You are on page 1of 18

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER MEI / TAHUN 2020

HBHE 1203

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI : 960601016007001


NO. KAD PENGENALAN : 960601016007
NO. TELEFON : 0197048996
E-MEL : nazrulsalleh@oum.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKS SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENDEKATAN KOLABORATIF DAN KELEBIHANNYA DALAM 4-7


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM 8-9


PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.0 10-12
EMPAT AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN 13-18

6.0 RUJUKAN 19

1.O PENGENALAN

2
Seorang ahli akademik pada kurun ke-16 John Amos Comenius, telah memperkenalkan
satu pendekatan yang perlu diikuti dalam proses pengajaran, iaitu konsep di mana guru
menggunakan kaedah kurang mengajar tetapi murid-murid lebih banyak belajar (teachers teach
less but learners learn more) pandangan beliau adalah untuk melibatkan murid-murid lebih aktif
dalam proses pembelajaran mereka sendiri.
Comenius dikenali sebagai “Bapa Pendidikan Moden” yang telah merintis kaedah
pendidikan yang moden. Comenius pernah ditawarkan untuk menjadi presiden pertama di
Univeriti Harvard, namun beliau telah menolak tawaran tersebut. Comenius juga ialah orang
yang pertama yang menggunakan gambar dalam buku teks. Pada hari ini dan pada abad ke-21
gagasan pemikiran Comenius berkaitan pembelajaran murid semakin diamalkan secara meluas
dalam pendekatan pembelajaran yang dinamakan sebagai Pembelajaran Kolaboratif.
Secara umumnya, pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli
kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea
sehingga mencapai persetujuan kesemua ahli kumpulan. Dalam pembelajaran kolaboratif, murid-
murid akan mengumpulkan idea atau data, berkongsi pengalaman dan maklumat, berbincang
sesame mereka dan menyelesaikan masalah bersama-sama.
Kaedah dan pendekatan kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan murid yang berusaha
bersama-sama ke arah mencapai prestasi serta matlamat yang sama. Selain itu, terdapat ciri asas
dalam pendekatan kolaboratif iaitu kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi,
disamping itu juga, perlunya mempunyai komitmen dan kesudian untuk mengorbankan masa
bagi merancang, menilai dan membuat refleksi serta saling membantu antara satu sama lain bagi
mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan baik. Dengan kata lain, pembelajaran
kolaboratif dapat membantu guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah.

3
2.0 PENDEKATAN KOLABORATIF DAN KELEBIHANNYA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Menurut kajian daripada Smith dan McGregor pada tahun 1992, mereka menjelaskan
bahawa pembelajaran kolaboratif adalah satu istilah yang merangkumi pelbagai pendekatan
pembelajaran yang melibatkan usaha intelek sesama murid atau murid-murid dengan guru.
Biasanya murid-murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seramai dua orang atau lebih,
saling mencari persefahaman, penyelesaian atau mencipta suatu hasil pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti di dalam pembelajaran kolaboratif sangat meluas, akan tetapi
kebanyakannya lebih berpusatkan kepada aktivit murid bagi meneroka sesuatu sesi pembelajaran
atau penggunaan bahan pembelajaran. Ia membawa maksud bahawa dalam pembelajaran
kolaboratif, sesi pembelajaran bukan sekadar penyampaian atau penerangan daripada seorang
guru semata-mata.
Penggunaan pendekatan pembelajaran kolaboratif bermatlamat untuk membantu murid
supaya dapat belajar dengan lebih berkesan. Adalah amat penting untuk kita mempertimbangkan
strategi pengajaran yang melampaui penguasaan isi dan idea-idea semata-mata akan tetapi
sebaliknya mengabungjalin kemahiran murid dalam beberapa aspek iaitu :

1. Penglibatan
Sifat pembelajaran kolaboratif adalah menekankan penglibatan sosial dan intelektual.
Kajian juga telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikasikan dalam prestasi
dan tumpuan murid berdasarkan kepada perbezaan tahap penglibatan murid dalam sesi
pembelajaran. Murid-murid yang terlibat dengan aktif dalam pembelajaran memperlihatkan
pencapaian yang lebih tinggi berbanding daripada murid-murid yang pasif.

2. Kerjasama dan kerja berpasukan


Dalam aktivti pembelajaran kolaboratif, murid-murid akan berhadapan dengan perbezaan
berbagai Tpendapat dan mereka perlu berusaha untuk mengenali dan menanganinya. Disebabkab
itu, pendekatan kolaboratif dilihat berupaya dalam membantu membina komuniti pembelajaran
dalam kalangan murid.

4
3. Tanggungjawab komuniti
Pembelajaran kolaboratif mengalakkan murid untuk membina sifat tanggungjawab
terhadap diri, kumpulan dan komunitinya. Penglibatan dan peranan mereka dalam bilik darjah
boleh membantu mereka berhadapan dengan cabaran apabila berada dalam persekitaran komuniti
yang lebih luas. Pembelajaran kolaboratif menjadikan murid lebih berani untuk menyampaikan
pandangan dengan lebih aktif dalam membentuk pandangan buah pikiran dan nilai-nilai mereka.
Pembelajaran kolaboratif juga menjadikan mereka lebih sensitif terhadap pandangan dan
pendapat orang lain..

Pembelajaran kolaboratif telah diperkenalkan dengan bermacam cara dalam pelbagai


aspek yang berbeza dalam pendidikan. Oleh itu, amat mustahak bagi kita memahami istilah dan
konsepnya terlebih dahulu. Menurut kajian daripada Whipple pada tahun 1994 dipetik daripada
Kimber menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah corak pedagogi yang menumpukan
usaha bersama di kalangan murid-murid. Ia juga menumpukan konsep inquiri sebagai asas
proses pembelajaran.
Menurut Kimber pada tahun 1994 menyatakan bahawa kaedah ini mula digunakan dalam
pembelajaran falsafah di sekolah di Greek dan Roman. Ia digunakan dalam falsafah Socrates
ketika kaedah wacana di kalangan murid diberikan tumpuan. Begitu juga apabila murid mula
digalakkan untuk bertanya ketika pembelajaran berlangsung. Kaedah ini juga mula digunakan
secara ketara pada lewat abad ke-17 dan awal abad yang ke-18 di Eropah dan England. Pada
permulaan era baru selepas revolusi perindustrian di Eropah, kebanyakkan sekolah berdepan
dengan masalah kekurangan tenaga pengajar terlatih. Melalui kaedah sistem monitorial, seorang
murid dilantik sebagai ketua yang akan mengajar murid-murid yang lebih muda atau murid yang
kurang kebolehan dalam pembelajaran. Situasi ini dapat mewujudkan komunikasi murid dua hala
dengan lebih ketara melalui kolaboratif dan sistem monitor ini.

5
Menurut kajian yang dilakukan oleh Reid pada tahun 1989 menyatakan bahawa dalam
model pembelajaran kolaboratif terdapat lima fasa bagi membentuk instruksi bagi pembelajaran
kolaboratif, iaitu penglibatan, eksplorasi, tranformasi, persembahan dan refleksi. Pada fasa
penglibatan, guru perlu menyiapkan kelas dengan aktiviti kolaboratif seperti mengarahkan murid
membaca dan menyemak serta memeriksa jenis bahasa yang ditemui dalam karya seperti contoh
iklan, buku (jurnal) dan papan tanda. Aktiviti tersebut membolehkan murid-murid menganalisis
cara-cara yang boleh diaplikasikan di dalam aktiviti tersebut.
Untuk fasa yang kedua pula, murid boleh melakukan penerokaan mencari maklumat serta
idea. Guru perlu menetapkan berapa banyak maklumat dan input yang perlu diberi sebagai
tugasan belajar dan berapa banyak yang dapat meningkatkan kebolehan murid tersebut. Bagi
mengalakann pergantungan murid pada peringkat ini, guru boleh memberikan menunjukkan
soalan kepada murid dalam kumpulan bagi menunjuk cara pembelajaran mereka dengan
menggunakan pelbagai kaedah maklum balas.
Untuk fasa yang ketiga pula adalah tranformasi atau perubahan pegetahuan. Di sinilah
murid dalam kumpulan terikat dengan aktiviti bagi membentuk semula maklumat dan idea
dengan mengatur, menghuraikan, menjelaskan serta menghubungkan konsep-konsep
pembelajaran. Pada peringkat ini ia memerlukan murid-murid untuk berbincang dan
mencurahkan idea dan maklumat di dalam kumpulan.
Untuk fasa yang keempat, pelajar diberikan peluang untuk mempembahkan perbincangan
mereka kepada penonton dari kumpulan lain. Pada peringkat ini, perlu dipastikan bahawa murid-
murid lain memberikan maklum balas terhadap maklumat yang dibina oleh kumpulan
pembentang.
Untuk fasa yang terakhir ialah murid perlu memberikan analisis dan huraian terhadap
sesuatu yang telah mereka pelajari dengan mengenal pasti kebolehan dan kelemahan dalam
proses pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk
mereka memperbaiki pembelajaran mereka. Dalam hal ini, guru akan bertindak sebagai
pembimbing kepada murid mencari jalan penyelesaian.

6
Melalui model kolaboratif ini, guru dapat membantu murid dalam melakukan sesuatu
dengan cemerlang sebagai satu kumpulan atau sebagai sebahagian anggota kumpulan. Selain itu,
ia dapat mengembangkan keterampilan dan meningkatkan kualiti kerja dalam kumpulan. Tinjuan
daripada Cooper, Sanches, Prescott dan Lawrence pada tahun 1994 mendapati bahawa
pembelajaran kolaboratif adalah lebih berkesan bagi meningkatkan pembelajaran dan pencapaian
murid berbanding kaedah tradisional yang melibatkan cara tersendiri, cara individu dan cara
yang memerlukan persaingan individu.
Menurut kajian daripada Johnson & Johnson pada tahun 1992 menyatakan bahawa murid
yang belajar secara kolaboratif menunjukkan prestasi 2/3 sisihan piawaian melebihi purata murid
yang belajar sendiri dan dalam keadaan persaingan. Menurut beliau, murid yang belajar secara
kolaboratif dapat mengembangkan komitmen dan keperihatinan antara satu sama lain, tanpa
mengira sikap dan tanggapan awal mereka antara satu sama lain. Keadaan dan suasana emosi
emosi yang positif ini dapat menambah kemahiran sosial yang berkaitan dengan sokongan sosial
dan tanggungjawab interpersonal.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Slavin pada tahun 1996 menyatakan bahawa
pembelajaran kolaboratif membawa impak yang positif terhadap harga diri murid. Selain itu,
kajiannya juga mendapati bahawa teknik pembelajaran kolaboratif membawa impak yang kuat
dan berpanjangan terhadap perhubungan antara kaum dan bangsa sama ada berkulit putih, hitam
dan sebagainya di kalangan murid.
Di Malaysia, kebanyakan guru akan menggunakan pendekatan dan pembelajaran
kolaboratif di dalam bilik darjah. Dengan pendekatan dan pembelajaran kolaboratif ini ia dapat
mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain di dalam kumpulan. Selain itu
juga, setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kumpulan
masing-masing. Di samping itu juga, guru dapat melihat kemahiran interpersonal terhadap
muridnya.

7
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dan penyelidik menyatakan bahawa
permasalahan utama dalam pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 ialah kaedah kolaboratif
yang dilaksanakan dan diamalkan kurang berkesan, kekurangan kemahiran pemikiran kritis
murid dan prestasi murid yang kurang memuaskan. Selain itu, amalan kaedah pembelajaran
terhadap murid yang kurang sesuai, kesediaan murid sebelum perbincangan yang tidak
mengalakkan serta kekurangan minat murid terhadap mata pelajaran pendidikan kesihatan.
Amalan kaedah pendekatan kolaboratif yang kurang berkesan akan menyebabkan murid
kurang menyertai perbincangan di dalam kumpulan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh
Dotson dan Carpenter pada tahun 2001 dan 2002, mendapati sebahagian besar murid tidak
menyertai aktiviti berkumpulan, mereka tidak memfokuskan dan memberikan perhatian terhadap
persoalan yang dikemukakan oleh guru. Murid yang bijak tidak membantu dan tidak mendorong
rakan sebaya untuk melaksanakan tugasan kumpulan, malah murid yang bijak tersebut lebih
selesa untuk melakukan tugasan pembelajaran secara bersendirian untuk memastikan keputusan
kumpulan mereka yang lebih baik. Akibat daripada sikap mereka, rakan di dalam kumpulan kecil
dianggap sebagai penumpang percuma dan tidak membuat persediaan awal semasa pembelajaran
pendidikan kesihatan. Pelaksanaan pembelajaran secara kaedah berkumpulan seperti ini tidak
memenuhi tuntutan kaedah pembelajaran kolaboratif. Akibatnya, pembelajaran kolaboratif
menjadi kurang berkesan dalam membantu murid untuk memahami konsep-konsep pendidikan
kesihatan yang dipelajari. Selain itu, agihan tugas yang sama rata antara ahli kumpulan perlu di
praktikkan supaya pembelajaran kolaboratif dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Burkhardt pada tahun 1976 menyatakan bahawa
kaedah pembelajaran kolaboratif sukar dilaksanakan kerana guru-guru beranggapan kaedah
pembelajaran kolaboratif adalah membuang masa. Hal ini disokong oleh Michaelson, Knight dan
Fink pada tahun 2002. Guru-guru mengambil jalan mudah dengan memberitahu jawapan dan
membacakan isi-isi penting pelajaran tanpa penjelasan kepada murid bagi menjimatkan masa dan
dapat menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat. Kaedah pembelajaran kolaboratif yang
dapat melatih murid mengenai kemahiran berfikir serta kritis diabaikan. Oleh yang demikian,

8
kejayaan untuk meningkatkan pemikiran kritis murid bergantung pada peranan guru dalam
merancang serta menyediakan aktiviti pembelajaran berkumpulan yang melibatkan semua murid.

9
4.0 EMPAT AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Aktiviti Berasaskan Projek


Pada pandangan saya, antara pendekatan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi
meningkatkan minat dalam kalangan murid adalah dengan melakukan aktiviti pembelajaran
berasaskan projek. Seperti contoh, guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan di minta untuk menghasilkan sebuah replika piramid makanan yang bertajuk
pemakanan seimbang seterusnya menghasilkan satu menu makanan seimbang. Murid-murid
akan diberikan masa bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid
berbincang sesama mereka dan juga bertukar pendapat dan idea masing-masing.
Setelah selesai menyiapkan tugasan tersebut, setiap kumpulan akan menunjukkan hasil
kerja mereka dihadapan kelas dan kumpulan lain akan memerhati hasil kerja kawan mereka.
Melalui aktiviti ini mereka akan bekerjasama dan didedahkan dengan kemahiran berfikit seperti
mengumpul data, menyelesaikan masalah dan menganalisis dari pelbagai sumber. Di samping
itu, melalui aktiviti ia dapat menyokong pembelajaran murid serta murid dapat belajar menerima
perbezaan individu dan dapat mewujudkan komunikasi positif dalam kalangan murid. Aktiviti
sebegini secara tidak sedarnya dapat meningkatkan tahap berfikir murid ke arah pemikiran aras
tingii kerana untuk menghasilkan sesuatu murid perlu menjadi seorang yang kritis, kretif dan
inovatif. Murid akan lebih faham sesuatu konsep kerana mereka mengekpreskan pembelajaran
dalam bentuk yang konkrit.

2. Aktiviti Gallery Walk


Aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kolaboratif adalah
dengan melakukan aktiviti seperti Gallery Walk. Guru akan mempamerkan bahan pembentangan
yang dihasilkan oleh guru dan murid di setiap stesen. Tajuk yang akan mereka pelajari adalah
mengenai pemakanan sihat. Guru juga akan menyediakan post it notes untuk digunakan murid
untuk tambahbaik nota atau bahan pembentangan rakan mereka. Murid-murid akan bergerak ke
satu stesyen dan mereka akan mengambil isi penting dan nota dari bahan pameran. Sekiranya
bahan pameran tersebut mempunyai kekurangan maklumat, murid akan menambah baik bahan
pameran dengan menggunakan nota lalu mereka perlu melekadkan nota tersebut di bahan

10
pameran. Dengan aktiviti ini, murid bergerak ke stesyen lain dan belajar dengan aktif. Antara
kelebihan aktiviti seperti ini adalah ia dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran
serta mengalakkan komunikasi. Selain itu, melalui aktiviti ini, murid akan terlibat secara aktif
dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang menarik dalam strategi pembelajaran dapat membantu
murid lebih fokus terhadap apa yang dipelajari dan mengelakkan mereka daripada melakukan
gangguan di dalam kelas.

3. Aktiviti 3 Stray 1 Stay


Bagi aktiviti yang ketiga ini, saya mencadangkan untuk melakukan aktiviti 3 Stray 1
Stay. Untuk melakukan aktiviti ini guru akan menyediakan bahan-bahan mengajar seperti kad
manila. Tajuk pembelajaran mengenai pemakanan sihat dan pemakanan tidak sihat. Guru
meminta murid membentuk kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli.
Setelah selesai, guru akan menerangkan mengenai aktiviti yang ingin dilakukan. Selepas
mendengar arahan daripada guru, murid berkolaborasi menyediakan bahan-bahan dan isi penting
untuk di tampal dan di tulis di kad manila. Ketika perbincangan bersama kumpulan, mereka
perlu melantik ketua kumpulan sebagai pembentang. Pada persiapan akhir, setiap kumpulan
perlu bersedia untuk sesi pembentangan.
Sesi pembentangan bermula, ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kepada
ahli kumpulannya terlebih dahulu. Setelah selesai membuat pembentangan bersama ahli
kumpulannya, 3 orang ahli kumpulan kecuali ketua kumpulan perlu bergerak ke stesyen
seterusnya. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kepada kumpulan yang baru.
Murid-murid digalakkan untuk aktif bertanya sepanjang sesi berlangsung. Sesi pembentangan
diteruskan sehingga selesai semua kumpulan.

4. Aktiviti Round Robin


Bagi aktiviti yang keempat ini, mencadangkan untuk melakukan aktiviti Round Robin.
Pada mulanya, guru akan memberikan penerangan kepada pelajar mengenai aktiviti yang ingin
dilakukan. Setelah itu, guru meminta murid di dalam kelas untuk duduk di dalam bulatan. Tajuk
pembelajaran adalah mengenai piramid makanan. Sesi perkongsian pun dijalankan. Murid-murid
akan bangun untuk memberikan pendapat mereka mengenai piramid makanan. Setelah selesai
mendengar pendapat daripada murid-murid, guru akan melukis piramid di hadapan kelas lalu

11
meminta murid untuk melukis gambar-gambar mengikut kumpulan makanan dan aras. Setelah
itu murid akan memberitahu kepada kawan-kawan tentang gambar yang dilukis dan menyebut
kumpulan makanan tersebut. Aktiviti ini melibatkan semua murid. Selesaikan sahaja aktiviti
yang dilakukan, guru akan melaksanakan penutup sebelum menamatkan kelas.

12
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN

Tarikh : 23 Julai 2020


Kelas : 3 Pintar
Bil. Murid : 15 Orang
Masa : 9.00 pagi-10.00 pagi
Tema : Hargailah Kesihatan
Tajuk : Banyaknya Pilihan
Standard Kandungan : 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan
selamat
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Mengenal pasti kumpulan zat makanan seperti karbohidrat,
protein, lemak dan vitamin.
Objektif Pembelajaran : Pada Akhir pengajaran, murid dapat :
1. Mengenal pasti dan menyebut kumpulan zat makanan seperti
karbohidrat, protein, lemak dan vitamin.
Kemahiran Berfikir : Kreatif, Menjana Idea, Mengingat dan Inovatif
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Marker Pen, Sebuku roti, Sebiji buah epal, Kad manila,
LCD dan Komputer
Nilai Moral : Saling Membantu, Tolong Menolong, Patuh, Tekun, Khusyuk,
Berani, Taat dan Bekerjasama
Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu bahawa di dalam buah-buahan mempunyai pelbagai
khasiat dan vitamin

13
Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran Dan Catatan
Pembelajaran
Masa Kandungan
Pendahuluan Ucapan salam serta 1. Guru memberi salam kepada Nilai Moral :
bacaan doa murid-murid.
(4 Minit) Adab berdoa
2. Murid menjawab salam yang
diberikan oleh guru. Khusyuk
3. Guru meminta murid untuk
membaca doa belajar bersama- Patuh
sama.
4. Murid membaca doa belajar
bersama-sama.
5. Guru meminta murid untuk
duduk.
6. Guru bertanya khabar kepada
semua murid.

Set Induksi Guru menunjukkan sebiji 1. Guru menunjukkan sebiji buah Nilai Moral :
buah epal dan sebuku roti epal dan sebuku roti kepada
(6 minit) Patuh
kepada murid murid.
2. Guru meminta murid melihat Tekun
sebiji buah epal dan sebuku roti.
3. Murid melihat dan berfikir. Berani
4. Guru bersoal jawab bersama
murid.
5. Apakah kaitan sebiji buah epal KBAT :
dan sebuku roti dengan Membuat
pembelajaran pada hari ini. Perkaitan
6. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan tajuk pelajaran Menjana Idea
pada hari ini.

BBM :
Sebiji Buah
Epal
Sebuku Roti
Langkah 1 Menyebut 4 kumpulan 1. Guru memberikan penerangan Nilai Moral :
makanan dan jenis mengenai kumpulan makanan
(10 minit) Tekun
makanan . dan jenis makanan.
2. Murid mendengar dengan tekun Patuh
1. Karbohidrat
ketika guru memberikan

14
Roti penerangan dihadapan.
Nasi 3. Guru bersoal jawab bersama
Mi BBM :
murid.
4. Guru meminta murid menyebut LCD
2. Lemak 4 kumpulan makanan dan jenis
makanan. Komputer
Ais Krim
Keju 5. Murid menyebut semula
Coklat bersama-sama.
Kek
Mentega

3. Protein
Susu
Telur
Ayam
Ikan

4. Vitamin
Sayur-sayuran seperti
sawi, tomato, lobak dan
lain-lain
Buah-buahan seperti epal,
pisang, oren, betik dan
lain-lain.
Langkah 2 Menyatakan 4 kumpulan 1. Guru memilih beberapa orang Nilai Moral :
makanan dan jenis murid.
(8 minit) Berani
makanan . 2. Guru meminta murid menyebut
semula 4 kumpulan makanan Tekun
1. Karbohidrat
dan jenis makanan.
Roti 3. Murid yang dipilih itu Patuh
Nasi menyebut semula apa yang
Mi diminta oleh guru.
4. Guru bersoal jawab bersama KBAT :
2. Lemak murid Soal Jawab
Ais Krim 5. Murid lain melihat dan
mendengar dengan tekun. Mengingat
Keju
Coklat
Kek
Mentega

15
3. Protein
Susu
Telur
Ayam
Ikan

4. Vitamin
Sayur-sayuran seperti
sawi, tomato, lobak dan
lain-lain
Buah-buahan seperti epal,
pisang, oren, betik dan
lain-lain.
Penilaian Melakukan aktiviti 1. Guru memberikan penerangan Nilai Moral :
berasaskan projek. tentang penilaian yang akan di
(25 minit) Bekerjasama
lakukan.
(membina replika
2. Guru meminta murid untuk Tolong-
kumpulan makanan dan
membuat 3 kumpulan dimana menolong
jenis makanan)
setiap kumpulan mempunyai 5
orang ahli. Saling
3. Guru meminta wakil kumpulan membantu
1. Karbohidrat untuk tampil kehadapan.
Roti 4. Guru memberikan kad manila
Nasi dan sampul surat, di mana di KBAT :
Mi dalam sampul surat itu Soal jawab
mempunyai gambar kumpulan
2. Lemak makanan dan jenis-jenis Mengingat
Ais Krim makanan.
Keju 5. Guru memberikan penerangan
Coklat seterusnya. BBM :
Kek 6. Murid melakukan aktiviti dan Kad manila
Mentega membina replika bersama-sama
di dalam kumpulan. Marker Pen
3. Protein 7. Guru memberikan masa selama
Gambar
Susu 10 minit untuk murid
Telur menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Ayam 8. Guru memerhatikan murid.
Ikan 9. Setelah selesai membuat replika

16
di dalam kumpulan.
10. Guru meminta kumpulan
4. Vitamin
pertama untuk membentang
Sayur-sayuran seperti hasil kerja mereka dihadapan
sawi, tomato, lobak dan kelas.
lain-lain 11. Setiap ahli kumpulan perlu
bercakap ketika sesi
Buah-buahan seperti epal,
pembentangan.
pisang, oren, betik dan
12. Sesi soal menyoal antara
lain-lain.
penonton dan pembentang
13. Setelah kumpulan pertama
selesai membuat pembentangan,
kumpalan kedua akan membuat
pembentangan dan selepas itu
kumpulan yang ketiga.
14. Murid-murid lain perlu
mendengar apa yang
dibentangkan oleh kawan-
kawan mereka dihadapan kelas.
15. Setelah 3 kumpulan selesai
membuat pembentangan. Guru
memberikan penghargaan pada
semua murid.
Penutup Rumusan mengenai 1. Guru dan murid membuat Nilai Moral :
pembelajaran dan rumusan tentang pelajaran pada
(7 minit) Patuh
pengajaran pada hari ini hari ini.
2. Guru bertanya kepada murid Tekun
apa yang mereka pelajari pada
hari ini. Taat
3. Guru mengingatkan murid
mengenai kebaikan mengambil
makanan yang sihat.

)Patah Perkataan 3036(

17
6.0 RUJUKAN
Internet
1. http://mohdzakirazman.blogspot.com/2011/12/pendekatan-kaedah-teknik-dan-
strategi.html?m=1
2. http://www.jprisma.com/v1/index.php/program/pak21/29-konsep-dan-kerangkan-
pembelajaran-kolaboratif
3. http://panitiasejarahsmkseafield.blogspot.com/2010/07/pembelajaran-koperatif-dan-
kolaboratif.html?m=1
4. http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/kaedah-koperatif-dan-kolaboratif.html?m=1
5. https://ipg.edu.my/ksg-epembelajaran/mod/wiki/view.php?pageid=2
6. https://www.researchgate.net/publication/
326774859_Impak_Pendekatan_Pengajaran_Kolaboratif_Terhadap_Penguasaan_Standar
d_Asas_Menulis_Literasi_Bahasa_Melayu_Tahap_Satu
7. https://www.academia.edu/31652733/Pendidikan_Kesihatan_Sekolah
8. https://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/pendekatan.html
9. https://khoerulanwar303.blogspot.com/2015/06/pembelajaran-kolaboratif.html

18

You might also like