You are on page 1of 8

TOPIK4 PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN HIFZ

DAN MAHARAT AL-QURAN

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik 4 pelajar dapat :

1. Menghuraikan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran hifz al-Quran dan


Maharat al-Quran
2. Menghuraikan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran hifz al-Quran dan
Maharat al-Quran

SINOPSIS

Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai prinsip-prinsip perkembangan hifz al-


Quran dan maharat al-Quran antaranya prinsip mudah kepada susah, diketahui
kepada tidak diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat
kepada jauh.

Tajuk
4.1 Mudah kepada susah
4.2 Diketahui kepada belum diketahui
4.3 Maujud kepada mujarrad
4.4 Khusus kepada umum
4.5 Dekat kepada jauh
31
4.1 Prinsip daripada mudah kepada kompleks / susah

 Guru berjaya menarik minat pelajar dalam satu-satu sesi pembelajaran


dengan memberikan bahan-bahan yang senang dan mudah terlebih
dahulu kemudian diikuti denganh bahan yang kompleks.
 Mudah dan susah mestilah ditentukan berdasarkan penglihatan dan
pendapat pelajar. Malah bahan yang diajar hendaklah sesuai dengan
kebolehan pelajar.

Perbincangan prinsip mudah kepada sukar

Bermaksud isi atau kandungan yang akan disampaikan kepada pelajar perlu
ditingkatkan supaya yang mudah didedahkan kepada pelajar sebelum yang susah
diperkenalkan. Sebagai contoh satu muka surat atau 15 baris dibahagikan kepada 3
bahagian setiap bahagian perlu dihafaz terlebih dahulu setelah selesai bahagian
pertama pelajar diminta menghafaz bahagian kedua setelah bahagian kedua selesai
pelajar perlu menggabungkan bahagian pertama dan kedua sehingga kedua dua
bahagian tersebut dihafaz. Pemeringkatan seterusnya pelajar perlu meneruskan
hafazan bahagian yang ketiga dan apabila selesai bahagian tersebut pelajar diminta
mengulang hafazan keseluruhan hafazan satu muka dan diikuti tasmik di hadapan
guru.

Pemeringkatan ini penting bagi tujuan supaya pelajar dapat mengikutinya


secara beransur-ansur dan pelajar yang lemah akan dapat dikesan dan dibantu
pembelajarannya. Kaedah ini sesuai dengan gaya penurunan Al-Quran. Al- Qur’an
turun secara beransur-ansur selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah menurut pendapat
yang rajih (kuat) dan 10 tahun di Madinah. Sebagai bukti dan dalil tentang turunnya
al-qur’an secara beransur-ansur dapat diketahui dari firman Allah surat al-Isra’ ayat
106 :

“Dan al-qur’an itu telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakan perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian
demi bagian”.

32
Dan juga firman Allah surat al-Furqan ayat 32 :
“Berkatalah orang-orang kafir: “mengapa al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya
sekali turun saja?”, demikian supaya Kami tetapkan hatimu dengannya dan Kami
membacakannya secara tartil (teratur dan benar)”.

Kedua ayat diatas menunjukkan suatu bukti bahawa al-Qur’an diturunkan secara
beransur-ansur, bagian demi bagian sesuai dengan [peristiwa-peristiwa yang terjadi,
tidak sebagaimana halnya kitab-kitab samawi yang lain, seperti Taurat, Injil dan
Zabur yang turunnya sekaligus.

Untuk lebih jelas dikemukakan beberapa hikmah tentang diwahyukannya al-


Qur’an secara beransur-ansur:

1. Untuk menguatkan atau mengukuhkan hati Rasulullah SAW dalam


melaksanakan tugas sucinya, sekalipun ia menghadapi hambatan dan
tantangan yang beraneka ragam.
2. Untuk menghibur hati Nabi pada saat ia menghadapi kesulitan, kesedihan
datau perlawanan dari orang-orang kafir.
3. Untuk memudahkan Rasulullah dan para pengikutnya menghafal al-qur’an,
karena mereka pada umumnya ummi atau buta huruf..
4. Agar mudah difahami dan dilaksanakan segala isinya, sebab sapapun
orangnya, ia akan enggan melaksanakan perintah atau larangan yang
diberikan sekaligus, karena dirasakan sangat berat.
5. Untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Nabi atau penolakan
terhadap suatu pendapat yang berkembang atau perbuatan yang dilakukan.

4.2 Prinsip daripada diketahui kepada yang tidak diketahui

 Pengetahuan lepas dapat memudahkan pelajar untuk menerima dan


memahami pelajaran yang baru.
 Guru juga hendaklah memastikan bahan baharu yang diajarkan itu ada
kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
 Guru boleh melontarkan pelbagai soalan supaya pelajar dapat
mengaitkan dengan pengetahuan yang sudah diperolehi sebelum ini.

33
 Kaedah ini dapat membantu pelajar untuk memahami topik pelajaran
baru.

Perbincangan Prinsip dari perkara yang diketahui kepada yang tidak


diketahui (Minal ma’alum ilal majhul)

Prinsip ini pula berperanan untuk menghubungkan pelajaran yang akan


disampaikan dengan perkara yang berlaku dan berkaitan dengan pengalaman dan
kehidupan setempat pelajar. Dalam hal ini guru akan melaksanakan pengajaran
dengan menyelidiki terlebih dahulu pengetahuan sedia ada pelajar yang mana
semasa penerangan guru di mana-mana langkah sama ada melalui soalan , gambar
bahan dan sebagainya.

Guru sewajarnya mengaitkan pelajaran yang lalu dengan pelajaran yang


baru juga berkaitan dengan prinsip justeru itu di dalam merancang isi pelajaran
penyampaiannya juga hendaklah dirancang dengan mengamalkan prinsip dari yang
diketahui kepada yang belum diketahui. Guru mengaitkan pengalaman baru dengan
pengalaman sedia ada pelajar-pelajar .

Dalam pelajaran Maharat Al-Quran bagi mata pelajaran tajwid, pelajar-pelajar


telah pun tahu mengenai apakah konsep hukum Nun mati dan tanwin iaitu
berlakunya pertemuan sesama huruf hijaiyah yang mempunyai makhraj yang
pelbagai yang menghasilkan pelbagai hukum. Sebahagian pelajar-pelajar telah pun
memahami konsep ini. Apa yang perlu guru lakukan ialah dengan menerapkan
konsep yang sama terhadap hukum Mim mati. Prinsip ini memberi penekanan
kepada amalan yang teratur yang mana bermula dari pengalaman yang sudah ada
pada pelajar dan dikembangkan kepada yang belum diketahui. Pengajaran
berdasarkan prinsip ini akan berjaya mencapai objektifnya apabila guru
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dan terancang.

4.3 Daripada maujud kepada mujarrad

 Pelajar didedahkan terlebih dahulu dengan perkara-perkara konkrit /


maujud. Atau perkara yang dekat dengan kehidupan pelajar sebelum
diperkenalkan dengan perkara mujarrad atau yang jauh daripada
kehidupan mereka.

34
 Penyampaian secara induktif dengan memulakan pengajaran melalui
contoh-contoh yang khusus bagi memahami konsep-konsep yang yang
lebih menyeluruh adalah lebih berkesan daripada pendekatan secara
deduktif iaitu memulakan pengajaran dengan cara menyeluruh dan
menggunakannya untuk perkara yang lebih konkrit.

Perbincangan prinsip daripada sesuatu benda yang wujud dan


boleh dipegang, dilihat dan dirasa membawa kepada sesuatu yang
abstrak ( minal maujud ila mujarrad)

 Perkara yang abstrak ini memerlukan daya deria yang merangsang


pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti-bukti yang wujud di sekitar
pelajar-pelajar. Justeru menerusi rancangan pengajaran dan isi
pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan kepada
pengetahuan sedia ada; misalnya kewujudan benda-benda di
persekitaran mereka.

 Dalam pelajaran hifz Al-Quran misalnya guru mengajar mengenai ayat


hafazan dengan memaparkan ayat Al-Quran dengan jelas di papan tulis
kemudian guru melakukan proses memadamkan ayat tersebut secara
sedikit sedikit ketika proses tikrar berlaku dan akhirnya bacaan terhasil
walaupun tulisan telahpun selesai dipadam.

 Oleh yang demikian dengan menjalankan prinsip dari yang wujud kepada
mujarad atau abstrak maka pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan
objektif dapat dicapai.

4.4 Daripada khusus kepada umum

4.5 Prinsip daripada dekat kepada jauh (Minal Qarib ila Baid).

Prinsip ini menjurus kepada memberi bimbingan kepada pelajar untuk


mengenali sesuatu topik dengan membawa contoh yang terdekat dalam proses

35
pembelajaran pelajar. Kebiasaannya pelajar berasa agak sukar menghafaz sesuatu
bahasa yang tidak difahami kerana asing bagi mereka. Untuk mendekatkan
pemahaman mereka agar mudah mengingat, guru mestilah kreatif dalam memberi
contoh terdekat dengan mudah serta berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
para pelajar sehingga dapat menghilangkan kekaburan. Sebagai contoh menghafaz
nama Allah (asma’ ul husna) jika ingin menghafaz mengikut urutan tanpa intonasi
dan gerakkan tertentu sudah pasti hafazannya akan mengambil masa yang lama.
Oleh itu prinsip mendekatkan dengan intonasi dan gerakkan dapat membantu
proses pembelajaran lebih berkesan.

Dalam bidang Maharat Al-Quran seperti subjek adab ada baiknya guru
memberi contoh berdasarkan cara pelajar-pelajar menghormati dan memuliakan
guru. Ada di kalangan pelajar-pelajar ini yang telah pun mengalami amalan
pengetahuan ini semenjak di sekolah rendah atau tadika dan sebagainya. Ini
mungkin kerana ada pelajar-pelajar ini yang telah mempelajarinya daripada rakan
sebaya atau daripada ibu bapa mereka. Tetapi tidak dinafikan juga ada pelajar-
pelajar atau ahli keluarga mereka yang tidak memberi penekanan tentang adab adab
tersebut.

Berdasarkan prinsip ini guru dapat menyusun langkah dan aktiviti yang
sesuai serta kaedah dan teknik yang berkesan untuk memudahkan mencapai
objektif pelajaran. Di dalam bilik darjah, semasa pengajaran menggunakan prinsip ini
guru dapat mengesan kemampuan pelajar untuk memahami pelajaran ini dengan
membuat penilaian lisan yang berterusan. Prinsip ini hendaklah diamalkan dalam
pengajaran Maharat Al-Quran yang lain juga.

4.0.5 Prinsip daripada yang spesifik kepada yang umum ( Minal Khas ilal Am)

Prinsip ini berperanan untuk membimbing pelajar mengenali sesuatu tajuk


pelajaran dengan menemukan bahagian-bahagian kecil secara beransur untuk
disimpulkan menjadi satu fakta atau hukum dan peraturan yang mana bagi
memastikan keberkesanannya.

Perkembangan isi pelajaran ianya haruslah disusun berdasarkan sesuatu


yang khusus kepada sesuatu yang umum. Oleh itu dalam pengajaran tersebut,

36
pendekatan induktif dengan prinsip khusus kepada umum adalah berbeza, kerana
prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Justeru menerusi prinsip ini guru hendaklah memilih
isi pelajaran yang tersusun dan sesuai serta mempunyai ciri-ciri khusus isi pelajaran
.

Contohnya sekiranya guru mengajar mengenai maharat Al-Quran guru


hendaklah menjelaskan dahulu objektif dan diikuti ta’rif serta contoh-contoh
kemudian perkembangkan perkaitan isi secara terperingkat sehingga kepada
pemahaman yang menyeluruh.

Prinsip ini akan lebih merangsang pelajar untuk mengetahui perkembangan


isi tersebut. Guru harus memastikan bahawa segala kaedah dan strategi pengajaran
yang dijalankan bertepatan dan akhirnya objektif yang ditetapkan tercapai.

KESIMPULAN

Pelajar-pelajar merupakan anugerah yang sangat berharga. Justeru


sewajarnya guru memberi didikan yang benar dan sempurna agar mereka
berkembang menjadi seorang remaja dan dewasa yang menepati ciri-ciri
sebagaimana yang dikehendaki oleh lslam.

Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung sudah tentu


guru perlu memberi sepenuh perhatian ke atas setiap tingkah laku dan gerak balas
pelajar-pelajar. Di samping itu wujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran
yang penuh kasih sayang dan mesra supaya pelajar-pelajar ini berasa seronok
dengan subjek hifz al-Quran dan maharat al-Quran dan tidak berada dalam situasi
terpaksa.

Sebagai penutup, guru TMUA hendaklah sentiasa turut serta bersama


pelajar-pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dan
yang lebih berkesan, guru hendaklah sentiasa memberikan contoh yang positif
sebagai model untuk mereka ikuti sama ada dari sudut bahasa, berpakaian, sikap,
perlakuan mahupun penonjolan afektif. Mudah-mudahan kemahiran dan
kebijaksanaan guru mengenal pasti ekspresi muka dan gerak badan pelajar-pelajar

37
seperti ini akan menjalinkan kesefahaman dan kekal jiwa dan roh lslam untuk
selama-lamanya.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang prinsip-prinsip


perkembangan isi pelajaran hifz al-Quran dan Maharat al-Quran
dengan melayari internet serta membuat bacaan tambahan
beserta contoh-contoh yang lebih praktikal.

Pengalaman : Aktiviti 1

Anda dikehendaki membuat pembentangan kumpulan dengan memilih


satu daripada prinsip-prinsip yang telah dikuasai berserta contoh-
contoh.

38

You might also like