You are on page 1of 2

TUTORIAL

Korelasi & Regresi

1. Berikut merupakan ketinggian ayah dan ketinggian anak sulung. Berdasarkan


data berikut, adakah ketinggian ayah dan anak mempunyai hubungan yang
signifikan? JIka didapati mempunyai hubungan yang dignifikan, apakah
kekuatan dan jenis hubungan antara ketinggian ayah dan anak sulung?

No Ketinggian Ayah Ketinggian Anak


(cm) (cm)
1 165 173
2 160 168
3 170 173
4 163 165
5 173 175
6 157 168
7 178 173
8 168 165
9 172 180
10 170 170
11 175 173
12 180 178

a. Dengan mengikut enam langkah pengujian hipotesis, lakukan pengujian


hipotesis untuk menjawab persoalan kajian ini.

Tuliskan satu laporan ringkas dapatan anda.

b. Masukkan data skor yang diberikan di soalan (1) dalam SPSS dan lakukan
ujian statistik yang sama dengan menggunakan SPSS. Adakah jawapan yang
diberikan oleh SPSS sama dengan jawapan pengiraan anda? Jika tidak, sila
bincang dengan tutor anda atau bincang atas talian dengan kumpulan tutorial
anda.
2. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat pengaruh masa ulangkaji dan
masa menonton televisyen terhadap pencapaian akademik pelajar pra-
siswazah di sebuah universiti tempatan. Analisis regresi berganda telah
dilakukan (dengan menggunakan SPSS) dan keputusan regresi tersebut
adalah seperti di bawah. Jawab soalan berikut berdasarkan keputusan output
SPSS berikut.

Descriptive Statistics

Mean Std. Deviation N

PNGK 3.0450 .50910 20


Masa_TV_SeMinggu 8.75 4.351 20
Masa_Ulangkaji 9.00 4.713 20

Model Summary

Model R R Square Adjusted R Std. Error of the


Square Estimate

1 .883a .779 .753 .25302

a. Predictors: (Constant), Masa_Ulangkaji, Masa_TV_SeMinggu

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Regression 3.836 2 1.918 29.962 .000b

1 Residual 1.088 17 .064

Total 4.925 19

a. Dependent Variable: PNGK


b. Predictors: (Constant), Masa_Ulangkaji, Masa_TV_SeMinggu

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients Standardized t Sig.


Coefficients

B Std. Error Beta

(Constant) 3.289 .322 10.225 .000

1 Masa_TV_SeMinggu -.068 .020 -.581 -3.418 .003

Masa_Ulangkaji .039 .018 .361 2.123 .049

a. Dependent Variable: PNGK

a. Berapa peratuskah perubahan (variasi) PNGK pelajar boleh dijelaskan oleh


masa ulangkaji dan masa menonton tv?

b. Tuliskan rumus untuk model regresi ini.

c. Berdasarkan output SPSS yang diberikan, tuliskan laporan kajian secara


terperinci (rujuk pada nota kuliah).

You might also like