You are on page 1of 12

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203

ISI KANDUNGAN
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Langkah pengajaran
Perbezaan Tilawah Al-Quran KSSR dan KBSR
Cadangan penambahbaikan
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

1.0 PENGENALAN

MUKA SURAT

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


Segala puji bagi Allah SWT yang telah memuliakan kita dengan al-Quran dan mengurniakan kita
rahmat dan kesejahteraan melalui bacaan dan praktikalnya dalam kehidupan. Sesungguhnya alQuran itu merupakan Kalam Allah yang Maha Bijaksana dan Perlembagaan-Nya yang Maha
Adil dan Maha Mengasihani. Seterusnya selawat dan salam ditujukan kepada penghulu Bani
Adam, Muhammad SAW dan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat baginda dan golongan yang
mengikuti mereka sehingga Hari Kiamat.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk
yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji
semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan
Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil.
Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang
mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan
pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan
yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah
diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,
sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh
menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah. Perkembangan sistem
pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963
-1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan
tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta
Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di
bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan social yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan
dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada
para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan
pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan
sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran
dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih
ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

2.0 TIGA SET LANGKAH PENGAJARAN

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203

3.0 PERBEZAAN TILAWAH AL-QURAN KBSR DAN KSSR


Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu
memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu
pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan
keupayaan pelajar ( Kementerian Palajaran Malaysia 2002 ).
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah merupakan
pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR
telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula
pada 2011. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR
adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan
tahap persekolahan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
Pendidikan Islam berdasarkan Kurikulum standard, murid mampu memahami, mengamal
dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian. Penekanan yang
diberikan adalah kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah,
ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Sementelahan itu, Kurikulum
Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid.
Modul Tilawah al-Quran merupakan salah satu daripada enam modul yang diterapkan dalam
KSSR. Guru-guru yang mengajar subjek ini sayugia memberikan tumpuan kepada pembacaan alQuran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah
tertentu daripada juzu Amma serta menghayati pengajarannya.
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah terbahagi kepada empat iaitu
bidang asuhan tilawah Al-Quran, bidang asas Ulum Syariyyah, bidang asas akhlak Islamiyyah
dan bidang pelajaran jawi. Di dalam bidang asuhan tilawah Al-Quran telah memberi tumpuan
kepada:
1. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih.
2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu amma dan menghayati
pengajarannya.
Jika dibandingkan dengan matlamat KBSR, Standard Pembelajaran yang terkandung
dalam KSSR memfokuskan kepada Penetapan Kriteria atau Petunjuk Kualiti Pembelajaran dan
Pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Sama seperti yang sebelumnya,
komponen kemahiran dalam Tilawah al-Quran dibahagikan kepada tiga iaitu kemahiran

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


membaca al-Quran, kemahiran menghafaz al-Quran dan kemahiran memahami ayat al-Quran.
Namun, dalam konteks penilaian KSSR secara berterusan, murid-murid akan didik untuk
membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah alFatihah dan surah tertentu daripada juzu Amma serta menghayati pengajarannya. Secara
keseluruhannya, guru-guru dapat mengenal pasti penguasaan murid-murid dalam pembacaan alQuran secara berperingkat berbanding ketika pelaksanaan KBSR di mana tumpuan penguasaan
secara individu tidak ditekankan.

4.0 LIMA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar
dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan
memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai,
guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah
yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan
memahami al-Quran.
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci alQuran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh
Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.Seterusnya Rasulullah SAW
membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian
diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Talaqqi pada istilah ialah
pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan
dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut
kumpulan atau secara kelas. Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang
mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajarpelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru
dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu
pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.
Kedua, guru boleh melaksanakan kaedah musyafahah sebagi penambahbaikan
pembacaan al-Quran dalam kalangan murid-murid. Musyafahah dari segi istilah bermakskud
guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada
gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al
Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya
pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru.
Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar
memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut. Pelajar menerima pengajaran dengan
mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini
bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa
menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di
samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar
Ketika P&P dijalankan, guru juga boleh menerapkan kaedah latih tubi yang merupakan
aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan
adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin
kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajardapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat
melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat
sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah
diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah telah meriwayatkan hadis yang
bermaksud :
Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka
mendapat fahaman yang sebenar.

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz
ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan
sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi
ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali.
Seterusnya, guru boleh menggunakan pendekatan tasmik yakni guru mendengar bacaan
pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam
penguasaan bacaan dan hafazan al Quran. Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta
membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru
mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan
kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar
tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang
dibaca.
Akhir sekali, kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang
melibatkan pelajar danguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman pelajar terhadap
topik atau pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan
penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam
Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang
diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi
pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203

5.0 KESIMPULAN
Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran,
keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran.
Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya
dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak
dicapai.
Dalam melengkapkan diri murid-murid dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah, guru
seharusnya menunjuk teladan yang murni dan bukanlah seperti ibu ketam mengajar anaknya
berjalan. Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.
Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi
melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan
matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak
kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana
terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang
timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai
pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan,
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak
berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika
pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203

6.0 RUJUKAN
Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mujam Al-Saghir, Mesir: Dar
al-Ilm, j.h.172
Abdullah al Qari bin Hj Salleh (1995) . Cara Baru Mengajar Tajwid dan Hafalan Al Quran.
Kuala Lumpur: Darul Numan. h. 44.
Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan
Kintan Sdn. Bhd. h. 44
Abu Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al Qurtubi (1993). Al-Jami li Ahkam alQuran.J.20.t.t.p:Dar al_fikr . h. 17.
Abu Muhammad Jamal Abd al Rahman (1995). al Iqaz Li Tadhkir al Huffaz Bi al Ayat Al
Mutasyabihah Fi alAlfaz, Kaherah: Dar Ummu al qura . h. 13

PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN 1 1203


Dr. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Bimbingan Praktis Menghafal al-Quran. Jawa Tengah: Bumi
Aksara . h. 69.
Muhaidi Hj. Mustaffa (2010). Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan Kecemerlangan
Pelajar: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Kelantan Dari Tahun
1997 hingga 2007. Tesis Sarjana Jabatan AL-Quran dan Al hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Sedek Ariffin (2012). Kaedah Menghafal Al-Quran di Institusi Tahfiz AL-Quran di Malaysia:
Kajian Perbandingan di Antara Kaedah Darul quran, JAKIM Dengan Al-Huffaz. Tesis Sarjana
Sarjana Jabatan AL-Quran dan Al Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala
Lumpur.
Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al- Itqan,
op.cit. Ustaz Ismail Masyhuri al Hafiz. Fadhilat Membaca dan Menghafal al Quran serta
Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur:Syarikat Nurulhas. h. 115

You might also like