You are on page 1of 5

Berlaku kesilapan, buku teks KSSR English Year 1 diganti baru

There are no translations available.


KUALA LUMPUR 12 Jan 2011 Buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsan akan digantikan dengan cetakan baru
selepas terdapat kesilapan dalam buku asal.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, pembetulan terhadap kesilapan itu akan lakukan
manakala cetakan baru pula akan diedar ke sekolah-sekolah mulai Mac ini.
Menurut beliau, sementara menanti cetakan baru siap, guru-guru dinasihatkan supaya terus menggunakan buku teks sedia
ada dalam proses pengajaran dan pembelanjaran mereka.
KPM berasa kesal dengan kesalahan yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan itu.
Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks untuk mengatasi masalah
tersebut, katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

Contohi kejayaan SK Ulu Lubai


There are no translations available.
21 Februari 2011
Ketika pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama dahulu, ada sesetengah pihak
yang skeptikal bahawa hanya sekolah yang mempunyai infrastruktur canggih, terletak di bandar dan
mempunyai reputasi besar sahaja layak untuk status tersebut.
Persepsi negatif itu kini terbukti tidak tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang terletak di
pedalaman Limbang, Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada 23 SBT kohort kedua yang
diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari lalu.
Pemilihan SK Ulu Lubai membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur dan lokasi memang memberi
satu kelebihan tetapi bukan jaminan untuk mencapai kecemerlangan apatah lagi menerima status SBT.
Faktor utama ialah kecekapan pihak pentadbiran sesebuah sekolah dalam mengurus sumber manusia
dan aset lain yang ada dengan berkesan. Bukan menjadikan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk
menutup kelemahan diri dalam melonjakkan prestasi sekolah.
Buktinya, tidak semua sekolah berasrama penuh (SBP) berstatus SBT. Banyak lagi SBP yang belum
layak dinobat SBT walaupun infrastrukturnya serba lengkap dan pelajarnya adalah yang terbaik. Kepada
pentadbir SBP yang belum tersenarai dalam 43 SBT sedia ada, peluang masih terbuka luas. Buat kajian
dan belajar dengan yang terbilang.
Jadikan pencapaian SK Ulu Lubai sebagai pembakar semangat dan penanda aras. Contohi amalan
terbaik sekolah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.
Tambahan pula, amalan terbaik SK Ulu Lubai diiktiraf dunia melalui dua anugerah peringkat
antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah
yang sama daripada Sekretariat Komanwel serta Kerajaan Malaysia.
Hasil amalan terbaik ini, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Ulu Lubai amat
cemerlang iaitu lulus 100 peratus sejak 2006 hingga kini, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak.
Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama dalam penarafan sekolah kebangsaan, melonjak
dari tempat ke-54 pada tahun 2009.
Hakikatnya, jika kepimpinan sekolah cemerlang dan guru-gurunya komited maka kejayaan pasti berada

dalam genggaman seperti yang dibuktikan oleh SK Ulu Lubai. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Oleh itu, pentadbir sekolah kategori luar bandar dan pedalaman, mulakan gerak kerja untuk bersaing dan
mencipta sejarah gemilang. Sesungguhnya keupayaan menjadi pemenang dalam keadaaan yang
terbatas dengan banyak kekangan adalah lebih manis berbanding kejayaan yang dicapai oleh sekolah
yang lengkap serba-serbi.
Apa pun bersaing biarlah secara sihat. Kekosongan untuk SBT juga masih banyak. Ada 57 slot untuk
diisi bagi mencapai sasaran 100 SBT pada 2012 selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Oleh AZMY MOHAMED


pendidikan@utusan.com.my
Utusan Malaysia

Menteri Pelajaran umum tambahan SBT minggu depan


There are no translations available.
LABIS 28 Jan 2011. - Kementerian Pelajaran akan mengumumkan beberapa buah lagi sekolah yang
akan dinaik taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan
lagi persaingan bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik di negara ini.
"Insya-Allah, saya akan umumkan tambahan kepada jumlah 20 SBT sedia ada. Kita hendak mencari
ukuran yang terbaik, sekadar bagus saja tidak cukup, kita mahu meletakkan sekolah-sekolah di negara
kita pada tahap dunia," katanya semasa merasmikan Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah SBT terbaru itu, namun
menyatakan jumlahnya melebihi 20 buah.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta bagi membina
dewan tertutup untuk kemudahan para pelajar di SMK Kamarul Ariffin.
Beliau menerima reaksi positif bukan sahaja daripada golongan guru, malah ibu bapa berharap supaya
jumlah SBT dapat ditambah untuk menggalakkan kecemerlangan para pelajar dalam pelbagai bidang.
"Kalau PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dapat bekerjasama baik dengan pihak sekolah, saya yakin
tahap penguasaan akademik para pelajar dapat ditingkatkan," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan berganjak daripada polisi untuk membuat
pelaburan yang besar dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti untuk
meneruskan kemajuan dan pembangunan negara.
"Kita letak peruntukan yang besar dalam sektor pendidikan untuk mengangkat bangsa Malaysia menjadi
bangsa yang tinggi dan berjaya.
"Kita melihat pelajaran sebagai satu pelaburan yang amat penting walaupun lahir daripada latar belakang
keluarga miskin dan kekangan ekonomi, kecemerlangan akademik dapat mengeluarkan keluarga

daripada belenggu kemiskinan," katanya.


Utusan Malaysia

4 NKRA Pendidikan lepasi sasaran


There are no translations available.
PUTRAJAYA 20 Feb 2011. Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program Transformasi
Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah
kebangsaan tahun lalu dan dijangka bertambah baik tahun ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, ia dibuktikan melalui pencapaian
cemerlang empat NKRA yang melepasi sasaran asal iaitu prestasi prasekolah, literasi dan numerasi
serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP).
Katanya, aspirasi NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar
secara holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani.
Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat pendidikan amat penting untuk membangunkan
modal insan yang cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya Malaysia menjadi negarar
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, katanya.
Selain itu, aspirasi NKRA Pendidikan juga adalah untuk memastikan pendidikan berkualiti dan
berkemampuan dapat dikecapi oleh semua pihak bagi menambahbaik dan meningkatkan taraf penduduk
Malaysia secara menyeluruh.
Dalam NKRA Pendidikan, dua fokus utama telah dijadikan asas kepada transformasi yang dilaksanakan
iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan berkualiti serta membangunkan
budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan.
Aspirasi NKRA memberi penekanan kepada pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual,
emosi, rohani dan jasmani sekali gus membangunkan modal insan cemerlang bagi mencapai hasrat
menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, di samping empat sub-bidang NKRA (lihat carta), bidang-bidang utama lain juga akan
ditambah baik untuk memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan outcome seperti
dihasratkan.
Antara perkara yang diberi penekanan dan keutamaan termasuk profesioan keguruan lebih menarik
serta membangunkan guru-guru yang cemerlang.
Hasil satu kajian syarikat perunding antararbangsa ke atas sistem pencicikan dinegara-negara maju
membuktikan bahawa kualiti guru merupakan pemangkin utama dalam memastikan kecemerlangan
sistem pendidikan sesebuah negara.
Pada masa yang sama, Kementerian Pelajaran juga sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi
memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan bagi mencapai taraf
negara maju.
Transformasi kurikulum juga memberi penekanan kepada aspek penguasaaan bahasa khususnya
Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda murid.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Zahri Aziz berkata, pencapaian prasekolah telah
melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 72.42 peratus berbanding 72 peratus dengan bilangan

prasekolah sebanyak 1,500.


Sebanyak 315 buah prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran telah beroperasi mulai Januari tahun
lalu dan tambahan sembilan kelas dibina di Sarawak dan pusat komuniti di Sabah yang mula beroperasi
mulai pertengahan Jun 2010.
Selain itu, 50 prasekolah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan 500
prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mula beroperasi.
Ini termasuk prasekolah swasta yang telah berjaya dibuka melebihi unjuran daripada 488 kepada 625
sekali gus menyaksikan 701,144 kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas di seluruh negara
telah menyertai prasekolah, katanya.
Pada masa sama, Zahri berkata, seramai 24,179 murid prasekolah swasta daripada keluarga
berpendapatan RM2,300 ke bawah layak menerima bantuan yuran sebanyak RM150 sebulan
membabitkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta.
Pemberian bantuan yuran adalah untuk menggalakkan semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan
tiada prasekolah awam, mengikuti pendidikan prasekolah swasta.
Bantuan makan untuk kanak-kanak prasekolah awam pula telah diselaraskan dan dinaikkan kepada
RM1.80 di Semenanjung dan RM2.05 di Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM4.9
juta, katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 3,439 guru prasekolah awam dan swasta telah mendapat latihan
daripada 11 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) manakala 3,561 lagi dilatih oleh Institut Pendidikan
Guru (IPG).
Pada tahun ini sebanyak 715 prasekolah kementerian, 1,000 (Kemas), 50 (JPNIN) dan 1,000 (swasta)
dijangka beroperasi, katanya.
Bagi pencapaian Literasi dan Numerasi (Linus), Zahri memberitahu, peratus murid yang menguasai
literasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat
kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga.
Walaupun tidak mencapai sasaran 90 peratus, pencapaian setakat ini merupakan satu indikator kepada
sasaran untuk 2012 nanti, katanya.
Sementara itu, sejak 20 sekolah SBT dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan
pembentukan sahsiah pelajar, banyak kejayaan dirangkul sekolah terbabit di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Antaranya tiga orang pelajar Kolej Tunku Kurshiah muncul sebagai Naib Johan Intel ISEF dalam kategori
Special Award di San Jose, Amerika Syarikat dengan projek bertajuk Natural Oil Boom.
Seorang pelajar SMK Aminuddin Baki pula memenangi pelbagai pertandingan renang peringkat
antarabangsa iaitu dua pingat perak dalam 2nd ASEAN School Games, satu emas dan satu perak dalam
SEA Age Group , satu emas, dua perak dan satu gangsa dalam Malaysian Open serta mewakili negara
dalam 51st Japan Open Swimming Championship, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
SK Bandar Baru Uda 2 pula memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa
dalam Mathematics Olympiad.
Pada masa sama, SBT sedia ada akan dipantau bagi memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) dan

sasaran yang ditetapkan tercapai, katanya.


Sementara itu, katanya, guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran menerusi tawaran
baru berdasarkan Baiah, mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan yang cemerlang, bebas daripada sebarang tindakan tata tertib serta tiada audit
bersyarat.
Kriteria bagi sekolah rendah pula mempunyai syarat tambahan iaitu mencapai sasaran Linus yang
ditetapkan.
Menerusi program SIP yang diperkenalkan bagi membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah, ia
ternyata berkesan apabila dinilai menerusi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
katanya.
Berdasarkan perbandingan pencapaian UPSR tahun 2009 dan 2010, didapati sekolah-sekolah
berprestasi rendah telah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik.
Sebanyak 140 daripada 209 sekolah rendah telah menunjukkan penambahbaikkan dalam pencapaian
Gred Purata Sekolah (GPS),
Utusan Malaysia

You might also like