You are on page 1of 21

KELEMAHAN PELAJAR MENGUASAI HAFAZAN:

KAJIAN TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT


SENTOSA, RAWANG.
ISMP Pendidikan Islam, UPSI
2013
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian yang meninjau kelemahan pelajar
dalam menguasai hafazan sukatan pelajaran Tingkatan 2. Hafazan merupakan salah satu
bahagian dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di
sekolah menengah harian. Tinjauan dibuat terhadap 60 sampel pelajar tingkatan 2 yang
dipilih mengikut tahap kedudukan kelas iaitu 30 sampel dipilih dalam kalangan pelajar kelas
sederhana dan 30 sampel pelajar dalam kalangan pelajar kelas lemah. Tinjauan awal telah
dibuat melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran serta melalui ujian pra lisan di dalam
kelas. Hasil dapatan daripada tinjauan awal adalah pada tahap lemah dan masih
memerlukan banyak latihan. Data yang diperoleh adalah dengan melalui pemerhatian dan
soal jawab di dalam kelas selama enam belas minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Sentosa. Dapatan hasil kajian penuh menunjukkan peningkatan pelajar dalam hafazan
amat memuaskan. Manakala implikasi kaedah guru mengajar hafazan berada di tahap yang
memerlukan kemahiran pengajaran Hafazan yang efektif dan fleksibel, agar murid dapat
menguasai Hafazan al-Quran dengan berkesan. Kaedah yang sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran Hafazan bagi pelajar ini ialah kaedah Hattawiyah.
Kata Kunci: Kelemahan pelajar, kaedah pengajaran, teknik pengajaran.

PENGENALAN

Pembelajaran Hafazan di sekolah menengah sekarang merupakan sebahagian daripada


kandungan Pendidikan Islam yang berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang mula disemak oleh JAPIM pada 2002 yang membawa kepada
pelaksanaan kurikulum baru mulai 2003 pada peringkat Tingkatan 1. Sebelum itu, kurikulum
baru ini telah melalui pembaharuan yang telah digubalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum ( Sekarang adalah Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia), kurikulum baru Pendidikan Islam yang bermula 1988 adalah menggantikan
kurikulum yang lama Pendidikan Islam yang telah digunakan semenjak 1982.

Mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM kini dibahagikan kepada bidang-bidang


berikut; Pertama: Tilawah al-Quran yang meliputi bacaan, hafazan dan kefahaman, Kedua:
Hadis, Ketiga: Ulum Syariyah yang meliputi Akidah, Ibadah, Sejarah Nabi Muhammad s.a.w
dan Tamadun Islam, Keempat: Adab dan Akhlak Islamiah. Manakala peruntukan masa
pengajaran Pendidikan Islam bagi peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam
waktu seminggu,bagi peringkat menengah atas ialah 160 minit atau empat kali seminggu (
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).

Sebelum proses menghafal, pengajaran al-Quran perlu dilakukan terlebih dahulu untuk
memastikan proses hafazan berjalan dengan lancar. Proses pengajaran al-Quran meliputi
sebutan kalimah-kalimah al-Quran, cara baca, hukum tajwid, tempat berhenti, tempat
permulaan, basmalah, istiazah dan ilmu-ilmu al-Quran yang lain seperti tafsir, asbab alnuzul, ilmu pengetahuan dan pelbagai ilmu.

Menurut ( Surur Shahabuddin, 2011) bahawa ulama salaf dan khalaf bersepakat
bahawa wajib seseorang itu membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalil wajib mempraktikkan
tajwid dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Muzammil :



Maksudnya :Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil
( Surah Al-Muzammil : 4 )
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk
membaca al-Quran dengan tartil iaitu mengelokkan sebutan setiap hurufnya dengan erti
yang lain iaitu bertajwid. Menurut (Ismail Tekan, 1993: 1), berpendapat bahawa yang
dimaksudkan dengan Tartil dalam ayat di atas adalah bertajwid. Kemudian ditanya kepada
beliau mengenai tajwid. Beliau menjawab iaitu mengelokkan bacaan dan mengenal tempat
berhenti.
Rasulullah s.a.w. juga menekankan bacaan tajwid kepada sahabat-sahabatnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepat
sebagaimana ia diturunkan.
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)
2

Berdasarkan hadis ini Nabi s.a.w menyatakan bahawa membaca al-Quran ini perlu
kepada pembacaan yang sempurna iaitu dengan bertajwid selaras sebagaimana cara bacaan
yang diturunkan Jibril kepada Nabi s.a.w.
Menurut ( Abdul Qadir Leong, 2001) tujuan mempelajari ilmu tajwid adalah untuk
memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran sewaktu
membacanya. Selaras dengan pandangan menurut ( Surur Shihabuddin, 2010) iaitu faedah
mempelajari ilmu Tajwid adalah untuk memelihara lidah daripada kesalahan-kesalahan dalam
bacaan al-Quran, mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran dan untuk mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, tujuan sebenar perlunya umat Islam ini belajar dan
mengerti ilmu tajwid ini adalah untuk mengelakkan daripada kesalahan membaca baris dan
hukum tajwid yang membolehkan makna sebenar al-Quran akan terpesong dan mereka akan
mendapat dosa daripada Allah s.w.t. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sebaik-baik kamu adalah mempelajari al-Quran dan mengajarkan-nya
( Hadis riwayat al-Bukhari )
Oleh yang demikian, maka adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua pelajar
Islam di sekolah dan juga masyarakat Islam yang lain sama ada yang tua atau pun yang muda
untuk mempelajari dan memahami hukum tajwid dengan baik. Hal ini bertujuan untuk
memastikan bacaan al-Quran mereka lancar dan betul dalam menyebut kalimah-kalimah yang
terdapat dalam al-Quran bagi mengelakkan kemurkaan Allah s.w.t.

Manakala pembelajaran hafazan iaitu salah satu bidang di bawah Tilawah al-Quran,
yang mewajibkan pelajar menghafaz ayat-ayat pilihan yang telah ditetapkan bagi sukatan
pelajaran Pendidikan Islam. Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik
manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t . Perkembangan globalisasi yang
melanda masyarakat kini menyebabkan pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu
menjadi pemangkin ke arah membentuk minda tajdid yang bakal melahirkan generasi yang
hafiz, alim, daei dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran ( Abdul
Hafiz et.al : 2003) .

Proses menghafaz merupakan salah satu kaedah yang penting bagi mendalami ilmu alQuran,

di mana ianya merupakan satu proses yang digunakan untuk menyimpan ilmu

pengetahuan ( Ab.Fatah Hasan: 1994). Proses menghafaz memerlukan kekuatan fizikal dan
mental pada orang yang ingin melakukannya. Kekuatan fizikal dan mental meliputi
persediaan fikiran, rohani dan jasmani daripada segala anasir yang boleh melemahkan.
Persediaan juga diambil kira sebagai langkah memudahkan proses menghafaz. Persediaan dari
segi kesihatan, bahan rujukan, guru, masa dan minat adalah perkara penting untuk melakukan
hafazan. Di samping menulis dan membaca, menghafaz sesuatu yang dipelajari dan cuba
mengingat dengan hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan
kecerdasan otak.

Amalan pengajaran al-Quran yang berkesan juga dikaitkan dengan sifat kreatif guru
yang mana bukan sahaja setakat merancang pengajaran, bahkan juga meliputi kreativiti
semasa proses pengajaran. Amalan ini penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat
pelajar untuk menumpukan perhatian. Punca pelajar hilang tumpuan semasa belajar ialah
disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang
membosankan ( Ngalim: 1998) . Justeru itu, pengkaji cuba untuk mengenalpasti kaedah yang
paling sesuai digunakan untuk pembelajaran hafazan agar menarik minat pelajar serta
meningkatkan kemahiran pelajar menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan Pendidikan
Islam Tingkatan 2 ( Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi: 2009).

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah bertitik tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan pelajar
dalam menguasai kemahiran menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan 2. Masalah ini sebenarnya telah dihadapi oleh pelajar dari
sekolah rendah lagi dan diteruskan ke sekolah menengah tanpa pemerhatian oleh ibu bapa.
Walaupun begitu, menghafaz tidak akan dilaksanakan jika pelajar tidak dapat menguasai
bacaan al-Quran mahupun tilawah. Banyak kajian lepas menfokuskan tentang penguasaan
Tilawah al-Quran ( Ramlan 2000; Mohamad Sabri 2001; Mohd Alwi et.al 2003, Mohd Aderi
2004, Ab. Halim 2005 dan Ab. Halim et al 2006) melaporkan bahawa kelemahan dalam
pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam
kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran. Oleh itu, kelemahan pelajar dalam penguasaan
4

al-Quran akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah
menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan.

Seterusnya permasalahan yang dialami oleh pengkaji sendiri iaitu apabila dicerup oleh
penyelia latihan praktikum bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran pengkaji agak sedikit
kaku. Menurut Wan Bakar (1988) menyatakan bahawa masalah yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam timbul keranan kurangnya perkembangan
ilmu dalam diri guru Pendidikan Islam dan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam masih berada di tahap yang rendah. (Ab. Halim et.al 2004) menyatakan bahawa
kelemahan pelakasanaan pengajaran Tilawah al-Quran ini juga bertitik tolak daripada sikap
guru terhadap pengajaran Tilawah al-Quran yang mana guru kurang melakukan aktiviti talaqi
dan musyafahah semasa pengajaran Tilawah al-Quran dan Hafazan.
Apabila membuat ujian tasmi dilakukan, ramai di kalangan pelajar Tingkatan 2 yang
masih belum menguasai hafazan ayat-ayat surah pilihan walaupun sebahagian daripada
mereka boleh membaca al-Quran. Ujian tasmi dilakukan adalah pada pertengahan tahun iaitu
dalam bulan Julai, jika melihat kepada Rancangan Tahunan Kurikulum 2012 Pendidikan
Islam Tingkatan 2 yang diperuntukan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa,
peruntukan untuk ayat hafazan adalah bermula daripada awal tahun iaitu empat bulan pertama
Januari hingga April. Masa yang diperuntukan untuk semua ayat hafazan adalah selama empat
minggu, yang meliputi 960 Minit ( bersamaan dengan 16 Jam). Nik Rosila Nik Yaacob (
2007) menyatakan bahawa minat pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam adalah sangat
lemah berbanding matapelajaran lain.

Adapun dalam solat, umat Islam diwajibkan untuk membaca al-Fatihah pada setiap
rakaat, jika tidak membacanyaa maka solat kita adalah terbatal bagi mereka yang mukhalaf.
Membaca al-Fatihah dalam solat adalah dengan menghafaznya. Jadi menghafaz al-Fatihah itu
wajib bagi umat Islam yang mukallaf, hal ini sebagaimana selaras dengan tuntutan syarak.

Menurut ( Saat Sulaiman, 2005: 33 ), jika membaca surah al-Fatihah itu dalam solat
dengan bacaan yang salah, maka solat akan ditolak kerana tidak menunaikan rukun dengan
baik. Membaca surah dengan tajwid yang salah akan merosakkan makna ayat tersebut.
Sebagai contoh membaca iyya dengan iya, ia mengubah makna dari kepada kau menjadi
kepada matahari. Maka di sini penulis merasakan penyelidikan ini perlu dijalankan bagi
5

mengetahui punca sebenar dan mengatasi masalah ini dari bangku sekolah lagi sebelum
masalah ini akan menjadi berterusan, dan seterusnya amalan seseorang itu ditolak Allah s.w.t.
Selain itu, ada di kalangan pelajar pernah bertanyakan kepada pengkaji cara
menghafaz ayat-ayat itu dengan teknik yang mudah diingati. Pengkaji cuba memikirkan
apakah cara terbaik untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini. Mengambil kira
kepentingan al-Quran di kalangan pelajar, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang pendidik
dalam memertabatkan ilmu terutamnya ilmu al-Quran, pengkaji cuba mempraktikkan dua
kaedah. Adalah menjadi harapan pengkaji agar hasil kajian ini dapat membekalkan maklumat
berguna kepada pendidik berkaitan di samping meningkatkan kemahiran menghafaz ayat-ayat
lazim dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada perbincangan latar belakang kajian dan pernyataan masalah, maka kajian
ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 2 dalam menghafaz ayat-ayat pilihan dalam


sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 2.
Objektif Khusus

1- Menyebut setiap kalimah al-Quran dengan betul.


2- Dapat Mengenalpasti teknik hafazan terbaik untuk menghafaz al-Quran
3- Memahami kaedah Pengajaran dan Pembelajaran guru Pendidikan Islam yang
berkesan.

METODOLOGI KAJIAN
Metodologi adalah satu cara, suatu pendekatan ataupun suatu kaedah yang sering digunakan
oleh para penyelidik ilmiah untuk mengumpul data-data berkaitan dengan apa yang dikaji.
Metodologi adalah satu bentuk prosedur bersistematik dan teratur

yang mampu

menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan
peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi penyelidik dicapai dengan baik dan sempurna.
6

Metodologi kajian dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan
kaedah kuantitatif. Kaedah Kualitatif merupakan satu kaedah kajian atau rujukan
perpustakaan yang dijalankan terhadap buku-buku ilmiah yang ditulis oleh penulis lain.
Manakala kuantitatif pula merupakan bahan atau sumber yang didapati melalui sesi temubual
, kaji selidik dan pemerhatian. Kaedah sedemikian merupakan kaedah yang sering digunakan
oleh kebanyakan pengkaji dalam menghasilkan karya mereka. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan kedua-duanya bentuk kaedah untuk mendapatkan hasil kajian relevan.
Kedua-dua kaedah ini sangat signifikan terhadap diri pengkaji dan bentuk kajian yang hendak
dijalankan.

Didalam kajian ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa perkara penting yang ada
kaitan perlu dititik beratkan didalam kajian sebagaimana yang digunakan oleh penyelidik
sepanjang proses menjalankan penyelidikan ini.

Menurut (Mohd. Majid Konting,1990)

metodologi atau kaedah penyelidikan merujuk kepada apakah kaedah yang digunakan oleh
penyelidik untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat penyelidikan yang
dilakukan oleh penyelidik. Disebabkan itulah, Metodologi merupakan asas penting bagi
melakukan penyelidikan sesuatu kajian.
Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menemubual pelajarpelajar, melihat sikap, tingkah laku, kepekaan, ketanggungjawaban pelajar dalam menghafal
ayat-ayat pilihan serta melakukan ujian ke atas pelajar tingkatan 2 yang telah dipilih oleh
pengkaji di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukuit Sentosa, Rawang.
Instrumen Kajian
Menurut ( Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999), instrumen adalah alat yang digunakan untuk
mengukur dan memperoleh data. Ia digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan
dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Jadi, pada bahagian ini
pengkaji akan menjelaskan tentang instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini.
Pengumpulan Data Primer
Dalam kajian ini, pengkaji akan menghuraikan tentang pengumpulan data primer yang
pengkaji gunakan. Berikut merupakan huraian tentang pengumpulan data primer.

Pemerhatian
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat satu pemerhatian terhadap persepsi pelajar dalam
pembelajaran hafazan. Pemerhatian ini juga melihat kepekaan pelajar dan ketanggungjawaban
mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran hafazan di dalam kelas. Pemerhatian ini
mengambil masa selama 16 minggu bagi menentukan sama ada masalah kajian tercapai atau
tidak.

Pengumpulan data diambil melalui pemerhatian ketika sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas, kaedah ini dapat membantu pengkaji untuk menilai responden
yang dikaji. Responden juga akan memberi maklumat terhadap permasalahan yang dikaji
apabila sesi soal jawab secara rambang dilakukan dalam kelas.

Kaedah pemerhatian akan melihat kepada 60 orang sampel untuk mendapatkan data.
Data-data yang diambil adalah menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap hafazan, minat,
kaedah yang digunakan, dan teknik mudah hafaz.

Pengumpulan Data Sekunder

Pengkaji juga menggunakan beberapa tambahan maklumat sokongan, maklumat tambahan ini
diperlukan untuk menyokong huraian tersebut. Maklumat sokongan tersebut diperolehi
melalui buku-buku, kertas kerja, pamplet setra penyelidikan yang berkaitan dengan tajuk
kajian penyelidikan.

KAJIAN LITERATURE.

Menurut James A.Mechener (1995) seorang tokoh barat , menyatakan bahawa al-Quran
merupakan kitab yang paling banyak mempengaruhi kehidupan seharian bagi orang yang
berpegang dengannya dan bagi orang mengimani-nya. Menurut beliau lagi, al-Quran ini juga
merupakan kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia di dunia serta menghafal-nya.
Menurut Otong Surasman (2004) seorang pakar dalam bidang al-Quran, menyatakan
bahawa ayat al-Quran perlulah dibaca dengan sebutan yang sepatutnya, iaitu perlu dibaca
dengan tarqiq apabila harus dibaca dengan tarqiq, dibaca dengan tebal ( tafkhim ) apabila
bacaan itu termasuk dalam bacaan tafkhim. Dibaca dengan pendek apabila bacaan itu
8

diharuskan bacaan dengan pendek, dibaca dengan panjang apabila bacaan tersebut harus
dibaca dengan panjang, dibaca dengan dengung apabila bacaan diharuskan dengan dengung
dan hukum-hukum tajwid yang lain.
Oleh itu, huruf yang ingin dibaca harus sesuai dengan tempat keluarnya ( makhraj
hurufnya) dan janganlah membaca dengan mencampur adukkan antara satu dengan yang lain,
seperti bacaan izhar harus dibaca dengan izhar, jangan pula dibaca dengan ikhfa mahupun
idgham. Serta sebutan huruf harus sesuai dengan makhraj hurufnya, ini kerana dalam hurufhuruf hijaiyah terdapat beberapa hurufnya sama dengan huruf yang lain dari segi sebutannya
seperti huruf (

) dengan ( ) , huruf ( )dengan ( )dan banyak lagi huruf-huruf yang

sebutannya hampir sama.


Menurut ( Abdul Hafiz et.al:2003) dalam kajian mereka yang menyatakan bahawa
penggunaan mashaf yang berlainan dengan kebiasaan yang dihafal menyebabkan kedudukan
dan susunan ayat serta muka suratnya akan menyebabkan hafazannya menjadi bercelaru dan
kucar kacir. Prof. Gordon Bower dalam kajian (Abdul Hafiz et al: 2003) menambah susunan
ayat dan juzuk juga mempengaruhi ingatan untuk mudah diingat.
Berpindah ayat dengan cara terburu-buru kerana ingin cepat hafal akan menyebabkan
ayat-ayat yang telah dihafaz menjadi kucar-kacir dan susah diingat. Dinasihatkan agar apabila
menghafal ayat al-Quran perlulah dengan mengulang-ulang sehingga ayat yang dihafal terus
kekal dalam hati ( Abu Mazaaya al-Hafiz:1998).
Kajian mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan juga banyak dikaji oleh
penyelidik-penyelidik yang memfokuskan kepada kajian ini, antaranya ialah (Al-Syaibani,
1991; Atan Long 1993; Ahmad Mohd Salleh 1997; Mohd Yusuf Ahmad 2000; dan Mok Soon
Sang 2000) menurut mereka amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan
pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah.
Menurut (Rohizani et al, 2005) Pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses
pengajaran. Apatah lagi dalam pengajaran Tilawah al-Quran yang meliputi hafazan dan
kefahaman yang mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap kompenan mata
pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran Hafazan melibatkan kemahiran lisan, kelancaran
bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid, mengingat dan bacaan secara tadwir dan tartil (
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).

Menurut (Rohizani et.al, 2005), memandangkan pengajaran Tilawah al-Quran dan


hafazan melibatkan pengajaran kemahiran, maka mengajar kemahiran perlu menekankan
kepada arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan pelajar. Walaupun begitu, menurut (
Shulman, 1987) dalam usaha untuk mewujudkan pengajaran berkesan, guru perlu menguasai
isi kandungan mata pelajaran dan peka terhadap gaya pembelajaran pelajar serta strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Berkaitan dengan strategi pengajaran, menurut Ibnu Khaldun(2000), guru hendaklah
memastikan setiap isi pengajaran dan masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan
pembelajaran diselesaikan dahulu sebelum berpindah ke topik lain. Oleh itu dalam pengajaran
Hafazan, guru hendaklah memastikan para pelajar benar-benar telah menghafal sesuatu ayat
sebelum berpindah kepada ayat yang lain, agar pelajar tidak berterusan gagal menghafal ayat
pilihan dengan sepenuhnya. Setelah guru yakin pelajar telah berjaya menguasai sesuatu ayat
dengan menghafaz, barulah guru berpindah kepada ayat seterusnya. Hal ini bergantung pada
kemampuan pelajar untuk menghafaz ayat-ayat pilihan, kerana kemahiran pelajar berbeza
dengan yang lain.
Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 1997 dan Sulaiman Ngah Razali, 1997), Kesesuaian
pendekatan pengajaran berkait rapat dengan dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru.
Menurut ( Ahmad Mohd Salleh, 1997) teknik kemahiran juga penting dalam perlakuan guru
untuk mengelolakan dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Ia adalah unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah.
Contohnya teknik dalam pengajaran guru ialah teknik tunjuk cara, teknik menghafal dan latih
tubi, teknik bersoal jawab dan teknik bersyarah. Denagn pelbagai teknik pengajaran ini, guru
dapat menggunakannya dalam pengajaran hafazan. Oleh itu, guru pendidikan Islam hendaklah
mengambil kira teknik pengajaran yang sesuai agar wujudnya pengajaran berkesan dan
pembelajaran berkualiti.
Menurut ( Ngalim,1990) berpendapat bahawa punca pelajar hilang tumpuan semasa
belajar ialah disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran
yang membosankan. Oleh itu, usaha harus dilakukan agar suasana amalan pengajaran yang
kreatif dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik
darjah.

10

Kesimpulannya amalan pengajaran Hafazan yang berkesan ialah melibatkan peranan


guru pendidikan Islam sebagai murabbi, mualim, muaddib, murshid dan mudarris.
Berdasarkan peranan ini, guru pendidikan Islam bukan sahaja bertanggungjawab untuk
menyampaikan ilmu semata-mata, malah untuk membentuk pelajar sebagai persediaan kepada
kehidupan.
KAEDAH PENGAJARAN HAFAZAN
Bagi memastikan ayat-ayat al-Quran itu dapat dihafal dengan baik, pengkaji telah memilih
beberapa kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar untuk menghafaz ayat-ayat
pilihan. Kaedah tersebut ialah kaedah Mendengar, Kaedah Membaca, Kaedah Menulis,
Kaedah Mengulang, Kaedah Mengekalkan Hafazan, Kaedah Beransur-ansur dan Kaedah
Pengamalan.
Kaedah Mendengar
Mendengar merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat penting. Menurut (Gamal
Abdul Nasir: 2003) kaedah memdengar adalah sebagai perkara yang mesti ada pada setiap
pelajar. Kerana mendengar mampu meningkatkan tahap penguasaan yang betul dalam teknik
menghafal. Kaedah ini juga disebut sebagai talqin, iaitu dengan cara guru membaca setiap
potongan ayat kemudian dibaca atau diikuti oleh pelajar dengan cara betul dan tepat. Setiap
bacaan itu diperhatikan dan dipantau sehingga pelajar mampu menyebut dan menghafaz
dengan baik.
Khalid Ahmad (2007) menyatakan kaedah mendengar ini boleh melibatkan beberapa
aspek yang penting seperti kecerdasan otak, pancaindera, kerja deras, kesegaran jasmani,
masalah mengantuk, masalah lesu fikiran dan juga keadaan persekitaran tempat belajar.
Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting didalam pembelajaran. Dalam aspek
otak dan pancaindera merupakan aspek utama dalam memberi perhatian terhadap mendengar.
Otak yang baik mampu memberi perhatian yang baik terhadap mendengar apa yang
diucapkan oleh gurunya.
Manakala aspek pancainderan pula, mata memerhati dan telinga mendengar apa yang
diucapkan dan diperkatakan oleh gurunya. Dalam menghafaz al-Quran, otak yang kosong
iaitu tidak ada gangguan luar mampu memberi ingatan yang cepat dalam menghafaz setiap
perkataan dengan cepat. Aspek penumpuan iaitu mata mampu memberi gambaran apa yang

11

diucapkan oleh gurunya dengan melihat gerak geri bibir apa yang diucapkan oleh gurunya
(Khalid Ahmad, 2007).
Kaedah Membaca.
Kaedah membaca yang efektif ialah dengan membaca dan memahami apa yang dibaca (
Rubiah Aksiah dan Ong Yea Ying: 2006). Setiap orang yang ingin menghafal harus
memahami dengan baik dan teratur apa yang dihafal.
Sesetengah pelajar mempunyai gaya dan cara tersendiri dalam membaca. Begitu juga
di dalam kaedah hafazan yang mempunyai gaya dan bentuk hafalan yang tersendiri. Kaedah
membaca yang kuat ada sesetengah orang mampu melakukan dengan begitu kerana mereka
beranggapan mudah dan cepat faham dan ada juga sesetengah orang membaca secara
perlahan. Sebagaimana di dalam kaedah hafazan, kaedah membaca al-Quran ini boleh
dilakukan dengan pelbagai cara. Dalam kaedah membaca ini, ianya juga boleh dilakukan
dengan cara membaca secara kuat dan perlahan. Semuanya bergantung kepada kemahiran
menghafal sama ada cara mana yang sesuai baginya.
Kaedah Mengulang (Taqrir Atau Muraja'ah)
Taqrir atau muraja'ah bermakna mengulang-ulang. Maksud keadah Taqrir atau mengulangulang ialah pengulangan yang dibuat oleh pelajar untuk mengekal dan mengukuhkannya
dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang
dari ingatan ( Abdullah al-Qari: 1995).
Dalam satu kajiannya, Prof. W.C.F. Krueger telah menggunakan kaedah mengulangulang bacaan sebelum menghafaz ke atas sekumpulan pelajar. Hasil kajian menunjukkan
bahawa semakin banyak mereka mengulang-ulang bacaan, semakin banyak yang mereka
hafaz. Implikasi daripada kajian tersebut, jikalau kita hendak menghafaz sesuatu maklumat,
kita mesti terus mengulang-ulangnya.
Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan mereka
masing-masing. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat, masa yang digunakan
untuk mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai ingatan yang
lemah. Walau bagaimanapun, menghafaz (Tahfiz) dan mengulang (Taqrir) perlu seimbang
dengan nisbah antara keduanya adalah 1:10, iaitu setiap hafazan baru mesti diulang sekurangkurangnya sepuluh kali.
12

Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraj'aah/I'adah)


Pengekalan hafazan (Murajaah/Iadah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan
yang tersimpan dalam ingatan. Kaedah ini digunakan oleh pengkaji apabila sesi pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan iaitu pada set induksi. Pengekalan ini adalah amat penting dan
menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam
ingatan pelajar.
Ada dua bentuk pengekalan yang dilakukan oleh pengkaji bagi memastikan pelajar
tidak lupa, iaitu, pertama; mengulang ayat hafazan bersama orang lain. Pada masa yang sama,
ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara mereka, rakannya dapat
membetulkan bacaan tersebut.
Kedua; pengkaji menasihatkan pelajar agar selalu membaca ayat yang dihafaz di baca
dalam solat, ini kerana membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan
memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri
memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang
pelajar perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang
agak panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan
seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membaca di dalam
solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu
sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar.
Kaedah Beransur-Ansur
Seterusnya pengkaji menggunakan kaedah beransur-ansur. Menurut ( Gamal Zakaria: 2002)
proses beransur-ansur dalam pengajaran al-Quran ini bermaksud pembelajaran yang dimulai
dahulu dengan ayat-ayat yang pendek dari al-Quran sehingga menguasai dengan mengenal
huruf-huruf, baris, tanda baca, hukum mad dan sebagainya. Selepas itu barulah diikuti dengan
surah yang panjang dan selanjutnya.
Seorang guru tidak boleh terus memindahkan pelajar dari ayat ke ayat yang lain,
kecuali setelah mereka betul-betul menguasai tajwid dan tulisan ayat tersebut. Langkah ini
adalah untuk tidak membuatkan pelajar terkejar-kejar dalam menguasai tajwid dan tulisan
sesuatu ayat. Jika ini berlaku, kemungkinan seseorang pelajar akan kehilangan input yang
mereka dapat daripada ayat yang pertama kerana ingin mengejar dan mengingat pula ayat
yang kedua.
13

Walaupun begitu, ayat atau surah yang hendak di hafal oleh pelajar hendaklah
disempurnakan dan dilancarkan bacaannya terlebih dahulu sebelum menghafal. Kelancaran
dan kesempurnaan ini adalah merangkumi bacaan tajwid yang betul. Sebagai contoh jika
hendak hafal sesuatu ayat maka mulakan dari ayat yang mudah dan seterusnya ayat panjang.

Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Kita perlu memastikan


tidak mula menghafaz ayat yang seterusnya sebelum bacaan awal betul-betul lancar kerana ini
akan menjadikan pelajar mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan
hafalan pelajar akan bercelaru dan bercampur aduk dengan hafalan ayat-ayat yang lain.

Kaedah Pengamalan
Menurut (Abdul Hafiz bin Abdullah et. al. : 2003) cara yang boleh diamalkan ialah membaca
ayat-ayat yang telah kita hafaz dalam solat-solat yang kita lakukan. Banyakkan solat sunat
atau membaca surah yang dihafal dalam solat-solat fardhu yang dilakukan seharian sebagai
satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz bertepatan seperti apa
yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di
hafaz ke dalam amalan harian kita.
Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan
memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri
memerlukan fokus yang tinggi dan serius dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang
penghafaz perlulah membuat pengulangan bacaan yang teratur dan meluangkan waktu yang
agak panjang. Oleh yang demikian, langkah ini akan membolehkan pelajar mengetahui
kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa
membacanya di dalam solat. Apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan
terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang lancar.
Bagi golongan pelajar yang sentiasa bersosial, mereka boleh membaca ayat-ayat alQuran yang telah dihafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut.
contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lainlain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan seseorang dalam hafalan
untuk mengingati ayat-ayat hafazan tersebut dengan cepat dan seterusnya terlekat pada
fikiran.

14

TEKNIK PENGAJARAN HAFAZAN


Teknik Hattawiyyah
Teknik yang digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan bagi kajian ini
ialah dengan menggunakan pendekatan Hattawiyyah, iaitu teknik yang bertujuan untuk
memudahkan pelajar dapat membaca al-Quran serta menghafalnya. Teknik Hattawiyyah telah
berkembang di wilayah Riau, Indonesia yang diasaskan oleh Dr. Mohd Hatta Osman yang
merupakan seorang pegawai Jabatan Agama Tempatan di sana.
Teknik ini mula diasaskan bagi membebaskan buta huruf al-Quran dalam kalangan
kanak-kanak di sana.Tempoh yang diambil untuk seseorang itu dapat membaca al-Quran dan
menghafalnya adalah selama empat atau lima jama sahaja, atau 6 kali belajar. Teknik ini
sangat sesuai, ringkas dan praktikal untuk dilaksanakan bagi mengurangkan masalah tidak
kemampuan pelajar membaca al-Quran, tetapi dengan syarat mereka sudah lancar membaca
rumi.
Teknik ini mula berkembang di Malaysia secara meluas melalui guru-guru dari
Indonesia yang terlibat dalam bidang pengajaran al-Quran. Ia juga dikembangkan oleh pelajar
Malaysia yang belajar di Indonesia. ( Adel M.Abdul Aziz: 2006).
Teknik ini iaitu dengan guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf hijaiyah kepada
huruf latin, seperti kepada M , huruf kepada T , huruf kepada K dan
seterusnya. Manakala dalam bentuk perkataannya seperti kepada Alhamdulillah,
kepada Rabbana dan seterusnya. Walaupun begitu, teknik ini sangat memerlukan
bimbingan yang terus agar pelajar tidak terpesong apabila membaca al-Quran apabila ayatayat al-Quran yang mengandungi tanwin, sabdu dan panjang pendek.

DAPATAN KAJIAN
Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian dan soal jawab selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati kebanyakan pelajar lebih cenderung dan lebih berminat untuk menghafaz ayat-ayat
pilihan dengan kaedah dan teknik yang dikemukakan oleh pengkaji ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Selain itu, suasana pembelajaran juga menjadi lebih aktif dan
15

mesra apabila pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bersesuaian dengan kemampuan
responden.
Secara umum keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan hafalan
ayat-ayat pilihan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Sentosa, Rawang yang menggunakan pendekatan Hattawiyyah berada pada
tahap sederhana lancar.
Perbincangan Ujian Hafazan
Jadual 1: Perbandingan di antara Pra-Lisan dengan Ujian Lisan bagi hafalan mata pelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan 2.
Markah

Tahap

Bilangan Pelajar

Pra-Lisan

Ujian Lisan

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

8-10

Cemerlang

10

5-7

Baik

11

21

14

0-4

Lemah

17

19

Kajian ini melibatkan jumlah responden seramai 60 orang iaitu 33 responden dalam kalangan
pelajar lelaki (55%) dan 27 responden dalam kalangan pelajar perempuan (45%). Latar
belakang kelas responden adalah di tahap sederhana tinggi dan tahap yang sederhana bawah.
Bilangan kelas bagi pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa,
Rawang ialah sebanyak 13 buah kelas. Kajian ini dijalankan pada kelas yang ke-enam dan
kelas yang ke-sepuluh. Latar belakang sekolah terdahulu, kebanyakannya adalah daripada
Sekolah Kebangsaan sekitar kawasan tersebut. Sebahagian kecil responden adalah daripada
sekolah agama.
Manakala latar belakang keluarga responden, secara jujur-nya pengkaji hanya dapat
memastikan bahawa beberapa orang responden sahaja yang sempat pengkaji kaji. Kerana
masa tidak mengizinkan pengkaji untuk mengkaji. Walaupun begitu, kebanyakan ibu bapa
responden adalah bekerja. Ada sesetengah ibu bapa responden yang hanya pada hari Sabtu
dan Ahad sahaja ada di rumah, manakala hari bekerja mereka akan bertungkus-lumus
melakukan pekerjaan mereka tanpa memikirkan keadaan keluarga di rumah. Mereka lebih
16

mementingkan kerja daripada tanggungjawab sebagai Ibu bapa kepada anak yang
memerlukan kasih sayang di rumah.
Berbalik kepada hasil dapatan kajian, berdasarkan kepada ujian pra-lisan dan ujian
lisan menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Daripada 60 responden
yang dikaji, hasilnya 54 orang pelajar menunjukkan peningkatan pencapaian manakala 6
orang pelajar tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ujian pra-lisan telah dilaksanakan
pada akhir bulan pertama latihan mengajar iaitu pada minggu keempat. Jarak ujian pra-lisan
dengan ujian lisan adalah selama 8 minggu.
Berdasarkan kepada ujian lisan yang dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang
memuaskan bagi pelajar yang dapat menghafaz ayat-ayat pilihan dengan lancar, bacaan yang
bertajwid dan sebutan huruf yang betul. Penurunan jumlah pelajar yang lemah juga dapat
dikurangkan. Hal ini berbeza dengan daripada keputusan ujian pra-lisan yang telah dijalankan
sebelum ini, di mana menunjukkan jumlah yang tinggi bagi pelajar yang lemah dalam
menguasai kemahiran menghafaz al-Quran.
Peningkatan pelajar dalam kemahiran menghafaz al-Quran bagi tahap cemerlang untuk
pelajar lelaki adalah sebanyak 8.3% manakala bagi pelajar perempuan pula ialah 15%.
Manakala pada tahap baik pula peningkatan bagi pelajar lelaki adalah sebanyak 17% dan bagi
pelajar perempuan peningkatan sebanyak 10%. Manakala pada tahap lemah pula didapati
bahawa sebanyak 25% pengurangan dari kalangan pelajar lelaki dan 25% dalam kalangan
pelajar perempuan.
Teknik Menghafal Al-Quran
Jadual 2: Teknik Menghafal al-Quran.
Teknik

Lelaki

Perempuan

Hattawiyyah

28

24

Tidak Terlibat

Daripada 60 responden yang dikaji,

sebanyak 87% pelajar menghafal al-Quran dengan

menggunakan pendekatan Hattawiyyah, iaitu 47% dalam kalangan pelajar Lelaki dan 40%
dalam kalangan pelajar perempuan. Teknik ini digunakan disebabkan masa yang
diperuntukkan untuk menghafal al-Quran terlalu singkat ketika proses pengajaran dan
17

pembelajaran. Sebelum proses menghafal, proses mendengar dan mengikut bacaan guru perlu
dijalankan terlebih dahulu, ini bagi memastikan pelajar dapat mengetahui bacaan yang akan
dihafal.
Proses talaqi dan musyafahah ini mengambil masa sekurang-kurang 30 minit dan ia
sangat lama untuk satu subtopik, hal ini kerana penguasaan kemahiran pelajar dalam
membaca

al-Quran

sangat

lemah.

Manakala

proses

menghafal

pula,

pengkaji

memperuntukkan sebanyak 30 minit sahaja, dan 10 minit adalah penutup, keseluruhan adalah
80 minit iaitu dua waktu. Peruntukkan masa yang singkat pada proses menghafal
menyebabkan teknik Hattawiyyah dijalankan.
Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran hafazan berlaku, pernah beberapa
responden bertanyakan kepada pengkaji: Ustaz, boleh tak ustaz tulis dalam dalam bahasa
Melayu (rumi), kami tak pandai nak baca al-Quran? . Jadi dengan tindakan tersebut,
pengkaji cuba untuk menggunakan teknik tersebut untuk menarik minat pelajar bagi
menghafal al-Quran. Selang beberapa waktu, pengkaji membuat alat bahan bantu mengajar
dalam pengajaran hafazan adalah dengan menulis al-Quran dengan teknik Hattawiyyah.
Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran hafazan seterusnya, pengkaji cuba untuk
menyembunyikan bahan bantu mengajar tersebut. Paling mengejutkan bagi pengkaji adalah
dengan tindakan pelajar dengan mengadu agar pengkaji membuat teknik Hattawiyyah
sebagaimana berikut alaaa.. ustaz.. nape tak tulis bahasa Melayu??. Tak best laaa macam
nie... Tindakan tersebut menunjukkan bahawa teknik yang digunakan oleh pengkaji sangat
berkesan untuk membantu pelajar bagi menghafal al-Quran dengan cepat dan mudah.
Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya, pada set induksi pengkaji
seperti biasa akan menyuruh pelajar supaya menghafal ayat-ayat pilihan yang telah mereka
hafal secara beramai-ramai, ternyata bahawa ramai yang boleh menghafal ayat-ayat tersebut
sekurang-kurangnya dua ayat daripada empat ayat pilihan.
Seterusnya, sebanyak 13% pelajar menggunakan kaedah sendiri iaitu dengan gaya dan
cara masing-masing untuk menghafal al-Quran, tidak kira macam mana sekalipun sama ada
dengan menggunakan kaedah membaca, mengulang, beransur-ansur dan pengamalan atau
sebaliknya. Didapati bahawa kebanyakannya digunakan oleh pelajar yang sudah mahir
membaca al-Quran. Walaupun begitu, tidak semestinya mereka sudah mengetahui segalagalanya tentang al-Quran. Dengan keterbatasan mereka dalam menghafal al-Quran, ada
sesetengah daripadanya sentiasa berjumpa dengan pengkaji untuk memperbetulkan bacaan
18

mereka dan seterusnya menghafal. Pernah responden mengajukan permasalahannya kepada


pengkaji dengan menanyakan : ustaz, macam mana baca nie..?. lantas pengkaji cuba untuk
membantu mereka.
Secara kesimpulannya, pengkaji cuba untuk menggunakan pendekatan teknik
Hattawiyyah sebagai menarik minat pelajar untuk membaca al-Quran dan menghafalnya pada
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lain. Walaupun begitu, ada sedikit kekurangan yang
pengkaji dapat kenal pasti bahawa pendekatan ini tidak mampu untuk membezakan pendek
panjang bacaan, bacaan bertanwin dan makhraj huruf yang betul. Jadi, dengan pelbagai
kaedah yang digunakan pengkaji juga tidak bergantung penuh kepada teknik tersebut, takut
kemungkinan bacaan pelajar akan tersalah dan perlu kepada pemerhatian yang betul dan
serius.

Teknik Menyebut Huruf Dan Kalimah Arab


Pengkaji juga pernah membentangkan beberapa kaedah yang sesuai bagi pelajar yang sukar
untuk menyebut makhraj huruf, seperti huruf , , , , dan beberapa huruf
yang lain. Antara pendekatan yang pengkaji lakukan adalah dengan menggunakan teknik
sebutan satu huruf dengan pelbagai antonasi, atau dengan satu kalimah panjang yang
kebanyakan menggunakan satu huruf: contohnya huruf : dengan menggunakan teknik
sebutan " " dan beberapa huruf yang tidak dapat disebut oleh
responden dan huruf seterusnya, di samping pengkaji membantu responden bagaimana
hendak menyebutnya. Kaedah ini sangat menarik minat responden untuk melakukannya. Hal
ini dapat dilihat berdasarkan kepada ungkapan-ungkapan responden terhadap pengkaji :
hahahaha, lucu laaa ustaz.. , aaaaa kan betul jugak, lau huruf macam mana lak
ustaz?, ustaz cuba buat satu-persatu huruf-huruf jawi dan banyak lagi permintaan supaya
teknik ini digunakan dan disebut. Pengkaji juga pernah dijadikan bahan kajian oleh responden
untuk membunyikan huruf-huruf hijaiyah yang diajukan oleh mereka dengan menggunakan
teknik ini.

Manakala bagi kalimah arab atau kalimah al-Quran yang susah disebut oleh responden
, pengkaji hanya menyuruh responden untuk mendengar bacaan guru, serta mengikut bacaan
guru. Diikuti dengan kaedah pengulangan, iaitu mengulang sebutan kalimah tersebut sehingga
benar-benar dapat menyebutnya dengan betul dan lancar. Kaedah ini sangat sesuai untuk

19

menjadi amalan bagi responden untuk mengingat sesuatu kalimah al-Quran sama ada kalimah
pendek atau kalimah yang panjang.

CADANGAN

Berdasarkan kepada perbincangan kajian di atas, iaitu berkaitan dengan masalah menguasai
hafazan dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa,
Rawang. Pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang mungkin boleh dijadikan
sebagai pemboleh ubah kepada masalah ini. Pemboleh ubah ini akan berlaku sekiranya
perkara ini dijalankan di peringkat sekolah dan peringkat kementerian khususnya. Antaranya
ialah:
1- Menjadikan Mata Pelajaran Al-Quran dan Al-Sunah sebagai mata pelajaran wajib
kepada semua pelajar Islam di Malaysia, sama ada di peringkat sekolah rendah,
sekolah menengah, Institusi Tinggi Awam mahupun Institusi Tinggi swasta.
2- Memperuntukkan masa selama 160 minit atau 4 waktu setiap minggu untuk para
pelajar menghafal al-Quran bermula dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah
menengah. Masa yang dicadangkan tersebut adalah di awal waktu setiap awal minggu
persekolahan iaitu Hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu.
3- Memperuntukkan masa selama 80 minit atau 2 waktu setiap minggu untuk para pelajar
menghafal hadis atau al-Sunah bermula dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah
menengah. Masa yang dicadangkan tersebut adalah pada akhir minggu persekolahan,
contohnya pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
4- Memperuntukkan masa bagi memperdengarkan bacaan hafazan al-Quran dan al-Hadis
dalam kalangan pelajar setiap minggu. Contohnya pada hari Khamis dan Jumaat.
5- Memperuntukkan masa untuk kelas intensif bagi pelajar yang gagal untuk menghafal
al-Quran dan al-Hadis.
6- Memperuntukkan waktu bagi menjalani latihan kepada semua guru yang beragama
Islam tidak mengira opsyen yang diajar untuk mempelajari kaedah pengajaran alQuran dan al-Hadis. Hal ini kerana, mereka akan terlibat dengan proses pengajaran
dan pembelajaran al-Quran dan al-Hadis di peringkat sekolah nanti dan bukan hanya
tanggungjawab guru Pendidikan Islam sahaja tapi melibatkan semua guru yang
beragama Islam.

20

KESIMPULAN

Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat merumuskan tentang pernyataan masalah
yang pertama iaitu berkaitan dengan teknik yang digunakan oleh pelajar dalam menyebut
huruf-huruf Arab dengan sempurna di samping kalimah-kalimah al-Quran. Hasil kajian
menunjukkan bahawa mereka menggunakan teknik pelbagai antonasi dalam satu kalimah bagi
menyebut huruf hijaiyah yang susah disebut.

Adapun pernyataan masalah kedua iaitu berkaitan dengan teknik menghafal al-Quran
dengan baik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan mereka menggunakan teknik
yang dibentangkan oleh pengkaji iaitu teknik Hattawiyyah. Keputusan ujian hafazan juga
meningkat apabila teknik ini digunakan oleh responden untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.

Seterusnya, pernyataan masalah ketiga iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
dalam pengajaran hafazan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah yang sesuai digunakan
oleh guru apabila pengajaran hafazan ialah melihat kepada keadaan dan kesesuaian mengikut
kemahiran mereka. Guru hanya sebagai perancang untuk membuat yang terbaik dari yang
terbaik bagi merealisasikan kejayaan pelajar.

Namun begitu, amalan pengajaran Hafazan yang berkesan ialah melibatkan peranan
guru pendidikan Islam sebagai murabbi, mualim, muaddib, murshid dan mudarris.
Berdasarkan peranan ini, guru pendidikan Islam bukan sahaja bertanggungjawab untuk
menyampaikan ilmu semata-mata, malah untuk membentuk pelajar sebagai persediaan kepada
kehidupan.

21

You might also like