You are on page 1of 35

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF


DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF 5012
(FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA)

Oleh :

ROSIADI BIN TAJUDIN


L20081002254
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

MOHD. FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI


L20081002251
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

SARIZAL BIN JAMALUDIN


L20081002273
AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)

KEMAR BIN MD. NOH


L20081002291
AT49D (BAHASA ARAB)

MUHAMAD BASTHAMI BIN ABDULLAH


L20081002310
AT49D (BAHSA ARAB)

Pensyarah:

EN. RIDZUAN BIN HJ. JA’AFAR

Tarikh Hantar: 21 Februari 2008 (Khamis)

GROUP (DPLI), KUMPULAN F, SEMESTER 1, 2008


ISI KANDUNGAN

Muka
Surat
PENDAHULUAN 1
1.0 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
1.1 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan 2

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4

1.3 Kesimpulan 4
2.0 KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA
ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 3
2.1 Pengenalan 5
2.2 Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Huraian Sukatan
5
Matapelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab
Komunikasi Tingkatan 3
2.3 Kesimpulan 11
3.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN
MELALUI PENYAMPAIAN KANDUNGAN
3.1 Pengenalan Tajuk 11

3.2 Huraian 13

3.3 Kesimpulan 17
4.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI
PELAKSANAAN PENGAJARAN
4.1 Pengenalan Tajuk 18

4.2 Huraian 18

4.3 Kesimpulan 19
5.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN
MELALUI PENILAIAN PEMBELAJARAN
5.1 Pengenalan Tajuk 20

5.2 Huraian 21
5.3 Kesimpulan 22
6.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
ARAB KOMUNIKASI YANG MENEPATI
PENERAPAN UNSUR-UNSUR FALSAFAH
PENDIDIKAN
6.1 Pengenalan 23
6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
25
Untuk Matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi
6.3 Kesimpulan 28
KESIMPULAN 29

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang


terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya.
Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras
kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh
juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan
oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam
falsafah pendidikan tersebut.
Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana
kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh
seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif
pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada
penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit
huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah
pendidikan kebangsaan.
Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan
pengajaran harian yang dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran
Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan utama kajian adalah bagi
mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru
terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji
iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan
pengajaran dan juga penilaian pembelajaran.
Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang
nilai-nilai murni, penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
serta strategi yang boleh dilakukan oleh guru matapelajaran Bahasa Arab
Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah pendidikan dari ketiga-
tiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan
penilaian pembelajaran.
1.0 PENGENALAN

1.1 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud falsafah ialah


pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau
sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai
kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui
kebenaran yang hakiki. Pada pandangan Islam, falsafah ditafsirkan mirip
kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah
itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih
tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a
pernah berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh
orang yang beriman”. Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal
daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada
kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.

Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat


dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan
sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama iaitu
metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta
logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang
kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi fokus
kepada ilmu. Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih
tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi terdiri daripada dua
aspek iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai
moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika memberi
pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik
merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang
betul atau sebaliknya.

Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk


kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada
sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang
hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri
yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan
liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abd Fatah Hasan,
falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau
prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan
pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum


pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti
idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya
falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan
kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan
adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika
Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya
melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme
menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan
aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya.

Daripada mazhab falsafah umum seperti yang telah dinyatakan telah


melahirkan pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah
pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme,
progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa pandangan
konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip
pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk
oleh William C. Bagley memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula
perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah.
Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang
beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme
menekankan kepada perubahan dan pembaharuan.
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir


yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana
yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk
Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di
dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Jika dilihat
daripada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh diterjemahkan
sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan.

Antara lainnya, memperkembangkan potensi individu secara


berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku
seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek.
Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan intelek dapat disepadukan
dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan
harmonis. Di akhir matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan
berpegang kepadanya.

1.3 Kesimpulan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan


hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh
guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk
melahirkan insan yang kamil. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan
berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah
guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
2.0 KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA ARAB
KOMUNIKASI TINGKATAN 3

2.1 Pengenalan Tajuk

Kupasan maklumat dalam kajian ini dilakukan berdasarkan kepada rancangan


pengajaran satu sub topik iaitu “Pengumuman Penting – Hari Pertama
Persekolahan” dalam sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi
tingkatan 3. Rancangan pengajaran ini diperolehi daripada seorang guru
Bahasa Arab Komunikasi iaitu Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah yang
mengajar di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, beliau
juga turut memberikan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab
Komunikasi tingkatan 3 dan rancangan pengajaran tahunan yang beliau guna
pakai dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Merujuk kepada kurikulum Bahasa Arab Komunikasi sekolah


menengah, ia adalah bertujuan untuk melengkapkan murid dengan empat
kemahiran berbahasa dan kemahiran berkomunikasi merupakan paksi utama
dan seterusnya menambah perbendaharaan kata serta kemampuan penggunaan
bahasa yang betul bagi membangunkan nilai-nilai Islam dan akhlak yang
mulia (Terjemahan daripada huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab
Komunikasi 2003, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia)

2.2 Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahuanan


dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab
Komunikasi Tingkatan 3

a) Rancangan Pengajaran Harian


Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sukatan
pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) seperti yang ditetapkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun demikian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Bahasa Arab Komunikasi sukatan mata pelajarannya disediakan oleh Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru


hendaklah membuat perancangan awal untuk topik yang akan diajar olehnya.
Penyediaan rancangan pengajaran ini hendaklah selaras dengan sukatan mata
pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran yang dibekalkan oleh pihak
kementerian. Rancangan pengajaran yang perlu disediakan ialah rancangan
pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan. Berikut ialah panduan
untuk menyediakan rancangan pengajaran harian:
1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan
2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan.
Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu
hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu
tersebut.
3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil
pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan
aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.
4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat
5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti Tarikh, Hari,
Mata pelajaran, Tahun/tingkatan, Masa, Tajuk/bidang pembelajaran dan
Aktiviti pembelajaran.

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran


Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web
http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm)

Dalam rancangan pengajaran harian guru menyenaraikan aktiviti yang


akan dilakukkannya di dalam bilik darjah pada hari tersebut berserta dengan
objektif pembelajaran, cara dan teknik pengajaran yang digunakan serta alat
bantu mengajar yang digunakannya. Berikut merupakan rancangan pengajaran
harian Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang akan penulis kaji dalam
kajian ini:
Tingkatan/ Skop/ Tema/ Objektif Aktiviti/ Strategi Hasil/
Mata
Topik/ Sub Penilaia
pelajaran/
Topik n
Masa
BAHASA Pengumuman Kemampuan 1. Pembacaan
ARAB Penting pelajar teks
membaca teks 2. Memahami
3B2 teks
3. Perbincangan
10.20-11.30 pelajaran

Jadual 2.1: Terjemahan Rancangan pengajaran harian Bahasa Arab


Komunikasi tingkatan 3B2 (Sila rujuk lampiran untuk salinan
rancangan mengajar yang asal)
Sumber: Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah, Guru Bahasa Arab, SMK
Pengkalan Chepa, Kelantan.

b) Rancangan Pengajaran Tahunan


Rancangan pengajaran tahunan pula merupakan satu rancangan jangka
panjang yang perlu disediakan oleh guru, pihak sekolah, pejabat pendidikan
daerah atau jabatan pendidikan negeri pada awal sesi persekolahan setiap
tahun. Ia juga mestilah disediakan berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran
dan huraian sukatan mata pelajaran. Ia penting sebagai panduan dan
memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan semester persekolahan, minggu persekolahan dan seterusnya bagi
perancangan harian.

Berikut ialah panduan dalam penyediaan rancangan pengajaran


tahunan:

1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun.


Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan
2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan
berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian
tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa
3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu
yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan
ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada
setiap tahun
4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang
(tidak dicetak berulang-ulang)
5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau
hitam sahaja dibenarkan
6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua
atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media
elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar
atau pengetua atau wakilnya.
7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang
mengandungi perkara-perkara seperti Tajuk/bidang pembelajaran,
Objektif/kemahiran, Hasil pembelajaran yang dihasratkan, Bilangan
minggu dan catatan.

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran


Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web
http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm)

Berikut ialah rancangan pengajaran tahunan bagi topik dalam mata pelajaran
Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang dikaji oleh penulis:

Subjek : Bahasa Arab


Tingkatan : 3 Penggal: Satu Bulan: Januari Tahun: 2008

Minggu Persekolahan Jika


Tajuk Sukatan 1 Seles Catata
Pelajaran Hari ai n
A I S R K
()
Susun Kelas
Tahun Persekolahan
Baru
Bacaan Teks
Faham Teks
Perbendaharaan Kata
Jadual 2.2: Terjemahan rancangan pengajaran tahunan Bahasa Arab
Komunikasi tingkatan 3 bagi minggu pertama persekolahan.
(Sila rujuk lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan
yang asal)
Sumber: Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi
Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan
Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

c) Huraian Sukatan Matapelajaran


Huraian sukatan matapelajaran merupakan rujukan utama bagi seorang guru
supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya selaras
dengan ketetapan yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab, ia sedikit berbeza


dengan huraian sukatan pelajaran bagi matapelajaran lain. Ini kerana ia
dibahagikan berdasarkan kepada bidang pengajaran dan bukannya berdasarkan
topik dalam matapelajaran tersebut. Setiap bidang pengajaran mungkin
mempunyai beberapa topik yang berbeza. Maka, guru perlulah merujuk
kepada topik yang ingin diajar dan menentukan dalam bidang pengajaran apa
topik tersebut diletakkan. Dengan itu, barulah objektif pengajaran untuk
sesuatu topik dapat ditentukan.

Jadual di sebelah merupakan huraian sukatan matapelajaran bagi topik


pertama matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 iaitu
“Pengumuman Penting”, dan berada dibawah bidang pengajaran kemahiran
membaca.

BIDANG OBJEKTIF PENGALAMAN


PENGAJARAN PENGAJARAN PENGAJARAN
1.2.1 Membaca prosa Aras 1 : 1) Mendengar bacaan
dan puisi 1) Membaca contoh dari
dengan suara pelbagai bahan pelbagai bahan
yang jelas serta sperti dari arahan, bacaan samada
menjaga tunjuk ajar, prosa dan puisi
sebutan, petunjuk, dari rakaman, CD
pertuturan, peringatan, ROM, komputer
nada, intonasi larangan, dan lain-lain.
dan keelokkan tampalan, iklan, 2) Membaca bahan
penyampaian. kata hikmah, bacaan terdahulu
perumpamaan, secara individu
nusus-nusus, atau kumpulan
surat, syair, kemudian
khutbah dan mengulang-ulang
akhbar dengan kalimah-
bacaan yang jelas. kalimahnya dan
2) Mengulang-ulang ayat-ayatnya
kalimah, tarkib tertentu.
(susunan kata)
ayat-ayat tertentu
dari bahan yang
telah dibaca.
Aras 2: 1) Membaca bahan
1) Membaca bahan bacaan terdahulu
bacaan terdahulu secara individu
serta menjaga atau kumpulan.
nada dan intonasi 2) Menyertai
kemudian pertandingan
membezakan bahasa dengan
intonasinya. membaca bahan
bacaan terdahulu
bagi membezakan
intonasinya.
Aras 3: 1) Membaca bahan
1) Membaca bahan bacaan terdahulu
bacaan terdahulu secara individu
serta menjaga hak- atau kumpulan.
hak huruf seperti 2) Mendengar
tebal, nipis, bacaan sebahagian
idgham dan murid kemudian
tuntutan ketika adakan
membaca seperti perbincangan bagi
ibtida, waqaf, pengukuhannya
wasal dan fasal. dalam situasi
2) Mendengar bahan tertentu.
bacaan tadi bagi 3) Pembetulan
menguatkannya kesalahan secara
syafawi
Jadual 2.3: Terjemahan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab
Komunikasi tingkatan 3 bagi satu bidang pengajaran. (Sila rujuk
lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan yang asal)
Sumber: Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi
Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan
Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

2.3 Kesimpulan

Berdasarkan kepada rancagan pengajaran harian, rancangan pengajaran


tahunan serata huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang
telah diterjemahkan seperti dalam sub topik di atas, maka penulis cuba
mengkaji rancangan pengajaran harian guru terbabit untuk mengkaji
penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan olehnya.

Bahagian seterusnya akan menghuraikan penerapan unsur-unsur


falsafah pendidikan dalam pengajaran guru tersebut di dalam bilik darjah dari
segi penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penilaian
pembelajaran.

3.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI


PENYAMPAIAN KANDUNGAN
3.1 Pengenalan Tajuk

Penyampaian kandungan merujuk kepada rancangan pengajaran yang


dilakukan oleh seorang guru bagi sesuatu subjek. Ia merangkumi keseluruhan
proses yang berlaku dalam perancangan pengajaran guru. Dalam bahagian ini
penulis akan memberikan pandangan berkaitan penyampaian kandungan bagi
matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang terdapat dalam
rancangan pengajaran di bahagian 2.0. Fokus kajian ialah kepada penerapan
unsur-unsur falsafah pendidikan yang terdapat dalam rancangan pengajaran
harian guru terbabit.

‘Lesson plan’ atau rancangan pengajaran adalah satu rancangan untuk


satu unit pengajaran dan pelajaran yang padu. Biasanya direka bentuk untuk
disempurnakan dalam satu-satu sesi pengajaran di bilik darjah. Ia
mengandungi unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif,
kemahiran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, pengetahuan
sedia ada, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup dan sebagainya.
Persediaan mengajar biasanya bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur
tersebut tetapi bertindak sebagai peraturan- peraturan yang tidak boleh tidak
mesti dipatuhi dan diikuti oleh guru-guru.

Menurut George Brackett, seorang pengarang perisian pendidikan


beliau menyebut, “Pedagogy is the beliefs that justify instruction. Unplanned
teaching and learning is a recipe for wasting time”. Daripada pendapat beliau
ini jelas menunjukkan bahawa rancangan pengajaran itu memainkan peranan
yang penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kita
hendak menggunakan teknologi baru dalam kurikulum atau pengajaran kita,
kita perlu berfikir bagaimana kita akan melakukannya. Cara yang paling baik
untuk melakukannya adalah dengan menulis apa sahaja bahan yang diperlukan
oleh pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
merancang dengan cermat, jenis bahan yang akan digunakan, dan di mana
aktiviti pengajaran tersebut boleh dijalankan, akan menjadikan pengajaran
lebih efektif.
Maka, di sini penulis ingin menyatakan beberapa kritikan yang
membina berpandukan kepada huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi
Komunikasi tingkatan 3 ke atas rancangan pengajaran harian yang dikaji oleh
penulis seperti yang dinyatakan dalam bahagian 2.0.

3.2 Huraian

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah ditulis oleh guru tersebut,
penulis mendapati beberapa kekurangan di dalam pembinaan rancangan
pengajaran berliau. Berikut ialah kritikan yang ingin penulis utarakan beserta
cadangan kepada penambahbaikan untuk rancagan pengajaran tersebut.

Kritikan yang pertama : Pembentukan Objektif

Penulisan objektif guru tersebut adalah tidak berlandaskan huraian sukatan


pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM. Guru tersebut hanya membuat andaian
objektifnya sendiri tanpa mengikut sukatan pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi yang telah diterbitkan oleh JAPIM dan tidak menyatakan satupun
penerapan nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di dalam objektif
pengajarannya.

Penulisan objektif guru tersebut adalah lebih bersifatkan kepada


matlamat pendidikan Bahasa Arab. Perlu diingat bahawa matlamat pendidikan
Bahasa Arab Komunikasi bersifat terlalu umum dan berfungsi sebagai
pedoman, maka penterjemahannya perlu dilakukan secara lebih spesifik
supaya proses pencapaiannya boleh beroperasi di peringkat sekolah dan bilik
darjah.

Tyler telah mengemukakan satu kaedah bagi menentukan objektif yang


boleh digunakan diperingkat sekolah. Bagi Tyler, sesuatu objektif itu
seharusnya menyatakan tingkah laku pelajar berkaitan dengan sesuatu bidang
tertentu. Ini bermakna pada sesuatu objektif itu terdapat dua dimensi, iaitu:
1) Dimensi bidang ataupun aspek tertentu berkaitan dengan bidang
tersebut
2) Dimensi jenis, bentuk dan peringkat tingkah laku. Setiap bidang
pelajaran memerlukan pelajar menunjukkan sesuatu tingkah laku yang
khusus. Jadi, penggunaan kenyataan objektif dua dimensi menepati
kehendak di peringkat sekolah dan di bilik darjah.

Sebagai contohnya, ‘Pelajar dapat menyenaraikan kalimah atau


perkataan seerti yang bergaris di dalam teks’. Bidang Bahasa Arab
Komunikasi memerlukan pelajar mengingat dan mengemukakan beberapa
kalimah atau perkataan seerti yang bergaris di dalam teks atau petikan.
Tingkah laku di sini adalah berbentuk kognitif peringkat rendah, iaitu
pengingatan dan aspeknya pula ialah perkataan- perkataan seerti.

Objektif ialah terjemahan dan pecahan-pecahan khusus daripada


matlamat yang lebih bersifat umum. Oleh yang demikian objektif semestinya
mempunyai perkaitan yang rapat dengan matlamat. Objektif bukan sahaja
menjadi komponen kepada matlamat tetapi menolong kepada pencapaian
matlamat. Bagi mata pelajaran sastera termasuklah Bahasa Arab, bentuk
rangkuman tidak sebegitu erat. Ini bermakna pelajar masih boleh menguasai
sesuatu kemahiran yang lebih tinggi walaupun dia tidak menguasai objektif
asas sepenuhnya.

Contohnya pelajar masih mampu untuk menulis dan menguasai


kemahiran penulisan tulisan- tulisan Arab atau lebih dikenali sebagai
kemahiran menulis khat walaupun pelajar tersebut tidak mampu menyebut
atau membaca perkataan Arab. Tetapi terdapat juga kemahiran yang
mempunyai rangkuman objektif yang erat seperti kemahiran mendengar dan
membaca. Jika pelajar tidak mendengar terlebih dahulu bunyi makharijil huruf
ataupun bunyi sebutan huruf yang betul, maka pelajar tersebut tidak akan
mampu untuk menguasai kemahiran membaca. Pembacaannya akan tersasar
dari sebutan Bahasa Arab Komunikasi yang asli.
Guru tersebut ketika menulis objektifnya hanya menyatakan pelajar
akan mampu membaca teks. Hal ini adalah tidak mencukupi kerana di dalam
asas untuk menguasai kemahiran membaca, kemahiran mendengar adalah
terlebih dahulu perlu dinyatakan atau dengan kata lainnya rangkuman objektif
sepatutnya diwujudkan untuk menguasai kemahiran bahasa Arab. Kemahiran
mendengar pula perlu mempunyai aras-arasnya yang telah disusun mengikut
hierarki. Oleh sebab itulah mengikut huraian sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan adalah begitu penting kerana huraian sukatan pelajaran Bahasa
Arab Komunikasi telah disusun mengikut spesifikasi penguasaan kemahiran
yang betul.

Objektif pelajaran seharusnya menerangkan tentang sesuatu yang


boleh dicapai. Penulisan objektif guru tersebut adalah sukar untuk dicapai
kerana tidak melalui kemahiran asas yang telah ditetapkan iaitu mendengar.
Walaupun kemungkinan terdapat sebahagian pelajar yang mampu untuk
menguasai kemahiran membaca kerana telah mendapat pendidikan awal di
rumah ataupun sekolah agama petang namun masih ada segelintir pelajar lain
yang tidak mempunyai pendidikan seperti itu sebelum ini.

KRITIKAN KEDUA: PENGALAMAN ATAU AKTIVITI


PEMBELAJARAN

Pembelajaran berlaku apabila pelajar mengalami sesuatu yang diajar.


Selalunya fenomena ini disebut sebagai pengalaman pembelajaran. Fenomena
ini hanya berlaku kepada pelajar sahaja dan guru tidak dapat merasainya. Apa
yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan keadaan pembelajaran
yang sesuai bagi membolehkan pelajar mengalami sesuatu hasil daripada
bahan yang diajar. Pelajaran yang berkesan ialah penyediaan yang dilakukan
oleh guru dan pelaksanaannya di dalam kelas mempunyai kesesuaian yang
tinggi dengan kehendak dan cara pelajar belajar. Apabila keadaan yang
disediakan itu sesuai, barulah pengalaman pembelajaran berlaku sebagaimana
yang dirancangkan.
Di dalam penulisan rancangan pengajaran guru yang terbabit, beliau
tidak menyatakan pengalaman pengajaran yang sepatutnya dialami oleh
pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara contoh
pengalaman pengajaran seperti:

1) Pelajar-pelajar mendengar bacaan contoh dari pelbagai bahan bacaan


samada prosa dan puisi dari rakaman, CD ROM, komputer dan lain-
lain.
2) Pelajar- pelajar membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau
kumpulan kemudian mengulang-ulang kalimah-kalimahnya dan ayat-
ayatnya tertentu.

KRITIKAN KETIGA: PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DAN


NILAI-NILAI MURNI.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi beberapa unsur. Antaranya


unsur rohani dan emosi. Unsur ini merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan
kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan
norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, semangat berbakti dan berkorban
untuk negara dan bangsa.

Merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut, beliau tidak ada


menyatakan nilai-nilai murni yang akan dapat dilahirkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan penerapan nilai-nilai murni adalah
perkara yang sangat penting yang ingin diterapkan di dalam sistem pendidikan
Malaysia. Kekurangan ini akan menyebabkan matlamat pendidikan Bahasa
Arab Komunikasi dan FPK tidak tercapai. Hal ini membawa kepada lahirnya
pelajar yang memiliki kecemerlangan akademik yang unggul tetapi mengalami
keruntuhan akhlak dan sahsiah diri yang merundum.

KRITIKAN KEEMPAT: PENGGABUNGJALINAN (AT-TARABUT


WA’ TAKAMUL)
Asas kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Komunikasi
komunikasi serta kemahiran-kemahiran asas bahasa adalah
penggabungjalinan. Ini bermaksud melaksana pengajaran beserta sistem
sebutan, jenis-jenis ayat, kata tunggal dan susunan kata dengan cara serentak
dan bersepadu seberapa yang boleh.

Para guru boleh mengajar kemahiran-kemahiran bahasa yang empat


(mendengar, sebutan, membaca dan menulis) dalam satu tajuk secara serentak
dalam pelbagai keadaan dan bidang. Sebagai contoh; bahan pembelajaran dan
pengajaran yang disediakan untuk kemahiran mendengar dan kefahaman
mungkin dapat digabungjalinkan bersama kemahiran sebutan, membaca dan
menulis bertepatan dengan objektif yang diharapkan bagi setiap kemahiran
tersebut.

Namun demikian merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut,


di dalam objektif dan aktiviti pengajarannya tidak terdapat unsur
penggabungjalinan. Maka, di sini kemahiran yang dikuasai oleh para pelajar
menjadi terhad kepada satu asas kemahiran sahaja iaitu membaca. Sedangkan
jika digunakan teknik penggabungjalinan dalam pengajarannya, maka begitu
banyak kemahiran , maklumat dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan
kepada para pelajar.

KRITIKAN KELIMA : ALAT BANTU MENGAJAR

Setiap rancangan pengajaran haruslah dinyatakan alat bantu mengajar yang


digunakan di dalam kelas. Namun demikian, guru tersebut tidak menyatakan
alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan olehnya.

3.3 Kesimpulan
Sebagai konklusi kepada kritikan ini, penulis dapat menyatakan bahawa guru
tersebut tidak menerapkan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam
rancangan pengajarannya. Walhal, jika dilihat dari aspek pembentukan sahsiah
dan peningkatan potensi pelajar di dalam akademik, rancangan pengajaran
yang lengkap dan mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan banyak membantu.

4.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI


PELAKSANAAN PENGAJARAN
4.1 Pengenalan Tajuk

Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada bagaimana suatu proses pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah dilakukan oleh seorang guru. Dalam
penyampaian isi pelajaran di dalam bilik darjah, nilai-nilai murni hendaklah
diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian
dalam proses pengajaran.

Berdasarkan pentingnya menerapkan nilai murni dalam setiap mata


pelajaran yang diajar, maka Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kmenterian
Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang
terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini dan kemudian
memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di
negara ini. Nilai-nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sejagat.
Antara nilai-nilai tersebut termasuklah baik hati, berdikari, hemah tinggi,
hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional,
semangat kemasyarakatan dan kebersihan fizikal dan mental.

4.2 Huraian

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Arab Komunikasi adalah


untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia dan ambil berat
terhadap agama. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus
dipupuk secara langsung dan tidak langsung, serta dilanjutkan di peringkat
antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

Dari sudut pelaksanaan penngajaran, guru ini terlalu ringkas dalam


aktiviti yang perlu di buat dalam bilik darjah. Beliau hanya menyenaraikan
beberapa aktiviti utama sahaja yang ingin dia jalankan dalam bilik dajah.
Antara aktiviti yang di senaraikan oleh beliau adalah:
Beliau sepatutnya menjelaskan secara terperinci aktiviti yang ingin
1) Pembacaan teks dijalankan semasa pelaksanaan pembelajaran dan
cth… pengajaran unit ini dalam bilik darjah. Sebagai
2) Memahami teks contoh, beliau boleh mengadakan pembacaan
3) Perbincangan teks secara berkumpulan seperti seorang pelajar
pelajaran membaca teks dan pelajar-pelajar lain mendengar
dengan teliti. Dengan itu, secara tidak langsung
nilai-nilai falsafah seperti hormat- menghormati, keberanian dan kerjasama
dapat di semai dalam diri para pelajar.

Selain itu, beliau juga tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana


perbincangan yang akan di lakukan oleh pelajar. Sebagai contoh bagi
memantapkan lagi persediaan pengajaran, dapat di adakan perbincangan meja
bulat / berkumpulan. Struktur meja bulat dapat digunakan untuk menyumbang
saran idea dan untuk menerbitkan beberapa tindak balas terhadap satu soalan
sahaja atau satu siri soalan. Semua pelajar akan terlibat terhadap persoalan
yang di berikan oleh guru dan para pelajar berkerjasama untuk memberi
respon terbaik. Dengan itu secara tidak langsung nilai-nilai falsafah dapat
dipupuk dan di kembangkan dalam diri pelajar.

4.3 Kesimpulan

Berdasarkan kajian penulis terhadap pelaksanaan pengajaran yang dilakukan


oleh guru terbabit, penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses
pengajaran beliau adalah kurang jelas bahkan penerapan nilai-nilai murni
seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan langsung tidak
dinyatakan.

Sebagai seorang guru bahasa, guru sepatutnya membuat persediaan


yang rapi dan lengkap bagi setiap langkah yang ingin dijalankan semasa
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu,
guru juga harus merancang segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan teliti supaya setiap aktiviti yang akan dilakukan adalah bersesuaian
dengan topik yang diajarkan serta menepati objektif pembelajaran topik
tersebut. Ini kerana perancangan yang teratur dan lengkap akan membawa
kepada perjalanan pelaksanaan pengajaran yang lebih berkesan dan berjaya.

5.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI


PELAKSANAAN PENGAJARAN

5.1 Pengenalan Tajuk


Penilaian pembelajaran adalah proses di mana penilaian perlakuan murid
tentang penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Ia berkait rapat
dengan proses pengajaran dan pembelajaran di mana mengukur sejauh mana
pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif.
Penilaian pembelajaran dilakukan bagi mengenalpasti bentuk tingkah laku
pelajar yang hendak dicapai menerusi matlamat dan objektif yang telah di
tetapkan.

Dalam pembentukan objektif dan penentuan pengalaman


pembelajaran, tindakan yang sesuai seharusnya diambil bagi memastikan
tingkah laku yang diharapkan dapat diadakan. Para ilmuan menggunakan
pendekatan yang berbeza berdasarkan prinsip dalam displin mereka bagi
memastikan tingkah laku itu, serta keupayaan pelajar mencapainya.

Sebagai contoh dari segi psikologi, pembentukkan seorang guru mesti


memahami kanak-kanak dan para pelajar yang diajarnya. Ia mesti mempunyai
penegtahuan yang lengkap tentang sifat kejasmanian dan juga sifat psikologi
kanak-kanak. Selain itu ia mesti mempunyai pengetuan tantang teori
bagaimana bahan ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan
cara yang berkesan.

Untuk dapat menilai, terlebih dahulu matlamat yang hndak dicapai


mesti ditentukan sebagi ukuran jayanya atau gagalnya pengajaran. Selain
daripada itu untuk dapat menilai, mestilah terdapat kaedah atau cara
pengukuran perubahan tingkahlaku yang berlaku mengikut matlamat ynag
hendak dicapai. Selalunya terdapat dua kesalahan yang berlak di dalam hal ini
iaitu pertama guru tidak menilai perubahan tingkahlaku yang telah
ditentukannya sebagai hasil pengajaran itu dan kedua, guru tidak menilai
perubahan tingkahlaku mengikut ukuran yang telah ditentukannya di dalam
matlamat pengajarannya.

Perlu diingat, penilaian ini hendaklah dibuat dengan kerap dan


berterusan bukanya hanya pada penghujung tahun atau apabila suatu
peperiksaan besar berlaku barulah penilaian itu dibuat. Penilaian amat penting
untuk memberikan maklumat maklumbalas kepada guru dan juga murid. Bagi
murid, maklumat maklumbalas tentang perlakuan mereka di dalam
pembelajaran akan dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan mereka
di tempat atau di bahagian yang mereka lemah. Bagi guru pula, maklumat
maklumbalas ini akan dapat mengubahsuaikan hipotesis yang telah dibuatnya
dan mempertimbangkan kembali ketentuan dan tindakan yang diambilnya
pada tiga aspek pengajaran yang terlebih dahulu iaitu tentang keadaan murid
dan memikirkan semula langkah mengajar yang lebih sesuai.

5.2 Huraian

Menilai objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk kepada jadual 2.1 yang memaparkan rancangan pengajaran yang


diperolehi dari seorang guru Bahasa Arab, apa yang berlaku dalam jadual
perancangan pengajaran ini ialah jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh
pelajar pada sesuatu pembelajaran khusus iaitu subjek Bahasa Arab.

Dalam domain kognitif, pelajar didedahkan dengan teks Bahasa Arab


Komunikasi dan setiap pelajar dikehendaki membaca teks, mengingat dan
menguasainya. Ia melibatkan aktiviti pengulangan daripada pelbagai fakta
yang spesifik sehingga kepada perbuatan meningat. Semua ini adalah
diperlukan dalam proses pembelajaran.

Kemudian perbincangan dilakukan di akhir kelas bagi mendapatkan


maklum balas daripada pelajar. Daripada perbincangan tersebut guru dapat
menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pengajaran pada hari
tersebut. Sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut maka
objektif dan matlamat pengajaran telah tercapai.

Terdapat beberapa kelemahan daripada rancangan pengajaran yang di


buat oleh guru terbabit (Rujuk jadual 2.1) seperti:

Aktiviti dalam kelas.


Sebagai pencipta situasi pembelajaran, seseorang guru perlu mempelbagaikan
aktiviti agar dengan tujuan untuk mencapai satu-satu perubahan tingkahlaku
yang dikehendaki pada murid. Aktiviti yang dilaksanakan harus bersesuaian
bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian
kepada pembelajaran.

Hasil / Nilai
Seseorang guru mestilah meletakan nilai yang hendak diterapkan dalam
pengajaran. Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

5.3 Kesimpulan

Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelanjaran bergantung pada


kemahiran guru menyampaikan ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai corak
interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat
besar terhadap pengubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkahlaku
adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan
keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat
mengawal keperluan pelajar-pelajar. Seterusnya pengajaran yang efektif dapat
dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru
juga harus melakukan penilaian terhadap pengajaran yang dilakukan olehnya,
bagi mengenal pasti kelemahannya agar dapat membuat penambahbaikan di
bahagian yang sepatutnya.

6.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB


KOMUNIKASI YANG MENEPATI PENERAPAN UNSUR-
UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN

6.1 Pengenalan
Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah beberapa
pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti boleh diaplikasan oleh guru-
guru. Pemahaman terhadap setiap unsur-unsur tersebut amat penting bagi
memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang
dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan
seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang telah dirancang.

a) Konsep Pendekatan
Konsep pendekatan merujuk kepada bagaimana untuk mendekati sesuatu.
Dalam konteks pengajaran, ianya menjurus kepada pencapaian objektif jangka
panjang sesuatu matapelajaran yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran
tahunan. Beberapa teori asas dalam pendididkan boleh diguna pakai
khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang
pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan
akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini adalah berdasar


kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam
bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner,
Gestalt dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya ialah teori Pembelajaran Induktif
yang diperkenalkan oleh Hilda Taba.

Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan


tertentu, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang
diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Pendek kata , pendekatan
dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya. Guru boleh memilih pendekatan yang ingin
digunakannya bersesuaian dengan objektif pengajaran untuk sesuatu topik.

b) Konsep Strategi
Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih
pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam
konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah
yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia
ada pelajar serta kepakaran guru terbabit. Oleh itu, dalam pengajaran suatu
matapelajaran guru seharusnya bijak dalam menentukan strategi yang ingin
diguna pakai.

c) Konsep Kaedah
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem,
tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek.
Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah
penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. Dalam huraian bahagian ini
penulis akan mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan
dalam pengajaran Bahasa Arab.

d) Konsep Teknik
Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau
tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek
tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta
kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita,
seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai
motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang
sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik
yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab Komunikasi Komunikasi seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara,
syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait
rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran yang biasanya akan
merujuk kepada taksonomi Bloom..

e) Konsep Aktiviti
Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.
Ia boleh terdiri daripada aktiviti yang dibuat oleh guru tersebut di dalam bilik
darjah seperti kerja berkumpulan, pembentangan, dan permaianan. Kejayaan
dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah akan menjadikan sesuatu
pelajaran itu bukan sahaja menyeronokkan malahan menarik minat pelajar
untuk menguasai pelajaran tersebut.

6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk


Matapelajaran Bahasa Arab

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak


kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, beberapa aspek penting
perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan
dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian
aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai dan unsur
falsafah pendidikan.

Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam itu sendiri, pencapaian


sesorang pelajar itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai
maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran
sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral
terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam dan aspirasi
pendidikan kebangsaan juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang
pelajar.

Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks
pendidikan Bahasa Arab Komunikasi yang amat berkait rapat dengan nilai
kehidupan Islam. Pelbagai perkara harus diambil kira termasuklah aspek
metadologi sejarah pengajaran dan penyebaran ilmu Islam, teknik
pembelajaran zaman para ulama Islam dan kesesuaian aras pelajar dimana
kaedah tersebut akan diimplementasikan. Antara beberapa kaedah yang sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
Komunikasi Komunikasi ialah seperti Kaedah Tematik, Kaedah Mengeja,
Kaedah Soal Jawab, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Perbandingan dan Kaedah
Induktif.
a) Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)
Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan
satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah
kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang
dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh
dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan
bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua
cabang pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi boleh dipraktikkan melaluinya
samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di
samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti
perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

b) Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)


Berdasarkan kaedah ini, pelajar akan menulis setiap kalimah dan ayat yang
diungkapkan oleh guru mereka. Melalui kaedah ini latihan dari segi cara
mengeja dan penulisan berlaku disamping kemahiran untuk mengingat suatu
perbendaharaan kata yang baru dapat diperolehi oleh pelajar. Dalam sejarah
Islam sendiri, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama
meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh pelajar masing-
masing.
Jadi dalam pembelajaran matapelajaran bahasa khasnya seperti Bahasa
Arab, kaedah mengeja adalah kaedah yang amat penting dalam melatih
pelajar-pelajar supaya dapat mengeja suatu perkataan dengan betul dan tepat
berdasarkan maksudnya.

c) Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)


Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran
bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan
semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan pelajar, Bermula dengan
penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih,
bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk
diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.
Walau bagaimanapun , setiap pelajar perlu memahami maksud setiap frasa
bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

d) Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)


Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran
bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang
diperlajari, disebut atau ditulis. Membaca berulang kali merupakan prinsip
utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya
bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah
pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini
sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang.
Dalam konteks Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ia penting dalam
menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

e) Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)


Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum
sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam.
Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran
moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah
tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah pada awal sesi
pembelajaran. Selepas itu guru akan memberikan contoh-contoh yang
berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar.

f) Kaedah Induktif
Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini ,
para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian
sebelum pergi kepada kesimpulan. Kaedah ini dapat mengalakkan pelajar
untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan
dengan kesimpulan umum yang akan diberikankan oleh guru. Kaedah ini
banyak membantu pelajar untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih
membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran
Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid
atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan pelajar membuat
rumusan daripada apa yang boleh difaham olehnya berdasarkan contoh.
6.3 Kesimpulan

Semua kaedah yang dinyatakan dalam sub topik diatas boleh diaplikasikan
oleh seorang guru khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga guru harus
mempertimbangkan beberapa perkara lain seperti pembelajaran yang
dilakukan haruslah berpusatkan pelajar, memastikan keselamatan persekitaran
dan peralatan yang digunakan, peralatan yang digunakan mencukupi, jenis dan
aktiviti yang ingin dilakukan serta pemberian kerja dan tugasan yang
bersesuaian dengan aras pelajaran yang diajar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian penulis terhadap rancangan


pengajaran yang telah disediakan oleh guru terbabit, rancangan pengajaran
tahunan dan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi
tingkatan 3, penulis mendapati perancangan pengajaran yang dibuat adalah
kurang sistematik dan kurang memenuhi kriteria yang sepatutnya terutamanya
dari segi kejelasan objektif pengajaran dan relevannya dengan huraian sukatan
matapelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh hal yang demikian, kurang unsur-unsur falsafah diterapkan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terbabit.
Melalui hasil daripada kajian ini juga, maka penulis telah memberikan
cadangan untuk penambahbaikkan serta mencadangkan beberapa kaedah
pengajaran yang boleh diguna pakai dalam pengajaran Bahasa Arab
Komunikasi yang mungkin lebih menepati kehendak dan intipati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas


dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat
direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang
berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan
jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
menjadi kenyataan.

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Buku:

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.
Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,
Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.
Edaris Abbu Bakri. 2004. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk
Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London
University Press.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.
Mok Soon Sang. Nota, Panduan dan Latihan MteST: Inventori Sahsiah
Keguruan. 2007. Kuala Lumpur: Multimedia Resources Sdn. Bhd.-ES

Rujukan Jurnal dan Artikel:

Asmawati Suhid. 2004. “Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan


Islam Bagi Menangani Era Globalisasi”.
Kamarudin Jaffar. 2001. “Kaedah Mengajar Bahasa Arab”.

Rujuan Internet:

Editor. 1997. Isu Pengajaran dan Pembelajaran.


http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm (akses 12 Februari 2008).
Garlicov, R. 2000. The Uses of Philosophy in Today’s World.
http://www.garlikov.com/philosophy/uses.htm (akses 15 Februari 2008).

You might also like