bahagian tertentu. Di samping itu, penyelidik tidak menggunakan citation yang
sepatutnya dan ia akan mewujudkan plagiat dalam kertas cadangan ini.

Kesimpulannya, kumpulan 9 bercadangkan bahawa pengkaji perlu membaca jurnal


ataupun kajian yang berkaitan dengan tahap motivasi dan intensiti pelajar sebelum menulis
kertas cadangan. Hal ini demikian kerana kajian-kajian lepas dapat membantu penyelidik untuk
merancangkan kajiannya dengan baik. Dengan ini, kertas cadangan ini akan menarik perhatian
pensyarah dan pengkaji lain. Akhirnya, berharap kajian ini akan menjalankan dengan lancar pada
masa yang akan datang,

7
Rujukan
Fraenkel, J R. & Wallen, N. E. 1993. How to design and evaluate research in education. New
York: McGraw Hill.
Ismail, M., Chee, S., Nawawi, H., Yusoff, K., Lim, T., & James, W. 2014. Obesity in Malaysia.
Obesity Reviews, 3(3), 203-208.
Johnson, B. & Christensen, L. (2000). Educational research quantitative and qualitative
approaches. Boston: Allyn and Bacon.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities.
Educatinal and Psychological Measurement, 30, 306-310.
Merriam,S. B. 2001. Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Josey Bass.

You might also like