You are on page 1of 7

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMUSATAN GURU- KAEDAH SYARAHAN / KULIAH

1.0 DEFINISI/TAKRIFAN Kaedah kuliah adalah satu kaedah mengajar yang telah digunakan daripada zaman Yunani Tua, dimana seorang guru yang mempunyai pengetahuan memberikan pengajaran kepada murid-muridnya secara

berpidato.Kaedah kuliah-satu kaedah mengajar,yakni seorang guru yang mempunyai pengetahuan memberikan pengajaran kepada murid-murid secara berpidato. Kaedah ini mempunyai konsep memenuhi tong kosong, guru dianggap sebagai orang yang mengetahui segala-galanya dan murid-murid tidak tahu apa-apa. (Atan Long 1980). Kaedah kuliah atau dikenali sebagai pengajaran secara kelas merupakan penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberi latihan atau kerja yang sama kepada semua murid dalam kelasnya. Oleh itu, dalam kaedah kuliah, guru mempunyai peranan utama dalam situasi pengajaranpembelajaran iaitu guru akan bercakap,menulis dan menerangkan sementara murid-murid akan mendengar dan mencatat. 2.0 KAITAN KAEDAH DENGAN MANA-MANA TEORI PEMBELAJARAN Kaedah kuliah ini mempunyai perkaitan dengan teori pembelajaran behaviorisme. Menurut teori behavioris, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia. Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan.Menurut Thorndike, untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaranpembelajaran yang

menarik serta mengagumkan agar pembelajaran akan berlaku. Oleh itu, guru akan menyediakan bahan-bahan P&P atau nota yang mencukupi sebelum kuliah dijalankan.

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

2.1 TIGA PRINSIP/HUKUM PEMBELAJARAN ANJURAN THORNDIKE 2.1.1 HUKUM KESEDIAAN Sebelum memulakan pembelajaran, guru hendaklah memastikan muridmurid mempunyai kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran.Murid-murid akan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka. Oleh itu, dalam pengajaran secara kuliah, adalah penting bagi guru untuk memastikan semua murid telah bersedia untuk memulakan pembelajaran. 2.1.2 HUKUM LATIHAN Menurut Thorndike, hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Oleh itu, untuk menjamin kelangsungan pembelajaran selepas sesuatu kuliah, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.Latihan dan penggunaan pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pembelajaran. 2.1.3 HUKUM KESAN Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya.Contohnya, semasa dalam P&P secara kuliah, guru memberi beberapa soalan kepada murid, dan murid berjaya menjawabnya, maka, guru akan memberi pujian kepada murid tersebut. dengan itu, situasi ini akan membuatkan murid-murid akan menjawab soalan guru apabila ditanya. 3.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAEDAH/PENGGUNAAN BAHAN Bagi subjek KHSR, kaedah kuliah ini boleh dilaksanakan dalam tajuk Keselamatan dan Organisasi Bengkel Tahun 4. Langkah-langkah pelaksanaan adalah seperti berikut: 1. Pengenalan kepada kuliah untuk menarik minat pelajar.

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

2. Nyatakan ulasan keseluruhan atau rangka isi kandungan kuliah. 3. Nyatakan kepada pelajar bagaimana maklumat yang diberikan dalam kuliah ini dapat digunakan. Guru menerangkan tujuan mempelajari tajuk keselamatan dan organisasi bengkel. 4. Beri definisi kepada terminologi yang pelajar tidak pernah dengar. 5. Pastikan masa kuliah fleksibel dengan maklumat yang akan dikuliahkan untuk memberi peluang soalan atau komen daripada pelajar. 6.Kenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan dan kemudian, kembangkan perkara penting ini supaya pelajar akan lebih jelas dengan apa yang dikuliahkan. 7. Susun maklumat yang hendak dikuliahkan mengikut sususan yang logik. 8. Sediakan contoh-contoh untuk menjelaskan idea utama. 9. Perhatikan komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar untuk menentukan kefahaman mereka terhadap kuliah. Suara perlu ada intonasi untuk menunjukkan kepentingan maklumat. 10. Libatkan pelajar dalam kuliah dengan menyoal atau berinteraksi dengan mereka untuk melibatkan komunikasi dua hala. Guru menanya soalan kepada murid-murid bagi menguji tahap kefahaman murid. 11. Buat kesimpulan di akhir kuliah.

4.0 KELEBIHAN/KEBERKESANAN KAEDAH Antara kelebihan kaedah kuliah ini adalah seperti berikut: 1. Banyak bahan atau maklumat boleh disampaikan dalam satu masa pengajaran. 2. Bilangan pelajara yang ramai boleh mengikut kuliah. Oleh itu, masa dapat dijimatkan sekiranya terdapat tempat yang cukup luas untuk

mennempatkan pelajar yang ramai. 3. Guru dapat menjimatkan masa dan tenaga. 4. Dapat memuaskan sifat naluri kanak-kanak yang suka belajar secara beramai-ramai.

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

5. Murid-murid yg belajar bersama-sama merasa lebih seronok daripada seorang belajar sendiri. 6. Melibatkan setiap murid menyertai aktiviti pembelajaran yang sama. 7. Boleh melatih murid-murid yang sederhana dan lambat mencontohi rakanrakan mereka yang cerdas.

Munurut kajian oleh Bligh (1972),McKeachie (1967),McLeish(1976) dan Ramsden (1990) mendapati kaedah kuliah ini sesuai jika tujuan asas pengajaran adalah untuk menyampaikan maklumat,bahan berkenaannya sukar diperoleh, bahan perlu disusun dengan cara tertentu untuk kumpulan tertentu dan untuk membangkitkan minat dalam mata pelajaran berkenaan. Selain itu, Kajian Shaughnessy (1998) selaras dengan kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan, di mana penyelidik mendapati pelajar bosan, tidak selesa dan marah dengan pengajaran yang tidak sepadan dengan gaya mereka. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati bahawa murid-murid tidak berminat dengan kaedah

pengajaran kuliah. Menurut kajian yang dilakukan oleh John Haysom dan Clive Sulton (1974) jika pelajar-pelajar yang mengikuti sesuatu mata pelajaran itu diberi banyak peluang untuk bercakap dan melakukan kerja, maka ia boleh menimbulkan kesan yang positif dan lebih baik di mana mereka boleh mengenengahkan idea-idea dengan penggunaan multi-deria yang sepenuhnya dan lebih aktif dalam menjalankan aktiviti dalam kumpulan jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran langsung. McIntosh (1996), dalam pemerhatiannya mendapati bahawa kuliah pada kebiasaannya adalah satu proses sehala yang tidak disertai dengan diskusi, soalan atau latihan dalam kelas yang menjadikan kuliah kurang berkesan. Berdasarkan Penyelidikan Ilmiah: Efektiviti Penggunaan Kaedah Ceramah Dan Metode Demonstrasi Pada Sekolah Menengah Oleh Hidayah Binti Abdul Hamid, kaedah kuliah dikatakan akan menjadikan pelajar sebagai pemain pasif iaitu hanya sebagai pendengar manakala guru sebagai pemain aktif. Ini akan

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

menjadikan pelajar lebih banyak disuap daripada mereka bertindak mencari atau menjalankan eksplorasi terhadap sesuatu ilmu pengetahuan. Oleh itu, walaupun kaedah kuliah ini mempunyai kelebihan yang tertentu, namun, jika kaedah ini diamalkan sepanjang waktu, maka, murid-murid akan menjadi pasif dan hanya akan menerima maklumat atau ilmu daripada guru tanpa menyumbang sebarang idea atau maklum balas semasa pembelajaran. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kaedah kuliah ini mempunyai konsep memenuhkan bekas kosong dimana guru dianggap sebagai orang yang mengetahui segalagalanya dan murid-murid tidak mengetahui apa-apa. Oleh itu, guru berperanan untuk mencurahkan segala ilmu yang ada ke dalam diri murid-murid. Dalam KHSR, Kaedah kuliah ini sesuai dijalankan sebelum murid-murid melakukan sesuatu kerja amali. Contohnya, sebelum melakukan sesuatu kerja amali, guru akan memberi sedikit kuliah berkenaan dengan konsep atau kemahiran yang diperlukan. Selepas murid-murid memahami konsep dan menguasai kemahiran, mereka akan diarah balik untuk menjalankan kerja amali. 6.0 BIBLIOGRAFI Atan Along. (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Azizi Yahaya &Syazwani Abdul Razak.(March 2011). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf

Hidayah Abdul Hamid. (2009). Efektiviti Penggunaan Kaedah Ceramah Dan Metode Demonstrasi Pada Sekolah Menengah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

Mok.S.S.. (1992). Pedagogi 2:Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan untuk Pengajaran Praktik. Selangor:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Noriati A. Rashid, Boon.P.P.&Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini: Teori Pembelajaran Behavioris . Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd. Rahil Mahyuddin,Habibah Elias &Kamariah Abu Bakar. (1997). Pedagogi 2:Pelaksanaan Pengajaran. Selangor:Longman Malaysia Sdn Bhd. Wan Zah Wan Ali,Ramlah Hamzah & Rosini Abu. (Februari 2009). HBEF3103 Prinsip Teknologi pengajaran. Open Universiti Malaysia.

CHANG PEI PEI PISMP RBT SEM 3 AMB JAN 2012

You might also like