You are on page 1of 15

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI 

SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL (KEPUJIAN)

ISC401: ULUM HADIS

TOPIK: AL - HADITH: KEDUDUKAN DAN PERANANNYA DALAM ISLAM

Disediakan oleh:

NO NAMA PELAJAR ID PELAJAR


1. Muhammad Hafiz Mubarak bin Mohd Ayob 2022757881

2. Muhammad Syafiq Irfan bin Hasri 2022755263

3. Fitri Zul Arif bin Zuzaihan 2022958335

KUMPULAN: 4
SEMESTER 2
Kertas kerja ini disediakan untuk: 
Ustz. Ikmal Hafiz bin Jamal
TARIKH HANTAR:
2 Disember 2022

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3
2.0 SINOPSIS 3
3.0 DEFINISI 4
4.0 KEDUDUKAN HADITH DALAM ISLAM 6
5.0 PERANAN AL-HADIS 11

6.0 KESIMPULAN 13
7.0 RUJUKAN 14

2
1.0 PENGENALAN

Artikel jurnal yang diambil sebagai rujukan kami adalah bertajuk “al-Hadis: Kedudukan
dan Peranannya Dalam Islam” ia ditulis oleh Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden bin Abdul
Rahman. Beliau merupakan seorang bekas Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan sejak 1 September 2008 sehingga 30 Jun 2011. Beliau
juga pernah dilantik sebagai pensyarah pada tahun 1994 dan pada tahun 2004 pula dilantik
sebagai pensyarah kanan. Kemudian pernah juga dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun
2008. Terdapat banyak karya penulisan beliau alam bidang Pengajian Islam dan juga Usuluddin,
antaranya ialah “Riwayat Hidup Syeikh Nuruddn al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian
Hadith”, “Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Solat Sunat, Taharah, Solat dan Pengurusan
Jenazah.” dan pelbagai lagi penulisan beliau yang berkaitan dengan ilmu hadis.

2.0 SINOPSIS

Artikel “al-Hadis: Kedudukan dan Peranannya Dalam Islam” banyak membincangkan


berkenaan dengan pengenalan al-Hadith, peranan dan juga kedudukannya didalam agama Islam.
Penulis juga menekankan betapa pentingnya al-Hadith sebagai sumber rujukan. Hal ini kerana,
ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan kedudukan dan juga peranannya dalam Islam.
Tujuan mereka melakukan perkara sedemikian adalah untuk mengelirukan umat Islam agar tidak
beramal dengan al-Hadith. Oleh sebab itu, kajian seperti ini diperlukan bagi mengelakkan
perkara yang mengelirukan berlaku di dalam masyarakat.

Pelbagai definisi al-Hadith dari pelbagai pandangan ulama’ mengikut kepakaran


masing-masing yang telah beliau kumpulkan di dalam kajiannya, akan tetapi definisi asalnya
kembali kepada definisi asal al-Hadith dari segi syara’iaitu, “segala perkara yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad dari aspek perbuatan, perkataan, perakuan dan juga sifat peribadinya
(akhlak) dan sifat kejadiannya (tubuh badan).”

Beliau ada menerangkan betapa pentingnya kedudukan dan juga peranan al-Hadith dalam
Islam, hadis merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran dalam agama Islam. Mana mungkin

3
umat Islam dapat memahami hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa merujuk dua
sumber utama ini, al-Quran dan al-Hadith. Kerana dua sumber rujukan inilah yang diguna pakai
sejak zaman Rasulullah, zaman para-Imam Mujtahid sehingga Hari Kiamat kelak, al-quran dan
hadis dijadikan sebagai sumber rujukan utama dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam
Islam.

Sebagai umat Islam kita perlu mengambil keduanya sebagai sumber rujukan tanpa
mengabaikan salah satu daripada keduanya, kerana untuk mengetahui kedudukan sesebuah hadis
kita perlu merujuk kembali kepada sumber rujukan yang paling utama iaitu al-Quran. Oleh itu,
keduanya saling berkait antara satu sama lain. Jadi dengan adanya kajian seperti ini dapat
menerangkan apa itu al-Hadith kepada masyarakat dengan lebih mudah.

3.0 DEFINISI

Daripada artikel yang kami kaji, isi utama ini adalah bertujuan untuk memberikan
maklumat dan penjelasan berkenaan dengan kedudukan al-Hadith dan peranannya dalam Islam.
Terdapat beberapa isi penting yang perlu diambil kira, antaranya adalah definisi hadis menurut
pandangan ulama’ hadis, al-Hadith adalah salah satu dari wahyu Allah yang diturunkan kepada
Rasulullah, dan lafaz dan maknanya disampaikan oleh baginda. Ini menunjukkan bahawa hadis
juga merupakan sumber rujukan yang mempunyai autoriti yang sama dengan al-Quran sebagai
sumber yang memberikan sesuatu penjelasan berkaitan dengan agama Islam.

Didalam kajian ini juga penulis ada menyatakan terdapat perbezaan pendapat ulama’
dalam memberikan definisi perkataan al-Hadith dengan al-Sunnah.

Dari sudut bahasa, al-Hadith bermakna perkhabaran, perbualan atau cerita. Manakala dari
sudut istilahnya pula membawa makna segala yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada
perkataan, perbuatan, perakuan dan sifat tubuh badan atau akhlaknya. Sama ada sebelum
diangkat menjadi rasul dan setelah diangkat menjadi rasul. Pelbagai pandangan ulama’ dalam

4
mendefinisikan al-Hadith antaranya adalah segala perkara yang disandarkan kepada para sahabat
Rasulullah atau tabi’in, penulis juga ada menyatakan jenis-jenis hadis seperti,

● Qudsi - Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah dan sanadnya disandarkan kepada
Allah.
● Marfu’- Perkara yang disandarkan terus kepada Rasulullah, perkataan, perbuatan,
perakuan, sifat dan juga sikap.
● Mauquf - Perkara yang disandarkan kepada Sahabat, melalui perkataan, perbuatan dan
perakuan mereka.
● Maqtu’ - Perkara yang disandarkan kepada Tabi’in, melalui perkataan, perbuatan, dan
perakuan mereka.

Walaupun terdapat pelbagai pandangan ulama’ dalam mendefinisikan al-Hadith, para


Ulama’ Muhadithin bersetuju dalam mengemukakan definisi al-Hadith, walaupun wujudnya
perbezaan di antara mereka ia hanyalah dari sudut mujmal dan mufassal sesuatu definisi yang
diberi.

Al-Hadith dan al-Sunnah adalah perkara yang saling berkait, lafaz al-Sunnah dari sudut
bahasa bermaksud jalan, kelakuan, tabiat, keadaan masa hidup, rupa, ketetapan dan kebiasaan,
sama ada sesuatu yang buruk dan yang baik (Ibn Man.z-ur, Lis-an al-’Arab: jil. 17, ms. 89; Ibn
al-Ath-ir, al-Nih-ayat: jil. 02, ms. 409).

Dari sudut istilah pula ia berkaitan dengan bidang disiplin ilmu yang tertentu dan
memberikan definisi yang khusus. Secara umumnya definisi al-Sunnah terbahagi kepada tiga
disiplin ilmu, ilmu fiqh, ilmu usul dan ilmu hadis (A Basir,2006).

Dari sudut fiqh, ahli fuqaha mendefinisikan al-Sunnah sebagai perkara yang telah pasti
datangnya dari Rasulullah dan merupakan bukan sesuatu yang wajib (al-Syawkaniy, Irsyad
Al-Fuh.h-ul, ms.67). Dalam bidang usul fiqh pula para ulama’ Usuliyyin, khususnya Imam
al-Syafie mendefinisikan al-Sunnah sebagai sesuatu yang ditetapkan oleh Rasul dan tidak
mempunyai sebarang ketentuan dalam al-Quran (al-Risalah: ms. 32). Dari sudut disiplin ilmu

5
hadis istilah al-Sunnah merupakan apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari
perkataan, perbuatan, perakuan, sifat dan sikapnya sama ada sebelum dan juga selepas diangkat
menjadi rasul (Jamaluddin al-Qasimiy, Qawa’id al-Tahdith, ms. 35). Menurut penulis
perselisihan pendapat dalam mendefinisikan al-Sunnah adalah kerana perbezaan tujuan dan
matlamat yang digariskan oleh mereka mengikut kajian dan disiplin pengajian masing-masing.

Oleh itu, daripada perbincangan definisi al-Hadith atau al-Sunnah ini telah
memperjelaskan bahawa ia mempunyai pengertian yang sangat luas. Ia bukan semata-mata
memfokuskan perkara-perkara yang sunat bahkan ia juga berkait dengan perkara tentang aqidah
dan syariat.

4.0 KEDUDUKAN HADITH DALAM ISLAM

Apa yang telah kami dapat dalam artikel ialah penulis menyatakan dan menegaskan
tentang kedudukan hadith dalam Islam yang menjadi sumber rujukan yang kedua dalam Islam
selepas sumber rujukan yang pertama iaitu al-Quran di mana sejak kebelakangan ini terdapat
entiti yang mencuba mempersoalkan Hadith atau sunnah dalam Islam. Sangatlah bahaya akan
akidah seseorang kerana hanya menjadikan Alquran sebagai sumber rujukan dalam kehidupan.
Hal ini kerana, al-Quran ialah Kitab Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah dan
dikumpulkan menjadi satu mushaf al-Quran. Dan ia adalah salah satu wahyu daripada Allah.
Manakala hadith pula adalah satu bentuk wahyu daripada Allah sendiri kerana berdasarkan
firman Allah dalam surah Najm ayat 3&4:

َ ‫ي ي‬ٞ ‫ ِإ ۡن ه َُو ِإاَّل َو ۡح‬٣ ‫َو َما يَنطِ ُق َع ِن ۡٱل َه َو ٰ ٓى‬


‫ُوح ٰى‬
Maksudnya : Beliau juga tidak bercakap dari [kecenderungannya] sendiri. (3). Al-Quran itu
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepada Nabi Muhammad s.a.w), (4)
(Surah an-Najm,ayat 3&4)

Setiap yang datang dari Rasulullah selain daripada Alquran sama ada untuk menjelaskan
hukum-hakam yang ada di Alquran atau menafsirayat Alquran adalah dinamakan al-Hadith
al-Nabawiy. Sebagaimana firman Allah diatas, jelaslah bahawa apa yang disampaikan Rasulullah
adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah walaupun ia adalah ijtihad daripada Rasulullah sendiri.

6
Kesimpulannya, hadith ialah salah satu wahyu atau sumber dari dua sumber wahyu yang
diturunkan oleh Allah kepada malaikat Jibiril kepada Rasulullah. Dengan ini jelas bahawa hadith
juga merupakan sumber asas kepada syariat Islam selain Alquran yang tidak mungkin dapat
dinafikan daripada zaman Rasulullah sehingga kiamat. (Rahman,1996)

Cara bagaimana hendak mengetahui kedudukan hadith, kita perlu merujuk kepada
sumber Islam yang pertama iaitu Alquran. Hal ini kerana sumber ini jelas dan tiada keraguan
keatasnya. Ada diantaranya ayat Quran yang menyebutkan tentang kedudukan Hadith dalam
Islam antaranya:

1. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anfal ayat 20:

َ ‫ُوا ٱهَّلل َ َو َرسُولَ ۥهُ َواَل تَ َولَّ ۡو ْا َع ۡنهُ َوَأنتُمۡ تَ ۡس َمع‬


‫ُون‬ َ ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ‫ين َءا َمنُ ٓو ْا َأ ِطيع‬
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),
(Surah al-Anfal,ayat 20)
2. Firman Allah s.w.t dalam Surah an-Nisa ayat 80:

َ َ‫َّمن ي ُِط ِع ٱل َّرسُو َل فَقَ ۡد َأطَا َع ٱهَّلل ۖ َ َو َمن تَ َولَّ ٰى فَ َمٓا َأ ۡر َس ۡل ٰن‬
ٗ ِ‫ك َعلَ ۡي ِهمۡ َحف‬
‫يظا‬
Maksudnya: Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan
barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi
pemelihara bagi mereka.
(Surah an-Nisa,ayat 80)

Ayat-ayat diatas jelas tentang kedudukan Hadith dalam Islam sekaligus kedudukan
Rasulullah sebagai seorang rasul dalam Islam. Hal ini kerana, kita wajib patuh dan taat kepada
Rasulullah atas izin Allah. Dan setiap penyampaiannya bukan sekadar satu penyampaian tetapi
satu suruhan daripada Allah juga. Alquran dan Hadith sama-sama tidak boleh dipisahkan apalagi
diragui hadith sepertimana Alquran itu sendiri.

7
Maka terang lagi bersuluh kebatilannya yang mereka telah lakukan sedangkan Al-Quran
juga menyuruh untuk mematuhi dan taat keatas Allah dan Rasulullah maka kerana itu Hadith
juga perlu dijadikan sumber dalam Islam dan perlu dititikberatkan. (Rahman,1996)

Dari apa yang saya dapat kaji dalam artikel ini, terdapat penambahan yang boleh
dimasukkan kedalam artikel untuk mengukuhkan tentang kedudukan Hadith dalam Islam.
Tambahan yang dapat dimasukkan ialah Hadith ini sebagai bayan (penjelas) terhadap AlQuran
kerana itu seseorang tidak boleh berpegang kepada Quran sahaja dan tidak kepada Hadith.
Menurut Fatuhrahman, jenis al-bayan ada empat iaitu:

Yang pertama ialah Bayan al-Taqrir yang juga disebut Bayan al-Tawkid atau Bayan
al-Itsbat. Al-Taqrir berarti memperkuat, mempertegas dan mendukung sesuatu dalam Quran.
Maksudnya hadis ini telah disebut dalam Alquran untuk memperkuatkan lagi apa yang telah
disebutkan dalam Quran. Sebagai contoh, Firman Allah dalam Surah Al-Maidah 6:

ْ ‫ق َوٱمۡ َسح‬
‫ُوا‬ ۡ
ِ ِ‫وا ُوجُوهَ ُكمۡ َوَأ ۡي ِديَ ُكمۡ ِإلَى ٱل َم َراف‬ ْ ُ‫ٱغ ِسل‬ ۡ َ‫صلَ ٰو ِة ف‬ َ ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
َّ ‫ين َءا َمنُ ٓو ْا ِإ َذا قُمۡ تُمۡ ِإلَى ٱل‬
‫ض ٰ ٓى َأ ۡو َعلَ ٰى َسفَ ٍر َأ ۡو َجٓا َء‬ َ ‫ُوا َوِإن ُكنتُم َّم ۡر‬ ْ ۚ ‫وس ُكمۡ َوَأ ۡر ُجلَ ُكمۡ ِإلَى ۡٱل َك ۡعبَ ۡي ۚ ِن َوِإن ُكنتُمۡ ُجنُبٗ ا فَٱطَّهَّر‬ ِ ‫بِ ُر ُء‬
ْ ‫د ِّمن ُكم ِّم َن ۡٱل َغٓاِئ ِط َأ ۡو ٰلَ َم ۡستُ ُم ٱلنِّ َسٓا َء فَلَمۡ تَ ِج ُد‬ٞ ‫َأ َح‬
ٗ‫وا َمٓاء‬
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat,
maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh)
kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu
sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh
perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air
(Surah Al-Maidah,ayat 6)

Ayat Quran ini diperkuatkan dengan Hadith Nabi yang berbunyi:

‫ال تقبل صالة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضـأ‬


(‫)رواه البخارى ومسلم‬

8
Maksudnya: Tidak diterima solat seseorang diantara kamu apabila berhadas sebelum die
berwudu’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang kedua merupakan Bayan al-Tafsir yang mana Hadith itu menjadi tafsir atau
menjelaskan ayat Quran yang tidak mudah untuk difahami akibat ayat Quran dalam bahasa arab
yang tinggi dan indah yang membolehkan seseorang perlu mempelajari tafsir supaya tidak salah
menafsir makna ayat Quran. Seperti Firman Allah dalam Surah Baqarah ayat 43:

َ ‫ُوا َم َع ٱل ٰ َّر ِك ِع‬


‫ين‬ ْ ‫وا ٱل َّز َك ٰوةَ َو ۡٱر َكع‬
ْ ُ‫صلَ ٰوةَ َو َءات‬ ْ ‫َوَأقِي ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬
Maksudnya: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang
yang rukuk.
(Surah Al-Baqarah, ayat 43)

Ayat ini diperjelaskan lagi dengan Hadis Nabi yang memberi penjelasan tentang cara
pelaksanaan solat dan bacaan di dalamnya. Nabi Muhammad bersabda:

)‫صـلوا كما رأيتمونى أصـلى (رواه البخارى‬


Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat

Yang ketiga ialah Bayan al-Tasyrii’ iaitu suatu ketentuan atau syarak yang tiada dalam
AlQuran dan dikuatkan oleh Hadis jenis Bayan al-Tasyrii’. Seperti contoh Hadith tentang haram
mengumpulkan atau menjadikan isteri dari makciknya. Nabi Muhammad saw bersabda:

‫ال تنكح المرأة على عمتها وال على خالتها‬


Maksudnya:tidak boleh menikahi seorang wanita bersama dengan saudara perempuan
ayahnya dan saudara perempuan ibunya

Hadith diatas ialah Hadith yang disepakati ulama dan dapat kita lihat bahawa larangan
untuk tidak mengumpulkan wanita dengan makcik tiada dalam Alquran dan larangan ini
dikeluarkan melalui Hadith ini. (Jayadi, 2011)

9
Jenis yang terakhir ialah Bayan al-Nasikh yang berarti membatalkan, memindahkan dan
mengubah. Bermaksud hadis jenis ini ialah Hadith yang datang sesudah sesuatu ketentuan untuk
menghapus ketentuan yang lama. Contoh untuk nasakh Hadith terhadap ayat Alquran ialah sabda
Nabi Muhammad saw yang berbunyi:

‫ان اﷲ قد أعطى كل ذى حـق حـقه فال وصـيـة لوارث‬


Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi setiap orang haknya, maka tiada yang
boleh wasiat terhadap ahli waris.

Hadith diatas menasakh ayat Alquran yang terkandung dalam Surah Baqarah ayat 180:

‫ُوف‬ َ ِ‫صيَّةُ لِ ۡل ٰ َولِ َد ۡي ِن َوٱَأۡل ۡق َرب‬


ِ ۖ ‫ين بِ ۡٱل َم ۡعر‬ ِ ‫ك َخ ۡيرًا ۡٱل َو‬ ُ ‫ض َر َأ َح َد ُك ُم ۡٱل َم ۡو‬
َ ‫ت ِإن تَ َر‬ َ ‫ب َعلَ ۡي ُكمۡ ِإ َذا َح‬
َ ِ‫ُكت‬
َ ِ‫َحقًّا َعلَى ۡٱل ُمتَّق‬
‫ين‬
Maksudnya: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan
(tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan
karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Baqarah,ayat 180)

Kewajipan melaksanakan wasiat bagi orang yang hampir wafat kepada ahli warisnya
menurut ayat diatas dinasakh hukumnya oleh Hadith yang melarang untuk melakukan wasiat
kepada ahli waris. Tuntasnya, sumber panduan dalam Islam ada dua iaitu Alquran dan sunnah
yang dimana Rasulullah berpesan jika kita berpegang kepada dua sumber ini maka kita akan
terselamat dari kesesatan. Maka kepada golongan Quraniah mereka jelas telah membahayakan
akidah mereka kerana menolak Hadith dan hanya berpegang kepada Quran semata-mata. Maka
jelaslah kedudukan Hadith dalam Islam sangat dititkikberatkan dan tinggi selepas Kitab Allah
sebagai sumber panduan syiar dalam Islam. (Jayadi, 2011)

10
5.0 PERANAN AL-HADIS

Berdasarkan artikel kedudukan dan peranan hadith dalam islam oleh Mohd Muhiden bin
Abd Rahman. Apa yang dapat disimpulkan ialah penulis menyatakan pada zaman Rasulullah
s.a.w tiada rujukan untuk dalil dan hadis melainkan kalamullah iaitu al-Quran dan kata kata dari
Rasulullah iaitu Al Hadis. Di dalam al-Quran mengandungi asas asas umum dan tidak
menyentuh secara terperinci dan cabang-cabangnya secara keseluruhannya, melainkan sesuai
dengan asas-asas yang telah ditetapkan dan tidak berubah dari peredaran masa dan tidak
bergantung kepada perkembangan perbezaan manusia. Sama ada dari segi keadaan atau adat
resam mereka. Penulis juga menyatakan bahawa perkara ini dilakukan mengikut kesesuaian
mengikut al-Quran dan dalam hal ini al-Quran kekal sebagai sumber yang layak dan sesuai untuk
semua manusia, masa dan tempat. Bukan itu sahaja, al-Quran menjamin segala keperluan
perundangan dan peraturan hidup manusia kearah kemajuan dan pembangunan. Selain itu,
al-Quran juga menyentuh masalah-masalah aqidah, Ibadah, adab, akhlak dan sejarah umat-umat
terdahulu secara umum. (Ajaj al-Khatib, as-Sunnah Qabla at-Tadwin, h. 23)

Sebelum ini penulis menegaskan bahawa tugas Rasulullah s.a.w bukan sahaja untuk
menyampai kitab Allah, malahan baginda diperintah juga untuk menerangkan kandungan yang
terdapat dalam al-Quran dengan cara mentafsir atau menghurai maksudnya, menjelaskan secara
terperinci perkara-perkara umum, menjadi pengikut dan penguat Al-quran atau penjelas kepada
perkara yang tidak jelas dalam al-Quran.

Berdasarkan apa yang sudah dihuraikan oleh penulis, jelas bahawa peranan al-Hadis
sangat penting dalam perundangan islam dan memiliki pengaruhnya tersendiri dalam
perkembangan ilmu Fiqh sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman para-Imam Mujtahid.
Apabila kita menerima atau menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup sudah tentu kita tidak
menolak al-Hadis sebagai panduan hidup. Hal ini kerana tidak mungkin kita akan memahami
al-Quran tanpa merujuk kepada huraian dan penjelasannya iaitu al-Hadis. Pandangan ulama’
tentang pembahagian al-Hadis berdasarkan peranan dan fungsinya terdapat tiga bahagian:

11
● Al-Hadis dijadikan sebagai penyokong dan penguat kepada al-Quran, ini akan terjadi
apabila berlakunya persamaan kandungan al-Hadis dan al-Quran.
● Al-Hadis sebagai penjelas kandungan al-Quran dengan menejelaskan secara terperinci
perkara umum, menjelaskan perkara yang samar, mengkhususkan yang am dan
menghadkan perkara yang tiada had. Contoh bagi menjelaskan secara terperinci perkara
umum ialah Rasulullah s.a.w telah menerang bagaimana cara mendirikan solat,zakat,
puasa dan lain-lain yang hukumnya dating secara umum tanpa menghuraikanya dengan
lebih jelas.

Contoh mengkhususkan yang am pula seperti penjelasan Rasulullah s.a.w maksud


kalimah zalim dalam ayat 82 surah al-Anam:

‫ين آ َمنُوا َولَ ْم يَ ْلبِسُوا ِإي َمانَهُ ْم بِظُ ْل ٍم‬


َ ‫الَّ ِذ‬
Maksudnya”Mereka yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan
kezaliman”
(Surah al-Anam,ayat 82)

● Al-Hadis yang menunjukkan sesuatu hukum yang tidak dinaskan oleh al-Quran,
contohnya Hadis Rasulullah s.a.w mengenai laut: maksudnya suci airnya dan halal
bangkainya.

Begitu juga hadis yang mengharamkan dari memakan daging binatang-binatang liar yang
bertaring.

Berdasarkan tiga jenis peranan ini penulis menyimpulkan bahawa al-Hadis juga
merupakan sumber hukum yang mempunyai kuasa yang tersendiri dan menjadi hujah yang
mewajibkan kita untuk beramal dengannya.

Penulis menjelaskan lagi, bahawa semua dalil yang disertakan, samaada dari al-Quran
atau al-Hadis dan amalan para sahabat sebelum dan selepas kewafatan Baginda s.a.w serta ijma'
Muslimin. Ini ialah anugerah dari Allah kepada Rasul-Nya s.a.w. Walaupun Ulama' tidak
bersependapat akan bahagian yang ketiga. Seperti yang diperkatakan oleh Imam Syafi'i iaitu:
"Aku tidak mengetahui sebarang perselisihan dari ahli ilmi bahawa Sunnah Rasulullah s.a.w

12
terbahagi kepada tiga bahagian, mereka bersepakat menerima dua bahagian laitu apa yang
disokong atau dikuatkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap nas-nas yang sedia ada dalam al-Qur'an
dan penjelasan Rasulullah mengenai maksud dan huraian nas-nas al-Qur'an yang umum.
Sementara bahagian yang mereka berselisih ialah bahagian yang ketiga iaitu yang tiada nasnya
dalam al-Our'an".
Penulis menjelaskan lagi lagi bahawa perselisihan yang berlaku dari segi kewujudan
hadis, tetapi dari sudut peranan dan fungsi. Sebahagian besar ulama’ berpendapat bahawa
al-Hadis mempunyai kuasa autoritinya yang tersendiri, ia merujuk kepada dalil yang jelas sama
ada dalil aqli atau naqli.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi dari artikel ini adalah penulis
telah memberi pengetahuan asas untuk umat Islam mengambil cakna tentang kedudukan dan
juga peranan al-Hadith di dalam kehidupan seharian, ini kerana wujud beberapa pihak yang cuba
untuk mempertikaikan kedudukan dan peranan al-Hadith dengan tujuan untuk mengelirukan
umat Islam dari sumbernya yang sebenar. Jadi, dengan tersebarnya kajian ini mungkin dapat
menghalang daripada perkara sebegitu berlaku dalam kalangan masyarakat kerana dengan
menerangkan peranan dan kedudukan hadis akan membuatkan mereka sedar akan kepentingan
al-Hadith sebagai sumber rujukan utama selepas al-Quran dan tidak hanya bergantung kepada
al-Quran semata-mata, kerana kitab al-Quran hanya menerangkan perkara-perkara yang umum
dan qati’e sedangkan al-Hadis pula menerangkan sesuatu perkara itu secara terperinci misalnya
pergerakan dalam solat, cara berwudhuk yang sah dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga beberapa perbezaan pandangan para ulama’ dalam
mendefinisikan makna al-Hadith dan juga as-Sunnah, hal ini berlaku kerana masing-masing
melihat dari sudut kepakaran mereka. Akan tetapi makna asalnya tetap segala perkara yang
bersandarkan keatas Rasulullah dari perbuatan, percakapan, pengakuan, dan juga sifatnya sama
ada sifat kejadiannya atau akhlaknya. Kerana perbezaan diantara mereka hanyalah dari sudut
mujmal (ringkas) dan mufassal (terperinci) sesuatu definisi yang diberi.

13
Oleh itu, pengetahuan asas berkaitan dengan sumber rujukan sama ada al-Quran dan
al-Hadith ini perlu disebarkan kepada seluruh masyarakat muslim bagi mengelakkan kekeliruan
di kalangan mereka dan mengelakkan tersebarnya fahaman yang salah seperti golongan yang
tidak menerima al-Hadith merupakan sumber rujukan dan mengatakan cukup hanya merujuk
al-Quran sebagai sumber rujukan. Allah berfirman di dalam Surah al-Hasyr ayat 8, maksudnya,
“Apa sahaja yang datang dari Rasulullah, hendaklah kamu mengambilnya, dan apa sahaja yang
dilarangnya hendaklah kamu menjauhinya.”. Dalil ini sudah jelas menerangkan bahawa kita
dibenarkan untuk mengambil al-Hadith sebagai sumber rujukan kita.

7.0 RUJUKAN

Biografi Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden bin Abdul Rahman, Universiti Malaya.
( https://umexpert.um.edu.my/muhiden.html )

Israfizat (2015) PERANAN AL-HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

( http://sentuhanpoliteknik.blogspot.com/2016/01/peranan-al-hadis-sebagai-sumber-rujukan.html

Jayadi, M. “Kedudukan Dan Fungsi Hadis Dalam Islam.” Jurnal Adabiyah, vol. 11, no. 2, 2 Dec.

2011, pp. 242–255, Diambil dari, (

https://journal3.uin-alauddin.ac.id/index.php/adabiyah/article/view/1730/pdf. ) Accessed

1 Dec. 2022.

Jamaril (2017) PENGERTIAN, KEDUDUKAN DAN FUNGSI HADITS

( https://sumbar.kemenag.go.id/v2/post/1952/pengertian-kedudukan-dan-fungsi-hadits.html )

Jayadi, M. “Kedudukan Dan Fungsi Hadis Dalam Islam.” Jurnal Adabiyah, vol. 11, no. 2, 2 Dec.

2011, pp. 242–255, (

14
https://journal3.uinalauddin.ac.id/index.php/adabiyah/article/view/1730/pdf. )Accessed 1

Dec. 2022.

Khon, Abdul Majid. Ulumul Hadis. Google Books, Amzah, 1 Apr. 2012, (

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=tK_xDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PR

5&dq=kedudukan+hadis+dalam+islam&ots=4Q46nNw2PN&sig=TDrDf2Mv_4w0VlAL

muKJwe_eWaA&redir_esc=y#v=onepage&q=kedudukan%20hadis%20dalam%20islam

&f=false. ) Accessed 1 Dec. 2022.

MMA Rahman. (1996). Al-Hadith: Kedudukan Dan Peranannya Di Dalam Islam. Jurnal
Usuluddin, Bil.4, 27-40. Diambil daripada,
( https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/3034/1184/8513 )

Mohd Arif Syafiq (2015) Peranan Hadis dalam Menjelaskan Al-Quran

( http://apaituilmu.blogspot.com/2015/06/peranan-hadis-dalam-menjelaskan-al-quran.html )

Muhd Arif Yahya (2016) SUMBANGAN AHL AL-HADITH DAN PERANANNYA DALAM

MEMBANGUN KETAMADUNAN ISLAM(

https://www.researchgate.net/publication/316188463_SUMBANGAN_AHL_AL-HADIT

H_DAN_PERANANNYA_DALAM_MEMBANGUN_KETAMADUNAN_ISLAM )

Ust Muhammad Azri (1995) Kedudukan Al Hadits Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam

(http://www.al-ahkam.net/home/content/kedudukan-al-hadits-sebagai-rujukan-kedua-dalam-isla

m)

Wahab, Fatkhul. “KEDUDUKAN HADIS DALAM PENETAPAN HUKUM.” MAQASHID

Jurnal Hukum Islam, vol. 2, no. 2, 28 May 2019, pp. 1–14, (

ejournal.alqolam.ac.id/index.php/maqashid/article/view/179/172,

10.35897/maqashid.v2i2.179. )Accessed 1 Dec. 2022.

15

You might also like