You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK: 2022

PPISMP JUN 2022


Program & Ambilan
Semester/Tahun SEMESTER 1

MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD SHAZWAN


Nama Pelajar
Angka Giliran 2022272310059
040506-08-1343
Nombor Kad Pengenalan
Kumpulan/ Unit PENGAJIAN MELAYU 3

GWCP 1042 PENULISAN AKADEMIK


Kod dan Nama Kursus

TUGASAN1-(INDIVIDU)
PENULISAN ESEI :
Jenis Tugasan PENANDA WACANA

AINUDDIN BIN MOHD ISA


Nama Pensyarah
Tarikh Hantar 22 SEPTEMBER 2022

Pengakuan Dan Penerimaan Tandatangan Pelajar:


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Tarikh:
Tandatangan Pensyarah:

Tarikh:

1
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan dan

bahan-bahan yang telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan ….…………………………..

Nama Penulis: …………………………….

Tarikh…………..……………………………

i
HALAMAN JUDUL

PENANDA WACANA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke atas Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya


dapatlah saya menyiapkan pentaksiran berterusan GWCP 1042 Penulisan Akademik.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Ainuddin bin
Mohd Isa selaku pensyarah kursus GWCP 1042 Penulisan Akademik kerana banyak
memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya sepanjang proses menyiapkan
pentaksiran berterusan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang banyak memberikan pendedahan sampingan bagi menyiapkan tugasan ini. Akhir
kata, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi semangat
dan sokongan kepada saya walaupun mereka jauh di mata saya, namun mereka tetap
menjadi tulang belakang saya. Seterusnya kepada semua yang menolong saya secara
langsung dan tidak langsung.

iii
ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat

1 Halaman Pengakuan i

2 Halaman Judul ii

3 Penghargaan iii

4 Isi Kandungan iv

5 1.0 Pengenalan
5
2.0 Konsep Penanda Wacana
6 5

3.0 Jenis Penanda Wacana


7 3.1 Penanda Kronologi 5
3.2 Penanda Organisasi
3.3 Penanda Idea
4.0 Aplikasi Penanda Wacana dalam Artikel
8 5

5.0 Aplikasi Peraturan Menulis Rujukan dalam


9 Artikel 6

6.0 Struktur Penulisan dalam Artikel


10 7

7.0 Kesimpulan
11 9

8.0 Rujukan
12 9

iv
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pennanda sebagai “sesuatu yg
menandakan ” manakala definisi wacana ialah “ keseluruhan tutur yg merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan ” . Penanda wacana pula merupakan perkataan
yang berperanan untuk menghubungkan idea, hujah dan pandangan melalui tulisan atau
ucapan

2.0 Konsep Penanda Wacana

Penanda wacana bertujuan untuk digunakan sebagai pengwujudan rangkai kata anatara
sebahagian teks atau isi dengan teks lain. Di samping itu, penanda wacana digunakan juga di
dalam perenggan yang sama ataupun perenggan baru supaya ayat lebih teratur dan
sistematik serta mempunyai kesinambungan ayat antara satu sama lain.

3.0 Jenis Penanda Wacana

Terdapat tiga jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu iaitu penanda kronologi, penanda
organisasi dan penanda idea

3.1 Penanda Kronlogi

Penanda kronologi merujuk kepada persoalan berkaitan waktu. Kronologi dapat


didefinisikan kepada susunan peristiwa menurut masa berlakunya kejadian tersebut.
Contoh penanda kronologi seperti kini, lantas, mula-mulanya, pada zaman dahulu, pada
keesokan harinya, dan beberapa tahun kemudian.

3.2 Penanda Organisasi

Penanda organisasi membawa maksud penghubung bahagian wacana dengan bahagian


wacana lain. Definisi organisasi ialah kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian
sesuatu perkumpulan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh bagi penanda
organisasi ialah sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, dalam hal ini, dengan perkataan
lain, dan dalam hubungan ini.

3.3 Penanda Idea

Idea merupakan buah fikiran yang dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan.
Penanda idea pula bermaksud penghubungan fakta dengan fakta yang lain. Penanda idea
juga boleh dipecahkan kepada tiga fungsi iaitu pekembangan idea, penunjukkan
pertentangan idea dan penghubungan antara sebab dengan akibat dan tujuan dengan
syarat.

4.0 Aplikasi Penanda Wacana dalam Artikel

Menurut artikel yang dipilih iaitu “Ancaman Penculikan untuk Tebusan di Pantai Timur Sabah,
Malaysia ” karya Abdul Rashid Abdul Hamid dan Ramli Dollah, terdapat ketiga-tiga
penggunaan penanda wacana digunakan dalam karya mereka. Antaranya ialah penanda
5
kronologi. Contohnya, (pada muka surat 2, perenggan 1, baris 1) iaitu “ Selepas tamatnya
Perang Dingin, ” menunjukkan kejadian tersebut berlaku setelah Perang Dingin berakhir. Di
samping itu, (pada muka surat 10, perenggan 1, baris 5) “Pada peringkat awal,” menyatakan
bahawa peristiwa demikian berlaku pada peringkat tersebut. Contoh yang terakhir ialah
“ Sebelum penubuhannya secara rasmi ” (pada muka surat 10, perenggan 2, baris 10)
menerangkan peristiwa tersebut berlaku sebelum penubuhan itu dirasmikan.

Seterusnya, terdapat penggunaan penanda organisasi dalam artikel ini. Antaranya ialah (pada
muka surat 5, perenggan 3, baris 3) “Pertama,” menunjukkan peristiwa pada peringkat utama.
Selain itu, (pada muka surat 7, perenggan 1, baris 3) “Dalam hal ini,” menunjukkan
penghuraian peristiwa tersebut. Penanda wacana seterusnya ialah (pada muka surat 20,
perenggan 3, baris 1) “Secara keseluruhannya,” menerangkan kesimpulan peristiwa tersebut.
Akhir Sekali, (pada muka surat 7, perenggan 3, baris 1) “Dalam membincangkan” membawa
maksud membincangkan sesuatu peristiwa.

Terdapat juga pengguna penanda idea dalam artikel yang mempunyai pelbagai fungsi. Antara
fungsi penanda ini ialah memperluaskan idea seperti,( pada muka surat 9, perenggan 2, baris
11) “Di samping itu”, (pada muka surat 9, perenggan 4, baris 1) “Seperti”, (pada muka surat 3,
perenggan 3, baris 10) “Seterusnya”. Contoh penanda idea yang lain ialah (pada muka surat 5,
perenggan 2, baris 7) “Walau bagaimanapun”, (pada muka surat 12, perenggan 2, baris 14)
“Pada masa yang sama”, (pada muka surat 3, perenggan 4, baris 3) “Sebaliknya”. Penanda-
penanda wacana ini berfungsi untuk menunjukkan pertentangan. Fungsi terakhir penanda
idea ialah menunjukkan hubungan sebab dan syarat. Contohnya, (pada muka surat 8,
perenggan 2, baris 1) “Oleh itu”, (pada muka surat 19, perenggan 2, baris 6) “Maka”, (pada
muka surat 20, perenggan 1, muka surat 9) “Sehubungan dengan itu”.

5.0 Aplikasi Peraturan Menulis Rujukan dalam Artikel

Terdapat panduan menerangkan format penting yang telah dibuat oleh American
Psychological Association (APA) ke atas format sitasi dan rujukan dalam edisi ke-7. Sitasi
merupakan nama-nama penulis asal dinyatakan dalam penulisan. Terdapat pelbagai cara
sitasi dalam artikel ”Ancaman Penculikan untuk Tebusan di Pantai Timur Sabah, Malaysia”.
Antara cara sintasi yang dominan untuk seorang penulis ialah (pada muka surat 5, perenggan
3, baris 9) “Ia memiliki lebih kurang 495 buah pulau termasuk Beting-Beting menjadikan negeri
Sabah sebagai salah satu kawasan yang agak mencabar dari segi keselamatan (Hazani
Ghazali 2020)”. Sintasi ini ialah contoh cara menulis sintasi dalam ayat yang memfokuskan
kepada penulis.

Seterusnya, cara sintasi bagi dua orang penulis iaitu (pada muka surat 4, perenggan 1. baris 3)
“Hal ini juga sekali gus menjelaskan bahawa tidak wujud elemen ideologi dalam insiden
penculikan ini (Abdul Rashid & Ramli 2020)”. Sintasi ini juga memfokuskan kepada penulis
kerana ditulis dalam ayat.

6
Di samping itu, cara sintasi untuk 3 atau lebih penulis dalam satu karya. Contohnya ialah
(pada muka surat 4, perenggan 2, baris 12) “Antara faktor luaran yang dikenal pasti adalah
dikaitkan dengan ketidakstabilan wilayah selatan Filipina yang memberi tempias kepada
negeri Sabah (Kramer 2001; Ugarte 2010; Santos et al. 2010)”. Sintasi ini juga menyenaraikan
lebih daripada 1 sintasi secara serentak.

Dari sudut perspektif yang lain, artikel ini juga mengandungi rujukan. Rujukan bermaksud
senarai maklumat rujukan untuk nama-nama penulis yang dinyatakan dalam karya muncul di
pengakhiran penulisan. Cara melaksanakan rujukan memberikan nama akhir, kemudian
diberikan huruf permulaan nama pertama atau tengah. Terdapat pelbagai senarai rujukan
yang boleh dilakukan dalam bibiliografi penulisan. Rujukan berlandaskan berita seperti (muka
surat 21, perenggan 7, baris 1): Berita Harian. 2015, 16 April. Pala’u Terdedah kepada
Eksploitasi Penjenayah Rentas Sempadan.”

Seterusnya, terdapat rujukan terhadap jurnal iaitu (pada muka surat 22, perenggan 8, baris 1)
“Dgku Siti Noraini Pg Alli Rahman, Ramli Dollah & Diana Peters. 2019. Keselamatan Societal
dan Isu Kalimah Allah di Malaysia. Jurnal Kinabalu 25: 47-69”

Selain itu, buku juga dijadikan sebagai rujukan dalam artikel. Contohnya. (pada muka surat
25, perenggan 3, baris 1) “Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. 2008. Isu-isu
Keselamatan Sabah dan Impak kepada Malaysia. JATI 13: 49-68.”

6.0 Struktur Penulisan dalam Artikel

Definisi struktur ialah “cara sesuatu terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek
hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu ” (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Di dalam penulisan artikel ini terdapat pemerengganan yang berkesan yang terdiri
daripada pendahuluan, isi karangan dan penutup.

Rajah 1.0 pendahuluan artikel.

7
Rajah 1.0 menunjukkan penggunaan pendahuluan menguraikan persoalan latar belakang
masalah dalam artikel ini. Penulis menguraikan mengapa memilih topik permasalhan yang
bersangkut paut.

Rajah 2.0 Isi kandungan artikel

Merujuk rajah 2.0 menunjukkan bukti penggunaan hasil penilitian dan analisa sebagai isi
kandungan artikel. Penulis menganalisa data lapangan yang diperoleh untuk membahas
masalah-masalah yang berkait.

Rajah 3.0 kesimpulan artikel

Rajah 3.0 merupakan penutup artikel dengan penggunaan kesimpulan. Penulis dapat
menyimpulkan jawapan dari masalah yang diperoleh dari hasil penelitian dan kajiannya.

8
7.0 Kesimpulan

Ilmu berkaitan penggunaan penanda wacana, peraturan rujukan dan struktur penulisan
sangat penting bagi mewujudkan penulisan akademik yang terbaik. Di samping itu, penulis
juga dapat membina penulisan ilmiah yang menarik dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu
penulisan akademik ini.

8.0 Rujukan

Kamus Dewan (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Abdul Hamid & Ramli Dollah (2021). Ancaman Penculikan Untuk Tebusan Di Pantai
Timur Sabah, Malaysia: Peranan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2). Universiti Kebangsaan
Malaysia & Malaysian Armed Forces Deffence College. Google Scholar,
https://scholar.archive.org/work/5g6ktf4owbabbm2kucwwv32zni/access/wayback/https://sinergiuk
m.my/jou/index.php/sei/article/download/3/3

Loh Teu (2018) . Penanda Wacana . Blogspot, http://lohteu.blogspot.com/2018/04/penanda-


wacana-apakah-itu-penanda.html

3.0 Lampiran

9
10
11
12
13
14
15
16

You might also like