You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Nama Pelajar : MUHAMAD AMIRUDDIN ANIQ BIN ROSLAN

Angka Giliran : 2022172310029

No Kad Pengenalan : 040422110653

Kumpulan/Unit : PPS1-7

Kod Kursus : GWCP1042

Nama Kursus : PENULISAN AKADEMIK

Nama Pensyarah : AHMAD SUBKI BIN MISKON

Tarikh/ Hantar : 19/10/2022

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: ANIQ Tarikh:19/10/2022

Markah:
Isi Kandungan
PENGENALAN .......................................................................... 3
PENANDA WACANA ................................................................ 3
Penanda Kronologi ................................................................. 3
Penanda Organisasi ............................................................... 4
Penanda Idea ......................................................................... 4
APLIKASI KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN ....................... 4
STRUKTUR PENULISAN ......................................................... 5
KESIMPULAN ........................................................................... 5
RUJUKAN ................................................................................. 5
Penulisan Akademik
PENGENALAN

Apa itu penulisan akademik? Penulisan akademik ialah penulisan yang ditulis dalam
bentuk ilmiah dan saintifik. Ia juga merupakan penulisan formal dan bersifat objektif untuk
menerangkan suatu kajian atau konsep yang melibatkan penulis untuk merujuk kepada
sesuatu sumber yang berautoriti. Di sini akan membincangkan tentang sebuah artikel
bertajuk ‘Persepsi Bakal Guru Terhadap Kerjaya, Peranan dan Beban Tugas Profesion
Perguruan Masa Kini’. Kajian ini ditulis untuk mengenal pasti pandangan bakal guru
terhadap beban semasa bertugas sebagai seorang guru kelak. Kajian berpandukan Teori
Aktiviti Budaya dan Sejarah. Di akhir kajian ini didapati bahawa pelajar sangat positif akan
bidang keguruan dan akan membuat yang terbaik semasa bertugas.

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang digunakan untuk mencantumkan
kesinambungan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan
ayat yang kukuh. Penanda wacana mempunyai 3 jenis iaitu penanda kronologi, penanda
organisasi dan penanda idea. Setiap daripada penanda ini mempunyai kegunaan yang
tersendiri.

Penanda Kronologi
Penanda kronologi ialah pengertian untuk memberikan persoalan berkaitan dengan
waktu. Penggunaan penanda kronologi yang betul ialah tiada tanda koma (,) selepas
penanda kronologi. Terdapat beberapa penanda kronologi dalam jurnal ini.
Antara penanda kronologi yang terdapat dalam artikel ini ialah masa kini. Hal ini
boleh dilihat dalam perenggan akhir pengenalan ’peranan dan beban tugas yang menjadi
topik utama masa kini.’. Penggunaan ‘masa kini’ dalam ayat ini menerangkan tentang
peranan dan beban yang akan dihadapi oleh guru pada zaman sekarang.
Selain itu, penanda kronologi sebelum yang terdapat dalam subtajuk pengenalan
yang berbunyi “sebagai satu asas sebelum memasuki area pendidikan”. Sebelum dalam
ayat ini sesuai dan betul penggunaannya.
Selain itu, penanda kronologi pada masa akan datang yang terdapat dalam abstrak
ayat terakhir, ‘Kajian ini dapat memberi gambaran umum kepada pembaca berkenaan
persepsi bakal guru yang akan menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang.
Penggunaan ayat ini adalah betul dan sesuai penggunaannya kerana menerangkan tentang
gambaran jika menceburi bidang pendidikan.
Penanda Organisasi
Penanda organisasi berfungsi untuk mempertaut sesuatu bahagian wacana dengan
bahagian lain. Penanda organisasi juga menerangkan permulaan di awal wacana dan
menandakan isi baharu. Hal ini akan memberikan penulisan lebih kemas dan mudah
difahami. Terdapat beberapa penanda organisasi yang terdapat dalam jurnal ini.
Terdapat penanda organisasi dalam artikel contohnya kini. Contoh ayatnya ialah
“Kini, penggunaan teknologi sudah tidak asing lagi dengan pengajaran guru.”. Penggunaan
kini bertujuan untuk memulakan wacana penulisan. Kini di sini bererti zaman sekarang.
Seterusnya, tambahan pula. “Tambahan pula, pelajar yang terlibat sebagai
responden memberikan kerjasama yang baik”. Penanda wacana tambahan pula berfungsi
untuk menambah isi untuk dihujahkan supaya artikel menjadi lebih kukuh.
Penanda yang terakhir ialah kesimpulannya, “Kesimpulannya, penelitian terhadap
ketiga-tiga objektif ini memberikan satu pencerahan kepada pengkaji”. Kesimpulannya di sini
adalah untuk ringkasan pemerhatian yang menyeluruh tentang kajian ini. Kesimpulan di sini
juga boleh memperjitukan lagi penulisan yang dibuat.
Penanda wacana, Berdasarkan hasil kajian ini, berfungsi untuk memulakan dan
menandakan penulisan sudah sampai ke penghujung. Contoh ayat, “Berdasarkan hasil
kajian ini, profesion perguruan merupakan suatu bidang yang mencakupi skop yang amat
luas”. Juga merumuskan kesemua aspek yang telah dibincangkan.

Penanda Idea
Penanda idea adalah untuk menghubungkaitkan antara fakta dengan fakta dengan
fakta. Terdapat penanda idea yang bertujuan untuk mengembangkan idea, penentangan
idea dan menghubungkan idea.
Pertama mengembangkan idea, terdapat beberapa wacana yang terdapat dalam
artikel ini seperti hal ini demikian kerana dalam ayat “hal ini demikian kerana terdapat
banyak lagi kajian yang lebih memfokuskan kepada isu-isu pendidikan semasa”.
Penggunaan wacana ini mestilah untuk menyokong ayat sebelumnya.
Kedua pertentangan idea yang terdapat dalam ini ialah sebaliknya. Contoh ayat
“sebaliknya kajian ini boleh dirujuk untuk memberi pendedahan awal berkaitan dunia
pendidikan masa kini”. Sebaliknya di dalam ayat menunjukan dua idea yang berbeza tetapi
berkaitan.
Ketiga hubungan idea dalam ayat “Oleh sebab itu, ibu bapa memberikan sepenuh
kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak”. Penanda wacana oleh sebab itu
adalah untuk menghubungkan idea untuk lebih jelas dan menerangkan kesinambungan ayat
sebelum itu.

APLIKASI KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Dalam jurnal ini penulis menggunakan sistem American Psychologikal Association


(APA). Terdapat pelbagai rujukan yang dibuat untuk menghasilkan sebuah penulisan
akademik.
Antaranya ialah Chaudhry et al. (2011) yang digunakan dalam ayat. Petikan terus ini
betul kerana penulisnya lebih dari 3 orang. Rujukannya ialah jurnal, Chaudhry, A. A., Malik,
M. I. & Ahmad, I. (2011). Examining the relationship of work-life conflict and employee
performance: A case from Nadra, Pakistan. International Journal of Business and
Management, 6 (10), 62-80. Penggunaan nama rujukan ini betul berdasarkan penggunaan
nama.
Selain itu, terdapat juga rujukan yang diambil dari dokumen kerajaan. Ros Eliana
Ahmad Zuki & Norhanan M.Fadzlillah. (2017). Faktor minat guru pelatih dalam bidang
Perguruan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (2), 29-36.
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia.
Dimuat turun daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listsemi
nar/medc2012/pdf/159.pdf [21 Julai 2021]. Format rujukan yang ditulis adalah tidak betul.
Hal ini demikian kerana, tarikh rujukan itu dibuat sepatutnya diletakkan selepas 2017.

STRUKTUR PENULISAN

Setiap penulisan akademik mestilah mempunyai struktur penulisan yang teratur


untuk memudahkan penyampaian kepada penerima. Menurut Awang Sariyan (1992), pada
dasarnya binaan karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen iaitu
pendahuluan, badan karangan dan penutup. Pada pendahuluan artikel ini definisinya jelas
dan menyampaian isu mempunyai gaya yang menarik serta mempunyai hubung kait dengan
judul. Pada bahagian badan karangan pula terdapat banyak isi penting untuk dikesan yang
agak menyukarkan untuk mencari fokus utama. Namun, fakta, pandangan serta ulasan
cukup mantap hujahan yang dilontarkan. Pada bahagian penutup, rumusan yang dibuat
sememangnya baik dan berkait dengan judul. Kesimpulannya, struktur penulisan ini cukup
lengkap dari segi isi, penanda wacana dan laras bahasa yang digunakan.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan di sini penulisan akademik ini bukan ditulis dengan
sambalewa sahaja tetapi memerlukan penggunaan kosa kata, rujukan dan pembahagian isi
dengan betul seperti dalam artikel yang diulas. Hal ini demikian kerana akan memudahkan
pembaca untuk mengenal pasti isi penting dan objektif dalam penulisan ini.

RUJUKAN
181019, W. S. H. (2018, January 1). Kemahiran Penulisan Rujukan dalam Kalangan
Pelajar IPG. Retrieved October 18, 2022, from
https://www.academia.edu/40463675/Kemahiran_Penulisan_Rujukan_dalam_Kalangan_Pel
ajar_IPG

Abd Hamid, M. F., Jabar, M. A. A., & Abdullah, M. A. R. (2019). Unsur Penanda
Wacana dalam Teks Ucapan Belanjawan 2019. Jurnal Bahasa, 19(1), 41-65.

Azlan, M., Bakar, M., Ismail, R., & Bakar, N. A. (Eds.). (2018). Panduan Penulisan
Akademik (Penerbit USM). Penerbit USM.

You might also like