You are on page 1of 8

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Pada dasarnya, kajian ini akan memfokuskan berkaitan

masalah penguasaan kemahiran menulis Ejaan Jawi di kalangan

pelajar tahun 4 di sekolah rendah. Justeru, kajian ini akan

mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan.

Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai

hasil kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literatur

berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang

dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan

kemahiran menulis dan mengeja ejaan Jawi secara terperinci.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

Isi kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah tahun 4

dibahagikan kepada 4 bidang iaitu asuhan Tilawah al-Quran, Asas

Ulum Syariah yang terdiri daripada Ibadah, Aqidah, Sirah, bidang

asas Akhlak Islamiah dan bidang Jawi.

Kajian ini berkaitan antara mata pelajaran Jawi dan bidang

asas Akhlak Islamiah. Surat siaran (JAPIM)5206/4/4.1 Jld 21 (4)

13
dikeluarkan pada 3 Januari 2003 yang bertajuk Surat Siaran

Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM menegaskan bahawa

pelaksanaan Jawi dan al-Quran enam bulan pertama tahun satu

hendaklah mengikut masa yang ditentukan. Tulisan Jawi digunakan

dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam, ujian dan peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah.

Guru perlu merancang aktiviti khusus yang melibatkan semua

murid agar mereka dapat menguasai Jawi dan al-Quran.

Surat pekeliling ikhtisas bil 1/1992 rujukan KP (BS) 8591/Jld.

VI (7) dikeluarkan pada Januari 1992 yang bertajuk Pelaksanaan

Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh DBP menegaskan bahawa

sekolah hendaklah menggunakan sepenuhnya Pedoman Ejaan Jawi

yang diterbitkan oleh DBP. Semua guru dan murid hendaklah

mengeja Ejaan Jawi berdasarkan Ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh

pihak DBP.

Kajian ini berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukan

oleh Bloom (1976) yang menggabungkan tiga pemboleh ubah

utama iaitu ciri-ciri pelajar, pengajaran guru dan hasil

pembelajaran.

Jadual 1. Teori Pembelajaran berdasarkan Bloom (1976)

Ciri Pelajar Pengajaran Hasil


Pembelajaran

14
Kesediaan Kognitif Tahap dan Jenis

Pencapaian

Tugasan
Kesediaan Afektif Pembelajaran Kadar Pembelajaran

Kadar Efektif

Berdasarkan model di atas, terdapat tiga faktor utama yang

mempengaruhi hasil pembelajaran iaitu ciri-ciri pelajar, tugasan

pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Ciri-ciri pelajar

termasuklah dari segi kesediaan kognitif dan kesedian afektif.

Kesediaan kognitif ialah persediaan tingkah laku yang akan

menentukan sejauhmana sesuatu tugasan pembelajaran boleh

dipelajari. Manakala kesediaan afektif pula merujuk kepada

sejauhmana sikap dan minat pelajar dapat mempengaruhi tugasan

pembelajaran serta mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila

pelajar mempunyai persediaan afektif yang baik dan seimbang,

proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah

dan kecenderungan untuk memperoleh kejayaan dalam sesuatu

tugasan pembelajaran adalah lebih besar.

Tugasan pembelajaran adalah sejumlah elemen yang

dipelajari oleh murid-murid. Elemen-elemen ini mungkin tidak

berkait antara satu sama lain (seperti jadual waktu, fakta atau

15
peraturan) dan mungkin juga saling berkaitan. Dalam konteks

sekolah, tugasan pembelajaran adalah sebahagian daripada

tugasan yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam sesuatu kursus,

buku teks dan seumpamanya. Bagi mewujudkan suasana tugasan

pembelajaran lebih bermakna dan menarik, guru perlu bijak

merancang aktiviti pengajaran.

Kualiti pengajaran guru pula akan menentukan kecekapan

yang ada pada murid-murid untuk menyempurnakan sesuatu

tugasan pembelajaran. Kualiti pengajaran guru merangkumi

sejauhmana seseorang guru mengoptimumkan persembahan

pengajaran, penjelasan dan penyusunan unsur-unsur yang

berkaitan dengan suatu tugasan pembelajaran.

Berdasarkan kajian ini, penulis mencadangkan agar guru-guru

Pendidikan Islam menggunakan kedua-dua bahan tulisan rumi dan

jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua murid

dapat memahami bahan Pendidikan Islam yang di ajar oleh guru

dengan lebih berkesan.

Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut

keperluan murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza

dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan

murid-murid sekolah rendah yang memasuki sekolah menengah

memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka belajar

dengan lebih baik. Untuk kembali kepada pengajaran Jawi asas

adalah sukar dan hampir mustahil kerana pada peringkat

16
menengah pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran

tersebut semasa berada di sekolah rendah.

2.3 KAJIAN BERKAITAN


2.3.1 Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan

Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam

Jurnal Pendidik dan Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia. (Nik Rusila bt Yaakob.2001 : m.s 10-55) Pengkaji

mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan

tepat berkaitan dengan penguasaan Ejaan Jawi di kalangan

pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian

pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada

pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang

sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keaadaan

yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini

menjadi rujukan pengkaji sebagai kajian awal yang dirujuk

bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh

pengkaji.
2.3.2 Laporan Penguasaan Ejaan Jawi di Sekolah-sekolah Rendah.

Kajian IRPA. Universiti Malaya. (Hassan Basri.1991 : m.s 100-

130)
Laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa

penyelidik daripada Universiti Malaya yang telah diketuai

oleh Dr Hassan Basri secara detail menghuraikan berkaitan

data dan fakta. Namun begitu kajian ini dilakukan sekitar

hujung tahun 80an dan awal 90an dan didapati masih ada

17
ruang untuk disemak semula kajian yang telah dilakukan

kerana sifat serta sikap murid-murid juga telah berubah

mengikut peredaran masa dan suasana setempat.


2.3.3 Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 buah Sekolah Perintis di

Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

(Amri Daud. 2005)


Kajian yang baik telah dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia

berkaitan dengan pelaksanaan keseluruhan j-QAF di

Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang

telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika

diteliti daripada aspek Ejaan Jawi, modul ini memperinci dan

menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan ejaan jawi

yang dilaksanakan oleh guru-guru j-QAF yang hanya

melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal

jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru

diperkenalkan dan hanya bermula di Tahun 1.


2.3.4 Laporan Penguasaan Ejaan Jawi di Sekolah-sekolah

Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. (Ishak Haron dan

Hassan Basri. 1998).


Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan

berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan

penguasaan Ejaan Jawi di sekolah-sekolah menengah di

Selangor. Justeru sudah pasti terdapat ruang dan jurang

perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah

menengah dan sekolah rendah.


2.3.5 Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan

Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian

18
http://jpnperak.edu.com.my. (Mohd Azhan bin Abdul Halim.

2006)
Terdapat sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang

guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN

Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilaian terhadap

modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang

tersebut.
2.3.6 Menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan Jawi)

sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan

kefahaman dalam bidang Islam. (Ibnu Taimiyyah 1982)


Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan

oleh Amir Mohd Rashid (1991) yang mendapati tahap

penguasaan kemahiran Ejaan Jawi di kalangan pelajar adalah

rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan

rumi yang diajar dan digunakan dalam banyak mata

pelajaran lain di sekolah. Atas alasan ini, dikatakan pelajar

lambat menguasai kemahiran Ejaan Jawi. Alasan ini disokong

pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b.

Endut (1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat

menguasai jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam

masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.


2.3.7 Abu Bakar As-Sidek seorang peserta Majlis Forum Hari

Sastera di Kuantan menyatakan Kementerian Pendidikan

tidak menitikberatkan Ejaan Jawi sejak pengenalan kurikulum

sekolah rendah dan ini telah menyebabkan ramai kanak-

kanaksekarang tidak dapat membaca dan mengeja Jawi. Jika

19
usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi

muda tidak akan dapat membaca dan menulis Jawi. (Berita

Minggu, 18 Oktober 1987)


Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila

Sulaiman (1993) mendapati dalam kajiannya bahawa

kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam

kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi

salah satu faktor kelemahan penguasaan kemahiran Ejaan

Jawi di kalangan pelajar sekolah.

2.4 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi

menangani masalah murid berkaitan kemahiran menulis Ejaan Jawi.

Justeru itu, pengkaji berpendapat bahawa tajuk yang diutarakan

oleh pengkaji adalah relevan dan memenuhi criteria sebagai

sebuah kajian batu bagi memantapkan lagi mata pelajaran

Pendidikan Islam di sekolah rendah di Malaysia amnya.

20

You might also like