You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Kebelakangan ini, pentaksiran dalam pendidikan kian diberi perhatian (Zhang dan Burry-Stock,
2003). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan untuk peringkat
tahun satu pada tahun 2011 telah mengguna pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang sekarang dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mentaksir perkembangan
pembelajaran murid secara berterusan dalam sesi PdPc dari masa ke semasa. Pentaksiran
dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (McMillan, 2000). Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu
pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim dan Siti Zaleha Reduan, 2002).
Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran dan juga
keberkesanan pengajaran guru.

2.0 Prosedur Membina Ujian

Pembinaan ujian mempunyai peringkat bagi menghasilkan ujian yang mempunyai


kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran yang tinggi.
Peringkat pertama dalam pembinaan ujian ialah menentukan tujuan ujian yang dijalankan.
Tujuan ujian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pencapaian murid untuk beberapa
topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian murid. Ujian yang
dibina adalah berbentuk sumatif untuk murid tahun 4 dalam 6 bidang utama iaitu al Quran,
akidah, ibadah, sirah, adab dan jawi.

Seterusnya bagi peringkat kedua iaitu membina jadual spesifikasi ujian (JSU). JSU
dibina bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari segi item adalah relevan
dengan kandungan, tahap kesukaran, jenis dan jumlah item bagi suatu ujian. Di samping itu,
pada peringkat ketiga iaitu menggubal item ujian. Item ujian digubal berdasarkan JSU yang
telah dibina. Kemudian, pembinaan item perlulah mengikut panduan membina item objektif atau
subjektif. Penggubal soalan perlu memastikan item yang dibina mengikut aras kesukaran yang
ditetapkan, bahasa yang digunakan adalah mudah difahami dan bebas daripada unsur-unsur
sensitiviti. Pada peringkat keempat iaitu memasang item ujian yang bermaksud item perlulah
disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Akhir sekali, peringkat kelima iaitu modifikasi
dan memurnikan item ujian adalah untuk memastikan item yang dibina bebas daripada
kesalahan dan ralat..

1
3.0 Format Ujian

3.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Menurut Boon Poon Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria (2017), jadual
spesifikasi ujian merupakan blueprint yang menggambarkan suatu ujian secara terperinci yang
menghuraikan objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item. Kriteria yang
terkandung dalam JSU ialah pembinaan item berdasarkan penyataan JSU, jumlah item,
kandungan yang sesuai dan skema jawapan (Mohamed Najib Abdul Ghafar, Sanitah Mohd
Yusof, Razak Idris, Noraini Mohd Noor, Halijah Ibrahim, A Hadi Bunyamin dan Roslee Ahmad,
2012). Bagi pembinaan item, JSU telah dirujuk untuk menentukan item yang sesuai dengan
tahap dan pelajaran murid. Item ujian dibina untuk 40 orang murid tahun 4. Ujian objektif dan
subjektif telah dipilih dengan membina 30 item. Item yang dibina merujuk kepada standard
pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah Tahun 4 dalam enam modul utama iaitu al Quran, akidah, ibadah, sirah,
adab dan jawi. Pembinaan item telah dibahagikan kepada enam bahagian untuk menentukan
aras kesukaran item tersebut. Pembahagian ini merujuk domain kognitif, afektif dan psikomotor
Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta..

3.2 Jenis Item

Ujian yang dijalankan ialah jenis ujian berbentuk objektif dan subjektif iaitu item memilih
respons dan item jenis struktur. Ujian berbentuk objektif ini memerlukan murid menjawab satu
jawapan yang betul sahaja.. Item aneka pilihan ini mempunyai satu masalah dan senarai
cadangan penyelesaian. Masalah disebut sebagai pokok soalan manakala senarai
penyelesaian seperti perkataan, simbol atau nombor dikenali sebagai jawapan alternatif.
Kemudian, ia mempunyai empat pilihan jawapan dan satu jawapan yang betul telah ditetapkan
manakala pilihan jawapan lain disebut sebagai distraktor. Manakala ujian berbentuk subjektif
memerlukan murid membentuk jawapan pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan
huraian lanjut dan soalan mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang
disertakan pada soalan.

2
3.3 Pentadbiran Ujian

Bagi membolehkan murid dapat menjawab dengan baik dalam ujian yang diberikan,
pentadbiran ujian perlulah dijalankan secara teratur. Hal ini sebagai peluang kepada murid
untuk diberi peluang menjawab soalan secara adil dengan menyediakan persekitaran yang
selesa. Antara faktor yang mempengaruhi pentadbiran ujian ialah faktor fizikal, psikologi dan
masa bagi sesuatu ujian. Bagi faktor fizikal ialah keadaan dan persekitaran tempat ujian yang
ditadbir. Pengudaraan yang baik, pencahayaan yang cukup dan susun atur bilik darjah
memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid dapat menjawab ujian. Sebelum
ujian tersebut ditadbir, pusat sumber telah dipilih sebagai tempat murid menjawab soalan. Hal
ini demikian kerana, pusat sumber merupakan tempat yang kondusif bagi murid untuk
menumpukan fikiran. Seterusnya, faktor psikologi merupakan unsur penting yang guru perlu
teliti sebelum mentadbir ujian.

Kemudian, masa yang diperuntukan untuk murid menjawab soalan ujian adalah 1 jam
kerana jumlah item adalah tiga puluh dan masa menjawab bagi setiap item adalah anggaran
dalam tempoh dua minit. Selepas murid melaksanakan ujian tersebut, mereka perlu kembali ke
kelas masing-masing. Sebelum ujian dilaksanakan, arahan yang jelas telah diberi bagi
mengelakkan murid daripada keliru. Murid yang diberi ujian juga diingatkan agar tidak bercakap
dan penguji telah menjalankan tugas bagi memastikan keadaan murid yang menjawab ujian
adalah terkawal.

4.0 Langkah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Mata pelajaran: Pendidikan Islam Tahun Empat

4.1 Senarai tajuk dan masa belajar.

Bil. Kandungan Masa belajar

1. Al Quran 5 jam
Tilawah dan Hafazan
Surah Al Qariah
Kefahaman
Nuzul Al Quran
Tajwid
Mad Lin dan Mad Arid Lil Sukun

3
2. Akidah 4 jam
Beriman kepada Qada dan Qadar
Sifat Allah Wahdaniyah
3. Ibadah 4 jam
Kebersihan tuntutan Islam
Sucikanlah dirimu
4. Sirah 4 jam
Kecekalan dakwah Rasulullah
Bermulanya kefardhuan solat
5. Adab 4 jam
Keluarga bahagia
Kenali jiranmu
6. Jawi 2 jam
Bina ayat
JUMLAH 23 jam

4.2 Pengiraan bilangan soalan mengikut topik.

Bil. Kandungan Masa belajar Anggaran Jumlah Item


Jumlah Item

1. Al Quran 5 jam

Tilawah dan Hafazan 5 x 30


Surah Al Qariah 23 7
Kefahaman = 6.5
Nuzul Al Quran
Tajwid
Mad Lin dan Mad Arid Lil Sukun

2. Akidah 4 jam 4 x 30
23 5
Beriman kepada Qada dan Qadar
Sifat Allah Wahdaniyah = 5.2

3. Ibadah 4 jam 4 x 30 5
23
Kebersihan tuntutan Islam
Sucikanlah dirimu = 5.2

4. Sirah 4 jam 4 x 30 5
23
Kecekalan dakwah Rasulullah
Bermulanya kefardhuan solat = 5.2

5. Adab 4 jam 4 x 30 5

4
23
Keluarga bahagia
Kenali jiranmu = 5.2

6. Jawi 2 jam 2 x 30 3
23
Bina ayat = 2.6
Jumlah 23 jam 30 item

4.3 Menentukan aras kesukaran soalan ( soalan mudah – soalan sukar ) mengikut tajuk

Ratio 5:2:3

Objektif
Aras Kemahiran

Bil. Kandungan Jam Jumlah Item


Mengingati

Memahami

Mencipta
Analisis
Aplikasi

1. Al Quran 5 Menilai 7
Tilawah dan Hafazan
Surah Qariah 2 1 1
Kefahaman
Nuzul Quran 1
Tajwid
Mad Lin dan Mad Arid Lil Sukun 1 1
2. Akidah 4 5
Beriman kepada Qada dan Qadar 1 1 1
Sifat Allah Wahdaniyah 1 1
3. Ibadah 4 5
Kebersihan tuntutan Islam 1 1 1
Sucikanlah dirimu 1 1
4. Sirah 4 5
Kecekalan dakwah Rasulullah 1 1 1
Bermulanya kefardhuan solat 1 1
5. Adab 4 5
Keluarga bahagia 1 2
Kenali jiranmu 1 1
6. Jawi 2 3
Bina ayat 1 1 1
Jumlah 32 14 1 6 9 30

5
5.0 Jadual Spesifikasi Ujian

Objektif
Aras Kemahiran

Bil. Kandungan Jam Jumlah Wajaran

Mengingati

Memahami
Item (%)

Mencipta
Analisis
Aplikasi

Menilai
1. Al Quran 5 7 22
Tilawah dan Hafazan
Surah Qariah 2 1 1
Kefahaman
Nuzul Quran 1
Tajwid
Mad Lin dan Mad Arid Lil Sukun 1 1
2. Akidah 4 5 17
Beriman kepada Qada dan Qadar 1 1 1
Sifat Allah Wahdaniyah 1 1
3. Ibadah 4 5 17
Kebersihan tuntutan Islam 1 1 1
Sucikanlah dirimu 1 1
4. Sirah 4 5 17
Kecekalan dakwah Rasulullah 1 1 1
Bermulanya kefardhuan solat 1 1
5. Adab 4 5 17
Keluarga bahagia 1 2
Kenali jiranmu 1 1
6. Jawi 2 3 10
Bina ayat 1 1 1
Jumlah 32 14 1 6 9 30 100

6
6.0 PENUTUP

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat
melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan
penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan
tersebut tidak bercambah. Melalui aktiviti tindakan sususlan yang efektif, guru dapat membantu
murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian formatif dan dalam diri murid dari segala
aspek kognitif, afektif dan tingkah laku moral.

7
7.0 RUJUKAN

1. Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Modul Pendidikan Islam PIMK2033R Pentaksiran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Shah Alam: Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Ahmad Mohd Salleh. (2011). Siri Pendidikan Guru. Kurikulum, metodologi dan pedagogi
pengajian islam edisi kedua KPLI pengajian islam dan j-QAF. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn
Bhd..

3. Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Siri Pendidikan Guru.
Pentaksiran dalam pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

4. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) Pendidikan Islam Tahun 4. Cyberjaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Hasanah binti Yahya, Muhammad Nizalman bin Ahmad Rowaddin dan Nur Suhana binti
Abdullah. (2013). Pendidikan Islam Tahun 4.Cyberjaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Zhang, Z., & Burry Stock,J. (2003). Classroom Assessment Practices and Teachers’ Self-
Perceived Assessment Skills, Applied Measurement in Education, 16(4), 323-342.

7. McMillah,J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school


administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

8. Akhbar Ibrahim dan Siti Zaliha Reduan. (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:
Pelaksanaan dan kesediaan guru. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia, Pulang Pinang.

You might also like