You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut sebuah artikel bertajuk Pedagogi dalam Pendidikan oleh Pomizi


Resources, pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran khususnya pengajaran dalam
bidang formal. Kata lainnya, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di
sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib diambil
bagi mereka yang bakal menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,
pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru dan pelajar.

Jika dilihat dari segi etimologi, perkataan pedagogi ini berasal daripada bahasa
Yunani iaitu paidagogos yang bermaksud hamba yang menghantar dan mengambil
budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan paida itu sendiri merujuk kepada
kanak-kanak. Ia dapat dibezakan dengan perkataan andragogi yang bermaksud
pengajaran kepada orang dewasa.

Bidang pendidikan Al-Quran sekolah rendah menekankan objektif dalam memberi


pengetahuan tentang cara bacaan dengan betul dan bertajwid, hafazan, memahami
maksud serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Bertepatan dengan
apa yang telah disediakan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP)
yang merupakan asas dalam kurikulum baru iaitu KSSR. Bidang pendidikan Al-Quran
merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam dunia Pendidikan Islam dan telah
mendapat pelbagai transformasi serta penambahbaikan bagi kelansungan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam bilik darjah.

Diringkaskan di sini, pedagogi pendidikan Islam merupakan sesuatu yang sinonim


dengan mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah. Ia juga merupakan sebuah
kajian dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan bidang Al-Quran
bagi menjamin keberkesanan pengajaran sesuai dengan objektif yang digariskan oleh
KSSR. Terdapat banyak kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru pendidikan Islam
bagi mengajar bidang al-Quran ini disebabkan oleh bidang ini sendiri mempunyai
pelbagai cabang seperti tilawah, tajwid, hafazan dan lain-lain lagi. Setiap cabang ini
memerlukan kaedah yang berbeza-beza tetapi masih bermatlamat yang sama.

1
2.0 KAEDAH PENGAJARAN DALAM PdP.

Dipetik daripada artikel bertajuk Sejarah, Kaedah serta Model Pengajaran dan
Pembelajaran Al-Quran (History, Methods and Models Of Teaching and Learning of the
Quran) oleh Kamarul Azmi Jasmi dan Mohd Aderi Che Noh, menurut Mohd Yusof
(2000), Ahmad (1997), Sharifah (1984) dan Hasan (1981) mereka berpendapat kaedah
ialah satu siri tindakan yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif
pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang tersusun.

2.1 Kaedah Tasmik

Daripada pengalaman saya sewaktu di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir,


salah satu kaedah pengajaran bidang al-Quran yang dapat saya kenal pasti ialah
kaedah tasmik. Kaedah ini dijalankan dalam kelas murid tahun 3. Mereka
dikehendaki memperdengarkan bacaan mereka kepada guru mereka dengan
membaca surah-surah yang terdapat dalam buku teks. Murid dipilih berdasarkan
senarai nama yang telah disediakan oleh guru sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran. terdapat murid yang boleh membaca dengan baik dengan hukum
tajwid yang betul manakala terdapat juga separuh murid yang masih belum boleh
membaca dengan baik. Oleh itu guru mereka bertindak sebagai pembimbing di
mana guru memperbetulkan bacaan mereka dengan betul dan mereka
diklehendaki mengulangi ayat tersebut semula.

Selepas itu, guru akan bertanya kepada setiap dari mereka hukum-hukum
tajwid yang terkandung di dalam surah yang mereka baca. Guru membantu
pelajar yang tidak mampu memberi jawapan yang betul walaupun ada segelintir
mereka yang boleh membaca dengan baik tetapi tidak berapa arif tentang hukum
tajwid. Dari sini murid dapat belajar melalui kesalahan yang mereka lakukan
dengan bantuan daripada guru. Melalui cara ini murid akan lebih senang ingat
dan menyimpan maklumat dalam satu jangka yang lama. Setelah bacaan
mereka diperbetul, mereka akan mengulangi bacaan tersebut dengan hukum
tajwid yang betul. Ia merupakan satu kaedah yang sangat releven dan masih
dijalankan di dalam bilik darjah bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.

2
2.2 Kaedah ICT

Kaedah ini merupakan salah satu perubahan positif yang berlaku dalam
pedagogi pendidikan Al-Quran di mana penggunaan ICT dijalankan bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru
pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir telah menggunakan
peluang ini sebaiknya apabila guru tersebut menggunakan LCD yang terdapat di
dalam kelas untuk memasang bacaan ayat-ayat hafazan kepada murid-murid
tahun 4. Guru tersebut mengulang-ulang video dan audio yang telah disediakan
dan meminta murid mendengar sambil menghafal.

Melalui kaedah ini, murid-murid akan berasa lebih seronok berbanding guru
hanya menggunakan papan hitam dan kapur. Kaedah ini juga meningkatkan
kemahiran guru dalam penggunaan ICT sekaligus mempelbagaikan kaedah
dalam mengajar pendidikan Al-Quran di sekolah rendah. Ia juga mampu dan
terbukti telah menrik minat murid untuk lebih cenderung dalam bidang Al-Quran
terutamanya hafazan. Murid lebih mudah menghafaz kerana mereka juga boleh
menggunakan video dan audio tersebut untuk didengar dan dilihat sewaktu di
rumah.

3
2.3 Kaedah Hattawiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling jarang ditemui di kebanyakkan


sekolah. Memandangkan sekolah ini merupakan sekolah yang berada di luar
bandar, maka kaedah ini telah digunapakai untuk segelintir murid dalam
peratusan yang sangat sedikit. Kaedah ini adalah untuk murid-murid yang sangat
lemah dalam membaca Al-Quran kerana mereka tidak boleh langsung menyebut
huruf-huruf hijaiyyah. Oleh itu, sebagai langkah terbaik mereka perlu
menggunakan kaedah hattawiyyah bagi membantu mereka.

Guru di sekolah tersebut telah mengenal pasti beberapa orang murid yang
sangat lemah dalam membaca Al-Quran tetapi mereka boleh membaca rumi.
Oleh itu, mereka telah diajar untuk menyebut dan membaca ayat-ayat hafazan
dan tilawah dalam bentuk rumi supaya mereka mudah untuk mengenal bentuk-
bentuk bacaan yang sebenar. Mereka perlu membaca berulang-ulang kali
dengan pengawasan daripada guru. Guru mereka membimbing pembacaan
mereka supaya ayat-ayat tersebut terjaga dari apa-apa kesalahan.

4
3.0 SUASANA SEWAKTU PdP BERJALAN.

Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mengikuti beberapa proses
pengajaran dan pembelajaran dan saya telah mendapati suasana PdP yang berlaku
berada dalam keadaan yang sangat kondusif. Walaupun sekolah ini terletak di kawasan
luar Bandar akan tetapi ia masih menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan mewujudkan kelas abad ke-21. Sesuatu pembelajaran itu dapat dilihat melalui
pelbagai aspek antaranya ialah aspek persekitaran fizikal, persekitaran psikososial,
peraturan dan rutin bilik darjah. Kesemua aspek ini telah dititikberatkan dan diambil kira
bagi warga sekolah untuk memastikan proses PdP berada dalam keadaan terbaik.

Bagi aspek persekitaran fizikal, kelas tahun 5 yang saya perhatikan mempunyai
aspek fizikal yang sangat memuaskan. Aspek fizikal seperti kerusi, meja, lampu,
dinding dan lain-lain kemudahan berada dalam keadaan yang sangat baik serta
selamat untuk digunakan. Setiap sudut di dalam kelas diisi dengan ruangan intelek dan
hiburan bagi menarik minat murid dan menceriakan persekitaran fizikal bilik darjah.
Sebagai contoh, kerusi dan meja disusun dengan baik mengikut pelan susunan kelas
abad ke-21. Susunan ini dilihat membantu murid berkomunikasi dengan baik antara
satu sama lain. Selain itu, pelbagai nota-nota yang berwarna-warni dtampal di dinding
kelas untuk menceriakan kelas sekaligus menjadi ruang pembelajaran murid-murid.

Persekitaran psikososial juga tidak kurang baiknya apabila hubungan antara


murid dengan guru dan murid dengan murid berada dalam keadaan yang sangat
harmoni. Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk menerima pelajaran
baru untuk mereka manakala guru pendidikan Islam yang mengajar mereka juga telah
bersedia dengan rancangan pengajaran harian yang menarik dan lengkap supaya
murid boleh menerima pengajaran yang mereka belajar. Komunikasi berlaku dengan
sangat berkesan apabila berlakunya pembelajaran dua hala antara guru dan murid-
murid. Murid tidak takut untuk bertanya jika mereka kurang faham dengan sesetengah
pelajaran yang mereka belajar. Guru mereka menggunakan pendekatan berpusatkan
murid dan hanya membimbing mereka supaya tidak tersasar dari objektif utama
pembelajaran.

5
Seterusnya, kebanyakkkan kelas ini mempunyai peraturan dan rutin harian yang
telah ditetapkan serta ditampal di sebelah papan putih dengan tulisan yang mudah
dibaca serta ketinggian yang medium supaya murid senang mencapai. Peraturan ini
adalah penting bagi mengawal pergerakan serta tingkahh laku murid sepanjang berada
di bilik darjah. Manakala kewujudan rutin bilik darjah ini telah membantu urusan keluiar
masuk bilik darjah. contoh peraturan yang ditetapkan ialah, hormati kawan-kawan dan
menyiapkan kerja rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Ia melatih disiplin murid
sedikit sebanyak. Rutin pula lebih kepada langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid
dalam melakukan sesuatu dan bertujuan melicinkan pengajaran dan pembelajaran.

6
4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN.

Bahan bantu mengajar (BBM) memberi sumbangan yang banyak dalam dunia
pendidikan. Mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan murid
dipertingkatkan dengan BBM. Ia berfungsi sebagai bahan untuk mengetengahkan
konsep. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga mestilah sesuai dengan tajuk atau
topic yang ingin diajar. Ini supaya pelajar menyimpan maklumat itu lebih lama dan
menariik minat murid. Sebagai warga pendidik pula, BBM ini melatih kreativiti para guru
serta mengembangkan bakat yang terpadam dalam kalangan guru.

Menurut Mazlan Samat dalam artikelnya Definisi Bahan Bantu Mengajar, Atan Long
(1982) berkata BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta atau dibubuh
pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Pelbagai Bahan Bantu Mengajar telah digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam di
sekolah ini antaranya ialah slaid powerpoint. Slaid ini digunakan untuk mengajar anak-
anak murid tentang topik Pendidikan Islam lebih-lebih lagi dalam bidang Al-Quran. Guru
akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat hafazan menerusi slaid kemudian meminta
murid turut membaca bersama-sama berulang kali bagi melatih bacaan dan hafazan
mereka. BBM yang digunakan ini terbukti menarik minat murid untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran kerana sekarang merupakan zaman ICT di mana-mana.

Seterusnya, menurut salah seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan


Bandar Rinching, dia juga ada menggunakan kad imbas atau lebih dikenali sebagai
‘flash card’ bagi mengajar huruf-huruf hijaiyyah kepada murid-murid tahun satu dan
dua serta muriod yang mempunyai kesukaran membaca Al-Quran. Kad imbas ini akan
diberikan kepada murid yang sudah pun dibentuk kumpulan yang terdiri dari murid yang
berbeza tahap kognitif. Mereka akan bersama-sama belajar di dalam kumpulan dengan
bimbingan guru mereka. Cara ini lebih kepada belajar secara bermain dan sedikit
sebanyak menjadikan suasana kelas semakin harmoni dan menarik. Menurut guru
tersebut, peratusan pelajar yang boleh membaca Al-Quran semakin meningkat sejak
kad imbas ini digunakan di sekolah terhadap murid-murid yang mempunyai masalah.

7
Selain itu, guru di sekolah ini juga ada memberikan helaian-helaian nota dan latihan
bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kertas-kertas
lembaran ini akan diedarkan kepada pelajar sebelum guru memulakan pengajaran.
Lembaran kerja ini boleh dijadikan nota dan rujukan untuk masa akan dating oleh
murid-murid. Ia juga memudahkan urusan murid daripada terpaksa menyalin nota di
papan hitam dan membuatkan mereka lebih fokus pada pengajaran guru di dalam
kelas. Menurut guru Pendidikan Islam di sekolah ini, mereka memberi lembaran
berbentuk nota yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan latihan tajwid. Lembaran ini
akan disimpan di dalam fail khas bagi menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran tersebut. Ia
juga sekaligus menambah nota dan latihan murid dalam kaedah yang lebih mudah.

8
5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, bidang Al-Quran merupakan antara bidang paling utama dalam
Pendidikan Islam dan ia memerlukan pedagogi atau kaedah-kaedah yang terbaik bagi
mencapai objektif utama pendidikan Al-Quran. Pedagogi merupakan sesuatui kajian
atau cara menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak jika dilihat secara ringkas.
Kanak-kanak memerlukan pengajaran yang terbaik kerana peringkat umur mereka
pada waktu ini lebih mudah menerima pelbagai maklumat dan jika pengajaran yang
disampaikan tidak menepati cara mereka maka ia hanyalah sebuah kerugian.

Selain itu, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mengajar bidang Al-Quran dengan
baik dan guru perlu peka serta prihatin dengan keperluan setiap murid mereka. Ia juga
melatih guru menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan PdP di dalam bilik darjah.
kaedah yang betul akan menarik minat murid ke arah pengajaran yang dilaksanakan.
Oleh itu, seharusnya setiap pengajaran dirancang sebaiknya sebelum memulakannya
dengan mementingkan tahap penerimaan murid.

Seterusnya, kaedah yang dipilih boleh dibantu dengan pemilihan Bahan Bantu
Mengajar yang bertepatan dengan tajuk., BBM ini boleh didapati dalam bentuk maujud
atau secara maya. Ia akan memudahkan kerja guru di dalam kelas dan seperti
pembantu peribadi guru tersebut. Manakala untuk murid juga tiada kurangnya kerana
murid akan berasa lebih bersemangat untuk belajar dan mudah untuk memahami
sesuatu tajuk dalam bidang Al-Quran.

Suasana yang harmoni perlu diwujudkan di dalam sesebuah bilik darjah mengikut
aspek persekitaran fizikal, psikososial, peraturan dan rutin dalam bilik darjah. Suasana
yang harmoni akan menjaga keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke arah lebih
positif dan optimum. Apabila kesemua aspek ini telah lengkap, tidak mustahil guru
mempunyai tiada masalah dalam pengawalan kelas dan murid.

9
6.0 LAMPIRAN

*muka seterusnya*

10

You might also like