You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (KDC)

AMBILAN NOVEMBER 2017


SEMESTER 1 TAHUN 1

KOD KURSUS : EDUP 2013

NAMA KURSUS :
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA

TUGASAN PENULISAN AKADEMIK :


IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN
BARAT, ISLAM DAN TIMUR
TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DALAM ERA ABAD KE-21

Nama Pelajar : NABIL BIN NASIR

Angka Giliran :

No. Kad Pengenalan : 910729-02-5783

Kumpulan/Unit : PDPLI-PENDIDIKAN ISLAM-31117 (R)

Nama Pensyarah : ENCIK WILFRED VINCENT ANAK ONGKE

Tarikh Hantar : 5 MAC 2018


SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


SENARAI KANDUNGAN ii
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS iii
HASIL KERJA KURSUS 1
1.0 PENGENALAN 1
2.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21 1
2.1 PERENIALISME 2
2.2 ESENTIALISME 2
2.3 PROGRESIVISME 2
2.4 REKONSTRUKTIVISME 3
2.5 KESIMPULAN 3
3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21 3
3.1 AL-FARABI 4
3.3 KESIMPULAN 4
4.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR TERHADAP FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21 4
4.1 FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUSIUS 4
4.2 FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE 5
4.3 KESIMPULAN 5
5.0 PENUTUP 6
6.0 RUJUKAN 7

ii
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
BAHAGIAN A : TAKLIMAT KERJA KURSUS
Nama Pelajar : NABIL BIN NASIR Angka Giliran :
Kod : EDUP 2013 Nama Kursus : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pensyarah : ENCIK WILFRED VINCENT ANAK ONGKE
Saya mengaku bahawa taklimat pelaksanaan kerja kursus telah diberikan kepada saya dengan amat jelas oleh pensyarah
berkenaan.

Tarikh Taklimat : 14.12.2017 Tandatangan Pelajar :………………………………..

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENGHANTARAN & PENERIMAAN KERJA KURSUS


Tugasan Tarikh Hantar Tarikh Terima
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja (diisi oleh Pelajar) (diisi oleh Pensyarah)
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap 1
satunya saya jelaskan sumbernya.
2 5 MAC 2018
3
4
Tandatangan Pelajar :……………………………….. 5

BAHAGIAN C : PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki : Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : ............................ Tarikh : ................... Tandatangan : ............................ Tarikh : ...................


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Catatan (jika ada) :

Tandatangan :..................................... Tarikh :...................

iii
HASIL KERJA KURSUS
1.0 PENGENALAN

Menurut Mok Soon Sang, 2010 falsafah adalah perihal mencintai

kebijaksanaan. Asal usul falsafah daripada perkataan Yunani iaitu philos yang bermaksud

mencintai dan Sophia bermaksud kebijaksanaan. Menurut Omstein dan Hankins 1993

kurikulum adalah satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis

yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kurikulum pada

dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang

membawa maksud jejak atau laluan. Konsep falsafah pendidikan adalah konsep

penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah

penjelasan terhadapnya. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi oleh unsur-

unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara falsafah yang mempunyai

perkaitan dengan falsafah pendidikan di Malaysia ialah Falsafah Pendidikan Barat, Islam

dan Timur. Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara rasminya telah diumumkan pada

tahun 1988. Menurut Tajul dan Noraini 1992 ia menentukan arah haluan, asas, dan

sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam pendidikan.

2.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21

Suatu ketika dahulu Malaysia pernah menggunakan pendidikan barat seperti

parenialisme, esentialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme kerana pernah dijajah

oleh pihak barat atau British. Mereka juga telah memperkenalkan beberapa asas atau

falsafah pendidikan barat semasa menjajah dan tenaga pengajar merupakan dalam

kalangan orang Barat.

1
2.1 PERENIALISME

Adalah falsafah konservatif,tradisional dan tidak fleksibel. Falsafah ini

menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap. Perbezaaan manusia dan

haiwan ialah keupayaan manusia berfikir,pendidikan adalah keperluan untuk hidup.

Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengujian berstruktur.

Kurikulum mempunyai disiplin,latih tubi dan latihan yang ketat. Di sekolah,guru perlu

mengajar dan murid sebagai penerima dan kurikulum terbina adalah muktamad. Falsafah

ini disokong oleh dua penyokong moden iaitu Robert Hutchins dan Mortimer Adler.

2.2 ESENTIALISME

Berasal dari perkataan essential yang bermaksud perkara-perkara utama atau

asas. Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam pembelajaran.

Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan tidak perlu dalam

pendidikan. Kurikulum yang dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa dan

mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksaan masa hadapan.

Falsafah ini terkenal pada tahun 1930 oleh William Bagley dan kemudiannya pada tahun

1950 diperkenalkan oleh Arthur Bestor dan Admiral Rickover.

2.3 PROGRESIVISME

Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan dan bukan

ketekalan. Memfokuskan kepada pendekatan pembelajaran dan pengajaran berpusat

kepada pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar. Memberi penekanan kepada

demokrasi,sekolah perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar

dan bukan persaingan. Guru berperanan sebagai fasilitator dan bukan guru tradisional.

Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada kecenderungan dan minat

pelajar. Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung menjadi

2
pengetahuan. Pendidikan ialah suatu proses pembentukan yang berterusan kerana

manusia terus hidup dan berfikir. Falsafah ini diperkenalkan oleh John Dewey pada tahun

1859 sehingga 1952.

2.4 REKONSTRUKTIVISME

Falsafah yang unik telah terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1930 sehingga

tahun 1960. Sebahagian besarnya diilhamkan oleh Theodore Brameld daripada Columbia

Teachers College. Falsafah ini menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan

tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat yang berilmu. Percaya manusia

membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan

masyarakat. Guru dianggap sebagai agen utama dalam perubahan sosial,budaya dan

pembaharuan antarabangsa.

2.5 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mengambil

kesemua falsafah pendidikan barat akan tetapi rekonstruktivisme dan progresivisme ini

seakan-akan sama dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Malahan ia juga

menerapkan pencapaian dan membentuk keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21

Menurut Supyan Hussin 2014 Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan

yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi,

membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup

Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

3
3.1 AL-FARABI

Abu Nasr Al-Farabi dilahirkan di Wasij, di wilayah Farab di Turkestan, dari keluarga

bangsawan. Falsafah beliau adalah berdasarkan kepada al-Quran kerana dia mengkaji

kajian falsafah purba yang diintegrasikan ke dalam tamadun Islam-Arab sendiri. Beliau

menekankan keperluan untuk perpaduan masyarakat dan negara yang perlu dicapai oleh

kesatuan pemikiran, kebijaksanaan dan agama.

3.3 KESIMPULAN

Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang beriman & beramal

soleh,mempunyai keseimbangan dari segi material & rohani, bersifat dengan sifat-sifat

kemanusiaan yang tinggi seperti takwa, ikhlas, amanah,istiqamah dan lain-lain. Malah

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada menyatakan bahawa untuk melahirkan

masyarakat yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Ini

bertepatanlah dengan aspek rohani iaitu keagamaan yang mana dalam kurikulum terkini

iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Menengah (KSSR/KSSM) ada subjek

Pendidikan Islam yang menerapkan elemen kerohanian dalam subjek tersebut.

4.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR TERHADAP FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ERA ABAD KE-21

Tokoh Falsafah Pendidikan Timur contohnya Confusius dan Rabindranath Tagore.

4.1 FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUSIUS

Menurut Confusius, pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status

sosioekonomi atau kedudukan sosial supaya setiap individu berkebolehan dalam pelbagai

bidang serta bermoral tinggi. Pendidikan di Malaysia juga mewajibkan setiap individu

4
diberikan pendidikan tanpa mengukur tahap keupayaan individu. Contohnya, banyak

sekolah pendidikan khas ditubuhkan di Malaysia.

4.2 FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE

Hidup pada tahun 1861 sehingga 1941 dilahirkan di Calcutta, India terkenal

dengan inovasi sosio-agama dan budayanya. Tagore menyebut pendidikan harus

bertujuan untuk semua aspek di sekitar pembangunan personaliti individu melalui

interaksi dan kesatuan dengan alam sekitar. Sekolah hendaklah dibuat lebih meriah dan

menyeronokkan. Mereka perlu menjadi lebih produktif dan menarik. Beliau

mencadangkan mengadakan kelas luar, jadi pelajar boleh belajar dari sumber yang

berbeza sifat. Beliau menegaskan mempunyai perbahasan terbuka mengenai setiap isu.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Lelaki

dan perempuan mempunyai peluang yang sama dalam kursus-kursus teori sama dengan

praktikal yang berasingan bagi wanita, kerana peranan mereka dalam kehidupan yang

berbeza dari orang-orang lelaki. Kurikulum ini adalah fleksibel.

Menurut Mok Soon Sang (2010), falsafah ini menyebut pendidikan adalah untuk

perkhidmatan sosial dan kecekapan bagi membolehkan individu hidup dalam masyarakat

serta berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati antara satu

sama lain.

4.3 KESIMPULAN

Falsafah Pendidikan Timur lebih kepada kehidupan sosial iaitu penerapan aspek

kemasyarakatan. Ia juga bertepatan dengan JERIS iaitu elemen sosial dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

5
5.0 PENUTUP

Secara tuntasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengambil beberapa

elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Barat, Islam mahupun Timur bagi

menerapkan dan seimbangkan masyarakat di Malaysia ini unsur Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan Sosial. Dengan terdapatnya kelima-lima elemen dan berpandukan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, maka apa yang dirancang,direformasi serta dilaksanakan akan

mencapai matlamat pendidikan bagi menempuh era abad ke 21.

(1030 patah perkataan)

6
5.0 RUJUKAN
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga.

Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Ali Edu Blog, (2012). Implikasi Falsafah Pendidikan Timur, Islam dan Barat terhadap

Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Dimuat turun daripada

http://aesnote.blogspot.my/2012/12/implikasi-falsafah-pendidikan-timur.html

Dewey, J. (1913). Interesr and effort in education. New York:Houghton & Mifflin.

education policy.

Emeliana Elias. Implikasi falsafah Barat ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat

turun daripada http://eprints.utm.my/14937/1/Implikasi_Falsafah_Barat_

ke_atas_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan.pdf

Labaree, D. F. (2004). The ed school’s romance with progressivism. Brookings papers on

Little, T. (2012). 21st Century learning and Progressive Education : An Intersection .

International Journal of Progressive Education.8(3).

Mok Soon Sang, (2004). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Multimedia

Marketing Sdn. Bhd.

Nazari Raduan (2013, September 24). Falsafah Pendidikan Timur, Islam dan Barat.

Dimuat turun daripada http://tujuhpen.blogspot.my/2013/09/falsafah-pendidikan-

timur-islam-dan.html

Nur Sabrina Zulaikha Abdul Rahman, (2016, Februari 18). Implikasi Falsafah Pendidikan

Barat, Islam dan Timur terhada. Dimuat turun daripada

https://prezi.com/pp4y1aoe_0t4/implikasi-falsafah-pendidikan-barat-islam-dan-

timur-terhada/

7
Tajul Ariffin Nordin dan Aini Dan, (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala

Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Yogeswary Ramunchandran, (2013, Oktober 7). Analisis Perkaitan Antara FPK dengan

FP Islam, Timur dan Barat. Dimuat turun daripada

https://www.slideshare.net/yogeswaryramuchandran/analisis-perkaitan-antara-

fpk-dengan-fp-islam-timur-dan-barat

You might also like