You are on page 1of 23

1.0.

PENGENALAN
Afinde Othman (2016) melihat bahawa pendidikan di Malaysia dikategorikan kepada tiga
komponen utama iaitu pengajaran, pentaksiran dan pembelajaran dan gabungan ketiga-tiga
komponen ini mampu membentuk hasil pengajaran dan pembelajaran yang optimum.
Penentuan prestasi bagi setiap murid adalah sangat penting dan ia boleh dilaksanakan
melalui ujian. Hal ini kerana, melalui pentadbiran ujian, satu maklumat atau tindakbalas
daripada pelajar diperolehi dalam bentuk yang bersistematik dan boleh ditafsir. Tugasan kerja
kursus ini memerlukan saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam di SK Desa Cempaka
untuk menyediakan satu set ujian yang merangkumi 20 soala objektif. Penggubalan ujian ini
bukan sahaja untuk memantau perkembangan pembelajaran murid, malah bagi menguji
kebolehpercayaan, kesahan dan keobjektifan sesebuah item soalan yang dibina. Bagi
menjalankan ujian ini, seramai 30 orang murid dari kelas 3 Anggerik telah dipilih untuk
menjawab item soalan yang dibina.

2.0. PENGGUBALAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Sebelum penggubalan item ujian bagi tujuan pentaksiran, jadual spesifikasi ujian (JSU) telah
dibina bagi memastikan item yang dipilih adalah tepat. Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan
Lawrence Alysius Aeria (2017) menyatakan bahawa JSU merupakan bahan bertulis yang
terperinci berkenaan sesuatu ujian yang merangkumi huraian objektif ujian dan sasaran
berasaskan domain Taksonomi Bloom yang disemak semula pada tahun 2001 yang mengikut
Anderson dan Krathwohl, kandungan atau bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis
item dan bilangan item untuk setiap bidang kandungan/ prestasi, aras kesukaran item dan
jumlah item yang diuji. Melalui penggubalan JSU, sesuatu ujian dapat dibina dengan baik dan
boleh dipercayai serta soalan yang dibina mengikut keutamaan tajuk yang diajar tanpa
membina soalan yang tidak berkaitan dengan matapelajaran yang diajar (Mohd Fakhrudzafie
Mohd, 2010). Bagi JSU yang telah dibina, ia hanyalah melibatkan topik yang sudah dipelajari
oleh murid-murid tahun 3 di SK Taman Semarak bagi memastikan kesahan kandungan adalah
diterima. Maklumat ini diperoleh melalui temu bual bersama guru semasa menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) serta penelitian ke atas Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam tahun 3. Bidang yang dipilih merupakan
bidang ibadah yang merangkumi topik bersuci daripada hadas besar, perkara yang
membatalkan solat serta sunat ab’ad dan sunat hai’at.

Berdasarkan JSU, peruntukan markah dan bilangan item soalan yang hendak diuji dikira
berdasarkan masa pengajaran. Terdapat 20 soalan aneka pilihan dengan wajaran markah
100%. Seterusnya, aras kemahiran Taksonomi Bloom yang terdapat bagi setiap item soalan
diukur dengan berpandukan hasil pembelajaran dalam DSKP.

1
Bil Topik/ Tajuk Masa untuk Peratus Peratus markah
mengajar markah mukatamad

1 Bersuci Daripada 3.5 jam (3.5/10) x 35


Hadis 100%
= 35

2 Solat Yang 3 jam (3/10) x 100% 30


Sempurna = 30

3 Sunat Ab’ad dan 3.5 jam (3.5/10) x 35


Hai’at 100%
= 35

Jumlah 10 jam 100

Jadual 1: Peruntukan markah bagi setiap topik

Bil Tajuk Masa Peratus Kiraan Jumlah Item

1 Bersuci Daripada Hadis 3.5 jam 35 (35/100) x 20 7

2 Solat Yang Sempurna 3 jam 30 (30/100) x 20 6

3 Sunat Ab’ad dan Hai’at 3.5 jam 35 (35/100) x 20 7

Jumlah 100 20 item

Jadual 2: Jumlah item bagi setiap topik

2
Tajuk Bilangan Jam Jenis Soalan Jumlah Item Wajaran (%) Aras Taksonomi Bloom Catatan
4.1 Merumus konsep bersuci daripada 3.5 jam
1 2 3 4 5 6
hadas besar dan mengamalkannya
dalam kehidupan harian secara beradab

Mengingati

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta
dan istiqamah.

Menyatakan maksud hadas dan 0.25 jam Objektif 1 5% /


pembahagian
Menyatakan hukum bersuci daripada 0.5 jam Objektif 1 5% /
hadas besar berdasarkan dalil naqli
Menjelaskan perkara-perkara yang 0.5 jam Objektif 1 5% /
menyebabkan berhadas besar
Menjelaskan perkara-perkara yang 0.5 jam Objektif 1 5% /
dilarang ketika berhadas besar
Menerangkan kedah bersuci daripada 1.25 Objektif 2 10% /
hadas besar
Merumus kepentingan mandi wajib 0.5 jam Objektif 1 5% /
dalam kehidupan harian

3
Tajuk Bilangan Jam Jenis Soalan Jumlah Item Wajaran (%) Aras Taksonomi Bloom Catatan

4.2 Menilai perkara yang membatalkan 3 jam 6


1 2 3 4 5 6
solat dan mengamalkan solat dengan
sempurna

Mengingati

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta
Menilai perkara yang membatalkan solat 1 jam Objektif 3 15% / / /

Mengaplikasi solat yang sempurna 2 jam Objektif 3 15% / / /

4
Tajuk Bilangan Jam Jenis Soalan Jumlah Item Wajaran (%) Aras Taksonomi Bloom Catatan

4.3 Merumus konsep sunat Ab’ad dan 3.5 7 35 1 2 3 4 5 6


sunat Hai’ah serta mengamalkannya
dalam solat secara beradab dan
istiqamah

Memahami
Mengingati

Mencipta
Aplikasi

Analisis

Menilai
• Menyatakan pengertian sunat 0.25 jam Objektif 1 5 /
ab’ad dan sunat hai’ah

• Menerangkan perkara-perkara 0.5 jam Objektif 2 10 / /


sunat ab’ad dan sunat hai’ah

• Mengaplikasikan perkara- 1 jam Objektif 2 10 / /


perkara sunat ab’ad dan sunat
hai’ah

• Menerangkan perkara yang 1 jam Objektif 2 10 /


perlu dilakukan sekiranya
meninggalkan sunat ab’ad

Jadual 3: Jadual Spesifikasi Ujian Pendidikan Islam tahun

5
3.0. PEMBINAAN ITEM UJIAN

Dalam mentaksir kefahaman murid terhadap kandungan kursus dan tahap kompetensi dalam
mengaplikasikan apa telah dipelajari oleh murid, pembinaan item ujian ujian merupakan
bahagian penting di dalamnya. Dalam tugasan kerja kursus ini, item ujian untuk pentaksiran
yang dibina ialah item ujian objektif sebanyak 20 soalan. Bagi setiap soalan dalam item ujian
adalah dibina berdasarkan kandungan dan kemahiran Taksonomi Bloom serta berpandukan
JSU yang telah dibina. Markah bagi item aneka pilihan ialah 100 markah di mana satu soalan
membawa wajaran sebanyak 5 markah.

4.0. PENTADBIRAN ITEM UJIAN

Pentadbiran item ujian telah dijalankan ke atas 30 orang murid kelas 3 Anggerik SK Desa
Cempaka. Murid-murid telah diberitahu terlebih dahulu mengenai pelaksanaan ujian sebelum
hari pentadbiran. Hal ini kerana, supaya murid-murid dapat membuat persediaan untuk
membuat ulangkaji matapelajaran. Pada hari kejadian, murid-murid dipastikan duduk secara
berpisahan supaya tiada sebarang unsur meniru dan mengelakkan gangguan yang tidak
diingini. Selepas itu, kertas soalan diedarkan kepada setiap murid dan arahan peperiksaan
dibacakan kepada murid agar mereka tahu cara untuk menjawab soalan dan murid juga
diminta untuk menyemak bilangan soalan yang terkandung dalam kertas ujian masing-
masing. Setelah semua murid bersedia, ujian Pendidikan Islam dimulakan dan berlangsung
selama 1 jam. Penyelidik memastikan murid untuk sentiasa senyap ketika ujian dijalankan
agar tidak mengganggu rakan yang sedang menjawab kertas ujian.

5.0. KEPUTUSAN UJIAN


Setelah menyemak kertas jawapan murid kelas 3 Anggerik, skor murid bagi 20 item aneka
pilihan telah direkodkan seperti Jadual 4.

Markah
Bil Nama Skor (%)
1 Nuha Mubarak 16 80
2 Farahanim 16 80
3 Auni Zuyyin 15 75
4 Aiman Asyraf 15 75
5 Ameera Syafiya 14 70
6 Iffah Zabri 13 65
7 Intan Fareesya 13 65
8 Nur Amanda Soraya 12 60
9 Husna Adilah 12 60
10 Syafuan 11 55

6
11 Nurus Syuhada 11 55
12 Nur Izzati 11 55
13 Aisyah Inara 11 55
14 Qurratul A'yun Batrisya 10 50
15 Aidil Farhad 10 50
16 Azeem 9 45
17 Nur Qhaisara 9 45
18 Mohd Haekal 9 45
19 Zikri Aiman 9 45
20 Alya Maisara 8 40
21 Abdul Abrar 8 40
22 Nur Arissa Zafiera 7 35
23 Umar Hakim 6 30
24 Aidil 6 30
25 Shasha Nur Sahirah 6 30
26 Nur Zarissa Izalea 6 30
27 Adam Qayyim 6 30
28 Ikmal Elyas 6 30
29 Reezqy Akmal Amsyar 4 20
30 Nur Izzah Azzahra 4 20

Jadual 4: Skor Ujian Pendidikan Islam kelas 3 Anggerik

5.1. Analisis Skor Ujian

Berdasarkan data mentah yang diperoleh, data tersebut disusun ke dalam jadual kekerapan
untuk diterjemahkan kepada data terkumpul seperti Jadual 5

Selang kelas Sempadan atas Titik tengah, x Kekerapan, f Kekerapan


longgokan, F

10-19 19.5 14.5 0 0


20-29 29.5 24.5 2 2
30-39 39.5 34.5 7 9
40-49 49.5 44.5 6 15
50-59 59.5 54.5 6 21
60-69 69.5 64.5 4 25
70-79 79.5 74.5 3 28
80-89 89.5 84.5 2 30
90-99 99.5 94.5 0 30

Jadual 5: Jadual kekerapan skor murid kelas 3 Anggerik

7
Daripada Jadual 5, skor tersebut dipersembahkan dalam bentuk histogram dan ogif bagi
membolehkan taburan kekerapan skor lebih jelas dan mudah dibaca seperti di bawah.

Histogram Kekerapan Skor


8
7
6
Kekerapan

5
4
3
2
1
0
24.5 34.5 44.5 54.5 64.5 74.5 84.5 94.5
Skor

Rajah 1: Histogram kekerapan skor murid kelas 3 Anggerik

Berdasarkan jadual kekerapan dan histogram, dapat dilihat kebanyakan murid mempunyai
skor di antara selang kelas 30-39. Kekerapan skor terendah adalah pada selang 20-29 dan
80-89. Tambahan lagi terdapat tiga selang kelas yang mempunyai kekerapan yang sama
iaitu selang kelas 40-49 dan 40-59 dengan kekerapan 6.

Ogif
35
30
28
30
25
25 21
Kekerapan

20
15
15
9
10
5 2
0
0
0 20 40 60 80 100
Skor

Rajah 2: Ogif kekerapan longgokan skor murid kelas 3 Anggerik

8
Beberapa nilai seperti nilai median dan kuartil dapat dibaca daripada lengkung ogif yang
dibina. Median suatu taburan membahagikan data yang telah disusun mengikut tertib kepada
dua bahagian yang mempunyai saiz yang sama. Manakala tiga nilai iaitu K¹, K² dan K³ yang
membahagikan data kepada empat bahagian yang sama saiz. Kuartil atas K³ menunjukkan
kelas yang paling tinggi manakala kuartil bawah, K¹ merujuk kepada bahagian kelas yang
paling rendah. Julat antara kuartil dapat diperoleh daripada data kuartil atas dan kuartil bawah
tersebut. Kaedah pemerolehan nilai-nilai tersebut ditunjukkan seperti Jadual 6.

Kuartil Kedudukan kuartil Nilai Cerapan


1
Pertama, 𝐾1 Cerapan ke (4 x 30) = cerapan ke 7.5 Nilai cerapan ke-7.5 : 𝐾1 = 36
1
Kedua, 𝐾2 Cerapan ke (2 x 30) = cerapan ke 15 Nilai cerapan ke-15 : 𝐾2 = 50
3
Ketiga, 𝐾3 Cerapan ke ( x 30) = cerapan ke 22.5 Nilai cerapan ke-22.5 : 𝐾3 = 62
4
Jadual 6: Pengiraan nilai kuartil

Julat antara kuartil = 𝐾3 − 𝐾1 = 62 - 36 = 26 markah

5.2. Interpretasi Data


I. Min

Min ialah purata nombor yang dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan dibahagikan
dengan bilangan nombor. Rumus min bagi data terkumpul adalah seperti berikut:

∑ 𝑓𝑥
𝑀𝑖𝑛, 𝑥̅ =
∑𝑓
dimana,
∑ : hasil tambah
f : kekerapan
x : titik tengah

Rajah 3: Rumus min

Berikut merupakan jadual kekerapan bagi menghitung nilai min.

Selang kelas Titik tengah, x Kekerapan, fx


f

20-29 24.5 2 49.0


30-39 34.5 7 241.5
40-49 44.5 6 267.0
50-59 54.5 6 327.0
60-69 64.5 4 258.0
70-79 74.5 3 223.5

9
80-89 84.5 2 169.0
∑f = 30 ∑f = 1535
Jadual 7: Jadual kekerapan bagi min

Dengan ∑fx = 1535 dan ∑f = 30.

1535
Maka 𝑀𝑖𝑛, 𝑥̅ = 30
= 51.17

II. Median

Median ialah nilai nombor yang memisahkan sampel data yang telah disusun mengikut tertib
kepada dua bahagian yang sama rata. Median bagi sebarang senarai nombor dicari dengan
menyusun senarai itu mengikut tertib dan memilih nombor yang berada di tengah-tengah. Jika
bilangan unsur dalam senarai itu adalah nombor genap, maka purata bagi dua nombor yang
berada di tengah-tengah dicari. Rumus median bagi data terkumpul adalah seperti berikut:

∑f
−𝐹
𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎𝑛 = 𝐿 + ( 2 )𝑐
𝑓𝑚

dimana ,

L : sempadan bawah kelas median

∑f : jumlah kekerapan

F : kekerapan longgokan bagi kelas sebelum kelas median

fm : kekerapan kelas median

c : saiz kelas median

Rajah 4: Rumus median

Pemilihan kelas median adalah dengan kekerapan longgokan ditengah-tengah set data iaitu
∑f 30
2
= 2
= 𝑐𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑘𝑒 − 15.

10
Selang kelas Sempadan bawah Kekerapan, f Kekerapan
longgokan, F
10 - 19 9.5 0 0
20 - 29 19.5 2 2
30 - 39 29.5 7 9
40 - 49 39.5 6 15
50 - 59 49.5 6 21
60 - 69 59.5 4 25
70 - 79 69.5 3 28
80 - 89 79.5 2 30
90 - 99 89.5 0 30
Jadual 8: Pengiraan Median

Pemilihan kelas median adalah dengan kekerapan longgokan ditengah-tengah set data iaitu
∑f 30
2
= 2
= 𝑐𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑘𝑒 − 15 = (40 − 49) dengan nilai L = 39.5, ∑f = 30, F = 9, fm = 6 dan c = 10

30
−9
2
Maka, nilai median = 39.5 + ( ) 10 = 49.5
6

III. Mod

Dalam istilah statistik, mod bermaksud nilai yang mempunyai kekerapan yang tinggi dalam
satu set data (Normazun Mohd Noor, 2007). Rumus mod bagi data terkumpul adalah seperti
berikut:
𝑑1
𝑀𝑜𝑑 = 𝐿+(𝑑1+𝑑2) c

di mana,

L : sempadan bawah kelas mod

𝑑1 : perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas sebelumnya


𝑑2 : perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas selepasnya
C : saiz kelas mod

Rajah 5: Rumus Mod

Kelas mod adalah 30-39 kerana merupakan selang kelas yang mempunyai kekerapan
tertinggi dengan nilai L = 29.5, 𝑑1 = 7-2 = 5, d2 = 7- 6 = 1 seperti berikut:

11
Selang kelas Sempadan bawah Kekerapan, f

20 - 29 19.5 2
30 - 39 29.5 7
40 - 49 39.5 6

Jadual 9: Jadual taburan kekerapan bagi mod

5
Maka, nilai Mod = 29.5 + ( ) 10 = 37.83
5+1

Berdasarkan nilai min yang diperolehi, kebanyakan murid yang menjawab soalan ujian ini
memperolehi markah 51 iaitu gred C. Keadaan ini memberi gambaran prestasi keseluruhan
bilik darjah secara puratanya adalah sederhana.

IV. Sisihan Piawai

Nilai sisihan piawai yang diperoleh menunjukkan kedudukan data yang tertabur sekitar min.
Rumus sisihan piawai bagi data terkumpul adalah seperti berikut:

∑𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
Sisihan piawai, σ = √ ∑𝑓

di mana,

x : titik tengah

𝑥̅ : min

∑f : jumlah kekerapan

Rajah 6: Rumus sisihan piawai

Nilai 𝑚𝑖𝑛, 𝑥̅ = 51.17 dengan ∑𝑓(𝑥 − 𝑥̅)2= 8266.7 dan ∑f = 30 seperti berikut:

Selang Titik Kekerapan, ̅


x-𝒙 ̅)𝟐
(𝒙 − 𝒙 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
kelas tengah, x f
20 - 29 24.5 2 -26.67 711.29 1422.58
30 - 39 34.5 7 -16.67 277.89 1945.23
40 - 49 44.5 6 -6.67 44.49 266.94
50 - 59 54.5 6 3.33 11.09 66.54
60 - 69 64.5 4 13.33 177.69 710.76

12
70 - 79 74.5 3 23.33 544.29 1632.87
80 - 89 84.5 2 33.33 1110.89 2221.78
∑f = 30 ∑𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2 = 8266.7
Jadual 10: Jadual kekerapan bagi sisihan piawai

8266.7
Maka sisihan piawai, σ = √ 30
= 16.60

Berdasarkan nilai sisihan piawai di atas iaitu 16.60, sisihan piawai yang melebihi 10
menunjukkan nilai sisihan piawai yang besar. Skor sangat berbeza antara satu dengan yang
lain iaitu data skor adalah heterogeny di mana serakan skor tersebar secara sekata. Oleh itu,
nilai sisihan piawai yang besar ini menunjukkan pencapaian murid adalah sangat berbeza, di
mana secara umumnya skor murid terletak jauh daripada min.

V. Skor Piawai

Skor piawai digunakan untuk mengetahui pencapaian murid secara individu khususnya untuk
membuat perbandingan antara murid. Hal ini disebabkan skor piawai dapat menunjukkan
kedudukan seseorang murid dari segi bilangan sisihan piawai skor murid berada daripada
min. Terdapat dua skor piawai yang boleh digunakan iaitu skor-z dan skor-T. Rumus skor-z
dan skor-T adalah seperti dalam Rajah 7.

Rumus skor-z Rumus skor-T


(𝑋 − ̅̅̅
𝑋)̅
skor-z = σ skor-T : T = 50 + 10z
Di mana
𝑋 : skor individu
Dimana
𝑋̅ : skor min z : skor-z individu
σ : sisihan piawai

Rajah 7: Rumus skor-z dan skor-T

Di samping itu, gred bagi ujian ini mengikut ketetapan yang berikut.

Julat markah Gred Catatan

80-100 A Cemerlang
65 - 79 B Baik
50 - 64 C Memuaskan
40 - 49 D Mencapai tahap minimum
0 - 39 E Gagal

13
Berdasarkan pengiraan tersebut, terjemahan data Skor-Z dan Skor-T dapat dilihat seperti
dalam Jadual 11.

Bil Nama Skor Markah Gred Skor-z Skor-T


(%)
1 Nuha Mubarak 16 80 A 1.7 67
2 Farahanim 16 80 A 1.7 67
3 Auni Zuyyin 15 75 B 1.4 64
4 Aiman Asyraf 15 75 B 1.4 64
5 Ameera Syafiya 14 70 B 1.1 61
6 Iffah Zabri 13 65 B 0.8 58
7 Intan Fareesya 13 65 B 0.8 58
8 Nur Amanda Soraya 12 60 C 0.5 55
9 Husna Adilah 12 60 C 0.5 55
10 Syafuan 11 55 C 0.2 52
11 Nurus Syuhada 11 55 C 0.2 52
12 Nur Izzati 11 55 C 0.2 52
13 Aisyah Inara 11 55 C 0.2 52
14 Qurratul A'yun Batrisya 10 50 C -0.1 49
15 Aidil Farhad 10 50 C -0.1 49
16 Azeem 9 45 D -0.4 46
17 Nur Qhaisara 9 45 D -0.4 46
18 Mohd Haekal 9 45 D -0.4 46
19 Zikri Aiman 9 45 D -0.4 46
20 Alya Maisara 8 40 D -0.7 43
21 Abdul Abrar 8 40 D -0.7 43
22 Nur Arissa Zafiera 7 35 E -1.0 40
23 Umar Hakim 6 30 E -1.3 37
24 Aidil 6 30 E -1.3 37
25 Shasha Nur Sahirah 6 30 E -1.3 37
26 Nur Zarissa Izalea 6 30 E -1.3 37
27 Adam Qayyim 6 30 E -1.3 37
28 Ikmal Elyas 6 30 E -1.3 37
29 Reezqy Akmal Amsyar 4 20 E -1.9 31
30 Nur Izzah Azzahra 4 20 E -1.9 31

Jadual 11: Skor-z dan skor-T murid kelas 3 Anggerik

Berdasarkan Jadual 11, semakin tinggi skor-z, semakin baik pencapaian seseorang murid
tersebut. Tanda positif pada skor-z menunjukkan bahawa sisihan piawainya berada di atas
min manakala tanda negatif menunjukkan bahawa sisihan piawainya berada di bawah min
(Boon, Lee dan Lawrence, 2017). Justeru, Nuha Mubarak mempunyai skor ujian tertinggi iaitu

14
80% manakala skor-z yang diperolehinya ialah 1.7. Hal ini bermakna, skor Nuha Mubarak
adalah berada pada 1.7 sisihan piawai di atas min.

Seterusnya, merujuk pada skor ujian, Aisyah Inara dan Qurratul A’yun menunjukkan
gred yang sama iaitu gred C. Namun begitu, apabila dirujuk kepada nilai skor-z, didapati
bahawa Qurratul A’yun mempunyai nilai negatif dengan skor-z berada 0.1 sisihan piawai di
bawah min manakala Aisyah Inara mempunyai skor-z dengan sisihan piawainya 0.2 di atas
min. Ini bermaksud pencapaian Aisyah Inara adalah lebih baik berbanding Qurratul A’yun
apabila dibandingkan dengan nilai min ujian Pendidikan Islam dalam kelas 3 Anggerik.

Kesimpulannya, semakin tinggi nilai skor-z atau skor-T, semakin baik pencapaian
seseorang murid tersebut. Di samping itu, dapat dilihat bahawa perbezaan skor-z dan skor-
T ialah skor Z yang melibatkan nilai perpuluhan dan nilai negatif. Skor-T pula hanya
melibatkan nombor bulat positif. Skor-T lebih biasa digunakan berbanding dengan skor-z
untuk pelaporan keputusan ujian kerana menghasilkan integer positif dan lebih kerap
digunakan untuk melapor prestasi ujian seseorang berbanding dengan pelaporan prestasi
yang sama dalam skor-z.

6.0. ANALISIS ITEM UJIAN ANEKA PILIHAN


Antara komponen penting dalam pengujian dan penilaian ialah keberhasilan ujian yang boleh
dilihat, diukur dan dicapai. Oleh itu, analisis item membolehkan guru menilai sendiri
kesesuaian item sama ada diterima atau tidak, perlu diubahsuai atau perlu digugurkan. Maka
item ujian bagi subjek Pendidikan Islam yang ditadbir ini turut dianalisis menggunakan indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi menilai mutu ujian tersebut seperti dalam jadual 13.

Item
Bil Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Skor
Nuha 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1
1 Mubarak 16
2 Farahanim 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 16
3 Auni Zuyyin 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 1 0 15
Aiman 1 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0
4 Asyraf 15
Ameera 1 0 1 0 1 1 1 0 1 0 1 1 1 0 0 1 1 1 1 1
5 Syafiya 14
6 Iffah Zabri 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 0 0 13
Intan 0 0 0 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 1 1
7 Fareesya 13
Nur Amanda 0 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 0 1 1
8 Soraya 12

15
Husna 1 0 1 0 1 1 1 0 1 1 1 1 0 0 1 0 1 0 0 1
9 Adilah 12
10 Syafuan 0 1 1 0 0 0 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 1 1 1 1 11
Nurus 0 1 1 0 0 0 1 1 1 0 0 1 1 1 0 0 1 1 0 1
11 Syuhada 11
12 Nur Izzati 1 1 1 0 1 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 1 1 0 1 11
13 Aisyah Inara 1 0 1 1 0 0 1 0 1 1 1 0 1 1 1 1 0 0 0 0 11
Qurratul 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0
A'yun
14 Batrisya 10
15 Aidil Farhad 0 0 1 1 0 0 1 1 1 0 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 10
16 Azeem 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 9
Nur 0 1 1 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 0 0 1 0 0 0 0
17 Qhaisara 9
Mohd 0 0 1 0 0 0 1 1 1 1 0 1 0 0 0 0 1 1 1 0
18 Haekal 9
19 Zikri Aiman 0 1 1 1 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 1 0 1 0 0 9
20 Alya Maisara 1 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1 1 0 0 0 1 1 1 0 8
21 Abdul Abrar 1 0 1 1 1 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 8
Nur Arissa 0 1 1 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 1 0 1 0
22 Zafiera 7
23 Umar Hakim 0 0 0 1 1 0 0 1 1 0 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 6
24 Aidil 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1 1 0 1 1 0 6
Shasha Nur 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 1 1 0 1 0
25 Sahirah 6
Nur Zarissa 1 0 0 0 0 1 0 1 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 0 0
26 Izalea 6
Adam 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 0 1 0
27 Qayyim 6
28 Ikmal Elyas 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 0 1 0 6
Reezqy 1 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0
Akmal
29 Amsyar 4
Nur Izzah 1 0 0 0 0 0 0 1 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0
30 Azzahra 4
Jumlah 15 15 14 11 12 10 16 16 24 15 19 19 14 12 10 15 15 15 16 11
Jadual 12: Analisis murid kelas 3 Anggerik menjawab item dengan betul

6.1. Indeks Kesukaran


Kesukaran item, ρ, didefinisikan sebagai kadaran murid yang dapat menjawab item itu dengan
betul. Nilai p terletak antara 0 dan 1. Formula bagi indeks kesukaran adalah seperti di bawah:

𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙


Indeks kesukaran, 𝑝 =
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

Rajah 8: Rumus indeks kesukaran

16
Jadual menunjukkan aras kesukaran item dalam indeks kesukaran.

Indeks Kesukaran, p Aras kesukaran Keputusan


0.0 - 0.2 Terlalu sukar Diubahsuai atau digugurkan
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana Item sesuai dan diterima
0.61 – 0.8 Mudah
0.81 – 1.0 Terlalu mudah Diubahsuai atau digugurkan
Jadual 13: Pentafsiran indeks kesukaran item
Berdasarkan rumus, indeks kesukaran bagi setiap item ujian adalah seperti dalam jadual.

Item Bilangan Indeks Aras Keputusan Aras Taksonomi


Murid Kesukaran Kesukaran Bloom (semakan
Menjawab Item Item semula)
Item Dengan
Betul
1 15 0.50 Sederhana Diterima Mengingat
2 15 0.50 Sederhana Diterima Memahami
3 14 0.46 Sederhana Diterima Menilai
4 11 0.37 Sukar Diterima Menilai
5 12 0.40 Sukar Diterima Aplikasi
6 10 0.33 Sukar Diterima Menilai
7 16 0.53 Sederhana Diterima Menilai
8 16 0.53 Sederhana Diterima Mengingat
9 24 0.80 Mudah Diterima Mengaplikasi
10 15 0.50 Sederhana Diterima Mengaplikasi
11 19 0.63 Mudah Diterima Menganalisis
12 19 0.63 Mudah Diterima Menganalisis
13 14 0.47 Sederhana Diterima Menilai
14 12 0.40 Sukar Diterima Memahami
15 10 0.33 Sukar Diterima Mengingat
16 15 0.50 Sederhana Diterima Menganalisis
17 15 0.50 Sederhana Diterima Mengaplikasi
18 15 0.50 Sederhana Diterima Menganalisis
19 16 0.53 Sederhana Diterima Menilai
20 11 0.37 Sukar Diterima Menilai
Jadual 14: Analisis Indeks Kesukaran Item Dalam Ujian Pendidikan Islam 3 Anggerik

Menurut Yap, Yee Khiong, Wan, Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1986), keputusan ujian
menunjukkan sebaran yang baik sekiranya indeks kesukaran, 𝑝 berada dalam julat 0.2 hingga
0.8. Jika 𝑝 ≤ 0.2 atau 𝑝 > 0.8, maka item tersebut perlu diubahsuai atau digugurkan.

Berdasarkan jadual di atas, dapat difahami bahawa kesemua item ujian dikategorikan
sebagai pentaksiran mudah, sederhana dan sukar selaras denga naras Taksonomi Bloom
yang diukur dalam JSU. Hal ini kerana item-item tersebut berada di antara julat indeks
kesukaran di antara 0.21 hingga 0.8 yang menunjukkan item ujian yang ditadbir adalah sesuai
dan boleh diterima.

17
6.2. Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi merupakan keupayaan sesuatu item untuk membezakan antara murid
yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah. Lim Peh Hwah dan
Ong Saw Lan (2009) menyatakan bahawa nilai indeks 0.40 atau lebih merupakan item yang
sangat baik, 0.30 hingga 0.39 merupakan item yang baik tetapi boleh diperbaiki lagi, 0.20
hingga 0.29 merupakan item yang sederhana dan memerlukan pengubahsuaian, item yang
nilai indeks diskriminasinya berada di bawah 0.19 merupakan item yang lemah dan perlu
banyak pengubahsuaian atau dikeluarkan. Rumus mengira indeks diskriminasi untuk
sesebuah item adalah seperti dalam rajah

𝑅𝑎 – 𝑅𝐵
Indeks Diskriminasi, d = 1
(Ra+ RB)
2
dimana,
Ra = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab item dengan betul
Rb = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab item
Ra = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item dengan betul
Rb = Bilangan murid dalam kumpulan pencapaian rendah yang menjawab item
Rajah 9: Rumus indeks diskriminasi

Berikut merupakan indeks diskriminasi sesebuah item yang diinterpretasikan dalam bentuk
jadual.

Indeks diskriminasi, d Pentafsiran item Keputusan


d > 0.4 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai & diterima
0.2 ≤ d ≤ 0.4 Positif diskriminasi sederhana Item perlu diubahsuai &
0 ≤ d ≤ 0.2 Positif diskriminasi rendah dicuba sekali lagi
d<0 Diskriminasi negatif: Item perlu dibuang
Jadual 15: Pentafsiran indeks diskriminasi item

Bagi menentukan bilangan murid dalam kumpulan berpencapaian tinggi dan rendah, 27%
daripada jumlah murid diambil iaitu 27% x 30 orang= 8.1, apabila dibundarkan adalah 8 orang
murid. Oleh itu, kumpulan berpencapaian tinggi terdiri daripada Nuha Mubarak, Farahanim,
Auni Zuyyin, Aiman Asyraf, Ameera Syafiya, Iffah Zabri, Intan Fareesya dan Nur Amanda
Soraya. Bagi kumpulan berpencapaian rendah pula terdiri daripada Umar Hakim, Aidil,
Shasha Nur Sahirah, Nur Zarissa Izalea, Adam Qayyim, Ikmal Elyas, Reezqy Akmal Amsyar
dan Nur Izzah Azzahra. Indeks diskriminasi bagi instrumen yang ditadbir adalah seperti dalam
jadual.

18
Item Bilangan Murid Indeks Pentaksiran item Keputusan
Menjawab Item Diskriminasi
Dengan Betul Item
Kumpulan Kumpulan
tinggi rendah
1 3 6 -0.25 Diskriminasi negatif Item perlu dibuang
2 6 1 0.63 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
3 3 0 0.38 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
sederhana dicuba sekali lagi
4 4 3 0.13 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
rendah dicuba sekali lagi
5 6 2 0.50 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
6 6 1 0.63 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
7 8 0 1.00 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
8 6 4 0.25 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
sederhana dicuba sekali lagi
9 8 4 0.50 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
10 7 0 0.88 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
11 8 2 0.75 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
12 6 3 0.38 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
sederhana dicuba sekali lagi
13 6 1 0.63 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
14 7 1 0.75 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
15 4 3 0.13 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
rendah dicuba sekali lagi
16 6 4 0.25 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
sederhana dicuba sekali lagi
17 2 4 -0.25 Diskriminasi negatif Item perlu dibuang
18 6 1 0.63 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima

19
19 7 4 0.38 Positif diskriminasi Item perlu diubahsuai &
sederhana dicuba sekali lagi
20 5 0 0.63 Positif diskriminasi tinggi Item amat sesuai &
diterima
Jadual 16: Analisis indeks diskriminasi item dalam ujian Pendidikan Islam 3 Anggerik

Berdasakan pengiraan indeks diskriminasi, terdapat beberapa item soalan yang boleh
diterima, diubahsuai dan dicuba sekali lagi ataupun terus digugurkan seperti berikut;

A) Item 2, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 13, 14, 18, 20

Kesemua item ini merupakan item yang mempunyai indeks diskriminasi positif yang tinggi.
Hal ini menunjukkan bahawa soalan itu adalah sangat baik dan tidak perlu dilakukan
semakan smeula serta tidak perlu digubal semula.

B) Item 3, 4, 8, 12, 15, 16 dan 19

Indeks diskriminasi bagi item 3, 8, 12, 16 dan 19 adalah positif diskriminasi sederhana
dengan nilai indeks masing-masing ialah 0.38, 0.25, 0.38, 0.25 dan 0.38 di mana
kesemuanya berada di antara 0.2 dan 0.4. Manakala nilai indeks diskriminasi item 4 dan
15 ialah 0.13 bagi kedua-dua item yang dianggap sebagai item positif diskriminasi yang
rendah iaitu berada di antara nilai 0 hingga 0.2 dalam pentafsiran item indeks diskriminasi.
Walaupun kesemua item ini termasuk dalam diskriminasi positif, tetapi disebabkan
diskriminasinya hanyalah pada tahap sedehana dan rendah, maka item tersebut perlu
diubahsuai dan dicuba sekali lagi bagi memastikan item yang diuji adalah sah dan boleh
menentukan tahap penguasaan murid terhadap isi kandungan bidang Ibadah tahun 3.

C) Item 1 dan 17

Item 1 dan 17 merupakan item yang dikategorikan sebagai diskriminasi negatif kerana
nilai indeksnya kurang daripada 0. Hal ini kerana bilangan murid yang menjawab betul
dalam kumpulan pencapaian rendah lebih tinggi berbanding murid yang menjawab betul
dalam kumpulan pencapaian tinggi. Maka, dua item ini perlu digugurkan kerana dianggap
tidak relevan.

6.3. Analisis Distraktor

20
20 item objektif telah dibina dalam bentuk aneka pilihan di mana setiap item mempunyai
empat pilihan respon, iaitu A, B, C dan D dengan salah satu respon sahaja yang betul dan
respon yang lain adalah salah ataupun dikenali sebagai distraktor.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria (2017) menyatakan
bahawa terdapat tiga jenis distraktor yang bermasalah. Antaranya ialah, tidak ada murid yang
memilih distraktor tersebut. Seterusnya, distraktor yang bilangan murid berpencapaian tinggi
yang memilih distraktor tersebut adalah sama banyak dengan bilangan murid berpencapaian
rendah di mana distraktor itu tidak dapat membezakan antara kedua-dua kumpulan murid
tersebut. Distraktor bermasalah yang ketiga ialah distraktor yang lebih ramai murid
berpencapaian tinggi memilihnya berbanding dengan murid berpencapaian rendah. Jika
terdapat distraktor yang bermasalah, maka distraktor itu perlu diubah suai atau ditukaran
dengan distraktor yang lain.

Dalam menganalisis distraktor, satu item telah dipilih iaitu yang mempunyai indeks
diskriminasi dan indeks kesukaran yang tidak baik, iaitu item. Analisis distraktor dapat
membantu saya untuk menentukan keputusan samada perlu mengubahsuai, menggugurkan
atau mengekalkan item.

Item 3
3. Antara berikut, yang manakah TIDAK menunjukkan seseorang yang berhadas besar?
A. Pada waktu Zuhur, Fatimah menyedari bahawa dirinya telah datang haid
B. Kamal sedang bermain basikal lalu terjatuh dan lututnya berdarah
C. Selepas melahirkan anak, Jamilah keluar darah nifas selama 35 hari
D. Kamal telah disahkan meninggal dunia selepas 5 hari disahkan positif Covid-19.

Item Kumpulan A B* C D
3 Tinggi 1 3 2 2
Rendah 4 0 2 2
Rumusan
A Distraktor yang baik kerana mempunyai lebih ramai murid yang berpencapaian
lemah memilih distraktor tersebut berbanding dengan murid berpencapaian
tinggi
C Distraktor yang tidak baik kerana bilangan murid berpencapaian tinggi dan
murid berpencapaian rendah yang memilih distraktor ini adalah sama ramai
D Distraktor yang tidak baik kerana bilangan murid berpencapaian tinggi dan
murid berpencapaian rendah yang memilih distraktor ini adalah sama ramai
Jadual 17: Analisis Distraktor bagi item 3

21
6.4. Mutu Item Ujian

Berdasarkan analisis item, dapat disimpulkan bahawa kesesuaian item diklasifikasikan


kepada tiga kategori iaitu item yang baik, item rosak serta item lemah. Bagi kategori item
baik, terdapat sebanyak 11 item yang diterima dan boleh digunakan iiatu item 2, 5, 6, 7, 9, 10,
11, 13, 14, 18 dan 20 kerana indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item tersebut
ialah pada aras yang baik, boleh diterima serta tidak perlu diubah. Hal ini bermaksud, 11 item
ini memenuhi aras kesukaran dan berada pada indeks diskriminasi positif yang tinggi.

Seterusnya, terdapat tujuh item yang dikategorikan sebagai item rosak iaitu item 3, 4,
8, 12, 15, 16 dan 19. Walaupun merupakan item rosak, namun item ini masih boleh diterima
kerana hanya salah satu aspek iaitu aspek indeks diskriminasi berada pada aras tidak baik.
Oleh itu, item-item ini perlulah diubahsuai dan dicuba sekali lagi untuk memastikan aspek
kesukaran dapat membezakan keupayaan murid yang berpencapaian tinggi dan
berpencapaian rendah.

Akhir sekali, item yang lemah bermaksud item yang mempunyai nilai indeks kesukaran
yang menunjukkan item tersebut terlalu sukar mahupun terlalu mudah serta mempunyai
indeks diskriminasi yang kurang baik dan tidak baik. Oleh itu, item-item tersebut tidak boleh
digunakan lagi dan perlu digugurkan. Setelah dianalisis, item 1 dan item 17 merupakan item
lemah kerana kedua-dua item ini tidak wajar digunakan. Hal ini kerana, bilangan pelajar
kumpulan rendah menjawab item ini dengan betul adalah lebih ramai berbanding bilangan
pelajar kumpulan tinggi yang menjawabnya. Oleh itu, kedua-dua item ini wajar digugurkan
dan digantikan dengan item baharu kerana tidak berjaya mencapai tahap yang baik dalam
indeks diskriminasi item. Namun begitu, secara keseluruhannya, item ujian yang telah dibina
ini adalah baik dan beberapa penambahbaikan boleh dilakukan.

7.0. RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui analisis ini, kita dapat mengetahui skor murid mengikut gred, mutu
ujian yang diberikan dan kebolehan item ujian untuk menguji tahap penguasaan murid dalam
bidang ibadah Pendidikan Islam tahun 3. Pengetahuan yang baik dalam hal ini merupakan
perkara yang sangat penting bagi seorang guru bagi memastikan ujian yang dijawab boleh
memberi tafsiran mengenai tahap penguasaan mereka dalam bidang Ibadah Pendidikan
Islam tahun tiga. Selain itu, analisis item ini juga membolehkan guru untuk meningkatkan
kompetensi dirinya dengan sentiasa memperbaiki kebolehan diri dalam membina item ujian
yang baik sehingga memberikan kesan positif kepada murid dan juga guru itu sendiri.

22
23

You might also like