You are on page 1of 41

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 PEMARKAHAN

KOD & NAMA KURSUS

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

KPS3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU


SELANGOR (SEMASHUR)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
CHIMAOGACHI BINTI LOWRANCE D20151070891 AT14
SURIYATI BINTI M.NASIR D20151070904 AT14
FELLINA CELLIAM D20151070919 AT 14
NUR SYHIDA BT MOHD JAMIL D20151070922 AT14
SOFIA DINI BINTI MUHAMMAD DIN D20151070944 AT14

KUMPULAN KULIAH: H

PENSYARAH: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

Tarikh Serah:
SENARAI KANDUNGAN
ITEM MUKA SURAT
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Definisi Kajian 4-5
1.3 Pernyataan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5-6
1.6 Kepentingan Kajian 6-7

BAB 2 : PERNYATAAN MASALAH 8-10

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 11-15

BAB 4 : REKA BENTUK KAJIAN


4.1 Pengenalan 16
4.2 Jenis Kajian 16
4.3 Tempat Kajian 17
4.4 Sample 17
4.5 Analisis Dapatan 17

BAB 5 : DAPATAN KAJIAN


5.1 Pengenalan 18
5.2 Pengurusan Pelbagai Budaya Di Sekolah Menengah 18
Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
5.3 Faktor Pentadbiran Sekolah 18-20
5.4 Faktor Pengurusan Bilik Pembelajaran 20-21
5.5 Faktor Pendekatan Guru 21-23
5.6 Faktor Pendekatan Kurikulum 23-24

BAB 6 : KESIMPULAN 25

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mana masyarakatnya terdiri daripada
masyarakat yang mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama. Maka tidak hairanlah apabila
terdapat banyak-banyak sekolah vernakular ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, sekolah-sekolah
kebangsaan juga banyak ditubuhkan di Malaysia. Sekolah-sekolah ini mempunyai murid-murid yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama. Di sekolah ini, murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai budaya dapat belajar dan berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, pihak guru memainkan
peranan yang penting bagi memastikan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya ini dapat
belajar dengan baik. Seperti mana yang telah dinyatakan dalam Laporan Razak 1956, pendidikan yang
berkualiti merupakan pendidikan yang boleh menunjukkan kepelbagaian dan mengalakkan
persefahaman dalam budaya dan gaya hidup yang berbeza. Laporan Razak menyatakan bahawa
pendidikan seharusnya mengalakkan dan membolehkan pelajar berkongsi nilai dan memberi respon
yang positif terhadap nilai-nilai ini. Oleh itu, tujuan utama Laporan Razak ditubuhkan adalah untuk
mengubah sikap di antara pelajar pelbagai budaya ini dan membentuk corak pendidikan yang
membolehkan semua pelajar memberikan yang terbaik dalam diri mereka.

Pada masa kini, banyak tanggungjawab telah diberikan kepada guru dalam mengurus bilik darjah,
hal ini termasuklah mengurus pendidikan pelbagai budaya. Terdapat banyak dokumen-dokumen
bertulis yang menyatakan kepentingan pendidikan pelbagai budaya dan beberapa strategi telah
digariskan untuk memastikan strategi ini dapat dijalankan dengan berkesan. Penerapan pedagogi
budaya yang responsif dan bertanggungjawab dalam kurikulum telah menunjukkan bahawa ianya
akan membawa kejayaan yang besar kepada setiap pelajar. (Cole, 1995; Sparks, 1994). Pendidikan
pelbagai budaya wujud akibat daripada kewujudan masyarakat dengan individu-individu yang
berlainan latar belakang bahasa dan kebangsaan suku, agama, jantina, dan kelas sosial. Kepelbagaian
latar belakang individu dalam masyarakat tersebut memberi kesan kepada kepelbagaian latar
belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989). Oleh itu, guru perlu sedar akan
kepentingan mereka dalam mengajar dan mengurus kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya.
Di Malaysia, pendidikan pelbagai budaya bukanlah perkara yang baru dalam dunia pendidikan. Di
dalam Laporan Barnes (1951), Laporan Fen-Wu (1951) dan Ordinan Pendidikan 1952 prinsip
pendidikan pelbagai budaya telahpun ditegaskan. Laporan Barnes (1951) telah mengesyorkan agar
matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum.
Laporan Fen-Wu (1951) pula menyatakan “dasar pendidikan Malaysia hendaklah ditujukan kepada
matlamat membina warganegara Malaya di mana menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala
bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya”. Manakala, Ordinan
Pendidikan 1952 pula menyatakan bahawa matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan
sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan iaitu dengan berorientasikan kehidupan di
Malaya untuk kanak-kanak semua kaum. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa pengantar rasmi
iaitu bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa ibunda di sekolah vernacular Cina dan Tamil.
Laporan Rahman Talib pula telah membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan dan kemudian
Kementerian Pelajaran telah mengemukakan Akta Pendidikan 1961 di mana akta ini menyatakan
dengan jelas prinsip yang berkaitan dengan pendidikan pelbagi budaya khususnya menerusi Perkara
(v) iaitu sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak
ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Hal ini adalah atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing
kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara kita Malaysia. Akta Pendidikan 1961
memberikan tempat kepada pendidikan pelbagai budaya bagi memenuhi keperluan negara melalui
pendidikan Tatarakyat yang kemudian ditukar kepada pendidikan Sivik. Melalui matapelajaran ini,
pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak unsur-unsur kebudayaan yang berkaitan dengan bahasa
Melayu, raja-raja Melayu dan istiadatnya di samping kehidupan sosial masyarakat tempatan yang lain
(Adnan Kamis, 1993). Bagi membolehkan seorang guru mengajar murid yang berlainan budaya
dengan berkesan, seorang guru dan juga pelajarnya seharusnya mempunyai persefahaman budaya
yang tinggi. Menurut Fatimah Daud (1984), persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum
menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain. Selain itu, melalui
persefahaman, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak
menimbulkan konflik.

Di samping itu, bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan di sekolah yang mempunyai murid pelbagai budaya, setiap guru dan murid
haruslah mengetahui kedudukan dan peranan mereka, menerima kontrak sosial yang telah dipersetujui
bersama bagi mengelakkan konflik perkauman dan yang paling penting sentiasa mengamalkan tolak
ansur dalam hubungan antara kaum (Zakiah Hanum, 1989). Perkara ini juga disokong oleh Shamsul
Amri (2007) di mana beliau menegaskan kepentingan setiap kaum untuk mengenali perbezaan dan
mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia. Namun begitu, pendidikan
pelbagai budaya kurang diamalkan oleh guru-guru di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dalam kajian
yang telah dijalankan oleh Najeemah (2003) terhadap tahap pengamalan pendidikan pelbagai budaya
di kalangan guru di sekolah menengah di Kedah. Kajian ini melibatkan sejumalah 110 guru iaitu 60
guru Melayu, 30 guru Cina dan 20 guru India. Melalui kajian beliau, beliau mendapati terdapat empat
sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya. Sebab-sebab tersebut adalah
pertama, guru-guru tidak tahu atau memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
Seterusnya, guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya. Ketiga, guru-guru
tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya. Sebab yang
terakhir pula ialah guru-guru tidak menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya.

Oleh itu, Tiedt dan Tiedt (2005) telah menyarankan lapan prinsip bagi memaksimukan
keberkesanan pengajaran pelbagai budaya. Lapan prinsip tersebut ialah pendidikan pelbagai budaya
adalah pendidikan asas untuk semua pelajar untuk menyediakan mereka bagi memberi sumbangan
secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Seterusnya, pendidikan pelbagai budaya
harus termasuk dalam setiap kurikulum. Ketiga, pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan
pembelajaran afektif dan kognitif. Keempat, populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai
akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar. Kelima, pelajar perlu
merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah.
Ketujuh, pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila
menggunakan kaedah kuliah dan yang terakhir, pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip,
penghargaan, empati dan kesamarataan.

Banks (1989) juga telah menyatakan beberapa ciri-ciri yang harus ada pada guru untuk menjamin
keberkesanan pendidikan pelbagai budaya. Ciri-ciri tersebut ialah guru perlu sensitif terhadap tingkah
laku para pelajar dari pelbagai latar belakang, Selain itu, guru perlu sensitif terhadap kemungkinan
wujud kontroversi tentang topik yang diajar dan akhir sekali, guru perlu menggunakan teknik
pembelajaran secara berkumpulan untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, dalam mengajar murid pelbagi budaya guru haruslah sentiasa peka dan sensitif
terhadap perbezaan budaya yang ada pada pelajar mereka. Oleh itu, Najeemah (2007) telah
menekankan tiga sikap guru yang perlu ada pada setiap guru yang terlibat dalam pendidikan pelbagai
budaya iaitu guru mestilah tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka pada pemeriksaan kendiri
yang berterusan, guru perlu jujur dan meghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
dan tingkah laku dan guru mestilah menganggap bahawa orientasi pelbagai budaya memberi manfaat
kepada mereka. Orientasi pelbagai budaya membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
masyarakt majmuk. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya
yang berlainan.

1.2 Definisi Kajian

Menurut kamus dewan edisi ke-empat, pengurusan bermaksud perihal mengurus sesuatu dan
kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun
atau peradaban. Secara keseluruhannya, pengurusan kepelbagaian budaya bermaksud mengurus
pelbagai jenis tamadun atau peradaban.

Perkataan “Budaya” yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah” merujuk kepada
bentuk jamak atau buddhi(budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi
dan akal manusia. Menurut Saha (1997), pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi
pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau
ciri-ciri ras. E.B. Taylor pula berpendapat bahawa budaya adalah suatu keseluruhan kompleks yang
meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, kesusilaan, hukum, adat istiadat, serta kesanggupan dan
kebiasaan lainnya yang dipelajari oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Banks (1989) iaitu perintis kepada pendidikan pelbagai budaya pula berpendapat bahawa
pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu aspek konsep, gerakan dan proses. Di
dalam aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya boleh difahami sebagai idea yang melihat semua
pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi
jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.

Dalam aspek kedua, iaitu gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk
mengubah sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kelas
sosial, jantina dan lain-lain mempunyai peluang yang sama untuk belajar. Perubahan yang dilakukan
tidak hanya terbatas kepada kurikulum tetapi juga aspek lain seperti metodologi, strategi, pengurusan
pembelajaran dan sekolah itu sendiri. Di dalam aspek yang terakhir, iaitu aspek proses, pendidikan

4
pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan
dapat dicapai oleh semua pelajar. Kesamarataan pendidikan, seperti kemerdekaan dan keadilan tidak
mudah dicapai, oleh itu proses tersebut mesti berlangsung secara berterusan.

1.3 Penyataan Kajian

Kajian ilmiah ini adalah satu kajian untuk megenalpasti dan mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai pengurusan pelbagai budaya di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
(SEMASHUR). Secara umumnya dapat kita ketahui bahawa pengurusan pelbagai budaya ini
melibatkan pihak yang bertindak sebagai pendokong utama senario ini iaitu sekolah, guru dan pelajar
itu sendiri. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan dan mengkaji bagaimana pihak sekolah dan
guru-guru mengurus pelajar-pelajar pelbagai budaya berdasarkan kepada empat faktor iaitu faktor
pentadbiran sekolah, faktor pengurusan bilik pembelajaran, faktor pendekatan guru dan akhir sekali
faktor pendekatan kurikulum.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah:


1.3.1 Mengkaji bagaimana pihak sekolah mengurus pelajar yang mempunyai pelbagai budaya
1.3.2 Mengenalpasti bagaimana pengurusan pelbagai budaya dilaksanakan di dalam bilik pembelajaran
1.3.3 Menganalisis bagaimana pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengurus pelajar pelbagi
budaya
1.3.4 Mengkaji pendekatan kurikulum yang digunakan untuk menguruskan pelajar pelbagai budaya di
sekolah

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian, soalan-soalan telah dibina bagi memenuhi objektif kajian. Soalan kajian
yang jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian ini dibina berdasarkan empat faktor pengurusan
pelbagai budaya ;

1.4.1 Bagaimanakah pihak sekolah mengurus pelajar yang mempunyai pelbagai budaya?
1.4.3 Bagaimanakah pengurusan pelbagai budaya dilaksanakan di dalam bilik pembelajaran?
1.4.3 Bagaimanakah pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengurus pelajar pelbagai budaya?
1.4.4 Bagaimanakah pendekatan kurikulum yang digunakan untuk mengurus pelajar pelbagai
budaya?

1.6 Kepentingan Kajian

Dalam usaha melahirkan pelajar yang bersatupadu dan harmoni, pengurusan pelbagai budaya
menjadi isu penting bagi merealisisasikan hasrat ini jadi adalah wajar agar hal ini diberikan perhatian
yang serius. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan pelbagai budaya ini harus dikenalpasti dan
dikaji bagi memahami kaedah terbaik dalam mengurus pelbagai budaya dapat dilaksanakan.
Berdasarkan kajian ini, diharap mampu membantu dan memberikan manfaat kepada pelbagai pihak
seperti sekolah, warga pendidik dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memahami
faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan pelbagai budaya dalam kalangan pelajar di sekolah.
Dengan itu, diharap pihak-pihak yang terlibat dapat memperbaiki kelemahan serta meningkatkan
keberkesanan dalam mengurus pelajar pelbagai budaya.

Sekolah mempunyai stuktur pentadbiran sendiri. Polisi yang digunakan mestilah berbentuk
mesra pelanggan yang mana pelanggan tersebut ialah para pelajar dan ibu bapa. Para pelajar
hendaklah diberi peluang yang sama rata dalam melanjutkan pelajaran ke mana-mana sekolah yang
dikehendaki tanpa mengira budaya pelajar tersebut. Pihak sekolah juga hendaklah memberikan
sokongan padu dalam sebarang aktiviti yang mengalakkan penglibatan pelajar pelbagai budaya.
Maka, melalui kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah dalam mengetahui bagaimana untuk
mengurus pelajar pelbagai budaya agar pelajar dapat belajar di sekolah tersebut dalam keadaan yang
selesa dan kondusif. Dengan itu, pihak sekolah mampu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
membentuk polisi yang lebih terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum.

Seterusnya kajian ini juga amat penting dalam mengenalpasti sama ada pengurusan bilik
pembelajaran yang baik mengalakkan interaksi pelajar pelbagai budaya. Hal ini kerana, bilik
pembelajaran adalah medium interaksi para pelajar di sekolah. Oleh itu, warga pendidik haruslah
menguasai pengurusan bilik pembelajaran dengan baik seperti komunikasi berkesan dan kawalan
kelas yang mantap. Penguasaan pengurusan bilik pembelajaran membantu warga pendidikan untuk
memudahkan mereka menyampaikan ilmu dengan efisien dalam keadaan yang kondusif.
Kajian ini juga mampu memberi informasi dan panduan kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam merangka struktur pendekatan kurikulum pendidikan pelbagai budaya yang
lebih menarik dan holistik namun masih mengekalkan standard pendidikan yang terbaik agar dapat
mmbentuk pelajar yang saling menghormati, memahami dan menerima budaya setiap kaum yang ada.
Selain itu, KPM boleh merujuk kajian ini untuk menjalankan satu kajian lanjutan dalam mengkaji
pendekatan kurikulum baharu dalam mengurus pelajar pelbagai budaya. Hal ini kerana, pada masa
kini belum ada lagi subjek yang menekankan dan memfokuskan kepada pengajaran pelbagai budaya.
Sebagai contoh, semasa di sekolah menegah subjek sivik dan kewarganegaraan ada diajar namun
kandungan pelajaran mengenai pelbagai budaya ini adalah kurang.

Kesimpulannya, diharap kajian ini mampu memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat
agar pengurusan pelbagai budaya inu dapat dilaksanakan dan dilakukan dengan baik.
BAB 2

PERNYATAAN MASALAH

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2007). Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Budaya setiap kaum
adalah berbeza dan unik. Sebagai warganegara Malaysia menjadi tanggungjawab setiap individu
untuk menghormati dan memahami budaya kaum-kaum yang ada agar tidak timbul konflik yang
mampu mencemarkan perpaduan yang wujud.

Pada hari ini, tidak dinafikan masih lagi terdapat isu-isu perpaduan yang timbul dalam
kalangan rakyat Malaysia. Antaranya, kes melibatkan bloger penuh kontroversi Alvin Tan yang
bertindak biadab dengan menghina umat Islam dengan merakam lagu azan “Muslim Call to Prayer-
Azan” yang dimuat turun dalam akaun facebooknya sehingga mendatangkan kemarahan dari kalangan
rakyat Islam dan bukan Islam di Malaysia (Sinar Harian, 21 April 2015). Di peringkat sekolah pula,
dapat dilihat bagaimana pelajar-pelajar terbahagi mengikut kelompak kaum masing-masing hingga
menyukarkan komunikasi antara pelajar pelbagai kaum untuk berlaku. Oleh itu, peranan institusi
pendidikan dalam menguruskan kepelbagaian budaya dilihat sebagai isu amat penting. Institusi
pendidikan khususnya sekolah memainkan peranan untuk membentuk pelajar-pelajar yang
bersatupadu dan harmoni.

Sekolah merupakan institusi formal yang mempunyai barisan tenaga pendidik yang
berpengalaman dalam memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya penerimaan
terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Pelaksanaan kelas mesra budaya meningkatkan kualiti
keguruan. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan
semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang
datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Miller (1995) menyatakan guru perlu
menyediakan persekitaran untuk murid belajar. Guru hendaklah memahami kehendak, minat dan
kebolehan murid. Seorang guru yang berkesan dapat memberi masa dan ruang untuk murid belajar,
berkomunikasi dengan baik, melibatkan semua murid dalam aktiviti pembelajaran., mengamalkan
tahap arahan yang boleh difahami murid, memastikan murid berjaya. Seorang guru bukan bias etnik
dalam semua aspek yang dinyatakan. Aktiviti persekolahan perlulah merentasi etnik. Semua
kumpulan etnik perlu diberi hak bersama dalam segala aktiviti persekolahan.

Terdapat banyak kebaikan belajar di sekolah yang berbilang kaum antaranya ialah ianya dapat
mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Penekanan semangat perpaduan dan integrasi di sekolah juga dapat menyatupadukan pelajar antara
kaum. Di samping itu juga dapat menghayati tujuan Penyata Razak 1956 yang di antaranya hendak
menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran. Belajar di sekolah yang berbilang kaum dapat membantu pelajar yang lemah dalam subjek
tertentu akan lebih mahir. Misalnya pelajar berbangsa Cina akan terdorong untuk bercakap bahasa
Melayu sekiranya hendak berkomunikasi dengan pelajar berbangsa Melayu. Hal ini juga dapat
memberikan peluang kepada pelajar untuk menguasai banyak bahasa. Dalam masa yang sama pula,
ianya membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.
Wujudnya budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di
negara ini. Walaupun, mempunyai aliran pendidikan yang berbeza namun subjek-subjek asas turut
mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan
English. Bezanya, sekolah-sekolah aliran Cina dan India mempunyai tambahan mata pelajaran elektif
seperti bahasa dan tulisan Cina dan Tamil. Keseragaman kurikulum dalam sistem pendidikan
sekarang secara tidak langsung dapat memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Oleh itu, Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting iaitu mengeluarkan kurikulum yang
sama untuk semua sekolah. Kurikulum yang sama ini dapat dipantau dengan lebih berkesan dan
dapat diperbaiki sekiranya berlaku kepincangan dengan cepat. Pendidikan adalah satu proses utama
dalam membentuk kendiri untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Pendidikan di Malaysia juga adalah satu alat sistem sosial untuk mencapai matlamat perpaduan dan
integrasi nasional. Dasar Pendidikan Negara yang diwujudkan oleh pihak British mahupun kerajaan
sebelum merdeka dan selepas merdeka pada asasnya adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang
kaum.

Dalam ada kebaikan, pasti akan ada keburukan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Tidak
semua pelajar mudah untuk berkomunikasi dengan pelajar lain. Bersekolah di sekolah yang berbilang
kaum agak menyukarkan pelajar yang berlainan bangsa untuk berkomunikasi dengan pelajar lain
kerana masing-masing tidak memahami apa yang hendak dikatakan. Kelemahan yang wujud dalam
sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini amat diambil berat dan mengharapkan anak-anak
mereka mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpukan
semata-mata dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan
eleman-eleman adab dan sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-
nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Tanpa
elemen-elemen adab dan sopan juga akan mengundang kepada ketidak persefahaman kaum.

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya peka dan mempunyai kesedaran dan kefahaman
yang mendalam tentang pentingnya hidup berbilang kaum dan berusaha untuk mengatasi masalah
berkaitan dengan masalah perkauman kerana semakin ramai kawan yang berlainan kaum, semakin
luas pengetahuan mengenai cara hidup dan budaya kaum lain.
BAB 3

KAJIAN PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengurusan pelbagai budaya melibatkan pendidikan pelbagai budaya yang merupakan sikap
"peduli" dan mahu memahami perbezaan atau memberi perakuan politik terhadap kelompok minoriti.
Dalam konteks itu, pendidikan pelbagai budaya melihat masyarakat secara lebih luas dan
kepelbagaian ini adalah satu kekuatan dan peluang untuk kemajuan dan kemakmuran negara
(Abdullah Aly, 2003). Kajian ini akan menganalisis empat faktor dalam pengurusan pelbagai budaya
di sekolah. Empat faktor tersebut adalah faktor pentadbiran sekolah, pengurusan bilik pembelajaran,
pendekatan guru dan pendekatan kurikulum.

Faktor pertama, pentadbiran sekolah. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,
pentadbiran atau pengurusan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Hal ini
kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti
kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian
akademik pelajar.

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu
maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang
menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi,
(Morphet et al, 1982).

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan


adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan
dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia
berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan
juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin
seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah satu
corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur
dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of
Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.
Stoner(1984) mengatakan pengurusan adalah satu proses merancang, mengelola, memimpin,
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan. Campbell pula, menjelaskan bahawa proses pentadabiran sebagai satu cara
anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai
matlamat.

Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau
institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang
dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institusi pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran
sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang
dijalankan oleh sesuatu organisasi untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan
pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Perkara yang penting dalam aspek
definisi pentadbiran sekolah adalah pengendalian, matlamat, kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan
apa yang telah dirancangkan.

Seterusnya faktor pengurusan bilik pembelajaran. Menurut Brophy (1999:43), pengurusan


bilik darjah didefinisikan sebagai proses membentuk dan mengekalkan persekitaran pembelajaran
yang dapat meningkatkan pencapaian murid. Pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu
faktor yang penting dalam memastikan murid pelbagai budaya dapat belajar dalam suasana
pembelajaran yang kondusif. Pada awal abad ke-21, Carol Weistein, Saundra Tomlinson-Clarke, dan
Mary Curran (2004) telah memperkenalkan satu pendekatan baru yang berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah iaitu pengurusan bilik darjah responsif budaya ataupun dikenali sebagai Cuturally
Responsice Classroom Management-CRCM. Pendekatan baru ini dibuat bagi mengurangkan masalah
kekurangan sensitiviti silang budaya di kalangan guru. Hal ini adalah kerana kebanyakan guru kurang
sensitif dalam tindakan dan kata-katadan hal ini amat ketara terutamanya dalam suasana bilik darjah
yang mempunyai pelajar pelbagai latar belakang, budaya dan agama. Hal ini sering kali menimbulkan
masalah perselisihan faham dan persengketaan kaum.

Terdapat lima elemen penting dalam pendekatan pengurusan bilik darjah responsif budaya
iaitu yang pertama kesedaran tentang wujudnya ‘bias’ dalam sudut pandangan guru. Kesedaran ini
penting bagi membolehkan guru berfikir lebih terbuka dan empatik kepada murid. Elemen yang kedua
pula ialah pengetahuan mengenai latar belakang murid. Pengetahuan mengenai latar belakang murid

12
adalah penting agar para guru dapat membina kemahiran dan pengetahuan silang budaya di mana
guru perlu memahami latar belakang budaya murid (Sheets & Gay 1996). Elemen yang ketiga pula
adalah mengenai kesedaran mengenai konteks sosial, ekonomi dan politik yang lebih luas. Kesedaran
guru mengenai konteks ini membolehkan guru berurusan dan membuat keputusan yang lebih adil.

Seterusnya, ialah kebolehan dan kesanggupan untuk menggunakan strategi yang bersesuaian
dengan budaya murid. Di dalam konteks ini, guru memastikan agar segala amalan dan strategi
pengurusan bilik darjah mempromosikan akses pembelajaran yang sama rata kepada semua murid.
Amalan ini termasuklah mewujudkan persekitaran fizikal yang menyokong matlamat akademik dan
sosial, mewujudkan dan mengekalkan ekspektasi perlakuan yang dikhendaki, dan bekerjasama
dengan ibu bapa dan komuniti (Weinstein, Curran, Tomlinson-Clarke 2003). Elemen yang terakhir
adalah komitmen untuk membentuk komuniti bilik darjah penyayang. Menurut Weinstein, Curran,
Tomlinson-Clarke (2004), keputusan dan perlakuan murid di dalam kelas sering kali dipengaruhi oleh
tanggapan murid terhadap khendak guru. Murid akan lebih cenderung untuk berjaya sekiranya mereka
suka kepada sekolah dan hubungan positif terhadap guru dapat menyumbang terhadap matlamat ini.

Kesimpulanya, pengurusan bilik darjah yang lemah akan menggugat hubungan murid dengan
sekolah kerana bilik darjah yang tidak terurus tidak dapat memberikan suasana persekitaran atau
suasana yang stabil dan kondusif untuk memupuk hubungan dan hasil pembelajaran yang bermakna
(Blum, 2005). Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah agar
pelajar daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama dapat belajar dalam suasana yang kondusif.

Pendekatan guru juga menjadi faktor penting dalam menguruskan kepelbagaian budaya yang
ada dalam kalangan pelajar. Pendekatan guru adalah suatu bentuk strategi dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik pembelajaran. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan
ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti
atau alasan. Oleh itu, pendekatan ini adalah asas yang dijadikan sebagai kayu ukur oleh guru dalam
menilai pencapaian objektif pembelajaran yang telah dirancang.

Setiap pendekatan yang dilaksanakan oleh guru hendaklah mengambil kira penerimaan
pelajar secara keseluruhannya. Aspek-aspek seperti agama, budaya, status sosioekonomi dan
keupayaan pelajar adalah antara aspek yang perlu diteliti sebelum menentukan pendekatan yang

13
digunakan. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai latar belakang yang unik dan ini menyebabkan
berlakunya penerimaan yang berbeza terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, pendekatan guru yang betul adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran
dapat berlangsung secara efektif dan efisien.

Pendekatan pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal
keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran
dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Guru juga akan menyampaikan bahan,
membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang
lebih tinggi dan kerap. Menurut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang
mudah dirancang dan diurus.

Seterusnya, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar pula boleh didefinisikan sebagai


disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran kreatif yang
akan diaplikasikan dalam situasi sebenar (Thorburg, 1995). Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar,
guru bukanlah tarikan utama. Pendekatan ini juga menjadikan pelajar diistilah sebagai ‘pasangan’
dengan guru sebagai sebahagian proses pembelajaran (Alley, 1996). Csete dan Gentry (1995)
menggunakan istilah pembelajaran berpusatkan pelajar sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar.
Kawalan disini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk memenuhi
keperluan mereka yang berbeza.

Selain itu, pendekatan pembelajaran berpusatkan bahan. Bahan pelajaran memainkan peranan
penting. Penggunaan bahan bantu juga memberi penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif
pelajar. Menurut Ahmad Hozi (2001), iaitu guru perlu menggunakan objek sebenar atau konkrit dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu pelajar membina idea-
idea abstrak dan pengetahuan baru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer, surat khabar,
buku teks, carta dan sebagainya dapat membantu guru menyampaikan isi pelajarannya dengan mudah,
menarik dan berkesan. Kesimpulannya, pendekatan guru dalam pembelajaran di bilik darjah adalah
satu aspek yang penting. Pendekatan pembelajaran yang diambil oleh guru menentukan kejayaan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai. Pendekatan guru juga mempengaruhi penerimaan pelajar untuk
belajar. Oleh itu, pendekatan yang digunakan mestilah sesuai semua pelajar tanpa mengira latar
belakang dan budaya agar suasa pembelajaran yang harmoni antara pelajar berbilang kaum dapat
diwujudkan.
Selain itu, pendekatan kurikulum juga dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang turut
menyumbang dalam pengurusan pelajar pelbagai budaya. Definisi kurikulum sering berubah seiring
dengan perubahan zaman. Walaubagaimanapun, konsep kurikulum yang dijalankan di sekolah tetap
sama. Secara amnya, kurikulum dapat ditakrifkan sebagai perancangan pendidikan yang dilaksanakan
oleh sekolah atau institusi pendidikan bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum
mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform. Oleh itu, adanya
kurikulum ideal, kurikulum formal, kurikulum tak formal, ko-kurikulum dan kurikulum rasmi.

Jenis jenis kurikulum terdiri daripada kurikulum tersembunyi, kurikulum yang dialami dan
dipelajari, kurikulum yang diuji, kurikulum yang diajarkan, cadangan kurikulum, kurikulum yang
ditulis, kurikulum sokongan dan kurikulum masa hadapan. Antara faktor- faktor mempengaruhi
perkembangan dan perubahan kurikulum adalah kerajaan, keperluan universal, kandungan kurikulum,
keperluan individu, keperluan negara dan masyarakat serta matlamat dan prioriti program.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah pun menegaskan bahawa sistem pendidikan


negara perlu memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan sempurna. FPK telah menggariskan tiga
bidang utama bagi mencapai tujuan pendidikan iaitu perkembangan potensi individu secara
menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Ketiga-tiga bidang utama dalam FPK adalah
boleh dicapai jika diwujudkan sistem pendidikan yang merangkumi kefahaman dan pengetahuan
mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Kementerian Pelajaran telah merangka
beberapa strategi bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya selaras untuk menjayakan hasrat
FPK. Kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian adalah dengan mengadakan program yang
diterima oleh masyarakat antaranya seperti Program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai
Bahasa Perpaduan dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

Perpaduan dapat dicapai bermula dari sekolah lagi. Masyarakat pelbagai kaum digalakkan
untuk menghantar anak- anak untuk bersekolah di sekolah kebangsaan dan bukannya sekolah jenis
kebangsaan agar pendidikan tentang perpaduan dikalangan masyarakat diajar sejak di sekolah. Oleh
itu, kurikulum seklah yang dirancang hendaklah mengambil kira penglibatan semua pelajar agar
hubungan pelajar pelbagai budaya dapat dipelihara.
BAB 4

REKA BENTUK KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan.
Pengkaji telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi-strategi yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu. Bab ini juga akan
membincangkan dengan terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang
digunakan dalam menyiapkan kajian ini

4.2 Jenis Kajian

Jenis kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai
objektif dan matlamat kajian. Jenis kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan
perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Jenis kajian yang dibuat ialah kaedah
temubual iaitu mendapatkan maklumat dengan cara bertanya langsung kepada responden. Temubual
merupakan salah satu bahagian terpenting dari setiap kajian. Tanpa temubual, pengkaji akan
kehilangan maklumat yang hanya dapat diperoleh dengan cara bertanya langsung kepada responden.
Data seperti itu merupakan tulang belakang suatu fokus kajian. Pengkaji memilih kaedah ini kerana
kaedah ini dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel. Hal ini kerana kami boleh mengemukakan
pelbagai jenis soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh.

Menurut Nazir (1988), temubual adalah proses memperoleh keterangan untuk tujuan
penelitian dengan cara soal jawab sambil bertentang muka antara si pemenubual dengan responden
dengan menggunakan alat yang dinamakan interview guide (panduan temubual).Walaupun temubual
adalah proses percakapan yang berbentuk soal jawab dengan bertentang muka, temubual adalah suatu
proses pengumpulan data untuk suatu penelitian. Beberapa perkara yang dapat membezakan temubual
dengan percakapan harian kita adalah penemubual dan responden selalunya tidak saling kenal-
mengenal sebelum ini, responden selalu menjawab pertanyaan, penemubual selalu bertanya,
penemubual tidak menfokuskan pertanyaan kepada suatu jawapan, tetapi seharus selalu bersifat
neutral dan pertanyaan yang ditanyakan mengikuti panduan yang telah dibuat sebelum ini. Pertanyaan
panduan ini dinamakan interview guide.
4.3 Tempat Kajian

Tempat pengkaji melakukan kajian ialah di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau
lebih dikenali sebagai SEMASHUR yang terletak di Batang Kali, Selangor. SEMASHUR telah
dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kohort ke-3 dengan kebitaraan Ragbi,
Matematik dan Unit Beruniform pada April 2009. Pada Januari 2012 SEMASHUR diiktiraf sebagai
Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Ke-3.

4.4 Sample

Pengkaji telah menemu bual seorang guru Ketua Panitia Pendidikan Sivik di SEMASHUR
iaitu Encik Syamsul Yusak bin Yusof. Beliau mula mengajar pada tahun 2000 dan telah berkhidmat
lebih kurang 18 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau mula berkhidmat di SEMASHUR pada tahun
2009 dan kini sudah lebih dari 8 tahun beliau berkhidmat di sana. Beliau melanjutkan pelajaran di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh pada tahun 1996 dalam jurusan diploma pendidikan. Seterusnya,
pada tahun 2001 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda dalam bidang pendidikan di
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Beliau terus melanjutkan pelajar di bidang ijazah sarjana
di Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan Pendidikan pada tahun 2007. Beliau kini merupakan
pelajar tahun kedua di Universiti Malaya untuk meneruskan pelajaran di peringkat doktor falsafah
dalam bidang pengurusan pendidikan.

4.5 Analisis Dapatan

Kajian ini telah dianalisis dan semua keputusan yang diperolehi dibentang dalam bentuk kajian
kualitatif. Menurut Lexy J. Moleong, proses analisis data kualitatif dimulai dengan mengkaji segala
data yang tersedia dari pelbagai sumber seperti temubual dan sebagainya. Setelah dikaji, langkah
selanjutnya adalah reduksi data, penyusunan unit, bentuk kategori dan yang terakhir adalah penafsiran
data. Hasil dapatan kajian yang dikemukakan dalam bab ini adalah untuk menghuraikan jawapan
kepada persoalan kajian iaitu pengurusan pelbagai budaya. Kajian ke atas sesuatu situasi dan individu
untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Penyelidikan kualitatif melibatkan
kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan naturalistik (semula jadi)
untuk menyelidik sesuatu subjek. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif
banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif
untuk menjana teori.
BAB 5

DAPATAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan mengenai analisis pengurusan pelbagai budaya di
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) melihat kepada empat faktor iaitu
faktor pentadbiran sekolah, pengurusan bilik pembelajaran, pendekatan guru dan pendekatan
kurikulum. Dalam bab ini, hasil dapatan daripada temubual responden akan dijelaskan oleh
pengkaji.

5.2 Pengurusan Pelbagai Budaya Di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor


(Semashur)

Sekolah ini merupakan sekolah yang menerima pelajar daripada pelbagai budaya.
Pengkaji telah mengenalpasti empat faktor yang perlu diteliti dalam pengurusan pelbagai
budaya di sekolah. Faktor-faktor tersebut dapat membantu menguruskan pelajar pelbagai
budaya di sekolah.

5.3 Faktor Pentadbiran Sekolah

Pengkaji telah menjalankan kajian di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor tentang pengurusan
pelbagai budaya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurusan pelbagai budaya. Salah
satunya adalah pentadbiran sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah yang menerima pelajar tidak kira
kaum. Semua pelajar layak untuk menuntut di sekolah ini. Sejak lima hingga enam tahun
kebelakangan ini, antara pelajar yang menuntut di sekolah ini adalah pelajar berbangsa Melayu, Cina,
India, pelajar dari Sarawak dan Orang Asli. Terdapat pelajar Sarawak yang menuntut di sekolah ini
kerana pelajar tersebut mendapat tajaan daripada Yayasan Sarawak. Pelajar Sarawak yang menuntut
di sekolah ini berada di tingkatan 5 dan merupakan pelajar kaum iban. Jarang pelajar daripada Sabah
menuntut di sekolah ini.

Dalam menentukan kelas pelajar, satu sistem ujian akan dijalankan bagi setiap pelajar tingkatan 1.
Sistem ujian ini dilaksanakan untuk menguji tahap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan Sains. Oleh itu, setiap pelajar akan dinilai dan diberikan kelas mengikut prestasi mereka
tanpa mengira kaum pelajar tersebut. Setiap pelajar mendapatkan peluang yang sama rata semasa
menuntut di sekolah ini.

Sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi. Oleh itu, kebanyakan pelajar yang menuntut di
sini adalah pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan mendapat keputusan 5A. Walaupun mereka
semua hebat semasa berada di sekolah rendah tetapi apabila masuk ke sekolah ini, guru-guru tidak
tahu siapa yang lebih hebat antara yang hebat. Oleh itu, dengan menjalankan ujian tersebut, guru-guru
dapat mengenal pasti setiap seorang pelajar lebih mahir dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa
Inggeris. Kebiasaannya, pelajar kelas pertama merupakan pelajar yang berkeupayaan untuk cemerlang
dalam kebanyakan subjek.

Dalam empat ke lima tahun sebelum ini, seseorang pelajar yang berada di kelas pertama semasa
tingkatan 1 akan terus berada di kelas pertama sehingga tingkatan 3. Saringan kelas akan dibuat
semula semasa pelajar tersebut naik ke tingkatan 4. Tetapi sekarang, setiap kali peperiksaan akhir
tahun, pelajar akan dinilai dan sesiapa yang mendapat keputusan yang cemerlang akan dinaikkan
kelas sekiranya sebelum ini pelajar tersebut berada di kelas kedua, pelajar tersebut akan dinaikkan ke
kelas pertama. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang menurun pula, sekiranya sebelum ini
pelajar tersebut berada di kelas pertama, pelajar tersebut akan diturunkan kelas. Oleh itu, konsep siapa
cemerlang akan naik kelas pertama dan sebaliknya.

Saringan kelas diwujudkan untuk tujuan melihat peningkatan atau penurunan prestasi pelajar dari
tahun ke tahun. Guru-guru tidak mahu para pelajar melabelkan kelas hujung sebagai kelas yang
diduduki oleh pelajar-pelajar yang bodoh dan tidak pandai. Sebab itulah pelajar dinilai setiap kali
peperiksaan akhir tahun agar mereka dapat digabungkan dan semua pelajar mempunyai peluang untuk
dilabelkan sebagai pelajar pandai atau sebaliknya.

Untuk aktiviti kebudayaan, kebiasaannya ketua panitia sivik dan juga kelab sejarah yang
memainkan peranan penting dan akan mempunyai banyak kerja dalam kebanyakan program lebih-
lebih lagi apabila program yang melibatkan aktiviti pelbagai budaya. Ketua panitia sivik dan kelab
sejarah biasanya membuat sambutan dan program hari kemerdekaan. Aktiviti yang dianjurkan
antaranya adalah karnival permainan tradisional dan seperti tahun lepas pada akhir tahun, sekolah
mengadakan hari kretiviti pelajar. Pelajar membuat persembahan seperti tarian cina, tarian india,

19
tarian iban dan sumazau. Meskipun kebanyakan pelajar bukan berasal dari borneo, tetapi mereka
masih mendapat pendedahan yang sama tentang kebudayaan di Sabah dan Sarawak dan para pelajar
juga mendapat peluang untuk sama-sama menikmati dan mempelajari kepelbagaian budaya dan
bangsa di Malaysia.

Setiap aktiviti yang dianjurkan adalah terbuka kepada semua pelajar. Pemilihan yang dibuat
adalah secara sama rata dan tidak bergantung dengan bangsa seseorang pelajar. Tiada ketetapan yang
khusus untuk pelajar terlibat dalam sesuatu aktiviti. Guru-guru memberi peluang untuk pelajar
mencuba apa yang mereka hendak dalam aktiviti yang dianjurkan. Guru-guru juga menggalakkan
pelajar mengikuti aktiviti tarian yang bukan bangsa mereka sendiri seperti pelajar india melibatkan
diri dalam tarian sumazau. Cuma guru-guru tidak memaksa atau mewajibkan pelajar tetapi hanya
memberikan galakan dan mengharapkan para pelajar menyertai semua aktiviti.

5.4 Faktor Pengurusan Bilik Pembelajaran

Seterusnya dalam pengurusan bilik pembelajaran, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut
tidak dibahagikan di dalam kelas mengikut kaum masing-masing tetapi pelajar-pelajar ini akan
dibahagikan mengikut tahap prestasi pelajar tersebut di mana pelajar yang mempunyai tahap prestasi
yang bagus akan di masukkan ke dalam kelas yang pertama dan pelajar yang mempunyai prestasi
kurang cemerlang pula akan dimasukkan di dalam kelas yang terakhir. Proses saringan ini dibuat
semasa pelajar masuk di tingkatan 1 di mana pelajar akan menduduki ujian bahasa Inggeris dan Sains
untuk melihat tahap prestasi pelajar.

Dalam penyusunan pelajar di dalam kelas pula, guru menyusun kedudukan pelajar di dalam kelas
mengikut arahan pengetua di mana setiap pengetua ada cara sendiri dalam menyusun pelajar di dalam
kelas. Susunan pelajar di dalam kelas berubah-ubah di dalam tempoh empat hingga lima tahun ini
kerana pertukaran pengetua di sekolah tersebut. Pada lima tahun sebelum ini, susunan pelajar ialah
seperti di sekolah rendah di mana pelajar disusun mengikut kumpulan yang terdiri daripada enam
orang. Pada masa sekarang, pelajar di tingkatan tiga disusun mengikut kumpulan belajar. Pelajar
tingkatan satu dan dua pula disusun mengikut cara umum iaitu lelaki di hadapan dan perempuan di
belakang. Namun begitu, guru kelas juga diberikan kebebasan dalam menyusun pelajar di dalam kelas
mengikut kesesuaian.

Susunan tersebut digunakan kerana ianya terpulang kepada guru kelas. Hal ini adalah kerana
guru kelas tahu akan keupayaan pelajar dan guru tahu kesesuaian bagaimana menyusun pelajar di
dalam kelas. Menurut responden, susunan dalam bentuk kumpulan adalah lebih relevent di mana
pelajar lelaki dan perempuan bercampur bagi mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Dari segi IQ
pula, disebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza-beza adalah lebih baik bagi pelajar
disusun mengikut kumpulan. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Kemudahan-kemudahan


asas adalah lengkap. Namun begitu, terdapat juga peruntukan baru disediakan seperti bilik khas iaitu
bilik bilik sejarah, bilik kemahiran hidup, dan juga bilik pembelajaran alaf ke-21. Bilik-bilik ini
dilengkapi dengan kemudahan yang canggih seperti smartboard, internet dan pendingin hawa. Hal ini
membolehkan pelajar belajar dengan lebih selesa. Kemudahan-kemudahan ini dapat mewujudkan
elemen-elemen pelbagai budaya dengan membawa pelajar ke makmal komputer bagi membolehkan
pelajar belajar secara terus dengan bantuan internet tentang kebudayaan. Di samping itu, pelajar-
pelajar pelbagai budaya juga dapat belajar dengan lebih selesa dan harmoni dengan kemudahan-
kemudahan yang ada.

Tentang masalah perkauman yang berlaku di dalam kelas, tiada masalah perkauman berlaku
di sekolah ini setakat ini kerana pelajar yang bukan Melayu adalah tidak ramai berbanding dengan
pelajar Melayu. Selain itu, pelajar-pelajar juga dijaga di bawah pengawasan panitia tertentu. Selain
itu, terdapat juga persatuan non-muslim yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan mereka. Kes
perkauman juga dapat diatasi dengan baik setakat ini. Permasalahan perkauman yang timbul dapat
diatasi oleh guru mengikut undang-undang sekolah. Pelajar-pelajar ini akan dihantar kepada guru
kausneling dan juga guru disiplin. Permasalahan perkauman yang berlaku antara pelajar ini diatasi
mengikut prosedur dan tidak melanggar mana-mana hak asasi kaum tersebut. Semua pelajar akan
mengikut peraturan tanpa mengira apa kaum dan agama pelajar tersebut.

5.5 Faktor Pendekatan Guru

Di samping itu, dalam analisis faktor pendekatan guru, pengkaji mendapati di sekolah ini
tiada kelas yang hanya mempunyai satu bangsa atau budaya sahaja. Setiap kelas semuanya
mempunyai percampuran budaya dan pelajar dibahagikan kelas mengikut kepandaian IQ iaitu siapa
yang cemerlang akan berada di kelas pertama. Setiap kelas ada pelajar cina, pelajar india dan pelajar
Sarawak. Tidak ada satu kelas pun yang hanya diletakkan pelajar melayu sahaja di dalam kelas.
Bahasa yang digunakan oleh guru bagi memastikan para pelajarnya faham dengan semua
yang diajari oleh mereka terpulang kepada guru tersebut. Bagi guru yang mengajar bahasa Inggeris,
guru tersebut sememangnya akan berkomunikasi dengan pelajarnya didalam bahasa Inggeris. Begitu
juga apabila pelajar berada di dalam kelas bahasa Jepun dan bahasa Mandarin, guru akan
menggunakan bahasa yang diajar olehnya agar pelajar lebih mahir di dalam bahasa tersebut. Terdapat
bahasa lain lagi yang diajar di sekolah ini seperti bahasa Perancis yang penglibatan murid untuk
menghadiri kelas bahasa asing ini dari pelajar dari pelbagai budaya seperti pelajar cina, india dan juga
Sarawak. Di sekolah ini, pelajar boleh memilih apa sahaja bahasa yang ingin dipelajari oleh mereka
dan guru akan mengjar mengikut bahasa tertentu.

Terdapat guru yang lebih suka untuk mengajar murid yang mempunyai pelbagai budaya di
dalam satu kelas. Terdapat subjek yang diajar di sekolah ini bagi mengajar pelajar tentang pelbagai
budaya dan bangsa seperti contoh pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di dalam kelas
tersebut, setiap pelajar akan mengadakan sesi suai kenal dan mereka akan menceritakan sendiri
tentang latar belakang budaya mereka, membuatkan pelajar lain turut belajar tentang budaya lain. Hal
ini memberi kebaikan kepada pelajar untuk mempelajarinya.

Strategi atau kaedah yang digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar yang terdiri daripada
pelbagai budaya di dalam kelas adalah dengan menggunakan pelajaran yang berbentuk dua atau tiga
hala. Terdapat guru dan pelajar yang beragama bukan islam lebih selesa berkomunikasi di dalam
bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman di dalam kelas. Guru perlu bersikap terbuka dengan
pelajarnya agar pelajar apabila ke dunia luar akan lebih senang untuk bergaul dengan orang yang
pelbagai budaya.

Penerimaan pelajar terhadap strategi atau kaedah yang digunakan bergantung dengan subjek
yang diajar contohnya seperti subjek Pendidikan sivik dan Penidikan Moral guru akan menggunakan
pendekatan satu kerja di dalam kelas, atau aktiviti di luar kelas. Guru perlu kreatif dalam
mempelbagaikan pengajaran. Kebanyakkannya pelajar di sekolah ini boleh merima dengan baik.
Melalui respons murid yang kita dapat lihat samada positif atau negatif bahawa pelajar tersebut suka
atau tidak kepada sesuatu guru.

Halangan yang guru hadapi apabila menggunakan strategi atau kaedah mengajar yang telah
dinyatakan adalah apabila pada waktu tengahari iaitu waktu kemuncak pelajar akan berasa letih
menimba ilmu sejak pagi dan hal ini menjadi cabaran bagi guru yang mengajar subjek bahasa
inggeris, matematik, sains dan agama islam kerana pelajar yang sangat penat, tidak boleh memberikan
tumpuan sepenuhnya di dalam pengajaran.

Langkah yang diambil untuk mengatasi halangan tersebut adalah guru perlu peka dengan
keadaan waktu dan sentiasa merangcang aktiviti yang boleh mengekalkan tumpuan murid di dalam
kelas. Setiap guru atau bakal guru perlu bersedia sebelum hadir mengajar di kelas. Guru perlu
mempunyai set induksi untuk merancang aktiviti supaya pelajar akan sentiasa bersedia yang
bersemangat untuk mendengar apa yang bakal guru akan lakukan dan ajar di dalam kelas. Semestinya
guru perlu sentiasa bersikat kreatif bagi mengurus pelajarnya di dalam kelas.

5.6 Faktor Pendekatan Kurikulum

Akhir sekali adalah analisis dapatan kajian mengenai cara dan kaedah yang digunakan oleh
pihak sekolah dalam menyelaraskan kurikulum pelajar pelbagai kaum di sekolah. Kurikulum sekolah
ditentukan oleh pentadbiran sekolah itu. Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan kurikulum
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai tempat kajian dijalankan.

Pengurusan pelbagai budaya yang dijalankan di sekolah tersebut adalah dengan menawarkan
pembelajaran bahasa asing di dalam bilik darjah.Walaupun ada sekolah yang tidak menawarkan
sebarang bahasa lain di dalam bilik darjah, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor menawarkan
bahasa Mandarin, Jepun dan Perancis. Pelajar perlu membuat pilihan tentang bahasa yang ingin
dipelajari semasa pendaftaran sekolah. Jika permintaan sesuatu bahasa itu penuh, pelajar diminta
memilih kelas bahasa yang lain. Untuk subjek lain, kelas diajar dalam bahasa Melayu ataupun
Inggeris. Jika permintaan menggalakkan , bahasa asing lain akan ditambah.

Guru yang mengajar bahasa Mandarin, Jepun dan Perancis ini mereka bukan sahaja mengajar
dalam bahasa asing tersebut malah juga mengajar dalam bahasa Inggeris. Guru-guru tersebut dapat
menerapkan nilai budaya bahasa asing tersebut kepada pelajar. Sebagai contoh pada Januari yang lalu,
sekumpulan pelajar dari Jepun datang ke sekolah untuk program perkongsian budaya. Pelajar Jepun
diberi kemahiran belajar dan membuat persembahan di dewan dan pelajar yang lain mengikuti .
Kebanyakkan bahasa seperti bahasa Perancis, banyak aktiviti yang dijalankan merentasi kurikulum
dalam menerapkan elemen dan budaya yang ada. Pelajar dapat menjalankan aktiviti di dalam dan
diluar sekolah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan guru berjaya menerapkan nilai kebudayaan
ke dalam diri pelajar melalui subjek yang diajar.
BAB 6

KESIMPULAN

Pengurusan pelbagai budaya adalah satu bentuk proses menguruskan pelajar-pelajar yang
mempunyai budaya yang berbeza untuk sama-sama belajar dalam keadaan yang harmoni. Guru
berperanan untuk memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang sama rata untuk belajar dan
mengembangkan potensi diri masing-masing. Pengurusan pelbagai budaya dipengaruhi oleh empat
faktor utama iaitu faktor pentadbiran sekolah, pengurusan bilik pembelajaran, pendekatan guru dan
pendekatan kurikulum. Keempat-empat faktor ini amat penting bagi menjamin pengurusan pelajar
yang pelbagai budaya dapat dilaksanakan dengan membentuk cara hidup yang menghormati dan
bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang kaum. Melalui pengurusan
pelbagai budaya yang mantap di peringkat sekolah, diharapkan dapat menjadikan pelajar untuk
bersikap terbuka agar isu konflik sosial dapat diatasi dan membentuk kesatuan bangsa yang utuh.
BIBLIOGRAFI

Allen, R. (1994). Chambers encyclopedic English dictionary. Chambers.

Ausubel, D. P., Novak, J. D., & Hanesian, H. (1968). Educational psychology: A cognitive
view.

Banks, J. A., & Banks, C. A. M. (2009). Multicultural education: Issues and perspectives.
John Wiley & Sons.

Bull, S., Feldman, P., & Solity, J. (2013). Classroom management: Principles to practice.
Routledge.

Carol, SW & Mignano, AJ(2003). Elementary Classroom management. (3rd Ed) : McGraw Hill

Cheyney, A. B. (1976). Teaching children of different cultures in the classroom: A language


approach.

David, T. G., & Weinstein, C. S. (Eds.). (2013). Spaces for children: The built environment and child
development. Springer Science & Business Media.

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti


pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hoy, A. W., & Weinstein, C. S. (2006). Student and teacher perspectives on classroom
management. Handbook of classroom management: Research, practice and
contemporary issues, 181-222.

Jones, V. F., & Jones, L. S. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive
learning environment and solving problems.

Kamis, A. (1993). Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan


Seimbang. Adnan Kamis (1993).“Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan Dan
Maklum Balas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 260-267.

Parkay, F. W., Stanford, B. H., & Gougeon, T. D. (2010). Becoming a teacher (pp. 432-462).
Pearson/Merrill.

Rosenfield, P., Lambert, N. M., & Black, A. (1985). Desk arrangement effects on pupil classroom
behavior. Journal of Educational Psychology, 77(1), 101.

Saha, L. J. (1997). International encyclopedia of the sociology of education. Pergamon Pr.


Sidin, R. (1993). Classroom Management: Robiah Sidin. Fajar Bakti.
Steele, F. I. (1973). Physical settings and organization development (pp. 2-25). Reading, MA:
Addison-Wesley.

Tiedt, P. L., & Tiedt, I. M. (1979). Multicultural teaching: A handbook of activities, information, and
resources (7th ed.).

Yusof, N. M. (2005). Multicultural education practice among teachers in national secondary


schools: A case study in Kedah. Malaysian Journal of Educators and Education, 20, 97-111.

Yusof, N. M. (2006). Konsep pendidikan. PTS Professional.


LAMPIRAN

INSTRUMEN TEMU
BUAL

TAJUK: INSTRUMEN TEMU BUAL PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

AHLI KUMPULAN:

1) CHIMAOGACHI BINTI LOWRANCE D20151070891


2) SURIYATI BINTI M.NASIR D20151070904
3) FELLINA CELLIAM D20151070919
4) NUR SYHIDA BINTI MOHD JAMIL D20151070922
5) SOFIA DINI BINTI MUHAMAD DIN D20151070944

FAKTOR-FAKTOR PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA:

1) PENTADBIRAN SEKOLAH
2) PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
3) PENDEKATAN GURU
4) PENDEKATAN KURIKULUM

SOALAN TEMU BUAL:

1) PENTADIBIRAN SEKOLAH
a) Adakah sekolah ini mempunyai pelajar pelbagai budaya?
b) Nyatakan bangsa-bangsa yang terdapat di dalam sekolah ini?
c) Jelaskan bagaimana pelajar-pelajar ini diagihkan mengikut kelas.
d) Mengapakah pelajar-pelajar diagihkan seperti berikut?
e) Jelaskan masalah yang timbul akibat pengagihan pelajar seperti berikut?
f) Bagaimanakah pihak pentadbiran mengatasi masalah yang timbul?
g) Bagaimanakah pihak pentadbiran memberikan sokongan terhadap aktiviti bersifat
kebudayaan?
h) Apakah contoh aktiviti berbentuk kebudayaan yang dijalankan di sekolah ini?
i) Bagaimanakah aktiviti yang dijalankan dapat mewujudkan suasana perpaduan
yang harmoni di sekolah?
2) PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

a) Adakah pelajar diletakkan di dalam kelas mengikut kaum?


b) Mengapakah pelajar tidak disusun mengikut kaum di dalam kelas?
c) Bagaimanakah guru menyusun kedudukan pelajar di dalam kelas? Jelaskan dengan
lebih terperinci.
d) Mengapakah susunan tersebut digunakan?
e) Bagaimanakah kemudahan yang disediakan di bilik darjah dapat memberi keselesaan
kepada pelajar pelbagai bangsa?
f) Bagaimanakah kemudahan ini dapat membantu guru mewujudkan elemen-elemen
pelbagai budaya dalam bilik darjah?
g) Adakah terdapat masalah perkauman antara pelajar semasa di dalam bilik darjah?
Jelaskan.
h) Bagaimanakah guru mengatasi masalah perkauman yang timbul?
3) PENDEKATAN GURU
a) Apakah bangsa dan budaya pelajar yang terdapat di dalam bilik darjah ini?
b) Apakah bahasa yang digunakan guru semasa di dalam kelas?
c) Bagaimanakah guru mengajar pelajar pelbagai bangsa dan budaya di dalam kelas?
d) Jelaskan strategi atau kaedah yang digunakan dalam mengajar pelajar yang terdiri
daripada pelbagai budaya di dalam kelas?
e) Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap strategi atau kaedah yang digunakan?
f) Apakah halangan yang guru hadapi apabila menggunakan strategi atau kaedah
mengajar yang telah dinyatakan?
g) Bagaimanakah langkah yang diambil untuk mengatasi halangan tersebut?
4) PENDEKATAN KURIKULUM
a) Adakah matapelajaran khas yang diajar mengenai pelbagai bangsa?
b) Adakah guru berjaya menerapkan nilai kebudayaan ke dalam diri pelajar melalui subjek
yang diajar? Jelaskan.
TRANSKRIP TEMU BUAL
Faktor 1 : Pentadbiran sekolah
Soalan Respon Guru
Soalan 1 : Adakah sekolah ini Ada, yang biasanya Melayu, Cina, India, Sarawak ada
mempunyai pelajar pelbagai kemudian Orang Asli untuk lima ke enam tahun kebelakangan
budaya? Jika ada, nyatakan kaum- ini. Pelajar Sarawak memang akan ada sebabnya daripada
kaum yang terdapat di sekolah ini. Yayasan Sarawak. Pelajar Sarawak yang ada sekarang ini
berada tingkatan 5 dan dari kaum Iban. Pelajar dari Sabah
jarang ada biasanya daripada Sarawak.
Soalan 2 : Jelaskan bagaimana Untuk makluman, biasanya kalau pelajar masuk dari tingkatan
pelajar-pelajar ini diagihkan 1 kami akan buat satu sistem ujian iaitu diberi ujian bahasa
mengikut kelas ? inggeris dan sains untuk lihat tahap prestasi pelajar. Maksudnya
tidak kisah pelajar dari kaum apa pun kalau dia punya tahap
prestasi bagus dia akan masuk kelas pertama.
Soalan 3 : Mengapakah pelajar- Untuk makluman, sekolah kami adalah sekolah berprestasi
pelajar diagihkan seperti berikut? tinggi jadi kebanyakkan pelajar yang masuk ini memang
semuanya cemerlang di sekolah rendah 5A. Memang mereka
semua hebat semasa sekolah rendah tetapi bila masuk sekolah
ini kita tidak tahu siapa yang lagi hebat sebab itu bila awal-awal
sekarang kita sudah buat sistem ujian itu kita dapat tahu ada
pelajar ini walaupun 5A ada pelajar yang Bahasa inggeris dia
lebih dan ada bahasa Malaysia dia lebih jadi kita dapat kenal
pasti. Biasanya kelas pertama keupayaan pelajar itu dia
cemerlang dalam kebanyakkan subjek.
Soalan 4 : Jelaskan masalah yang Kalau sebelum ini dalam tiga, empat ke lima tahun sebelum ini,
timbul akibat pengagihan seperti biasa pelajar ini contoh semasa tingkatan 1 kelas Amal (kelas
berikut ? pertama), tahun depan dia akan masuk 2 Amal dan saringan
akan dibuat semula semasa tingkatan 4. Sekarang tidak setiap
akhir tahun sahaja peperiksaan, siapa yang 30 orang terbaik
akan masuk kelas dua yang terbaik. Macam dulu tidak, dia akan
ikut juga kelas tahun lepas walaupun dia bagus tapi sekarang
kami buat saringan maksudnya siapa cemerlang dia akan naik
kelas.
Soalan 5 : Bagaimanakah pihak Saringan itu tujuannya sebab apa pelajar kadang-kadang IQ dia
pentadbiran mengatasi masalah berbeza tapi ada juga masa yang 2 tahun lepas kita buat kelas
yang timbul ? satu dan kelas dua kita ikut kedudukan yang terbaik dan kelas
tiga dan empat kita gabungkan semasa naik tingkatan 2. Kita
tidak mahu mereka label kelas Jujur (kelas hujung) ini pelajar-
pelajar bodoh dan tidak pandai tetapi sebenarnya tidak sebab itu
digabungkan jadi semua ada peluang pandai kah atau tidak.
Soalan 6 : Bagaimanakah pihak Untuk aktiviti kebudayaan, biasanya macam saya ketua panitia
pentadbiran memberikan sokongan sivik dan juga kelab sejarah memang kebanyakkan kalau
terhadap aktiviti bersifat program yang melibatkan aktiviti pelbagai budaya memang
kebudayaan? kami kelab sivik dan sejarah yang akan banyak kerja.

Soalan 7 : Apakah contoh aktiviti Kita buat biasanya dalam program hari kemerdekaan kemudian
berbentuk kebudayaan yang sambutan. Aktiviti biasanya macam karnival permainan
dijalankan di sekolah ini? tradisional kita melibatkan macam tahun lepas akhir tahun kami
buat hari kreativiti pelajar. Jadi pelajar ini buat persembahan
tarian cina, tarian india, tarian iban, sumazau maksudnya
walaupun mereka bukan orang Sabah atau Sarawak mereka
masih dapat pendedahan yang sama sebab kita bagi peluang
kepada pelajar untuk sama-sama menikmati aktiviti pelbagai
budaya dan bangsa.
Soalan 8 : Bagaimanakah aktiviti Pertama pemilihan kita tidak pilih dari segi bangsa. Contoh,
yang dijalankan dapat mewujudkan pelajar melayu buat macam ini dan pelajar bukan melayu
suasana masuk aktiviti ini, tidak! Kita bagi peluang mana yang mereka
perpaduan yang harmoni di mahu cuba mereka boleh cuba. Kemudian, kita galakkan contoh
sekolah? aktiviti yang bukan untuk bangsa mereka seperti cina dan india
kita mahu mereka sertai juga Cuma kita tidak paksa-wajib tapi
kita galakkan dan kita mahu mereka sertai semua aktiviti.

Faktor 2 : Pengurusan Bilik Pembelajaran


Soalan Respon Guru
Soalan 1 : Adakah pelajar diletakkan di dalam Untuk makluman, pelajar tidak dibahagikan ikut
kelas mengikut kaum? kaum.
Soalan 2 : Mengapakah pelajar tidak disusun Contoh untuk tingkatan 1,2,3 ada kaum cina satu
mengikut kaum di dalam kelas? orang, india ada tiga ke empat orang macam yang
saya kata tadi mereka akan disaring maksudnya
siapa yang bagus dia akan berada di kelas yang
bagus.
Soalan 3 : Bagaimanakah guru menyusun Dalam tempoh empat, lima tahun ini ada
kedudukan pelajar di dalam kelas? Jelaskan perubahan sebab kita sudah ada dalam tiga
dengan lebih terperinci. pengetua sebelum ini pengetua lelaki kemudian
pengetua perempuan dan pengetua lelaki. Jadi
setiap pengetua ada cara sendiri zaman lima
tahun sebelum ini dia menggunakan seperti
sekolah rendah satu kumpulan enam orang. Ada
juga sekarang ini di tingkatan tiga disusun ikut
kumpulan belajar tetapi semasa tingkatan dua dan
satu ada yang masih ikut cara umum iaitu lelaki
hadapan, perempuan bahagian belakang, Tapi
sebenarnya guru kelas diberikan kebebasan
mengikut kesesuaian. Tidak ada penetapan
macam tahun ini semua kelas ikut kumpulan,
semua kelas ikut umum.
Soalan 4 : Mengapakah susunan tersebut Terpulang kepada guru kelas sebab guru kelas
digunakan? tahu keupayaan pelajar ini sesuai macam mana.
Bagi saya, saya lebih suka yang dalam bentuk
kumpulan, cuma terpulang kepada cikgu, cikgu
mahu pilih macam mana kumpulan ini rawak kah
rambang kah tapi bagi saya bercampur lelaki
perempuan tujuannya untuk lebih harmoni. Cuma
dari segi IQ walaupun kebolehan berbeza-beza
tapi saya rasa lebih baik pelajar duduk dalam
kumpulan untuk memudahkan pembelajaran.
Soalan 5 : Bagaimanakah kemudahan yang Setakat ini kemudahan di bilik darjah seperti
disediakan di bilik darjah dapat memberi biasa ada kipas dan semua cuma kelebihan kita
keselesaan kepada pelajar pelbagai bangsa? setahun dua ini kita ada peruntukan baru. Jadi
pelajar bahasa inggeris kita ada bilik khas untuk
belajar biasa kita di sini. Untuk belajar sejarah
pun kita ada bilik khas, KH dan yang terbaru kita
ada bilik pembelajaran alaf ke-21. Bilik abad ke-
21 dilengkapi dengan kemudahan canggih ada
smartboard, internet dan pendingin hawa lebih
selesa. Itu terpulang kepada cikgu kalau cikgu
ingin bawa pelajar tersebut ke sana terpulang.
Secara umumnya semua kelas berada dalam
keadaan sederhana tetapi selesa. Tapi ada pilihan
kalau pelajar mahu belajar di bilik yang selesa
ada pendingin hawa boleh ke pusat sumber
terpulang kepada guru.
Soalan 6 : Bagaimanakah kemudahan ini dapat Biasanya kalau yang melibatkan pelbagai budaya
membantu guru mewujudkan elemen contoh macam pembelajaran kalau mahu lebih
elemen pelbagai budaya dalam bilik darjah? menarik saya akan bawa pelajar ke makmal
komputer jadi pelajar berpeluang belajar secara
terus dengan bantuan internet. Jadi pelajar belajar
dalam keadaan sangat selesa dan lebih harmoni.
Purata pelajar kita tidak lebih daripada 30 orang
dan komputer ada dalam 40 jadi pelajar dapat
belajar dengan selesa.
Soalan 7 : Adakah terdapat masalah perkauman Setakat ini untuk masalah perkauman tidak ada
antara pelajar semasa di dalam bilik darjah? sebab kebanyakkan pelajar di sini yang bukan
Jelaskan. melayu tidak terlalu ramai. Kita ada di bawah
pengawasan panitia tertentu. Memang ada
persatuan non-muslim yang memang khas
menjaga kebajikan mereka. Setakat ini kes
perkauman dapat dikawal dengan baik.
Soalan 8 : Bagaimanakah guru mengatasi Pernah juga dulu berlaku dalam lima, enam tahun
masalah perkauman yang timbul? lepas. Kes berlaku kebetulan kes kecurian yang
dibuat oleh pelajar yang bukan melayu sendiri
antara Sabah atau Sarawak tapi
walaubagaimanapun pelajar itu membuat
kesalahan dia kena ikut undang-undang. Dia akan
pergi kaunseling, berjumpa dengan guru disiplin
maksudnya pelajar ini tiada jalan pintas tetap
kena ikut prosedur dan kita pula tiada
menganggap mentang-mentang dia bukan
melayu, bukan islam maksudnya pelajar mana
sekalipun kalau dia buat kesalahan dia kena ikut
peraturan yang kita tetapkan.
Faktor 3 : Pendekatan Guru
Soalan Respon Guru
Soalan 1 : Apakah bangsa dan budaya pelajar Biasanya kalau nanti kita boleh lihat setiap kelas
yang terdapat di dalam bilik darjah ini? dia tidak ada contoh macam pelajar tingkatan tiga
ada pelajar cina, pelajar india ada pelajar
Sarawak kita tidak buat macam 3 Amal semua
pelajar non-muslim di situ. Maknanya kita tidak
meletakkan contohnya semua pelajar melayu
pandai satu kelas. Tidak ada perbezaan sebegitu
cuma kami buat ikut kepandaian biasanya ikut IQ
siapa yang cemerlang di akan berada di situ.
Soalan 2 : Apakah bahasa yang digunakan guru Mengajar terpulang kepada cikgu tapi kalau buat
semasa di dalam kelas? masa ini bagi cikgu-cikgu yang English dia
memang akan ajar dalam bahasa inggeris dan
kalau di bilik Jepun dan juga Mandarin memang
pelajar mesti berkomunikasi dengan cikgu-cikgu
dalam bahasa Jepun atau Mandarin. Atas ini ada
bilik Perancis, memang ada pelajar cina, india
dan juga Sarawak yang belajar bahasa Perancis
juga. Pelajar boleh pilih untuk belajar bahasa apa
dan cikgu akan mengajar ikut bahasanya.
Soalan 3 : Bagaimanakah guru mengajar pelajar Bagi saya sebenarnya belajar pelbagai budaya
pelbagai bangsa dan budaya di dalam lagi seronok. Pengalaman saya mengajar ada
kelas? pelajar yang bukan islam dan dia daripada
Sarawak, ada yang islam dari Sabah dan ada yang
orang asli dia melayu. Bila dalam satu subjek
kebiasaannya tingkatan dua memang kita ada
subjek tentang mengenali pelbagai budaya.
Memang ini sesuatu yang menyeronokkan bila
pelajar ini dia kena bersuai kenal contoh pelajar
daripada Sarawak dia kena bercerita apa tentang
diri dia, budaya dia, agama dia, perayaan dia jadi
kadang macam kita pelajar melayu kita cuma
tahu tentang hal kita sahaja kita tidak tahu
tentang dunia luar sebab apa mungkin ada pelajar
yang tidak pernah pergi Sabah dan Sarawak tidak
tengok sendiri rumah panjang macam mana jadi
bila ada kawan-kawan dia ini membantu untuk
dia meneroka tentang Sabah dan Sarawak
walaupun dia tidak pernah pergi. Itu yang saya
rasa menarik, lebih bagus kalau ada pelbagai
budaya dan bangsa dalam satu kelas.
Soalan 4 : Jelaskan strategi atau kaedah yang Guru dia kena lebih kepada berbentuk dua atau
digunakan dalam mengajar pelajar yang tiga hala. Kadang ada sesetengah guru juga dia
terdiri daripada pelbagai budaya di dalam kelas? lebih kepada sehala tapi ada pelajar yang saya
perasan di sini kebanyakkannya non-muslim
mereka lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa
inggeris. Macam yang saya ajar pendidikan moral
tingkatan satu mereka ada tiga orang tapi antara
mereka, mereka lebih suka bahasa inggeris sebab
mereka lebih selesa bila cakap melayu antara
mereka, mereka sendiri rasa kekok jadi untuk
mengajar atau pembentangan dalam bahasa apa
yang sesuai terpulang. Macam ada pelajar itu
semua india tapi ada Kristian, Buddha dan Hindu
saya ingatkan semua india itu Hindu rupanya ada
juga yang lain. Saya lebih suka bersikap terbuka
sebab ada setengah guru dia kadang-kadang dia
ingin mengajar dengan baik tapi kita kena lihat
juga apa anak murid kita. Kita kena tahu juga
anak murid kita macam mana tapi memang di
sekolah ini kita lebih baik terbuka sebab apa
pelajar ini akan ke dunia luar memang dia akan
berjumpa dengan semua orang dan kita akan
bergaul dengan pelbagai bangsa jadi saya lebih
suka cikgu itu sendiri yang ada sikap
keterbukaan.
Soalan 5 : Bagaimanakah penerimaan pelajar Setakat ini dia bergantung dengan subjek juga
terhadap strategi atau kaedah yang digunakan? contoh macam saya subjek sivik dan moral biasa
saya gunakan pendekatan satu kerja dalam kelas,
kadang saya suruh untuk buat aktiviti yang di luar
kelas. Setengah cikgu dia suka mengajar dalam
kelas sahaja tapi bagi saya walaupun mengajar
dalam kelas kita perlu juga buat aktiviti macam
sketsa dan berbeza kalau pelajar buat di atas
pentas. Guru kena kreatif dalam mempelbagaikan
pengajaran. Kebanyakkan pelajar terima dengan
baik biasanya kita boleh tahu respon dari guru
lain. Kadang guru lain cakap kelas cikgu meriah,
kadang ada yang diam dan ada yang tidur. Kita
boleh tahu kalau pelajar itu dia tidur dan tidak
ada respon mungkin cara kita kurang baik.
Soalan 6 : Apakah halangan yang guru hadapi Bagi saya lebih kepada cabaran lah bukan
apabila menggunakan strategi atau halangan. Satu faktor waktu, bila waktu tengahari
kaedah mengajar yang telah dinyatakan? iaitu waktu kemuncak pelajar dia akan letih jadi
cabaran dia kalau mengajar subjek bahasa
inggeris, matematik, sains dan agama islam
memang ada pelajar yang sangat penat dan tidak
boleh beri tumpuan. Lagipun mereka ada masa
yang terhad, petang mereka prep lagi jadi
maksudnya cikgu kena peka dengan keadaan
waktu juga. Pelajar kadang-kadang tidak semua
masa dia bertenaga dan boleh bersemangat. Kalau
pagi biasanya baik tapi kadang ada juga pagi
pelajar lesu maksudnya peranan guru macam
mana cikgu hendak buat kelas itu ceria.
Soalan 7 : Bagaimanakah langkah yang diambil Bagi saya lain guru lain kaedahnya. Untuk saya
untuk mengatasi halangan tersebut? sebab itu penting kalau kita hendak jadi bakal
guru kalau kita hendak masuk kelas contoh kita
akan diajar nanti kita kena ada set induksi.
Macam saya setiap pagi saya akan buat 5 minit
pertama untuk dua orang pelajar bagi ucapan
tentang apa sahaja, tentang agama, nasihat atau
motivasi. Jadi saya ingin beri mereka peluang
bercakap dan input. Bila bagi mereka aktiviti
macam bercakap pelajar rasa macam kena giliran
dia kena bersedia lepas itu pelajar kena beri
tumpuan sebab bagi saya memang set induksi itu
sangat penting, cara macam mana cikgu itu
hendak buat cikgu itu kena kreatif.

Faktor 4 : Pendekatan Kurikulum


Soalan Respon Guru

Soalan 1 : Adakah matapelajaran khas yang diajar Setakat ini sekolah hanya menawarkan bahasa
mengenai pelbagai budaya di setiap kelas? Mandarin, Jepun dan Perancis. Pelajar perlu
membuat pilihan tentang bahasa yang ingin
dipelajari semasa pendaftaran sekolah. Jika
permintaan sesuatu bahasa itu penuh, pelajar
diminta memilih kelas bahasa yang lain. Untuk
subjek lain, kelas diajar dalam bahasa Melayu
ataupun Inggeris.

Soalan 2: Adakah guru berjaya menerapkan nilai Setakat pengalaman dan pengamatan saya, guru
kebudayaan ke dalam diri pelajar melalui subjek yang mengajar bahasa Mandarin, Jepun dan
yang diajar ? Jelaskan. Perancis ini mereka bukan sahaja mengajar dalam
bahasa asing tersebut malah juga mengajar dalam
bahasa Inggeris. Guru-guru tersebut menerapkan
nilai budaya bahasa asing tersebut kepada pelajar.
Sebagai bukti pada Januari yang lalu, sekumpulan
pelajar dari Jepun datang ke sekolah untuk program
perkongsian budaya. Pelajar Jepun diberi kemahiran
belajar dan membuat persembahan di dewan dan
pelajar yang lain mengikuti . Kebanyakkan yang
saya lihat seperti bahasa Perancis, banyak aktiviti
yang dijalankan merentasi kurikulum dalam
menerapkan elemen dan budaya yang ada. Pelajar
dapat menjalankan aktiviti di dalam dan diluar
sekolah. Setakat ini, aktiviti memuaskan.

You might also like