You are on page 1of 68

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :. Nama Penulis : 1) MOHAMAD IZZAT BIN ISHAK 2) MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN 3) ABDUL RAHMAN BIN AMRAN Tarikh :.

HALAMAN JUDUL

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME DAN PERLAKSANAANNYA DI DALAM KELAS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS

BIL 1 2

TARIKH

AKTIVITI Menerima tugasan daripada pensyarah. Menganalisis dan memahami kehendak soalan / tugasan.

CATATAN Jelas. Berbincang dengan rakan dan pensyarah. Perbincangan berkisar

Melakukan perbincangan dengan teman sekelas.

tentang daripada mana sumber maklumat dapat diperolehi.

Mencari maklumat berkaitan di Pusat Sumber dan mendapatkan bantuan kawan-kawan.

Memfotokopi artikel yang berkaitan. Maklumat yang ingin

Mengumpul maklumat yang berkaitan.

digunakan disimpan bersama.

Membuat draf secara kasar.

Memastikan draf siap sepenuhnya. Menambah maklumat tambahan. Menyemak draf supaya tiada kesalahan. Draf yang dilakukan dijadikan panduan. Tugasan akan disemak oleh pensyarah yang mengajar.

Membuat draf kedua.

Membuat draf ketiga. Mula menaip tugasan dalam bentuk Microsoft Word. Menghantar tugasan kepada pensyarah yang mengajar.

10

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS.

NAMA

: 1) MOHAMAD IZZAT BIN ISHAK 2) MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN 3) ABDUL RAHMAN BIN AMRAN

NO. KAD PENGENALAN

: 921201-06-5289 920820-13-6125 920411-14-6461

PENGKHUSUSAN

: PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) SEMESTER DUA

PENSYARAH PEMBIMBING : EN ROSMAN BIN ROSELY

TARIKH AKTIVITI Menerima pensyarah. tugasan

CATATAN daripada Soalan tugasan diedarkan kepada setiap ahli kelas.

TANDATANGAN

Menganalisis

dan

memahami Membaca soalan tugasan dan memahami kehendak soalan.

kehendak soalan.

Melakukan perbincangan dengan Perbincangan teman sekelas. dengan

berkaitan dan

tugasan

maklumat yang berkaitan.

Mencari maklumat yang berkaitan Memfotokopi

artikel yang

di Pusat Sumber bersama rakan- berkaitan serta maklumat rakan. yang diperlukan.

Mengumpul berkaitan.

maklumat

yang Maklumat yang diperlukan disimpan dan semak

bersama rakan-rakan.

Membuat

draf

secara sebelum

kasar Memastikan draf siap. mula

sepenuhnya

melakukan tugasan

Membuat draf ketiga

Menyemak draf bersama rakan supaya tiada

sebarang kesalahan.

Mula

menaip

tugasan

dalam Draf

yang

dilakukan

bentuk Microsoft Word

dijadikan panduan.

Menghantar

tugasan

kepada Tugasan

akan

disemak

pensyarah yang mengajar

pensyarah yang mengajar

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN 1 HALAMAN JUDUL 2 JADUAL PERLAKSANAAN. 3 REKOD KOLABORASI.. 4-5 SENARAI KANDUNGAN. 6 PENGHARGAAN.. 7 PENDAHULUAN.. 8-9 SOALAN 1. 10-39 SOALAN 240-62 LAMPIRAN.. BIBLIOGRAFI REFLEKSI.

PENGHARGAAN

Bismillah Ingin sekali kami memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, kami diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan yang diberi tepat pada masanya. Sudah pasti, setiap perkara akan ada kesulitan yang

tersendiri. Antara kesulitan yang kami hadapi ialah kekurangan sumber maklumat, tempoh masa yang singkat dan salah memahami soalan

Namun begitu, itu semua belum cukup untuk mematahkan semangat kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Oleh itu, kami ingin menzahirkan rasa penghargaan ini kepada En. Rosman Bin Rosely atas bimbingan dan tunjuk ajar. Seterusnya, buat rakan-rakan dari Unit PISMP Bahasa Melayu (SJKC) Semester Dua kerana sanggup berkongsi ilmu serta membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Sekaligus memudahkan kami menyiapkan tugasan ini. Walaupun tugasan ini tidaklah begitu sempurna pada zahirnya, tetapi kami yakin segala input yang terkandung di dalamnya mampu memberikan maklumat yang diperlukan kepada pembacanya.

Sekali lagi kami ingin merangkapkan rasa penghargaan ini kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung tugasan ini. Sekian, Terima kasih. dalam menyiapkan

PENDAHULUAN

Kami Mohamad Izzat Bin Ishak, Mohamad Nur Hafizzudin Bin Mohd Zainudin dan Abdul Rahman Bin Amran dari unit PISMP Bahasa Melayu (SJKC) Semester Dua bersama-sama rakan-rakan telah menerima tugasan kami daripada pensyarah Murid dan Alam Belajar iaitu En Rosman Bin Rosely pada 13 Ogos 2012 . Bagi melaksanakan tugasan ini kami telah diarahkan untuk mencari dan membuat analisis mengenai model pengajaran dan aplikasinya di dalam bilik darjah. Selain itu, kami juga dikehendaki memilih strategi dan kaedah pengajaran serta menyediakan rph.

Sejurus menerima tugasan tersebut, kami semua diberikan penerangan mengenai tugasan yang akan dilakukan. Kami telah diminta untuk berbincang dan membahagikan tugas bagi menyiapkan kerja kursus pendek ini. Oleh itu, kami menggelintar segala sumber yang ada bagi mendapatkan sebanyak mana maklumat yang termampu. Setelah kesemua maklumat dikumpulkan serta diproses, kami terlebih dahulu merujuk kembali segala garis panduan yang terdapat dalam buku Panduan Perlaksanaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Edisi Pelajar yang diedarkan pada semester lepas.

Setelah benar-benar memahami segala perkara di dalam buku tersebut, barulah kami memulakan proses menaip draf kerja kursus ini dalam bentuk Microsoft Word. Kemudiannya draf ini telah dikemukakan kepada pensyarah untuk disemak agar mengikut panduan yang telah digariskan dalam buku panduan KKBI yang diberi. Selepas semakan siap dilakukan, kami telah diminta untuk menambah lagi intipatiintipati yang terkandung dalam draf tersebut. Seterusnya, kami menyiapkan draf kedua yang lebih padat dengan isi dan sekali lagi dikemukakan untuk perhatian pensyarah yang mengajar.

Ternyata masih lagi berlaku kesilapan dan beliau meminta kami membuat draf yang ketiga bagi membetulkan segala kekhilafan daripada draf-draf yang terdahulu. Apabila draf ketiga tersebut siap dan disemak oleh pensyarah mengajar, barulah kami memulakan kerja-kerja menyiapkan tugasan ini berpandukan draf-draf yang dilakukan bagi menghasilkan suatu penulisan yang mampu menepati kehendak pensyarah serta buku Panduan KKBI.

SOALAN 1

10

PENGENALAN KEPADA MODEL PENGAJARAN

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran murid. Model pengajaran merupakan blueprint pengajaran.Model pengajaran juga adalah satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya.

Beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Model ini ialah strategi perspektif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran berkesan. Terdapat model pengajaran yang pelbagai dan setiap satu berasaskan kepada satu teori pembelajaran tertentu.

Teori yang berlainan memberi fokus terhadap aspek pelajar yang berbeza dan oleh itu, implikasi terhadap prosedur pengajaran juga berbeza. Maka, model pengajaran menyediakan struktur hala tuju semua tindakan yang diambil oleh guru. Tambahan pula, model pengajaran merupakan panduan kepada guru untuk merancang persediaan mengajar yang lengkap dan mengikut tatacara yang sistematik sebagai rujukan semasa mengajar. Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan

11

pengajaran dan pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balasa tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

12

Model Pengajaran Behaviorisme

Pengenalan Asas teoretikal yang umum berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberikan hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Dengan mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberikan respons terhadap tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasi struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasilan daripada ini, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk kemahiran sosial dan psikomotor, menggantikan tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks. Oleh sebab model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model pengajaran sosial (Bandura, 1961), model pembelajaran masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung (Good et al., 1994).

13

PENGAJARAN LANGSUNG

Sebelum kita membincangkan tentang pengajaran langsung, mari kita membuat refleksi terhadap apa-apa yang telah berlaku pada zaman kecil kita. Ambil satu minit untuk menyenaraikan perkara yang anda dapat ingat tentang perkara yang dibuat oleh ibu bapa atau guru untuk membantu anda belajar perlakuan-perlakuan berikut: Bagaimanakah memakai baju sekolah? Bagaimanakah mula menunggang basikal? Bagaimanakah mengingat sifir? Ibu negeri untuk semua negeri di Malaysia?

Adakah terdapat langkah-langkah atau aktiviti yang digunakan? Adakah perkaraperkara tertentu membantu pembelajaran anda ? Apakah persamaan antaranya ? Adakah perkara-perkara yang menghalang pembelajaran ?

Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahirankemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Mengikut Arends (2001), pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiram asas kepada murid. Pembelajaran langsung merupakan strategi pengajaran yang digunakan oleh gur dan mengikut struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah

14

menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu. Oleh sebab model ini terarah guru, maka guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.

Pengajaran langsung boleh diterangkan dalam tiga aspek, iaitu jenis hasil pembelajaran pelajar, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah demi langkah. Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set; penerangan/demonstrasi; praktis/latihan terbimbing; maklum balas; dan

amalan/praktis lanjutan. Maka, pengajaran langsung bertujuan untuk mencapai dua hasil pembelajaran utama, iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai kemahiran.

Pengajaran langsung berasaskan teori behaviorisme dan pembelajaran sosial. Pembelajaran behaviorisme banyak menyumbang terhadap pengajaran langsung. Guru yang mengajar mengikut prinsip, merangka objektif yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar; menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana pembelajaran murid boleh dipantau dan maklum balas disediakan; serta memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di dalam bilik darjah diberikan ganjaran.

Lanjutan

daripada kritikan

tentang

pelaziman

klasik

yang memberikan

pandangan pembelajaran yang agak terhad, maka pembelajaran sosial digunakan untuk membantu aspek yang tidak dapat diperhatikan seperti pemikiran dan kognisi.

15

Mengikut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian terhadap orang lain. Dalam proses ini terdapat pembelajaran melalui pemerhatian yang terdiri daripada empat langkah, iaitu memberikan perhatian, mengingat apa-apa yang diperhati, melakukan semula perlakuan dan peneguhan/motivasi. Dalam pengajaran langsung, latihan dan rehearsal mental merupakan proses yang membantu pelajar mengingat dan menghasilkan perlakuan yang diperhatikan.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN LANGSUNG Antara prinsip pembelajaran langsung ialah:

1)

Pengenalan/Review

Topik atau maklumat yang dipelajari amkan disampaikan kepada murid atau mengkaji semula maklumat yang disusun untuk pembelajaran.

2)

Perkembangan

Guru memberikan penerangan, huraian, contoh atau model tentang apa-apa yang ingin dipelajari dengan jelas serta menyemak pemahaman pelajar melalui penyoalan.

3)

Amalan terbimbing

Peluang diberikan kepada pelajar untuk melatih apa-apa yang diharapkan oleh mereka untuk dikuasai. Di samping itu, guru memantau aktiviti atau tugasan yang diberikan.

16

4)

Penutup

Guru-guru mengakhiri pelajaran dengan merumuskan apa-apa yang telah diajar. Latihan kendiri (Independent). Tugasan-tugasan diberikan untuk mengukuhkan pembelajaran tanpa bantuan guru.

5)Penilaian Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap-tahap penguasaan.

PROSES PENGAJARAN LANGSUNG 1) Pengenalan/Review

Langkah pertama dalam pengajaran langsung adalah untuk menarik perhatian pelajar. Langkah ini dirujuk kepada peristiwa fokus, di mana peringkat ini menyediakan pentas untuk pemebajaran berlaku. Pelajar dimaklumkan tentang matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran dan kepentingan pelajaran berkenaan. Langkah ini dilakukan dalam bentuk seperti mengenal maklumat baharu atau menokok tambah apa-apa yang telah dipelajari.

2)

Perkembangan

Apabila matlamat diberitahu kepada pelajar, guru akan memodelkan tingkah laku (pengetahuan atau kemahiran), di mana pelajar diharap dapat menunjuk cara tingkah laku tersebut. Langkah ini merangkumi penerangan yang jelas tentang maklumat dengan memberikan banyak contoh untuk memastikan pemahaman pelajar terhadap apa-apa yang dipelajari.

17

Antara proses perkembangan termasuklah menunjuk cara tingkah laku, memastikan pelajar memperoleh pengusaan dan pemahaman serta memberikan perhatian kepada ulangan latihan. Sepanjang langkah ini, guru membuat semakan tentang kefahaman pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan utama perkara yang dipelajari atau mencungkilkan soalan daripada pelajar. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar, persembahan multimedia dan sebagainya untuk menggalakkan pelajar memproses maklumat.

3)

Amalan terbimbing

Langkah ini amat kritikal dari segi guru mendekati latihan terbimbing. Latihan secara aktif ini dapa meningkatkan ingatan, pembelajaran akan lebih automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi baharu. Antara prinsip yang boleh memberikan hala tuju kepada guru termasuklah memberikan tugasan yang pendek dan bermakna; tugasan yang dapat meningkatkan pembelajaran berlebihan (overlearning); menyedari tentang kelebihan tugasan berterusan dan tugasan yang terbahagi kepada segmen tertentu serta memberikan perhatian kepada peringkat awal latihan diberikan.

Apabila guru yakin bahawa penerangan dan contoh yang sesuai terhadap apa-apa yang dipelajari dapat dimodelkan oleh pelajar, maka aktiviti atau tugasan boleh diberikan kepada pelajar untuk latihan dengan pemantauan guru. Di peringkat ini juga, guru boleh membantu pelajar yang belum menguasai pengajaran sera mereka yang memerlukan pengajaran langsung daripada guru.

4)

Penutup
18

Sebagai langkah terakhir dalam model ini, penutup merupakan pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali apa-apa yang diajar dalam pelajaran. Langkah ini digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang matlamat pengajaran dan sebagai persediaan untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan kendiri yang diberikan oleh guru.

5)

Latihan kendiri

Aktiviti atau tugasan yang berkait dengan hasil pembelajaran diberikan kepada pelajar setelah mereka menunjukkan kompetensi atau kemahiran dalam langkah ketiga. Latihan yang dilakukan secara kendiri bertujuan untuk mengelakkan apa juga bantuan guru dan langkah ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan yang dicapai oleh pelajar. Contohnya, kerja rumah boleh diaggap sebagai latihan kendiri kerana memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat latihantanpa bantuan daripada guru kelas.

6)

Penilaian

Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada secara formatif atau kumulatif. Penilaian boleh dilakukan dalam bentuk lembaran kerja dan tugasan bilik darjah atau secara gabungan dalam bentuk ujian dan projek tentang satu-satu pelajaran. Penilaian pembelajaran pelajar amat penting kerana memberikan maklum balas kepada guru dan pelajar serta digunakan untuk menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan telah dicapai atau perlu diulangi pada pelajaran berikutnya.

19

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

Menurut

Mayer

(1982),

pembelajaran

adalah

perubahan

kekal

dalam

pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi

20

pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom1981).

2.1

Konsep Pembelajaran Masteri

1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya: ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum keunit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. 5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yangsesuai. 6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. 7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri.

21

2.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu:

1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu dijelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.

2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya: i. Modul dan pakej pembelajaran. ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut

kerangka(frame) (Programmed Instruction). iii. Audio-tutorial.

22

iv. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. v. Pembelajaran berbantukan komputer.

3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran danpembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajarpelajar berkenaan.

4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

2.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu:

1. Penentuan hasil pembelajaran.


23

2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan. 4. Pelaksanaan tindakan susulan.

2.4

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut:

1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabila mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yangditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.

2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.

3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.

24

4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun, guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus

penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%.

5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telahdikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.

25

8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

IMPLIKASI

TEORI

BEHAVIORISME

TERHADAP

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2.

Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3.

Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4.

Sedikan langkah pengajaran secara berperingkat. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran.

Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.


26

Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya.

5.

Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku. Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai. Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah

6.

Aplikasi hukukm kesediaan. Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan. Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7.

Aplikasi hukum latihan. Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8.

Aplikasi hukum kesan/ akibat. Adakan aktiviti pengukuhan. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9.

Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.


27

Amalan rutin belajar. Amalan rutin keceriaan. Peraturan bilik darjah yang positif. Amalan dinamika kumpulan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Teori Pembelajaran Tingkah laku (Behaviorisme) Dan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Murid hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.

Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan guru adalah dominan.

Sebagai guru, kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Alat Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian ABM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar,

28

seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

Peralatan mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981: 179-203) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat

pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) membahagikan ABM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979: 51-52) dan Khairiah Ahmad (1980-13) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware.

Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai ABM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan ABM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Atan Long ( 1982: 174 ) ABM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan ABM.

29

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi

mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kadkad imbasan, buku dan sebagainya. iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

30

The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

Mutu alat bantu mengajar (ABM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna (gambar) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkah laku (Behaviorisme), terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran. Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas. Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer, pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan alat bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk

menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas.

Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer. Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya,

31

guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar. Selain itu, sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah dipelajari sebelum ini .

Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan, suara guru haruslah jelas dan berintonasi, susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambar rajah dan juga slaid projektor. Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang diajar pada hari itu. Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari. Sebagai contoh, guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batubatan, kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol, kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai ABM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya.

32

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.

Kecekapan seseorang guru menggunakan ABM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan ABM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. ABM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap menyesuaikan keperluan murid dengan masa yang diperuntukkan. ABM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

Walau

bagaimanapun,

terdapat

beberapa

prinsip

umum

yang

perlu

dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah:

33

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

34

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahanbahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

Kepentingan Alat Bantu Mengajar ( ABM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut: ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

35

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: memberi rangsangan dan minat murid-muird. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh caracara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

36

Strategi Yang Dipilih : Strategi Berpusatkan Guru

Strategi pengajaran merujuk kepada suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Manakala kaedah pengajaran pula merupakan cara pengelolaan dan kepenggunaan teknik-teknik, isi

pelajaran dan alat bahan bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Apa yang dimaksudkan dengan teknik pengajaran pula ialah kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkahlangkah dalam aktiviti pembelajaran.

Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelola dan melaksanakan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian bahan atau kandungan pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar.

Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses P&P, guru yang akan mengawal persekitaran kelas, memberi penerangan dan murid hanya bertindak sebagai pendengar sahaja. Terdapat beberapa ciri di dalam startegi ini iaitu yang pertama ialah komunikasi antara guru dan murid adalah sehala kerana guru bertidak sebagai penyampai dan murid hanya sebagai penonton. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat autokratik iaitu murid-murid tidak berpeluang untuk menyumbangkan pendapat mereka kerana guru yang bertindak mengawal keseluruhan kelas dan memberi arahan.

37

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diuatamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Pendekatan Pengajaran : Deduktif

Pendekatan ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui.

Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Terdapat tiga jenis induktif iaitu menyelesaikan masalah, membentuk kesimpulan baru dan membuktikan hipotesis.

38

Prinsip-prinsip bagi pendekatan deduktif ialah : Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan

Kesimpulan, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah diketahui serta difahamkan.

Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur yang betul.

Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

Kelebihan deduktif ialah ia merupakan cara yang mudah untukmenyampaikan isi-isi pelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, amat sesuaiuntuk murid-murid bertahap kognitif tinggi dan mudah menyempurnakan sukatanpelajaran. Kelemahannya pula ialah kurang bermanfaat untuk murid-murid yanglemah, ia lebih berpusatkan guru dan kurang menggalakkan kemahiran berfikir.

39

SOALAN 2

40

NAMA TAJUK
STRATEGI

: :
:

Mohamad Nur Hafizzudin Bin Mohd Zainudin Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Berpusatkan Guru Deduktif

PENDEKATAN :

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR) Mata pelajaran Tahun Bil. Murid Tarikh Masa Tema Tajuk 1 Abu Bakar 30 orang 28 Februari 2012 60 minit Alam indah dan selamat Fikir dahulu sebelum buang Bahasa Malaysia

Standard Kandungan Fokus Utama Standard Pembelajaran

5.2

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul

5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks

41

Standard Fokus Sampingan Kandungan Standard Pembelajaran

2.6

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan

2.6.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan

Objektif

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i.

Mengenal dan menggunakan imbuhan akhiran dengan mencantumkan empat daripada lima kata dasar dengan imbuhan yang betul

ii.

Mengenal pasti lima daripada enam kesalahan dalam ejaan berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan di lampiran 5.

Pengisian Kurikulum

i. ii.

Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Rajin, berhati-hati,kemas, menjaga kebersihan, sayangi alam sekitar

iii. iv.

EMK : Keusahawanan kreativiti dan inovatif KBT : Kemahiran berfikir (KB), Kontekstual, Kecerdasan pelbagai (KP), Belajar cara belajar(BCB)

42

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Ejaan, Imbuhan Akhiran Kosa Kata : Kertas, Tin, plastik, botol, kitar semula, surat khabar, botol kaca, buku.

Media

Model tong kitar semula, bahan kitar semula, Lembaran 2 (Garis Perkataan), Lembaran 3 (Cantum imbuhan), Lembaran 4(Tandakan), Lembaran 5 (Betulkan perkataan), Lembaran 6(Pentaksiran), Lembaran 7 (Pemulihan), Lembaran 8(Pengayaan), Kad Bintang murid, Penanda buku kitar semula.

Aktiviti

Pengisian Kurikulum

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Nilai :Sayangi alam sekitar

Media : Model tong sampah

1. Murid diedarkan dengan bahan kitar semula seperti botol plastik, kertas, kotak, penyedut minuman, beg plastik, tin minuman dan akhbar.
43

KBT Kemahiran berfikir

2. Murid diminta oleh guru untuk menyebut nama bahan yang telah diedarkan. 3. Murid diminta memasukkan bahan kitar semula ke dalam model tong sampah yang telah di sediakan. 4. Guru menerangkan kepada pelajar tentang kebaikan kitar semula dan mengaitkan aktiviti dengan P&P

Langkah 1 (15 minit) 1. Murid diterangkan dengan imbuhan akhiran an dan kan 2. Murid diminta membaca petikan ayat yang diberikan. 3. Murid diminta untuk mengenal pasti imbuhan kan yang terdapat dalam petikan 4. Pelajar diberi peneguhan , selepas aktiviti pelajar yang berjaya diberi bintang
44

Sistem Bahasa -imbuhan

Pendekatan Deduktif -Guru memberikan penerangan konsep diikuti contoh

KBT Belajar cara belajar Teori Behaviorisme - Murid diberikan peneguhan mendapat ganjaran

Langkah 2 (10 minit)

Sistem Bahasa -imbuhan

Objektif (i)

Teori Behaviorisme 1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja imbuhan akhiran 2. Murid diminta untuk menyambungkan kata dasar dengan imbuhan akhiran kan dan an 3. Guru membimbing pelajar. Nilai Mencintai alam sekitar KBT Belajar cara belajar -Murid melakukan Pengulangan dan mendapat ganjaran

Langkah 3 (20 minit)

KBT Kemahiran Berfikir (Membanding


45

Lampiran 5

1. Murid meneliti gambar di dalam lembaran kerja yang disediakan 2. Murid mengenal pasti ejaan yang betul berdasarkan gambar 3. Murid menandakan ejaan yang betul

dan membezakan)

Teori Behaviorisme -murid melakukan latihan secara pengulangan.

Kemahiran BerfikirMengecam dan mengedit 4. Murid diminta untuk mengenal pasti perkataan yang salah dalam ayat yang telah disediakan. 5. Murid menulis semula perkataan yang salah di dalam ruangan yang telah disediakan 6. Guru memantau dan membimbing aktiviti yang dilakukan oleh murid

Pentaksiran 1. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan dan imbuhan yang sesuai 2. Murid diminta menjawab dalam masa
46

Ilmu: Kemahiran dalam sistem bahasa (imbuhan akhiran)

Teori Behaviorisme -Murid melakukan aktiviti menulis dan lisan.

yang ditetapkan 3. Peneguhan dilakukan, murid yang EMK -Guru memberikan peneguhan positif (Cenderahati) dan aktiviti pengayaan (latihan berulang) Dan Peneguhan positig aktiviti pemulihan

mencapai objektif 4/5 diberikan bintang Keusahawanan, pencapaian. kreativiti dan inovasi

Pemulihan

KBT Kemahiran berfikir

1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja. 2. Murid diminta mengecam bahanbahan yang boleh di kitar semula di dalam lembaran kerja yang diberi.

(memadankan dan membezakan)

47

Pengayaan KBT- Kemahiran 1. Murid melengkapkan ayat dengan kata berimbuhan yang betul. berfikir

Penutup (10 minit)

EMK Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Teori Behaviorisme -Ganjaran diberikan kepada murid yang mencapai objektif dan hukuman diberikan

Penutup Kognitif Membuat rumusan isi pelajar melalui proses penyoalan dan Nilai Menjaga kebersihan dan

kepada pelajar yang gagal mencapai objektif

perbincangan tentang perkara yang menyayangi alam sekitar telah dipelajari. o Imbuhan akhiran an dan kan o Ejaan yang betul untuk bahan kitar semula o Jenis bahan yang boleh di kitar semula

48

Penutup Sosial Murid diberi pujian dan motivasi supaya sedar tentang kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar Murid yang mencapai objektif diberikan penanda buku yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Pelajar yang gagal diberikan motivasi agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa masingmasing

49

Abdul Rahman Bin Amran

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )


Matapelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Objektif : Bahasa Melayu : 4 Cerdik : 17 Jun 2012 : 60 Minit (1 Jam) : 25 orang (10 Lelaki , 15 Perempuan ) : Istitusi Kekeluargaan : Keluargaku Sayang : Pada akhir pelajaran, murid dapat : i) Memberi dan mengujar sekurang - kurangnya 3 maklumat penting berdasarkan kepada gambar Keluarga Harmoni yang ditunjukkan. ii) Membaca petikan Keluarga Bahagia dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul iii) Membina 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan perkataa yang diberi.

50

Fokus Utama HPK

: HPU 5.0 : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3

: (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Fokus Sampingan HPK

: HPU 8.0 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1

: (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan .

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis : i) Tatabahasa : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk ii) Sebutan dan intonasi : Sebutan yang betul : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam Pendidikan muzik ii) Nilai murni : Kasih sayang, berani, yakin bekerjasama, kesyukuran, prihatin

Pengisian Kurikulum : i)

Ilmu

51

iii) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir : menghubungkait, penyelesaian masalah dan membuat rumusan iv) Kecerdasan pelbagai : verbal lingistik, visual spatial,kecerdasan interpersonal,kecerdasan intrapersonal dan kinestatik v) Strategi : Kontekstual, direktif, metakognitif, Konstruktivisme Pengalaman sedia ada : Murid mempunyai pengalaman bersama keluarga dan mempunyai mempunyai pengalaman menyanyi melalui pendidikan muzik Bahan Bantu Mengajar : Persembahan powerpoint, lirik dan lagu Keluarga Bahagia, gambar dan petikan keluarga harmoni, kad perkataan dan lembaran kerja.

52

Prosedur Pelaksanaan Pengurusan Pengajaran Pembelajaran (PPP) Bahasa Melayu


ISI PELAJARAN Tayangan video lirik lagu Keluarga Bahagia bersama lagu. Guru bersoal jawab dengan murid setelah tamat tayangan Soalan : - Apakah yang anda faham di sebalik lirik dan lagu tersebut? - Apakah yang ingin disampaikan oleh lagu tersebut? AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Set induksi (5 minit) CATATAN BBM :

Murid mengamati lagu dan lirik Slaid video yang dipaparkan lagu Keluarga Bahagia Murid cuba menyanyi bersamaKBT : sama Pembelajaran konstruktivisme Kemahiran berfikir NILAI : Kasih sayang Prihatin Kesyukuran

53

Tayangan gambar Keluarga Harmoni Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang ditayangkan

Langkah 1 (12 minit) Murid melihat dan cuba memahami maksud disebalik gambar Keluarga Harmoni Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Murid memberi pandangan masing-masing. Murid menyatakan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku.

BBM : Gambar Keluarga Harmoni KBT : Pembelajaran konstruktivisme Kemahiran berfikir

Soalan : - Dimanakah situasi gambar tersebut? - Berapa ramaikah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Apakah yang mereka lakukan?

STRATEGI : Kontekstual Direktif Metakognitif NILAI : Kasih sayang Prihatin

Guru mengedarkan petikan Keluarga Bahagia Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi penting yang telah dicari. - Apakah maksud disebalik isi penting itu.

Langkah 2 (10 minit) Murid membaca secara mentalis petikan yang diberikan dan cuba memahami petikan tersebut. Guru menyuruh murid membaca petikan secara mekanis secara individu dan murid yang lain mendengar dengan teliti. Guru membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi murid. Murid mencari 3 isi penting didalam petikan.

BBM : Petikan Keluarga Bahagia

KBT : Kemahiran berfikir ;


menghubungkaitkan

NILAI MURNI Kasih sayang Kesyukuran

54

Melakonkan situasi keluarga harmoni dan tidak harmoni Membanding beza kedua-dua lakonan Soalan : - Apakah situasi yang dilakonkan oleh kumpulan tersebut? - Dimanakah situasi itu berlaku? - Apakah maksud tersirat disebalik lakonan itu? - Apakah perbezaan antara kedua lakonan tersebut? - Nyatakan ciri-ciri sebuah keluarga harmoni dan keluarga tidak harmoni.

Langkah 3 (18 minit) 5 6 orang murid bagi 1 kumpulan melakonkan situasi keluarga yang harmoni dan 1 kumpulan lagi melakonkan situasi keluarga tidak harmoni berdasarkan kepada pengalaman mereka. 2 kumpulan akan berlakon dan guru akan pilih secara rawak Murid dari kumpulan yang lain melihat dengan teliti lakonan yang dilakonkan. Setelah tamat lakonan, muridmurid lain meneka lakonan yang dilakonkan tadi dan menjawab soalan yang diajukan guru.

KBT : Membanding dan membeza Mencirikan

KBT : Pembelajaran kontekstual KP : Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan interpersonal

NILAI MURNI : Bekerjasama Berani yakin

Langkah 4 (10 minit) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk Setiap murid membina 3 ayat tunggal dan 3 ayat majmuk berdasarkan kad perkataan yang diberikan oleh guru. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat-ayat yang telah dibina Guru membetulkan kesalahan ayat yang telah dibina

BBM : Kad perkataan bagi membina ayat KBT :Kemahiran berfikir STRATEGI : Kontekstual Metakognitif NILAI MURNI : Bekerjasama Yakin Prihatin

55

Merumuskan tajuk yang dipelajari Memberi lembaran kerja

Penutup (5 minit) Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari ini Guru memberi lembaran kerja iaitu menyiapkan karangan yang bertajuk Keluarga Saya Guru memberikan kata kata motivasi kepada murid murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir BBM : Lembaran kerja

56

MOHAMAD IZZAT BIN ISHAK


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

: Bahasa Melayu : 3 Cerdik : 30 orang : Sukan Permainan : Senaman : 4 Ogos 2008 : 8.00-9.00 pagi (60 minit)

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; 1) Murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman pada kadar sekurangkurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul. [2.1 Aras 1 (i)] 2) Membaca petikan Senaman Oh Senaman secara imbasan untuk menyatakan 3 fakta mengenai senaman secara lisan. [6.5 Aras 1 (i)] 3) Menulis 5 ayat tentang Teknik Memanaskan Badan berdasarkan petikan yang dibaca. [9.2 Aras 1 (i)]

Fokus Utama : 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks

Fokus Sampingan :
57

9.2

Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 (i) Merekodkan maklumat tentang sesuatu perkara.

2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa

: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa

: Kosa kata: teknik, aktiviti, betis, bahu, melonggarkan

Ilmu

: Pendidikan Jasmani, Sains.

Nilai

: Kerjasama, keberanian.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea.

Kecerdasan Pelbagai

: Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid sudah mengetahui tentang aktiviti bersenam

Bahan Bantu Belajar aktiviti

: Komputer, sambungan Internet, gambar-gambar

senaman, Movie Maker,

58

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Gambaran mengenai tajuk pembelajaran iaitu Senaman Aerobik

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menunjukkan kepada murid video klip Senaman Aerobik. 2. Guru mengaitkan video dengan tajuk pembelajaran.

KB Menghubungkaitkan, Mencirikan

Pepatah : Berpantang maut sebelum ajal.

BCB Mendengar aktif

BBB Video klip Senanam Aerobik

Ilmu Pendidikan Jasmani

Bercerita mengenai aktiviti senaman

Langkah 1 ( 15 minit) 1. Guru meminta murid duduk secara

KB Mengimbas kembali, menghubungkait.

i.

Apakah yang kamu dapat perhatikan dalam gambat tersebut?

berpasangan. 2. Murid mengklik pautan web pembelajaran yang disediakan. 3. Guru akan memberikan soalan panduan kepada murid. 4. Seorang murid akan
59

BCB Bercerita dan berbincang.

ii.

Dimanakah individi tersebut selalu bersenam?

BBB Gambar aktiviti senaman, Movie Maker.

Grafik: Borang penilaian

KP Verbal-linguistik,

bercerita mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam. 5. Pasangan murid tersebut akan merakamkan cerita dengan menggunakan Movie Maker. 6. Aktiviti yang sama diteruskan bagi pasangan tadi. 7. Murid diminta mendengar semula rakaman, dan menilainya bersama guru.

Interpersonal.

Nilai Kerjasama dan keberanian.

Ilmu Pedidikan Jasmani.

Membaca petikan Senaman Oh Senaman dan membuat peta minda.

Langkah 2 (20 minit) 1. Guru meminta murid duduk secara berkumpulan.

KB Membanding beza, menilai.

BCB Bercerita dan berbincang.

Morfologi Kata kerja Kata adjektif

2. Murid akan mengklik petikan Senaman Oh Senaman dan petikan tersebut akan muncul di layar putih. 3. Setiap ahli akan membaca petikan
60

BBB Petikan Senaman Oh Senaman, peta minda.

KP Interpersonal.

dengan bacaan mentalin dan mencatatkan isi-isi penting. 4. Ahli kumpulan akan membanding beza jawapan yang diperoleh seterusnya membuat peta minda. 5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas. 6. Guru akan menyemak jawapan (sebutan) murid. Membina ayat tentang Teknik memanaskan badan. Langkah 3 (15 minit) 1. Murid akan membaca dan menghayati petikan Teknik memanaskan badan. 2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian perkataan yang berwarna kuning. 3. Murid diminta untuk
61

Nilai Kerjasama, keberanian.

Ilmu Pendidikan Jasmani.

KB Mengimbas kembali, menghubungkaitkan, penjanaan idea.

BCB Berbincang, inkuiri penemuan

BBB Petikan Teknik Memanaskan Badan, gambar aktiviti regangan,

menghasilkan ayat mengenai teknik senaman berdasarkan teknik senaman berdasarkan perkataan yang diberikan. 4. Murid mengklik pautan untuk mendapatkan gambaran mengenai pembinaan ayat. 5. Guru membetulkan ayat murid yang salah. Penutup kognitif Penutup (5 minit) 1. Guru menyoal murid Membuat rumusan isi tentang perkara yang dipelajari. 2. Guru menyimpulkan Penutup sosial pelajaran. 3. Guru memberi pujian Memberi pujian dan motivasi dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki pembacaan.

kamus.

KP Interpersonal

Nilai Keberanian

Ilmu Pendidikan Jasmani

62

LAMPIRAN

63

Refleksi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah dibimbing oleh pensyarah yang mengajar iaitu En. Rozman Rosely, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan.

Tajuk tersebut ialah berkaitan model pengajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam model-model pembelajaran. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menjelaskan konsep model pengajaran dan cara mengaplikasinya di dalam kelas walaupun banyak maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan penjelasan tentang kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Huraian daripada teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya harus menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi di dalam tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan model pengajaran dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

64

Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, membanding dan memapar data kajiansecara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat berkaitan melalui internet. Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun pemilihan bahan

rujukan tidak harus dipandang ringan kerana bahan itulah yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penting yang dapat diaplikasikan dengan tajuk yang dikehendaki.

Kemahiran menganalisis, membanding beza telah saya gunakan dalam dengan mendapatkan daripada bahan yang telah saya pilih. Ketika inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat empat model pengajaran yang perlu difahami konsep dan kandungannya dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan model-model ini. Walau bagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan penulisan yang menunjukkan kefasihan bahasa. Kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh kriteriakriteria tugasan yang baik.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat kerja lewat malam dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa sepanjang cuti raya dengan berada di rumah menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal.

65

Melalui tugasan KKP ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep model pengajaran secara ringkas dan memahami kepentingan model pengajaran dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, sedikit sebanyak saya juga dapat membanding bezakan setiap model pengajaran yang ingin dihuraikan dalam tugasan. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun mencapai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah saya telahdapat menghasilkan laporan kajian yang merangkumi aspek-aspek yangdikehendaki.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasanyang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.

66

Bibliografi Buku:

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd

Choong Lean Keow PhD., (2008), Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman SDN. BHD.

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
67

Noriati A.Rashid, Boom Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009), Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet:

68

You might also like