You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (MOD KDC)

AMBILAN NOVEMBER 2018


SEMESTER 1 TAHUN 1/2019

KOD KURSUS : MPU2042

NAMA KURSUS :
PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN INDIVIDU :
PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar : MOHAMAD SHAAFIK RIDZAL BIN SUHAI

Angka Giliran : 2018312420166

No. Kad Pengenalan : 891110-13-5873

Kumpulan/Unit : PDPP MAT31118

Nama Pensyarah : USTAZ NIK ZUL AZHAR BIN NIK HASSAN

Tarikh Hantar : 25 February 2019


SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


SENARAI KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH iii
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS iv
1.0 KONSEP AKIDAH, AMALAN HARIAN DAN SAHSIAH GURU 1
MUSLIM
1.1 PENGENALAN 1
1.2 KONSEP AKIDAH 1
1.3 AMALAN IBADAH HARIAN 2
1.4 SAHSIAH GURU MUSLIM 2
2.0 PENUTUP 3
3.0 RUJUKAN 4
4.0 LAMPIRAN 5

ii
SENARAI RAJAH

Bil. Kandungan Muka surat

Rajah 1.2.1 TAUHID KEPADA ALLAH S.W.T TERBAHAGI KEPADA 2


TIGA

iii
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
BAHAGIAN A : TAKLIMAT KERJA KURSUS
Nama Pelajar : Angka Giliran :
Kod : Nama Kursus :
Pensyarah :
Saya mengaku bahawa taklimat pelaksanaan kerja kursus telah diberikan kepada saya dengan amat jelas oleh pensyarah
berkenaan.

Tarikh Taklimat :.................... Tandatangan Pelajar :………………………………..

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENGHANTARAN & PENERIMAAN KERJA KURSUS


Tugasan Tarikh Hantar Tarikh Terima
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja (diisi oleh Pelajar) (diisi oleh Pensyarah)
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap 1
satunya saya jelaskan sumbernya.
2
3
4
Tandatangan Pelajar :……………………………….. 5

BAHAGIAN C : PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki : Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : ............................ Tarikh : ................... Tandatangan : ............................ Tarikh : ...................


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Catatan (jika ada) :

Tandatangan :..................................... Tarikh :...................

iv
TUGASAN 2: PENULISAN

1.0 KONSEP AKIDAH, AMALAN IBADAH HARIAN DAN SAHSIAH GURU MUSLIM

1.1 PENGENALAN

Akidah adalah satu perkara yang penting dan menjadi tunjang dalam ibadah,
syariah dan akhlak. Dalam erti kata lain, akidah juga dapat dikatakan sebagai benteng
yang paling teguh untuk menjaga dan memelihara pemikiran seseorang islam daripada
disesatkan mahupun diselewengkan.
Dewasa ini, banyak penyelewangan berlaku di persekitaran masyarakat sama ada
dari segi perbuatan atau percakapan lebih-lebih lagi berkaitan dengan tingkah laku
seseorang yang mudah dinilai dari sesiapa sahaja. Ini semua berpunca daripada
kefahaman dalam konsep Islam secara tidak mendalam dan memandang ringan dalam
hal sebegini sedangkan kefahaman itu suatu tuntuan untuk melahirkan keyakinan dan
penghayatan Islam secara menyeluruh.

1.2 KONSEP AKIDAH

Perkataan akidah berasal dari kata dasar ‘aqoda’ dalam Bahasa Arab yang
bermaksud ‘’ikatan dan simpulan’’. Perkataan ‘aqidah membawa maksud apa yang
berkaitan dengan pegangan dan anutan yang tidak termasuk dalam aspek amalan dan
hukum yang tidak syak lagi bagi seseorang individu (Ahmad Mukhtar, 1989 dan Kafrawi
Ridwan, 1996). Oleh itu, akidah merujuk kepada kepercayaan, keyakinan dan keimanan
yang selaras dengan penggunaan Al-Quran.
Dari segi istilah pula, akidah bermaksud suatu penyelidikan dan pemeriksaaan
kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan sam’iyyat dengan
dalil yaqiniyyah dan naqliyyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada
dalam hati seseorang manusia (Said Hj.Ibrahim, 1996).
Dalam erti kata lain, akidah adalah iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah,
Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ dan Qadar, beriman dengan semua yang
diturunkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih dan
terdiri daripada asas agama, perintah, perkhabaran, ijma’ para salaf al-soleh dan

1
menyerah diri dengan sepenuh hati kepada hukum Allah, perintahNya, syariatNya dan
bertahkim kepadaNya serta mengikut Rasulullah s.a.w.
Konsep akidah terdiri daripada tiga, iaitu Halwatul Iman, perkara yang merosakkan
aqidah dan langkah pengukuhan aqidah. Seperti yang di ketahui, Halwatul iman terdiri
daripada Iman, Islam, Ihsan, Tauhid, dan mengenali sifat 20 Allah s.w.t. Manakala perkara
yang membatalkan iman dan aqidah seseorang itu adalah seperti syirik, kufur, bida’ah,
khurafat dan ajaran sesat. Bagi mengukuhkan aqidah, seseorang itu perlu melengkapkan
diri dengan kefahaman islam yang sebenar.

Rajah 1.2.1 Tauhid kepada Allah s.w.t terbahagi kepada tiga.

Asas akidah Islamiyyah ialah tauhid kepada Allah s.w.t. Tauhid ialah inti daripada Islam
itu sendiri. Malah, sebahagian isi Al-Quran membicarakan tentang tauhid, baik dalam
ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga di
dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.

1.3 AMALAN IBADAH SEHARIAN

Ibadah dalam islam ialah ibadah yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam. Konsep ibadah adalah konsep pengabdian dan
hubungan antara hamba dengan Maha PenciptaNya. Antara amalan ibadah harian yang
mesti dilaksanakan oleh setiap muslim adalah seperti solat, puasa, membaca Al-Quran
dan berzikir serta doa.
Untuk ibadah solat, wajiblah dilaksanakan lima kali sehari tanpa gagal sebagai
rutin harian. Manakala zakat dan sedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa
waktu yang ditetapkan. Bagi puasa pula, ada puasa yang wajib dilaksanakan iaitu puasa
pada bulan Ramadhan setiap tahun, manakala puasa sunat digalakkan dibuat pada bila-
bila masa dan hari tertentu.

2
Selain itu, ibadah haji pula, hanya digalakkan melakukan sekali seumur hidup
kerana ia bergantung kepada kemampuan seorang muslim tersebut. Jadi, setiap
perbezaan waktu dan cara atau kaedah ibadah yang dilakukan sama ada harian mahupun
sebaliknya, ia mempunyai hikmah tersendiri dalam mengurus kehidupan setiap muslim
tersebut dari awal hingga ke akhir kehidupan.
Kesemua bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ada tujuannya sendiri
seperti membentuk peribadi setiap muslim tersebut, mendidik jiwa dan membersih rohani,
mencerdaskan akal dan fikiran serta menguatkan jasmani (Muhammadiah 1982; al-
Qardhway, 1975).

1.4 SAHSIAH GURU MUSLIM

Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Keperibadian menggambarkan sifat


personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah tergolong
seperti kepercayaan, pemikiran, perwatakan, persepsi, perasaan, gaya hidup, nilai, motif
dan sikap tabiat seseorang itu.
Menurut Abdullah Nashih (1994), mendefinisikan pembangunan sahsiah
berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual),
akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah
mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani (1975), sifat dan ciri seorang guru muslim
merangkumi tiga; yang pertama, sifat kerohanian iaitu mempunyai iman yang kental
kepada Allah s.w.t, kedua; sifat fizikal seperti tubuh badan yang sihat dan terhindar
daripada sebarang penyakit berjangkit mahupuun tidak berjangkit serta berperawatakkan
kemas, tampan, bersih dan ketiga; sifat-sifat keunggulan seperti mesra, baik hati,
bertoleransi, berani, menolong, sabar, periang, optimis, teratur, bercita-cita, pemurah,
bijaksana dan sebagainya.

3
2.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, guru muslim yang mempunyai akhlak yang baik, sahsiah
yang baik dan akidah yang betul ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang
standard. Kod etika itulah yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti
mereka. Akidah yang mantap akan melahirkan manusia yang kuat berusaha mencari
kehidupan yang baik di dunia dan bekalan untuk di akhirat kelak.

4
3.0 RUJUKAN

Abdullah Nasih Ulwan (1998), Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd. halaman 139, 181, 205, 337, 377.
Ahmad Mukhtar ‘Umar, et al. (1989), al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, Tunis: al-Munazzamah
al‘Arabiyyah. Halaman 853

Kafrawi Ridwan, MA dkk (1996), Ensiklopedia Islam. Jakarta: PT, Ichtiar Baru Van Hoeve.
Halaman 24.

Mohd. Omar al-Toumi al-Syaibani (1975). Falsafah Pendidikan Islam, Terjemahan:


Hassan Langgulung, Shah Alam: Hizbi
Muhammadiah Ja’far. (1982). Beberapa Aspek Pendidikan Islam. Surabaya : Penerbit al-
Ikhlas

Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi (2000) Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan,
Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar. halaman 165, 166, 246, 212, 213, 214, 215,
216, 220, 222, 225.
Said Hj. Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, c. 2. Kuala Lumpur : Dar al-
Ma’rifah, halaman. 9.

4.0 LAMPIRAN

You might also like