You are on page 1of 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329236337

Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung


Huruf Jawi

Conference Paper · July 2018

CITATIONS READS

0 11,017

3 authors, including:

Sapie Sabilan
International Islamic University College Selangor
29 PUBLICATIONS   9 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Penilaian Program Latihan Guru SRA JAIS View project

Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Modular Dalam Kurikulum KSSR View project

All content following this page was uploaded by Sapie Sabilan on 28 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGGUNAAN KAD WARNA JAWIKU DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI1

Sapie Sabilan
Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
sapie@kuis.edu.my

Mohd Borhan Jamaluddin, Siti Nga’ishah Mohni


Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK

Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-


huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.
Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai
hubungan yang erat dengan perkembangan agama Islam di Malaysia.
Jawi merupakan bidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh
yang demikian itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan
menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Kajian ini
mengunakan kaedah campuran (mixed method) berbentuk deskriptif iaitu
metod kualitatif dan kuantitatif. Melalui metod kualitatif pengkaji
menggunakan instrumen temubual, ujian pra dan ujian pos, pemerhatian
dan analisis dokumen. Manakala metod kuantitatif menggunakan
instrumen soal selidik. Pengkaji akan mengaplikasikan penggunaan
Model Kajian Kurt Lewin (1946) yang mengandungi empat tahap iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dalam kajian ini. Seramai
17 orang murid telah terpilih sebagai responden. Responden akan
diperkenalkan dengan penggunaan Kad Warna Jawiku sebagai salah satu
alternatif kepada penyelesaian masalah menyambung huruf jawi tunggal.
Hasil dapatan kajian memberikan petunjuk yang positif dan
memberangsangkan. Secara keseluruhannya, kajian mendapati
keberkesanan pelaksanaan Kad Warna Jawiku memberi satu cara mudah
untuk mempelajari kaedah menyambung huruf jawi tunggal. Namun
terdapat beberapa elemen dari sudut input dan proses perlu ditambahbaik
bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran jawi di sekolah rendah.

Kata kunci : jawi, pendidikan Islam

1
Kertas kerja ini dibentangkan di Intenational Conference on Research, Language and Education 2018 (ICORALE
2018) bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor anjuran Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor pada tarikh 4 Julai 2018.
1
PENDAHULUAN

Tulisan jawi merupakan medium komunikasi yang sangat penting sebelum dan selepas
merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi pada zaman dahulu seperti
batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya. Terdapat juga surat khabar yang
ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tulisan jawi juga merupakan satu mata pelajaran
wajib di sekolah-sekolah pada masa dahulu. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan
menggunakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu. Tulisan jawi juga merupakan tulisan yang mempunyai hubungan yang erat
dengan perkembangan agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan
terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam
Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh
pada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya
Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M. Manakala tulisan rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke 19. Ini menunjukkan tulisan jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi.
Pada hari ini melalui matapelajaran Pendidikan Islam KSSR, bidang jawi telah
diwujudkan dan diajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya
murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam mata pelajaran ini. Namun
kebelakangan ini, beberapa isu yang agak merisaukan adalah penguasaan dan minat
masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam
tulisan jawi dan kurangnya bahan-bahan bercetak dalam tulisan jawi. Kesedaran dan
keprihatinan pihak kerajaan yang tidak ingin melihat tulisan jawi pupus menyebabkan
tulisan jawi telah diberi nafas baru bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi yang memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah rendah
bertujuan bagi memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.
Dalam program j-QAF ini murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing
dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi ditulis dalam tulisan
jawi. Terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah(KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini telah dilaksanakan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Semasa wujudnya sekolah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan utama di sekolah-
sekolah di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Namun apabila sekolah-sekolah
Melayu dihapuskan dan diganti dengan sekolah kebangsaan, peranan tulisan jawi
semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan jawi menjadi mata pelajaran sahaja
dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Bagaimana pun keadaan ini tidak
bertahan lama kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran Jawi berkurangan.
Akhirnya mata pelajaran Jawi berpindah ke dalam pengajaran Pengetahuan Agama
Islam. Namun ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana matapelajaran jawi
telah mengurangi waktu pengajaran matapelajaran Pengetahuan Agama Islam. Keadaan
yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang yang mengakibatkan kedudukan
tulisan Jawi terus menerus malap dan merosot. (Amat Juhari Moain 1992)
Menurut Abd Rahman Hamzah (2008) identiti orang Islam sebenar ialah al-Quran.
Terdapat usaha untuk memisahkan umat Islam daripada tulisan Arab dengan
menyisihkan identiti Islam daripada diri individu Muslim. Usaha demikian dirancang
2
dan dilaksanakan oleh para musuh Islam menerusi penjajahan yang begitu halus
sehingga hilang rasa sayang dan hormat umat Islam terhadap tulisan jawi. Sebelum
kemerdekaan negara, rakyat negara ini dilaporkan ramai yang buta huruf iaitu tidak tahu
membaca dan menulis khususnya tulisan rumi tetapi mereka masih celik al-Quran dan
fasih dalam membaca dan menggunakan tulisan jawi. Namun apa yang berlaku hari ini,
masih ramai rakyat yang berkeadaan buta huruf tetapi ianya bukan buta huruf dalam
tulisan rumi sebaliknya buta huruf dalam tulisan jawi.
Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar
melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam
tulisan jawi. Tulisan jawi adalah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-
huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh huruf ga (‫ )ض‬diperkenalkan dengan
berasaskan bunyi huruf kaf (‫ )ك‬dan jim (‫ )ج‬serta cha (‫)خ‬berasaskan bunyi huruf ta (‫)ت‬
dan jim (‫( )ج‬Syed Muhammad Naquib al-Attas 1990). Oleh itu, tulisan jawi merupakan
medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah
Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Quran (Kang Kyoung Seouk
1990).
Matlamat pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran
menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu
dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam
Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari
semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi
murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa
belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi pada waktu persekolahan
dan tambahan waktu 30 minit untuk pemulihan atau di luar waktu persekolahan.(Kang
Kyoung Seouk 1990) Menurut pendapat Mohammad Amin Dan (2009) kelemahan
murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat
ketara sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang menggunakan
tulisan jawi.
Menguasai kemahiran menulis tulisan jawi bukanlah mudah seperti kemahiran
bahasa lain. Ianya memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan
kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-
bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi
merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul
sejak awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan
bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan
dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati,
2000, Shazana, 2009) Kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati ramai murid yang
lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi
yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat
dan betul. Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula
masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang
bersambung.
Kelemahan penggunaan tulisan jawi dalam kalangan murid dapat dilihat ketika
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam tidak dapat
dilaksanakan menggunakan tulisan jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan murid
menggunakan tulisan jawi melambatkan proses pengajaran guru dan terpaksa
3
menggunakan tulisan rumi walaupun dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Sehubungan itu juga terdapat murid yang tidak boleh membaca al-Quran dan menulis
jawi dengan baik. Berdasarkan kepada isu-isu yang dijelaskan, mendorong pengkaji
untuk mengkaji kemahiran tulisan jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Dua
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penggunaan kad warna jawiku dalam
meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
beberapa objektif khusus ditetapkan dalam kajian ini:

a. Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.


b. Menjelaskan penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran
menyambung huruf jawi.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan
dengan penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan kemahiran menyambung
huruf jawi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang berdasarkan objektif
kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini
adalah seperti berikut:

a. Apakah masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.


b. Bagaimanakah penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran
menyambung huruf jawi.

BATASAN KAJIAN

Tumpuan kajian ini terbatas kepada penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan
kemahiran menyambung huruf jawi Sampel kajian ini hanya melibatkan di Sekolah
Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Seramai 17 orang murid Tahun 2 dipilih
daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 12 murid perempuan dan 5 murid lelaki.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik memilih rekabentuk kajian yang berbentuk campuran
(mixed metode) iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip lazimnya
merangkumi data deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui
rekabentuk kajian tinjauan ini, penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan
mengutip data secara langsung dengan responden berkaitan sikap, pendapat,
kepercayaan semasa dan lain-lain. Menurut Neuman (2000) kajian yang terbaik
merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat di dalam kajian
berbentuk kuantitatif dan kualitatif kerana kekuatan dan kelemahan yang terdapat di
dalam kedua-dua bentuk kajian tersebut saling akan menampung di antara satu sama lain
(Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri, 2012).

4
Pendekatan kuantitatif yang digunakan ialah soal selidik kerana ini bersesuaian
dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik
jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan
pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata. Skala Likert adalah sesuai
digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruang
tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan sikap (Cohen et.al. 2000).
Manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi
di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Melalui pendekatan ini satu kajian
berbentuk eksperimen iaitu ujian pra dan ujian pos akan dijalankan. Melalui reka bentuk
kajian ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat secara langsung daripada
responden.
Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang adalah seramai 17 orang. Maka
pengkaji memilih semua murid tersebut untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan
sampel dibuat berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah
menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Menurut
Mohd Najib (1998) menyatakan bahawa cara ini amat baik kerana lebih besar sampel
yang digunakan oleh para penyelidik akan membantu para penyelidik mendapatkan
kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, para penyelidik juga dapat mengurangi
kesilapan keputusan atau masalah kebarangkalian.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Yusri Salleh (2009) mendapati hasil yang
serupa iaitu tahap penguasaan murid dalam membaca dan menulis jawi masih berada
pada tahap yang lemah. Dua aspek yang dikaji iaitu membaca dan menulis merupakan
kemahiran yang penting dalam pembelajaran jawi. Berdasarkan dapatan kajian tersebut,
pengkaji telah membuat perbandingan di antara masalah tersebut dengan sesi pengajaran
dan pembelajaran jawi yang telah dijalankan olehnya. Pengkaji mendapati masalah yang
dihadapi juga adalah sama sebagaimana yang berlaku di dalam kajian-kajian sebelum
ini. Murid-murid gagal menulis jawi dengan baik termasuklah dalam aspek kemahiran
menyambung huruf jawi tunggal.
Berkemungkinan masalah-masalah ini timbul kerana kebanyakan murid kurang
meminati mata pelajaran jawi. Kenyataan ini disokong oleh kajian Nik Rusila Yaakob
(2001) mendapati murid-murid lebih seronok mempelajari mata pelajaran lain
berbanding mata pelajaran Pendidikan Islam. Kurangnya minat murid terhadap mata
pelajaran ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada permasalahan-permasalahan
dalam bidang jawi. Murid yang tidak berminat mempelajari jawi ini turut merasakan
bahawa penggunaan buku teks jawi menyulitkan pembelajaran mereka. Hal ini kerana
kesemua buku-buku teks mata pelajaran Jawi disediakan dalam tulisan jawi. Keadaan ini
akan menyukarkan mereka untuk menguasai pelajaran jawi kerana mereka tidak mampu
membaca dan memahami kandungan di dalam buku teks tersebut dengan baik.
Kenyataan berikut adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh
Affandi Ag Ghani (2006), yang menilai mengenai sejauhmana persepsi pelajar terhadap
penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam. Menurut Abdullah Sani (2004), faktor
minat sememangnya penting ketika menghadapi pembelajaran. Penggunaan bahan bantu
5
ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat dan
penumpuan murid. Bahan-bahan bantu mengajar yang dapat dipandang, didengari,
dirasai, berwarna-warni dan berbentuk menarik dapat membantu murid membina
konsep-konsep yang dipelajari dengan tepat.
Penggunaan kaedah khas diperlukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis jawi dan mengenal huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh
disambung.(Dalilah Desa & Abdul Kahar Abdul Rahim ,2008) Bagi menarik minat
murid supaya dapat memahami cara menyambung huruf jawi tunggal dengan betul,
pengkaji telah memilih untuk menggunakan pendekatan warna berdasarkan kajian
Zaridah Zuber (2005) dengan hasil kajian murid lebih mudah memahami konsep
pelajaran yang disampaikan oleh guru di samping dapat membantu meningkatkan tahap
pencapaian mereka di dalam sesuatu pelajaran dengan bantuan penggunaan warna.
Masalah utama berkaitan kelemahan murid menyambung huruf jawi tunggal
ialah murid-murid keliru apabila diminta menyambungkan beberapa huruf jawi tunggal
supaya ianya menjadi satu ayat atau perkataan yang bermakna. Begitu juga keadaannya
ketika menukarkan tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. Mereka tidak dapat membezakan
di antara huruf-huruf jawi tunggal yang boleh disambung dengan huruf-huruf jawi
tunggal yang tidak boleh disambung. Satu contoh huruf jawi yang perlu disambung
untuk menjadi satu perkataan yang bermakna iaitu polis (‫ )فوليس‬tetapi murid menulisnya
( ‫)فو ل يس‬. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, kesemua murid yang berhadapan dengan masalah ini dapat
mengenali huruf-huruf hijaiyyah dengan baik bermula dari huruf alif (‫ )ا‬sehinggalah ke
huruf ya’ (‫)ي‬. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa mereka perlu dibantu supaya
kelemahan ini dapat diatasi memandangkan keupayaan mereka dalam mengenalpasti
huruf-huruf hijaiyyah amat baik.
Kelemahan yang telah dikenalpasti adalah masalah menyambung huruf-huruf
jawi tunggal. Terdapat beberapa huruf yang menyukarkan murid untuk membezakan
sama ada ianya boleh bersambung dengan huruf lain atau tidak. Huruf yang paling
ketara gagal dikuasai oleh murid ialah apabila bertemunya huruf alif (‫ )ا‬dengan huruf kaf
(‫)ك‬. Begitu juga dengan huruf alif (‫ )ا‬yang bertemu dengan huruf lam (‫)ل‬. Murid-murid
ini menjadi keliru bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua huruf ini sedangkan
pada hakikatnya huruf alif (‫ )ا‬yang berada di hadapan huruf hijaiyyah lain adalah tidak
boleh disambungkan. Beberapa huruf lain yang turut mendatangkan kekeliruan kepada
murid adalah seperti berikut :

Bil Huruf sebelum Huruf selepas


1. Huruf mim (‫)م‬ Huruf Fa (‫ ) ف‬dan Khaf (‫)ك‬
2. Huruf fa ( ) dan khaf (‫)ك‬ Huruf hijaiyyah selain fa ( ) dan khaf (‫)ك‬
3. Huruf hijaiyyah selain nga (‫)غ‬ Huruf nga (‫)غ‬
Jadual 1 : Huruf hijaiyyah yang tidak dapat disambung oleh murid.

6
Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai
rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pada tahap ini, pengkaji cuba
memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh responden kajian ini. Dengan mengambil kira beberapa aspek seperti
minat murid dan penggunaan bahan bantu yang menarik, pengkaji telah mereka satu kad
yang dinamakan “Kad Warna Jawiku” bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang
dihadapi.

Bahagian Hadapan Kad

Bahagian Belakang Kad


BAHAGIAN BELAKANG KAD
BAHAGIAN BELAKANG KAD

Bahagian Belakang Kad


Rajah 1: Kad Warna Jawiku

Penghasilan kad ini lebih menekankan kepada penggunaan warna yang terdapat
pada setiap huruf.Setiap huruf jawi tunggal yang terdapat pada kad ini diwakili oleh dua
warna utama yang digunakan iaitu kuning dan biru. Huruf-huruf tersebut adalah seperti
berikut :

Penggunaan Huruf yang diwakili


Warna
Kuning ‫ؤ‬,‫و‬,‫ز‬,‫ر‬,‫ذ‬,‫د‬،‫ا‬
Biru Huruf selain huruf berwarna kuning dan hamzah (‫)ء‬
Jadual 2 : Warna Huruf Jawiku

7
Murid yang memiliki kecerdasan ini peka terhadap warna, garis bentuk dan
ruang. Mereka juga berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri
dalam matriks ruang (Mok Soon Sang, 2003). Justeru, pengkaji telah mengambil
inisiatif ini untuk membantu perkembangan kemahiran murid berpandukan kepada
warna yang terdapat pada setiap huruf. Murid perlu mengingati warna bagi setiap huruf
untuk membezakan di antara huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung.
Pada tahap tindakan pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang terancang di sekolah. Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji ialah
memperkenalkan “Kad Warna Jawiku” kepada sampel kajian. Tindakan ini bertujuan
supaya kad tersebut menjadi bahan mesra pengguna. Setiap responden dibekalkan
dengan sekeping kad bagi memudahkan penggunaan mereka. Seterusnya, responden
diminta membaca huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat pada kad tersebut bermula
daripada huruf alif (‫ )ا‬sehinggalah ke huruf ya (‫ )ي‬kecuali huruf hamzah (‫)ء‬. Melalui
sebutan huruf yang dinyatakan oleh responden, pengkaji dapat mengenalpasti tahap
pengetahuan mereka dalam mengenali kesemua huruf-huruf hijaiyyah yang dipaparkan.
Secara keseluruhannya, kesemua responden dapat mengenali huruf-huruf hijaiyyah
dengan baik.
Setelah pengkaji mendapati kesemua responden berkemampuan mengenali
huruf-huruf hijaiyyah dengan baik, mereka diminta menghafal setiap huruf berserta
warna yang diwakilinya. Tujuh huruf berwarna kuning dan dua puluh tujuh huruf
berwarna biru perlu diingat dengan baik setiap satu daripadanya. Kegagalan responden
mengingati warna-warna yang terdapat pada huruf tersebut akan menyukarkan mereka
mengatasi kelemahan menyambung huruf jawi tunggal. “Kad Warna Jawiku” ini boleh
diumpamakan seperti penggunaan sifir matematik. Responden perlu menghafal
fungsinya dan ketika menyelesaikan soalan yang berkaitan. Responden perlu mengenal
pasti iaitu huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan dengan huruf sebelum atau
selepasnya. Bagi mengetahui sama ada huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan
dengan huruf lain, ianya perlu digunakan bersama panduan yang telah disediakan.
Arahan panduan formulanya juga perlu diingat dengan baik. Huruf yang
berwarna biru bertemu dengan huruf selepasnya yang berwarna biru boleh
disambungkan. Begitu juga dengan huruf berwarna biru yang bertemu dengan huruf
selepasnya yang berwarna kuning juga boleh bersambung di antara satu sama lain.
Berbeza pula keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf
selepasnya yang berwarna biru adalah tidak boleh disambungkan kedua-duanya. Sama
keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf selepasnya yang
juga berwarna kuning, juga tidak boleh bersambung. Responden perlu mengingati
formula ini dan mengaplikasikannya sewaktu menyelesaikan soalan berkaitan.
Seterusnya, responden didedahkan dengan rupa bentuk huruf yang telah
bersambung di antara satu dengan yang lain. Terdapat beberapa huruf yang gagal
disambung bentuk hurufnya dengan baik oleh responden. Justeru itu, pengkaji turut
memberikan penekanan terhadap kelemahan ini. Hal ini adalah kerana kebanyakan
huruf berubah bentuk asalnya mengikut kedudukan ia berada sama ada di awal, tengah
atau akhir huruf di dalam perkataan. Bentuk-bentuk tersebut adalah sebagaimana yang
telah dinyatakan pada Jadual 2 sebelum ini. Bagi memahirkan responden menggunakan
kad ini, soalan-soalan latihan telah diberikan. Soalan-soalan latihan dibina berpandukan
kepada sebuah buku yang mana menurut penulisnya, permasalahan-permasalahan yang
8
dianggap perlu di dalam tulisan jawi disajikan di dalam buku ini dengan ringkas dan
tepat serta dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami (Muhammad Roihan
Hasbullah, 2002).

RUMUSAN

Kajian lalu mendapati tahap penguasaan murid dalam membaca dan menulis jawi masih
berada pada tahap yang lemah. Kelemahan murid dalam mata pelajaran jawi adalah
faktor minat dalam mempelajari jawi ekoran tidak mampu membaca dan memahami
kandungan dalam buku teks tersebut dengan baik. Masalah utama berkaitan kelemahan
murid menyambung huruf jawi tunggal ialah murid-murid keliru apabila diminta
menyambungkan beberapa huruf jawi tunggal supaya ianya menjadi satu ayat atau
perkataan yang bermakna. Begitu juga keadaannya ketika menukarkan tulisan rumi ke
dalam tulisan jawi. Lantaran itu, satu kaedah khas digunakan untuk memudahkan murid
menyambung huruf tunggal jawi dengan menggunakan “Kad Warna Jawiku”. Melalui
penggunaan kad ini, murid-murid dikehendaki mengikut formula yang dicadangkan dan
memahami cara menggunakan “Kad Warna Jawiku”. Diharapkan dengan penggunaan
“Kad Warna Jawiku” memberi nafas baharu bagi murid-murid untuk menguasai tulisan
jawi.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahya. (2004). Mengurus Disiplin Pelajar.Kuala Lumpur: PTS


Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Affandi Ag Ghani. (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi
Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran : Satu kes atas pelajar tingkatan
4,Sekolah Menengah Kebangsaan Masai.Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia,Kuala Lumpur.
Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas
dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.
Azmil Hashim dan Ab.Halim Tamuri. 2012. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic
Education, 2 (4). pp. 1-10. Bangi :UKM
Cohen, P. A. 1981. Student Ratings of Instruction and Student Achievement: A
Metaanalysis of Multi Section Validity Studies. (Review of Educational Research):
n.pb. p. 281 – 309.
Cohen,L.,Manion,L.& Marrison,K. (2002). Research Methods In Education.5th ed.New
York:Routledge Falmer.
Cresswell,J.W. (2003). Research design:qualitative,quantitative and mixed methods
approaches.Thousand Oaks:Sage Publications.
Dalilah binti Desa. (2008). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi dan
Mengenal Huruf Tunggal Jawi yang Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan
Kaedah Dalil Avu Zar Zad. Tesis tidak diterbitkan, Labuan.

9
Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah
Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Sizes For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610
Lewin, K. (1946). Action Research And Minority Problems. In Lewin, G. W. (Ed.),
Resolving Social Conflict. London: Harper & Row. Lewin, K. (1947a). ‘Frontiers
in group dynamics’.In Cartwright, D. (Ed.), Field Theory in Social Science.
London: Social Science
Paperbacks.
Muhammad Roihan Hasbullah. (2002). Belajar Membaca dan Menulis Jawi dalam Masa
30 jam.Kuala Lumpur:Pustaka Syuhada.
Muhammad Yusri Salleh. (2009). Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi
di Kalangan Pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding. Tesis tidak
diterbitkan.Universiti Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpur.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Pengurusan
Semester 3.Subang Jaya:Percetakan Sentosa(KL)Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang.(2008). Kompetensi umum Profesional, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Nik Rusila bt Yaakob. (2001). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Jil.22,161-172.Universiti Sains Malaysia.

Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka
bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Sabariah Bahrun. (2008). Model Pemulihan Jawi: Satu Analisis Pelaksanaannya Di
Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri
Ke-6, hlm: 523-534.
W. Lawrence Neuman. (2000). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative
Approaches. Pearson Education Limited.

10

View publication stats

You might also like