You are on page 1of 16

MODUL UNIT 10

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan kaedah pembelajaran bearasaskan masalah.


2. Menjana senario masalah atau trigger bagi pembelajaran berasaskan
masalah.

PENGENALAN

Rajah 10.1 Tong kitar semula

Cuba anda perhatikan Rajah 10.1. Bolehkah anda menggunakan gambar ini untuk
memulakan pengajaran anda? Apakah persoalan-persoalan yang mungkin ditimbulkan oleh
murid anda bila mereka melihat gambar ini? Mengapa perlu ada tong-tong di dalam gambar
ini? Apakah terdapat masalah dalam kehidupan kita sehingga kita memerlukan tong-tong ini?

R
ajah 10.1 boleh dijadikan satu senario masalah atau trigger untuk pengajaran.
Sesuatu pengajaran yang dimulai dengan sesuatu masalah dikenali sebagai pembelajaran
berasaskan masalah (PBM). Secara khususnya, pembelajaran berasaskan masalah
merupakan satu pendekatan yang menggunakan sesuatu masalah sebagai asas untuk
memulakan pembelajaran di bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa PBM mempunyai salah
satu ciri utama pembelajaran inkuiri seperti yang kita bincangkan dalam Unit 10, Modul 2
sebelum ini.

Kaedah PBM mempunyai beberapa perbezaan utama jika dibandingkan dengan pengajaran
tradisional, yang selalunya dikaitkan dengan pengajaran yang banyak melibatkan guru
menyampaikan isi kandungan pelajaran melalui penerangan satu hala. Ini juga bermakna,
dalam pengajaran dan pembelajaran secara tradisional, guru dilihat sebagai pakar yang
mengajar isi kandungan pelajaran dan murid adalah penerima isi kandungan pelajaran
tersebut. Dalam pendekatan PBM, murid ialah individu yang membina pengetahuan melalui
penyelesaian masalah yang diberikan dalam bentuk senario masalah. Fokus utama PBM ialah
senario masalah berasaskan kejadian sebenar dalam kehidupan yang boleh mendorong murid
mencari penyelesaiannya melalui penerokaan, pencarian maklumat dan kolaborasi sesama
rakan. Dalam situasi ini guru bertindak sebagai pemudah cara yang membantu atau
menyokong proses pembelajaran murid melalui bimbingan dan penyoalan. Semasa murid
melalui peringkat-peringkat PBM, pengetahuan baru akan terbentuk. Secara ringkasnya
perbezaan dua senario pembelajaran ini ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 10.2 Perbezaan antara pengajaran tradisional dengan PBM

Apakah terdapat hanya satu penyelesaian kepada senario masalah yang diberikan? Melalui
PBM, sesuatu masalah yang diutarakan boleh menghasilkan beberapa cara penyelesaian,
bergantung kepada bagaimana setiap kumpulan menangani masalah yang diberikan. Apa
yang penting untuk diingatkan disini ialah senario masalah yang dibina seharusnya mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan untuk topik berkenaan. Untuk mencapai tujuan ini guru perlu
mahir membina senario masalah yang digunakan. Bagaimana sesuatu senario masalah dibina?
Apakah kelebihan PBM kepada murid anda? Bagaimana pula cara melaksanakannya? Kita akan
membincangkan semua ini dalam unit ini.
ISI KANDUNGAN
Teori yang mendasari Pembelajaran Berasaskan Masalah

P
BM adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme.
Tunjang utama konstruktivisme mengandaikan murid sebagai individu yang mampu
membina pengetahuan dan kefahaman sendiri berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada mereka. Kedua-dua faktor ini menjadi asas atau kerangka sedia ada
kepada semua maklumat atau konsep baru yang diterima oleh murid. Untuk mencapai
pembelajaran bermakna setiap murid perlu, secara aktif, mencari makna kepada konsep-
konsep baru yang diterima dengan menyesuaikannya dengan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman yang telah dilalui. Darjah kesepadanan maklumat baru dengan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid akan menentukan sejauh mana murid faham maklumat baru
tersebut.

Pendekatan PBM melibatkan dua perkara penting iaitu pembinaan pengetahuan dan
kebolehan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah. Menurut Savery
dan Duffy (1995), PBM mengaplikasi tiga prinsip asas konstruktivisme:

1. Persekitaran konstruktivis memberi ruang interaksi aktif antara murid dan


persekitarannya. Kefahaman yang dibina berasaskan pada pengalaman dengan isi
kandungan pelajaran, konteks dan matlamat pembelajaran murid. Adalah mustahil untuk
memisahkan isi kandungan pelajaran dari konteks isi kandungan pelajaran pelajaran
yang dipelajari.

2. Konflik kognitif yang sering timbul apabila murid berhadap dengan sesuatu konsep yang
bertentangan dengan apa yang dipegang sebelumnya menjadi rangsangan kepada
pembelajaran. Konflik kognitif adalah perkara utama yang menentukan bahan apayang
akan dipelajari dan pengalaman apakah yang dibawa bersama untuk mempelajari
bahan tersebut.

3. Kefahaman dipengaruhi oleh makna yang dibina melalui perundingan sosial (social
negotiation) yang akan berlaku semasa pembelajaran secara kolaboratif. Keadaan ini
berlaku apabila murid berbincang sesama sendiri tentang senario yang diberi.
Pengetahuan yang diperoleh bukanlah bersifat mutlak tetapi intepretasi yang paling
hampir terhadap apa yang dialami murid semasa proses pembelajarannya.

PBM melihat murid sebagai agen yang bertanggung jawab dalam mengurus maklumat,
meneroka sumber, menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengawal pembelajaran sendiri.
Peranan guru lebih cenderung kepada seorang pemudah cara, pendorong, pencetus soalan
dan pembina persekitaran pembelajaran yang merangsangkan dan mencabar. Interaksi
dinamik dalam PBM lebih tertumpu kepada proses pembelajaran yang digunakan murid dan
bukan proses yang dicadangkan guru.
Tiga elemen utama yang memainkan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran PBM ialah:

Pembelajaran secara aktif dan kolaboratif


PBM menuntut penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Salah
satu cara untuk mendorong murid secara aktif adalah melalui pembelajaran secara kolaboratif.
Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang bercorak gerakerja (hands-on) dan mengajar
orang lain meningkatkan kadar pengekalan ingatan sebanyak 50 – 90% berbanding
pengajaran secara tradisi (5%) di mana murid hanya berperanan sebagai penerima
pengetahuan yang pasif. Menurut McKeachie (1980) interaksi aktif semasa belajar membantu
murid belajar dan mengaplikasi pengetahuan. Kolaborasi dan pembelajaran aktif membuka
peluang untuk murid mengutarakan pendapat, mendengar pendapat orang lain, membaca,
menulis dan membuat refleksi pembelajaran.

Pembelajaran kolaboratif dan aktif dalam PBM jelas mencerminkan teori konstruktivis sosial
yang diutarakan oleh Vygotsky (1978) iaitu murid membina pengetahuan secara bersama-
sama dan mencari makna sepunya melalui dialog dan kerjasama. Kaedah ini bukan hanya
merangsang kefahaman malah meningkatkan keupayaan murid mencari makna sepunya
melalui perbincangan dan percambahan idea (brain storming), membuat perbandingan antara
rakan, dan memperhalusi pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran yang dilalui.
Pengetahuan akan terbina apabila murid meneroka isu yang dibangkitkan dalam senario
masalah, membuat pendirian tentang sesuatu isu, membincangkan idea, membuat refleksi,
menilai semula pendirian dan akhir sekali membina satu pandangan sendiri (Camp, 1996).
Kaedah ini juga membantu murid meningkatkan kebertanggungjawaban terhadap
pembelajaran sendiri di samping membina kemahiran insaniah murid.

Pembelajaran secara mendalam (deep approach learning)


Pembelajaran berasaskan masalah membantu murid belajar dengan lebih bermakna dan
secara mendalam. Hal ini meningkatkan mutu pembelajaran yang dihasilkan. Pembelajaran
menjadi lebih berkualiti kerana murid terlibat secara aktif untuk membina pengetahuan dan
kefahaman tentang konsep-konsep baru yang dipelajari. Menurut Ramsden (2002),
pembelajaran aktif membolehkan murid mengaitkan pengetahuan baru dan lama, mengurus
pengetahuan ke dalam kerangka yang lebih menyeluruh dan menyedari aspek praktik
pengetahuan tersebut. Hanya cara ini yang boleh menimbulkan pembelajaran secara
mendalam dan meningkatkan kualiti pembelajaran.

Biggs (2003), menjalankan kajian untuk melihat struktur hasil pembelajaran yang dihasilkan
melalui penulisan esei murid. Kajian beliau membuahkan satu hieraki yang merujuk kepada
kerencaman respon murid. Hieraki ini dinamakan taksonomi SOLO. Rajah 2.3 menunjukkan
taksonomi SOLO Biggs.
Rajah 10.3 Taksonomi SOLO Biggs

Secara ringkasnya, taksonomi ini boleh digunakan untuk membahagi murid kepada dua
kumpulan; mereka yang belajar secara permukaan dan mereka yang belajar secara
mendalam. Pembelajaran secara permukaan terhasil apabila murid menerima pengetahuan
secara pasif dan lebih banyak menggunakan pembelajaran secara hafalan. Kajian Biggs
menunjukkan murid ini hanya mampu menghasilkan respon sehingga ke tahan multistruktur
sahaja. Mereka dikatakan tidak boleh membuat perkaitan yang baik dengan pengetahuan yang
mereka perolehi. Berbanding murid yang belajar secara mendalam, mereka mempunyai
pengetahuan yang lebih menyeluruh dan mampu membuat perkaitan dengan domain
pengetahuan lain. Murid ini berada pada hieraki SOLO yang lebih tinggi iaitu pada tahap
perkaitan atau extended abstrak. Hanya murid yang belajar secara aktif sahaja yang mampu
mencapai tahap ini.

Pembelajaran terarah kendiri


Satu aspek yang sangat penting berkaitan PBM ialah pembelajaran terarah kendiri. Tidak
banyak pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memberikan tumpuan kepada perkara ini.
Melalui PBM murid melalui pembelajaran terarah kendiri pada peringkat kelima dalam proses
PBM. Pembelajaran terarah kendiri memberi autonomi kepada murid untuk menetapkan
sendiri keperluan dan matlamat pembelajaran mereka. Mereka juga mempunyai peluang untuk
mengenal pasti sumber yang perlu untuk pembelajaran sesuatu topik, memilih strategi yang
sesuai dan menilai sendiri hasil pembelajaran yang dicapai. Rajah 10.4 menunjukkan kitaran
pembelajaran terarah kendiri.
Rajah 10.4 Pembelajaran terarah kendiri

Pembelajaran terarah kendiri merangsang pembelajaran secara mendalam kerana ia


memerlukan murid berfikir tentang tindakan mereka dan membuat keputusan berbanding
hanya menerima maklumat atau arahan dari guru. Beberapa kemahiran yang boleh digilap
melalui pembelajaran terarah kendiri termasuklah pengumpulan data dan maklumat, mengurus
pembelajaran, meneroka pengetahuan, menetapkan matlamat, mengurus masa, bekerja
sebagai kumpulan dan menjalankan penyelidikan (Brookfield, 1985; Gibbon, 2002).
Pembelajaran terarah kendiri mengajar murid untuk memikul tanggung jawab belajar dan ini
akan menjadikan mereka murid yang mampu berdiri sendiri, satu sifat penting dalam
pembelajaran sepanjang hayat.

Secara ringkasnya PBM mempunyai ciri berikut:

 Masalah yang agak rumit dijadikan titik tumpuan dan rangsangan bagi pembelajaran.
 Pembelajaran adalah berpusatkan murid di mana murid mempunyai tanggungjawab
yang besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka sendiri (pembelajaran
terarah kendiri atau self directed learning). Ini bermakna murid mempunyai kebebasan
yang lebih tinggi dalam mengenalpasti apa, bagaimana, bila dan di mana pembelajaran
berlaku.
 Pendidik bertindak sebagai pemudah cara dan jurulatih kognitif (cognitive coach) iaitu
secara berterusan membimbing murid bagi memastikan murid berada dilandasan yang akan
membawa mereka kearah pencapaian hasil pembelajaran yang diharapkan.
 Murid bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk mencari beberapa
penyelesaian kepada masalah yang diberikan.
 Penaksiran kendiri dan kumpulan menjadi sebahagian daripada penaksiran yang
dijalankan.
Bagaimana melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Masalah?

P BM boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara. Di sini dihuraikan salah satu daripada
cara yang disarankan Barrows & Tamblyn (1980). Terdapat lapan langkah utama di
dalam proses PBM. Rajah 2.5 menunjukkan langkah-langkah ini.

Rajah 10.5 Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah

Langkah 1: Pembentukan Kumpulan

 Langkah ini membolehkan anggota kumpulan berkenalan antara satu dengan yang lain dan
sedar tentang latar belakang, pengetahuan, kekuatan dan kemahiran setiap individu.
 Memperkenalkan diri (murid dan guru/pemudah cara)
 Menentukan peraturan asas berkerja dalam kumpulan
 Untuk membolehkan setiap kumpulan berfungsi dengan baik, beberapa peraturan asas
perlu ditetapkan dan diikuti oleh setiap anggota kumpulan. Peraturan yang ditetapkan
melatih murid menjadi individu yang bertanggung jawab dan menanamkan sikap hormat
menghormati dan toleransi dalam kalangan anggota kumpulan.
 Menentukan peranan murid dan guru (pemudah cara)
 Setiap anggota kumpulan melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan PBM. Untuk
melicinkan perbincangan dan agihan kerja, setiap murid harus diberikan suatu peranan
seperti menjadi ketua kumpulan, pencatat atau perantara. Selain peranan murid, setiap
kumpulan harus faham peranan sebenar seorang guru sepanjang proses PBM berjalan.
Tugas guru lebih tertumpu sebagai pemudah cara yang menyokong murid dalam
menyelesaikan senario masalah yang diberikan.
Langkah 2 : Mengenal pasti Masalah

Semasa langkah ini murid perlu meneliti senario masalah yang diberikan dengan memberi
perhatian terhadap:

 Membaca dan memahami senario masalah yang diberi dengan teliti.


 Menyenarai fakta yang terkandung dalam senario masalah.
 Merumus masalah yang perlu diselesaikan.

Langkah 3: Menjana Idea

Apa juga idea yang dihasilkan oleh murid boleh diterima semasa peringkat ini. Antara aktiviti
yang boleh dijalankan adalah:

 Menjana hipotesis, penerangan, punca, dan penyelesaian kepada masalah yang diberi
 Pada peringkat ini semua idea diterima tanpa dinilai

Rajah 10.6 Bekerjasama menyumbang idea

Langkah 4: Menjana Isu Pembelajaran

 Isu pembelajaran digubal dalam bentuk soalan di mana jawapan kepada soalan-soalanini
nanti membantu murid menjawab atau menyelesaikan masalah
 Isu-isu pembelajaran dibahagi-bahagikan di mana setiap ahli bertanggungjawab mencari
maklumat dan memahami dengan mendalam isu pembelajaran yang diagihkan
kepadanya.
Rajah 2.7 Mengagih tugas

Langkah 5: Menyediakan Pelan Tindakan

 Menyediakan pelan tindakan bagi mencari dan mengumpul bahan


 Murid dapat dibantu melalui proses PBM ini dengan menggunakan templat berfikir
(thinking tool) yang dinamkan carta FILA. Jadual 10.1 menunjukkan satu carta FILA
(Facts, Ideas, Learning issues, Action plan).

Jadual 10.1 Carta FILA

FAKTA IDEA ISU PELAN


PEMBELAJARAN TINDAKAN
Fakta diperoleh Berdasarkan Ditulis dalam Aktiviti-aktiviti
dari senario fakta yang bentuk soalan yang perlu
masalah yang dikumpul dijalankan
diberikan Hipotesis untuk
Andaian menyelesaikan
senario
masalah yang
diberi
Dikumpul Diterima tanpa Bila dijawab akan
mengikut tema syarat mencapai hasil
tertentu, jika Boleh berubah pembelajaran
perlu sepanjang
proses PBM
Langkah 6: Mencari dan Mengumpul Bahan

Murid yang menjalani kaedah PBM seharusnya melengkapkan carta FILA sebelum boleh
bekerja secara individu atau berpasangan bagi pencarian maklumat dan pengumpulan bahan
mengikut pelan tindakan yang telah dipersetujui. Melalui persetujuan bersama, setiap anggota
kumpulan akan diberi satu atau dua isu pembelajaran untuk ditangani.

Jangka masa yang diberikan untuk peringkat ini bergantung kepada persetujuan ahli dan masa
yang diberikan guru untuk menyelesaikan PBM. Sumber daripada mana bahan atau maklumat
diperolehi bergantung kepada isi kandungan pelajaran yang berkaitan dengan senario masalah
yang diberi. Murid boleh mencari maklumat daripada berbagai sumber seperti perpustakaan
dan Internet.

Langkah 7: Mensintesis dan Mengaplikasi

Berbekalkan maklumat dan pengetahuan baru yang diperoleh, murid akan:

 Bergabung kembali dalam kumpulan dan setiap murid melapor dapatan masing-masing,
diikuti dengan perbincangan kritis maklumat yang terkumpul.
 Menilai semula masalah berdasarkan maklumat yang dikumpul dan menjana isu
pembelajaran baru, jika difikirkan perlu.
 Merumuskan apa yang dipelajari dan membuat keputusan secara berkumpulan
penyelesaian terbaik kepada masalah yang diberi
 Menyediakan laporan atau persembahan tentang jalan penyelesaian yang telah
diperolehi.

Rajah 10.8 Murid membentangkan hasil penyelesaian masalah


Langkah 8: Membuat refleksi dan memberi maklum balas

Setelah selesai menjalani PBM murid perlu membuat refleksi tentang:

 Apakah konsep-konsep baru yang telah dipelajari?


 Bagaimana pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan pengetahuan
dalam mata pelajaran yang berkaitan?
 Bagaimana masalah yang diselesaikan berkait dengan pembelajaran lepas dan
pengalaman murid?
 Bagaimana pembelajaran dapat membantu masalah masa depan?

Murid kemudian digalakkan membina peta konsep bagi mensintesis pengetahuan yang
diperolehi. Setiap murid memberi maklum balas dan/atau menaksir prestasi mereka sebagai
ahli kumpulan dan penyelesai masalah dan juga prestasi pemudah cara dalam membantu
mereka menyelesaikan masalah dan bekerja secara kolaboratif. Pemudah cara juga memberi
maklum balas kepada murid dan menaksir mereka dari aspek kerja kumpulan dan
penyelesaian yang dihasilkan. Penaksiran kemahiran insaniah sesuai dijalankan semasa murid
bekerja dalam kumpulan jika hasil pembelajaran kemahiran insaniah dimasukkan sebagai
salah satu daripada hasil pembelajaran yang diharapkan bagi sub-tajuk ini. Kemahiran
insaniah yang sesuai termasuklah kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat, dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Untuk tujuan ini
satu rubrik perlu disediakan.

Lawati laman web di alamat http://www.uc.edu/pbl/docs/peer_eval_rubric.pdf dan


http://www.rp.edu.sg/symposium/download/PBL%20ASSESSMENT%20RUBRIC.pdf bagi
melihat beberapa contoh rubrik yang boleh terus diguna atau diubahsuai.

Bagaimana menjana senario masalah?

O
leh sebab PBM dimulai dengan satu senario masalah atau trigger, senario masalah ini
perlu dijana dahulu oleh guru atau pendidik. Penjanaan senario masalah memerlukan
kemahiran dan melibatkan langkah-langkah tertentu. Walau bagaimanapun, selain
daripada mencipta sendiri senario masalah, guru juga boleh mendapatkannya daripada
beberapa sumber seperti Internet, artikel majalah, keratan surat khabar, artikel kajian dan
sebagainya.
Pendekatan utama dalam menjana senario masalah adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.9. Namun kedua-dua pendekatan ini boleh digabungkan untuk mereka bentuk senario
masalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 10.10.
Pendekatan 1 Pendekatan 2
(Schmidt & Moust, (Baden & Major,
2000) 2004: Barrows, 1994)

Kenal pasti jenis pengetahuan


yang perlu dipelajari Kenal pasti prinsip utama
mereka bentuk masalah

Kenal pasti jenis masalah yang


boleh bantu pelajar membina Masukkan prinsip utama
pengetahuan tersebut sebagai panduan mereka
bentuk masalah

Rajah 10.9 Dua pendekatan utama dalam menjana senario masalah

Pendekatan 1 Pendekatan 2
Senario masalah/
Padankan jenis Aplikasi prinsip trigger
pengetahuan dengan utama mereka
jenis masalah bentuk masalah

Rajah 10.10 Menggabungkan dua pendekatan dalam mereka bentuk senario masalah

Jenis pengetahuan dan masalah beserta contoh soalan yang boleh dijana ditunjukkan dalam
Jadual 10.2.

Jadual 10.2 Huraian jenis pengetahuan dan jenis masalah

Jenis Matlamat Jenis masalah Contoh soalan yang


pengetahuan Memperoleh pengetahuan: boleh dijana
Pengetahuan Tentang fakta Masalah ‘fact- Apakah faktanya?
diskriptif finding’
Penjelasan Tentang mengapa sesuatu Masalah Mengapa atau
itu terjadi (punca) penjelasan bagaimana ia berlaku
(explanation
problem)
Pengetahuan Bagaimana bertindak Masalah strategi Apakah langkah-
prosedur dalam sesuatu situasi (strategy problem) langkah yang anda
untuk mengubahnya akan ambil?
Bagaimanakah anda
akan lakukan?
Pengetahuan Tentang kepercayaan dan Masalah Apakah yang
peribadi sikap diri menyelesaikan akan/patut lakukan
dilemma moral dalam situasi dilema?
Sesuatu senario masalah dalam PBM seharusnya:

 memerlukan pembelajaran pengetahuan asas yang baru


 sejajar dengan hasil pembelajaran yang diharapkan
 diadaptasi kepada pengetahuan sedia ada murid
 dipersembah dalam konteks yang relevan dan autentik kepada tugas dan kerjaya
semasa dan akan dating
 merangsang elaborasi melalui kiu yang terdapat dalam masalah
 menggalakkan pengintegrasian pengetahuan
 merangsang pembelajaran terarah kendiri dengan menggalakkan penjanaan isu
pembelajaran dan pemnyelidikan
 menggalakkan perbincangan dan eksplorasi isi kandungan pelajaran

Langkah-langkah dalam menjana senario masalah:

1. Tentukan hasil pembelajaran (isi kandungan pelajaran, kemahiran, sikap)


2. Tentukan sumber yang ada
3. Kenal pasti konsep daripada isi kandungan pelajaran, dapatkan idea untuk hook
(perkara yang mampu menarik minat dan ransang sifat ingin tahu murid)
4. Kenal pasti jenis masalah yang paling sesuai untuk memacu pembelajaran, gunakan
prinsip KISS (Keep It Short and Simple) dan pastikan kata kunci diterapkan sebagai
kiu kepada murid.
5. Sediakan focus (nyatakan peranan murid, cth. sebagai seorang saintis atau guru
besar) dan sudahi senario masalah dengan membina satu persoalan atau tugasan
beserta bentuk hasil tugasan yang diperlukan.
6. Putuskan samada hasil tugasan harus dipersembahkan sebagai laporan bertulis,
email, memo, temu bual, klip video, artikel untuk surat khabar, dan sebagainya. Semak
semula samada konsep utama telah dimasukkan dan semua prinsip utama dipatuhi.
7. Berikan satu tajuk yang menarik yang mampu meningkatkan motivasi dan
merangsang sifat ingin tahu murid.

.
RUMUSAN

KATA KUNCI
1. Pembelajaran berasaskan masalah
2. Senario masalah
3. Trigger
4. Carta FILA
5. Pembelajaran terarah kendiri
6. Taksonomi SOLO

RUJUKAN

Barrows, H. S. & Tamblyn, R. N. (1980). ß passing fad? Medical Education. New York, N. Y.
Springer
Gibbons, M. (2000). The Self-Directed Learning Handbook. San Francisco: Jossey-Bass.

Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026
Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia, UPSI

Ramsden, P. (2002). Learning to Teach in Higher Education. London: Routledge Falmer.

Savery, J. R., & Duffy, T. M. (1995). Problem based learning: An instructional model and its
constructivist framework. Educational Technology, 35, 31-38.

Savin-Baden, M., & Major, C. H. (2004). Foundations of problem-based learning. Buckingham:


Open University Press/SHRE.

Schmidt, H. and J. Moust (2000). Factors Affecting Small-Group Tutorial Learning: A Review
Research. In Problem-based Learning: a Research Perspective on Learning Interactions.
Londondon: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes.


Cambridge, MA: Harvard University Press.
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Keadaan sungai yang Apakah kepentingan Mencari maklumat


Ali mengajak rakan- jernih dan sejuk sungai untuk kita? dari buku
rakannya mandi dapat menenagkan
disungai hati dan air sungai
yang bersih dapat
menyegarkan badan
mereka
Ali hairan mengapa Hutan ditebang Bagaimanakah kita Mencari maklumat
hutan terang dan untuk sesuatu menjaga kebersihan dari internet
hanya sedikit pokok aktiviti sungai kita?
besar yang ada

Hutan yang dahulu Satu projek Apakah yang akan Berbincang dengan
tebal diganti dengan perumahan telah berlaku jika sungai guru
deretan rumah dibina dikawasan dicemari?
tersebut

Ali dan rakan-rakan Keadaan sungai yang Apakah langkah-


merasa sedih keruh dan kotor langkah yang perlu
melihat keadaan tidak sesuai untuk kita lakukan untuk
sungai yang yang tempat mandi menghalang
sudah tidak lagi manda pencemaran sungai.
sesuai untuk mandi
manda

You might also like