You are on page 1of 19

DEFINISI PEDAGOGI

Perkataan pedagogi ini adalah berasal daripada bahasa latin, yang memberimaksud kaedah
menhgajar kanak-kanak. Namun demikian, sesuai ataupunseiring dengan kemajuan deunia
pendidikan pada masa kini, konsep pedagogiturut berkembang dan digunakan dalam konteks iaitu
pengajaran di semuaperingkat sekolah hingga ke peringkat universiti.Shafritz (1997), beliau
berpendapat bahawa pedagogi merupakan satuprinsip dan juga merupakan kaedah
pengajaran. Definisi yang lebih tepatadalah pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran mengajar
yang digunakanoleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran,
khususnyadalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajarantersebut
bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amatbaik

………………………

1.0 PENGENALAN
Menurut sebuah artikel bertajuk Pedagogi dalam Pendidikan oleh Pomizi Resources, pedagogi
ialah kajian mengenai pengajaran khususnya pengajaran dalam bidang formal. Kata lainnya,
pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi
merupakan mata pelajaran yang wajib diambil bagi mereka yang bakal menjadi guru di sekolah.
Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran
dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru
dan pelajar. Jika dilihat dari segi etimologi, perkataan pedagogi ini berasal daripada bahasa
Yunani iaitu paidagogos yang bermaksud hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak
pergi balik dari sekolah. Perkataan paida itu sendiri merujuk kepada kanakkanak. Ia dapat
dibezakan dengan perkataan andragogi yang bermaksud pengajaran kepada orang dewasa.
Bidang pendidikan Al-Quran sekolah rendah menekankan objektif dalam memberi pengetahuan
tentang cara bacaan dengan betul dan bertajwid, hafazan, memahami maksud serta
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Bertepatan dengan apa yang telah disediakan
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP) yang merupakan asas dalam kurikulum
baru iaitu KSSR. Bidang pendidikan Al-Quran merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam
dunia Pendidikan Islam dan telah mendapat pelbagai transformasi serta penambahbaikan bagi
kelansungan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam bilik darjah. Diringkaskan
di sini, pedagogi pendidikan Islam merupakan sesuatu yang sinonim dengan mata pelajaran
pendidikan Islam di sekolah rendah. Ia juga merupakan sebuah kajian dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkait rapat dengan bidang Al-Quran bagi menjamin keberkesanan
pengajaran sesuai dengan objektif yang digariskan oleh KSSR. Terdapat banyak kaedah yang
boleh diaplikasikan oleh guru pendidikan Islam bagi mengajar bidang al-Quran ini disebabkan
oleh bidang ini sendiri mempunyai pelbagai cabang seperti tilawah, tajwid, hafazan dan lain-lain
lagi. Setiap cabang ini memerlukan kaedah yang berbeza-beza tetapi masih bermatlamat yang
sama.

2.2 Kaedah ICT

Kaedah ini merupakan salah satu perubahan positif yang berlaku dalam pedagogi pendidikan Al-
Quran di mana penggunaan ICT dijalankan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir telah menggunakan
peluang ini sebaiknya apabila guru tersebut menggunakan LCD yang terdapat di dalam kelas untuk
memasang bacaan ayat-ayat hafazan kepada murid-murid tahun 4. Guru tersebut mengulang-ulang
video dan audio yang telah disediakan dan meminta murid mendengar sambil menghafal. Melalui
kaedah ini, murid-murid akan berasa lebih seronok berbanding guru hanya menggunakan papan
hitam dan kapur. Kaedah ini juga meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan ICT sekaligus
mempelbagaikan kaedah dalam mengajar pendidikan Al-Quran di sekolah rendah. Ia juga mampu
dan terbukti telah menrik minat murid untuk lebih cenderung dalam bidang Al-Quran terutamanya
hafazan. Murid lebih mudah menghafaz kerana mereka juga boleh menggunakan video dan audio
tersebut untuk didengar dan dilihat sewaktu di rumah

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, bidang Al-Quran merupakan antara bidang paling utama dalam Pendidikan Islam
dan ia memerlukan pedagogi atau kaedah-kaedah yang terbaik bagi mencapai objektif utama
pendidikan Al-Quran. Pedagogi merupakan sesuatui kajian atau cara menyampaikan maklumat
kepada kanak-kanak jika dilihat secara ringkas. Kanakkanak memerlukan pengajaran yang terbaik
kerana peringkat umur mereka pada waktu ini lebih mudah menerima pelbagai maklumat dan jika
pengajaran yang disampaikan tidak menepati cara mereka maka ia hanyalah sebuah kerugian. Selain
itu, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mengajar bidang Al-Quran dengan baik dan guru perlu
peka serta prihatin dengan keperluan setiap murid mereka. Ia juga melatih guru menjadi lebih kreatif
dalam melaksanakan PdP di dalam bilik darjah. kaedah yang betul akan menarik minat murid ke arah
pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, seharusnya setiap pengajaran dirancang sebaiknya sebelum
memulakannya dengan mementingkan tahap penerimaan murid. Seterusnya, kaedah yang dipilih
boleh dibantu dengan pemilihan Bahan Bantu Mengajar yang bertepatan dengan tajuk., BBM ini
boleh didapati dalam bentuk maujud atau secara maya. Ia akan memudahkan kerja guru di dalam
kelas dan seperti pembantu peribadi guru tersebut. Manakala untuk murid juga tiada kurangnya
kerana murid akan berasa lebih bersemangat untuk belajar dan mudah untuk memahami sesuatu
tajuk dalam bidang Al-Quran. Suasana yang harmoni perlu diwujudkan di dalam sesebuah bilik
darjah mengikut aspek persekitaran fizikal, psikososial, peraturan dan rutin dalam bilik darjah.
Suasana yang harmoni akan menjaga keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke arah lebih
positif dan optimum. Apabila kesemua aspek ini telah lengkap, tidak mustahil guru mempunyai tiada
masalah dalam pengawalan kelas dan murid.

IMK 3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN

Sinopsis

Tajuk ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan
teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam
bidang Tilawah al-Quran meliputi bacaan hafazan dan kefahaman. Kebijaksanaan guru memilih
kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

1.1 KAEDAH PENGAJARAN AYAT TILAWAH

1.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci

al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.

Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW

membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW

kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

Talaqqi

Talaqqi pada bahasa : dari perkataan talaqqa yatalaqqa talaqqiyan bermaksud pertemuan

secara bersemuka.

Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Musyafahah

Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari

pergerakan dua bibir.

Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir

guru dan menyebutnya ( meniru pergerakan bibir guru ).

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh

bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan

secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali
bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru) kepada murid

 Guru membaca dan meminta murid mengikuti bacaan guru secara kelas dan kumpulan dan
individu

 Guru mendengar mentashih bacaan murid secara kelas, kumpulan dan individu

Kekuatan Kaedah Talaqqi Musyafahah

 Kaedah ini amat berkesan bagi mengenalpasti secara amali tahap

kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam.

1.1.2 Kaedah Tasmik


Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud

mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti

guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam

kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk

menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru
dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar

bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan

oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan

kesalahan murid.

Aplikasi Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar. Kedudukan guru adalah berhampiran dengan

pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara

pelajar menyebut kalimah atau ayat.

Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru

dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar. Pelajar boleh membaca secara

kumpulan kecil atau individu.

Kekuatan kaedah tasmik.

 Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.

 Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.

 Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar

 Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan

 Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan

1.1.3 KAEDAH TADARUS

Pada bahasa : Belajar mengajar


Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang

sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.

Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan

dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-

murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak
pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya

membaca atau mengeja.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Membaca al-Quran secara bergilir-gilir di dalam kumpulan kecil

 Membaca mengikut tertib surah dan ayat sebagaimana mushaf

 Menyemak bacaan agar terhindar dari kesalahan sebutan, baris, tajwid dan

sebagainya.

Kekuatan kaedah Tadarrus

 Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.

 Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif

 Berani mencuba

 Membina keyakinan diri.

LATIHAN

1. Apakah persediaan guru sebelum kaedah Tadarrus dijalankan dalam P&P

2. Buat satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang lengkap bagi kaedah

Talaqqi Musyafahah.

3. Kemukakan dalil-dalil daripada Al-Quran atau Al-Hadith yang menjadi Nas

kepada Kaedah-Kaedah Talaqqi-Musyafahah, Tasmi’ , dan Tadarus.

1.2 KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN


1.2.1 Kaedah Membahagi-bahagi Ayat (Chunking)

Chunking bermaksud memisahkan ayat-ayat al-Quran kepada juzuk, hizib dan rubuk . Ini

bermakna al-Quran terdapat 30 juzuk, 60 hizib dan 240 rubuk. Kemudian rubuk dibahagikan

pula kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada beberapa bilangan ayat atau

bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.

Jika satu-satu ayat yang hendak dihafal itu panjang maka ayat tersebut boleh dipisahkan

kepada beberapa bahagian atau potongan. Potongan ayat diatas dibaca berulang kali

sambil memerhatikan hukum tajwid makhraj huruf dan sifat huruf beberapa kali.

Kemudian bacaan seterusnya ditumpukan pada hafazan, dengan teknik bacaan

antara melihat dengan tidak melihat ayat yang sedang dihafal. Setelah berjaya menghafaz

potongan ayat tersebut ia perlu diulang berkali-kali sehingga hafazan yang baru kita itu

menjadi mantap.

1.2.2 Kaedah Memahami Makna Ayat

Kaedah ini bermaksud memahami maksud ayat-ayat yang akan dihafal terlebih dahulu

kerana memahami ayat yang dihafal adalah sama penting dengan hafalan itu sendiri.

Dengan memahami makna ayat maka lebih mudah mengetahui kaitan satu ayat dengan

ayat yang lain.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik,

kerana ayat ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi memudahkan

seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih pantas.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan

daripada tafsir al-Qur’an,

 Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang

ulang kali sehingga dapat mengingatinya.


Kekuatan kaedah Memahami Ayat

 Pembelajaran dua perkara dalam satu masa.

 Penambahan ilmu dan pengajaran dari ayat Al-Quran.

1.2.3 Kaedah Gundal

Kaedah Gundal biasanya dikaitkan dengan bilangan atau kiraan yang tertentu yang

ditetapkan bagi menghubungkan dua perkara atau lebih. Dalam kontek hafazan al-Quran ia

bermaksud menggabungkan hafalan ayat pertama dengan ayat seterusnya dengan

mengulang-ngulangnya mengikut jumlah yang tertentu.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan.

Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama

 Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.

 Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak

ayat pertama dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga

dan demikianlah yang seterusnya.

Kekuatan kaedah Gundal

 Dapat menajamkan dan memperelokkan hafazan surah.

 Dapat menghafaz mengikut ayat dan turutan yang betul

1.3.4 Kaedah Tikrar (Latih tubi/Ulangan)

Maksud Tikrar pada bahasa : Ulangan berkali-kali

Pada Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan


ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru membaca ayat dan diikuti oleh murid-murid

 Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain.

 Murid-murid membaca secara kelas.

 Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar

sahaja.

 Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Kekuatan kaedah Tikrar

1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.

2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.

3. Dapat membina keyakinan diri murid.

1.3.5 Kaedah Hafazan Berpasangan

Kaedah hafazan berpasangan melibatkan kerjasama antara dua orang pelajar mentasmik

dan mentashih hafazan masing-masing. Ia boleh dilaksanakan samada di dalam bilik darjah

atau pun di luar bilik darjah.

Aplikasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 Pilih seorang teman yang sesuai

 Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua

 Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna

 Saling menyebut ayat antara satu sama lain


Kekuatan Kaedah Hafazan Berpasangan

 Pelajar mengambil masa yang singkat untuk menghafaz

 memberi rasa seronok dan bersemangat untuk menghafaz lagi kerana dapat

bekerjasama bersama rakan.

LATIHAN

1. Apakah yang faham dengan kaedah Gundal?

2. Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-

langkah terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana-mana ayat hafazan di

kelas anda.

3. Walaupun Kaedah Talaqqi Musyafahah dianggap kaedah terbaik dalam PnP Tilawah

al-Quran namun masih terdapat juga kelemahannya. Cuba senaraikan kelemahan

tersebut.

1.3 KAEDAH PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN

1.3.1 Kaedah Bercerita

Bercerita atau riwayat membawa pengertian sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-

lain. Mengajar cara bercerita bukanlah satu yang asing dalam pengajaran Islam. Kaedah ini

merupakan salah satu teknik yang mampu menerapkan aspek pembangunan insan. Malah

kaedah ini antara cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui

cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Anbia’ seperti Nabi Yusuf (a.s), Nabi Ibrahim

(a.s), Nabi Musa (a.s) dan sebagainya.


Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk

disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Dalam Pendidikan Islam, guru

yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk

mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah serta bertingkah

laku sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh para Rasul-Nya,

terutama Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu

adalah cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita:

a. Sebelum bercerita:

 Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya

murid-murid boleh duduk mengelilingi pencerita.

 Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:

 Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid.

 Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan

tangan.

 Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara.

 Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-

murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita.

 Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu

dimulakan.

 Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus:

 Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu.

 Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan
kepada pengalaman bercerita yang lebih

mendalam.

b. Semasa bercerita:
 Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut;

 Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan

 Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur

secara terus menerus kepada pendengarnya.

c. Selepas sesi bercerita:

 Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan

 Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.

1.3.2 Kaedah Kaedah soal Jawab

Kaedah Soal Jawab merupakan satu kaedah yang sangat popular digunakan oleh setiap

guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini digunakan bukan sekadar

untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di dalam memahami pengajaran yang

disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid

terbabit.

Melalui kaedah ini, guru akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar dengan

sebaiknya. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil atau objektif
pembelajaran yang dicapai oleh seseorang guru. Kerana itu, mereka perlulah menguasai

kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara

spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah

dirancang dengan sebaik-baiknya.

Langkah-Langkah kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap guru:

1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.

2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.

3. Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-
lain berasa 'selamat'.

4. Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya.


5. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa

didiskriminasi/ pilih kasih.

6. Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang

tidak dapat menjawab.

7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.

8. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka

gagal menjawab soalan.

1.3.3 Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran,

berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari

penyelesaian.

Tujuan Perbincangan

 Menggalakkan perkembangan mental.

 Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.

 Menggalakkan perkongsian pendapat.

 Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.

 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.

 Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.

 Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam

kumpulan.

 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan.

Sebelum

 Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan


 Agih tugas kepada ahli kumpulan

 Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa

Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan

 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk

 Bantu murid beri idea

 Betulkan kesilapan

 Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas

 Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan

yang mencukupi

 Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada

semua murid

 Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan

 Tajuk yang sesuai

 Maklumkan tujuan perbincangan

 Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor

 Pastikan pelajar tahu cara perbincangan

 Guru sebagai fasilitator

 Penglibatan pelajar perlu aktif

 Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan

 Adakan rumusan akhir

 Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan

 Beri pujian dan galakan.

Jenis-jenis Perbincangan
 sesi buzz,

 sumbangsaran

 seminar

 forum

 Perbahasan

1.3.4 Kaedah Kajian Perpustakaan

Kaedah Kajian Perpustakaan ialah kaedah melaksanakani tugasan yang disediakan kepada

pelajar bagi mengumpul bahan dari Buku Teks, buku rujukan, majalah dan jurnal untuk

menjadi bahan sokongan dalam menerangkan satu-satu tajuk. Ia melibatkan kemahiran

membuat rujukan, mencari maklumat dan menggunakan indeks. Disamping itu ia juga dapat

mengukuhkan kemahiran membuat nota, melatih pelajar mengasingkan fakta penting

dengan yang tidak penting.

Teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat atau inkuiri penemuan merangkumi

aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan

masalah.

Pengendalian kaedah ini meliputi :

 Proses mengenali masalah

 Mengkaji ramalan

 Mengumpul maklumat

 Menganalisis

 Membuat rumusan/pembentangan

LATIHAN
1. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman menggunakan salah satu kaedah yang

disarankan di atas.

2. Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah perbincangan untuk pengajaran

berkesan

3. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda fahami berdasarkan

tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s.ketika menyampaikan wahyu?

Media dalam pengajaran

Matlamat utama Kerajaan adalah untuk melahirkan generasi alaf baru yang mampu menangani
cabaran abad ke-21 melalui pendidikan yang berkualiti dan cemerlang. Hasrat ini digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam pendidikan abad ke-21, muridmurid
dilatih dalam pelbagai kemahiran yang boleh digunakan untuk masa akan datang. Antara kemahiran
yang diajar adalah kemahiran komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah berdasarkan realiti
kehidupan sebenar. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan abad ke 21 dan merealisasi wawasan
2020, teknologi maklumat dan multimedia telah digunakan secara meluas dalam kalangan warga
pendidik untuk proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Penggunaan multimedia telah
digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Perkembangan multimedia berteknologi adalah
untuk mempelajari kaedah terbaru bagi guru-guru untuk memuat naik sumber bahan bermultimedia
yang menyokong konsep perkembangan konstruktiviti serta membenarkan guru-guru lebih fokus
menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bersama dengan
murid (Mukherjee, S. 2018).

Bidang al-Quran merupakan salah satu bidang dalam subjek Pendidikan Islam yang wajib dipelajari
oleh semua murid Islam Sekolah Rendah. Kebiasaannya bidang al-Quran ini diajar secara talaqqi
musyafahah antara murid dan guru di mana murid mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru.
Murid membaca al-Quran dan guru akan membetulkan bacaan murid ataupun guru membaca lancar
dan murid mengikut bacaan tersebut.

Dapatan kajian turut bersetuju bahawa bahan bantu teknologi dapat meningkatkan kefahaman
dalam kalangan pelajar kerana memaparkan maklumat yang menarik, mempunyai elemen didik
hibur melalui audio dan video serta mempunyai gambar grafik yang jelas (Ahmad Zulfiqar et al.
2018).

Di samping itu dengan berbantukan multimedia yang mempunyai elemen teks, audio dan video
dapat menggalakkan murid lebih mencintai bidang al-Quran dengan sempurna. Bidang alQuran
berpandukan ayat-ayat al-Quran yang tetap dan tidak boleh diubah. Bahasa yang digunakan dalam
ayat al-Quran mengikut lahjah Arab dan tidak boleh diubah kepada lahjah Melayu. Perkara yang
penting dalam pengajaran ini ialah agar murid fokus dan minat terhadap Bahasa Arab dan mengenal
huruf Hijaiyyah. Proses pembelajaran multimedia interaktif flash dapat meningkatkan minat murid
(Andri et al. 2017)

Kajian yang dilakukan oleh Zabedah & Irfan (2014) membuktikan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk multimedia membantu menyelesaikan masalah

kefahaman tajwid yang dihadapi oleh murid-murid Islam menerusi ujian pra dan pasca di mana

dapatan ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min.

KERTAS KERJA PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIAPENGENALAN

Dewasa ini, teknologi multimedia memainkan peranan yang amat penting dalam
menyampaikansesuatu maklumat. Teknologi multimedia adalah satu cara komunikasi yang bukan
sahaja dapatmenjadikan sesuatu persembahan lebih menarik tetapi ia juga dapat meninggalkan
kesan yanglebih mendalam kepada pengguna. Penggunaakan dapat mengingati dengan lebih baik
lagisekiranya mereka mendengar, melihat dan berinteraksi dengan apa yang disampaikan
kepadamereka.Aplikasi yang berasaskan multimedia sesuai dilaksanakan dalam pelbagai bidang
termasuk bidang pendidikan, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Multimedia juga adalah
sebahagiandaripada teknologi maklumat dan komunikasi yang meningkatkan kualiti hubungan
dalamkehidupan manusia. Interaktif melalui multimedia ini telah memainkan peranan yang
pentingdalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik
dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan computer dalam mempersembahkan maklumat
danmenyokong penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berdedikasi
haruslahmempunyai kreativiti untuk mencari kaedah pengajaran yang efisien supaya
dapatmemotivasikan murid-murid agar berminat dengan matapelajaran yang diajar supaya
peningkatan penguasaan kemahiran dapat dijana dengan baik

OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA

Objektif pemilihan pengajaran berbantukan multimedia ialah:i.

Bahan bantu belajar yang menarik minat muridii.

Mudah untuk disediakan.iii.

Banyak bahan untuk digunakan.

RASIONAL

Kaedah ini dipilih adalah kerana multimedia adalah salah satu kompenen yang penting padamaasa
kini. Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat interaktif dan bahan bantu
belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam
proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajardapat ditingkatkan
melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapatmeningkatkan
penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dansistem pemprosesan
maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan
ruang
KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID

Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid disamping


memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan
teknologimultimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung,
ianya dapatmeningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi
hasrat kerajaanuntuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai
intelek,rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pembelajaran berbantu multimedia dapat
mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pe
mbelajaranseperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya.
Selain daripada
itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantum
ultimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan
pengajaranmengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah, 1987). Secara tidak langsung ianya
akanmeningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.Selain
daripada itu, penggunaan animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat muriduntuk
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini secara tidak langsungakan
dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut

Kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans danBrown
(1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), menerangkan bahawa
kecanggihan komputer perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang bergunaseperti

“hardware”

dan

“software”

yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapanmereka dalam memaksimumkan proses


memanipulasikan keupayaan komputer. Hal ini adalahuntuk meningkatkan keyakinan serta
memudahkan para guru untuk mencurahkan pengalamanmereka dan seterusnya membantu para
pelajar untuk bersedia menggunakan komputer danmenerima proses pengajaran berlandaskan
kepada bahan bantu belajar yang telah disediakan.

KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU

Selain mempunyai kebaikan kepada murid, penggunaan multimedia juga mempunyai


kebaikankepada guru. Dengan menggunakan multimedia adalah mudah untuk guru membuat
pengulangan. Guru boleh menggulang bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan.Malahan
dengan menggunakan bahan multimedia ini, guru bebas bergerak kemana-mana bahagian yang
diperlukan.Menurut kajian yang dilakukan oleh Pedretti (1999) telah menunjukkan bahawa guru
yang bijakmengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar yang lain mampu membuat
pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada
sasarannya.Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah menyatakan bahawa
guru-guruyang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar yang lain dalam
melaksanakantanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT
dan lain-lain bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana
mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

RUMUSAN

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan
bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar multimedia seperti cakera padat
interaktif pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada
pelajarsecara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam
aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan komputer.Oleh
itu di sini dapat dirumuskan bahawa bahan bantu multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah merupakan salah satu bahan bantu belajar yang sangat membantu
dalammemberikan kefahaman kepada murid tentang sesuatu topik yang ingin diajar kepada
murid.Oleh itu, guru seharusnya lebih bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaranmereka agar dapat membantu murid dan memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Hadis

Kaedah Kuliah

Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk penerangan
sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai (AtanLong 1983).
Pembelajaran dengan kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan murid
kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat murid terhadapguru (Ahmad Mohd.
Salleh 2001).

Sebagai guru yang mengajar PI, kuliah atau syarahan yang diberikan kepada murid perlulahdidasari
dengan sumber daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. (al-Nahlawi 1979). GPI perlulah mahir dalam
merujuk dalil al-Quran dan hadis apabila bercakap tentang sesuatu isu.Penggunaan ayat al-Quran
dan hadis Nabi s.a.w. dalam kuliah harus diberikan penjelasan maknadan dikaitkan dengan tajuk dan
isu semasa. Dengan demikian, kuliah yang disampaikan adalahtepat, padat dan tidak menyimpang
dari tajuk yang ditetapkan (Razali Saaran 2010)

Bercerita

Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran

yang bertujuan memberi i’tibar dan melibatkan intonasi suara, mimik muka, gaya tubuh,

imaginasi dan peralatan tambahan (Shahabuddin Hashim et al. 2003).

‫ني‬ ِ‫وَأيُّوب ِإ ْذ نَاد ٰى ربَّهۥٓ َأىِّن م َّسىِن ٱلضُُّّر وَأنت َأرحم َّٰ مِح‬
َ ‫ٱلر‬ َُ ْ َ َ َ َ َُ َ َ َ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"

Soal Jawab

Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ilmu
kepada para sahabat r.a.

Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada
para sahabat r.a. satu soalan bagi membuka minda mereka, yang bermaksud: Apakah pandangan
kalian sekiranyaterdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di
sungai tersebutlima kali sehari, Akan adakah kekotoran pada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak
akan adakekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas: begitulah dengan solat lima waktu, akan
terhapussegala dosa kalian.

Aktiviti

Nabi s.a.w. melakukan teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat
r.a. Ini seperti yangdijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang
bermaksud:Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakah
kaliantahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan
RasulNyayang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga
kelak ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti
Muhammad,Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun.

Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan perdebatan dengan para sahabat r.a.
bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadapsesuatu perkara. Hal ini seperti yang
digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita,seperti yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari yang bermaksud: Wahai wanita!Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah
diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa golonganwanita adalah teramai di neraka. Para wanita
bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.?Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan
mengingkari suami. Nabi bersabda lagi: Akutidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan
agamanya yang mampu menewaskangolongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya
lagi: apakah kurang agama danakal kami wahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.: bukankah
penyaksian perempuan itucuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab:
benar! Itulah buktikurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w.

Komunikasi Efektif

ِ ‫ِ ِ ِإ‬ ِ ِِ ِ َ َ‫َوِإ ْذ ق‬
ٌ ‫ال لُْق َٰم ُن لٱبْنهۦ َو ُه َو يَعظُهُۥ يَٰبُىَنَّ اَل تُ ْش ِر ْك بٱللَّه َّن ٱلش ِّْر َك لَظُْل ٌم َعظ‬
)13( ‫يم‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

You might also like