You are on page 1of 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2022

HBIS 3403_V2

PENGAJIAN JAWI DAN KHAT

NO. MATRIKULASI : 960601016007001


NO. KAD PENGENALAN : 960601016007
NO. TELEFON : 0197048996
E-MEL : nazrulsalleh@oum.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKS


SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN 4-5


TULISAN JAWI TERPELIHARA.

3.0 JUSTIFIKASI AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BAGI MATA 6


PELAJARAN JAWI

4.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BAGI MATA PELAJARAN 7-12


JAWI

5.0 BAHAGIAN II 13-14

6.0 KESIMPULAN 15

7.0 RUJUKAN 16

2
PENGENALAN
Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di
Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam di Nusantara. Tulisan
jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam
sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang
mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi
adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak
zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan
juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini telah menunjukkan bahawa tulisan
jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan tulisan rumi. Tulisan jawi
merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu penguasaan British.
Di Malaysia, pelajaran jawi adalah salah satu bidang ilmu hasil daripada
pengorganisasian pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam, manakala Pendidikan Islam pula merupakan salah satu komponen penting
yang terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan dan juga menjadi mata pelajaran teras
dalam Kurikulum Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Menerusi Pelajaran
Jawi, murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf, suku
kata, perkataan dan teks Jawi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Kemahiran yang
dibekalkan ini bertepatan dengan usaha untuk mencapai objektif mata pelajaran Pendidikan
Islam yang menetapkan matlamat murid dapat membaca, membina dan menulis ayat atau teks
dalam tulisan jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2015).
Disamping itu, melalui tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai islam dapat diperteguhkan.
Hal ini disebabkan tulisan jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha
menerapkan nilai-nilai islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita
“Falsafah Pendidikan Kebangsaan”. Tulisan jawi harus dipertahankan dan dituntut kerana ia
merupakan warisan bangsa yang perlu dikuasai dan mesti di kekalkan hingga ke akhir zaman.
Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan menggunakan kaedah dan
teknik yang berkesan suapaya murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam mata pelajaran ini.

3
KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN TULISAN JAWI
TERPELIHARA.

Seperti sedia maklum, tulisan jawi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di
Malaysia mahupun bagi masyarakat negara lain. Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh
yang lazim digunakan oleh orang melayu daripada pengaruh Islam sejak zaman dahulu.
Tambahan pula, tulisan jawi kenali sebagai tulisan melayu huruf arab. Martabat tulisan jawi
sangat tinggi, ini kerana tulisan jawi merupakan warisan sepanjang zaman. Namun, dalam meniti
arus kemodenan ini tulisan jawi yang mencapai zaman kemuncak dan kegemilangannya di
Malaysia dan dapat dibuktikan sejak kedatangan penjajah inggeris di Tanah Melayu seperti
warkah tulisan Francis Light semakin pupus ditelan zaman. Ini kerana, tulisan jawi dianggap
kuno dan lama serta tidak lagi munasabah dalam dunia hari ini. Oleh hal yang demikian,
pelbagai kaedah untuk memastikan kesinambungan tulisan jawi terpelihara.
Antara kaedah untuk memastikan kesinambungan tulisan jawi terpelihara adalah dengan
cara tulisan jawi perlu diterapkan di dalam sistem pendidikan masa kini. Hal ini demikian kerana
dalam dunia yang serba canggih dan moden kini, perkara yang dianggap membosankan seperti
ini perlulah disemai minatnya sejak dari kecil lagi, bak kata orang tua-tua “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”, oleh hal yang demikian amat wajar tulisan jawi ini dilatih, diajar dan
dipupuk minatnya sejak bermulanya pendidikan seseorang itu. Melalui sistem pendidikan,
kemahiran membaca, menulis, mengingat konsep bagi tulisan jawi boleh diserap dan menjadi
subjek utama terutama dalam subjek Pendidikan Islam di setiap sekolah. Selain itu, teknik
pembelajaran tulisan jawi ini boleh dipelbagaikan sama seperti tulisan lain misalnya tulisan cina
yang dipelajari dalam subjek mandarin, dimana tulisannya merupakan aksara yang mempunyai
pelbagai cara untuk dipelajari seperti menghadal, menyanyi dan mengaplikasikannya dalam seni
penulisan. Begitu juga dengan tulisan jawi yang lazimnya kita dapat lihat di dalam Bahasa Arab
serta Al-Quran yang menjadi bahasa syurga.
Disamping itu juga, tulisan jawi boleh diserap masuk ke dalam sistem pendidikan Bahasa
Melayu yang dipelajari di sekolah. Hal ini dapat menghapuskan pemikiran kunur manusia yang
beranggapan bahawa tulisan jawi merupakan tulisan agama islam bagi bangsa melayu sahaja.
Hal ini disangkal kerana tulisan jawi bukan sahaja menjadi warisan bangsa melayu sahaja akan
tetapi tulisan jawi ini merupakan jabatan ilmu sejak zaman dahulu lagi yang menjadi bahasa

4
penghantar pada zaman Kesultanan Islam. Dalam pada itu, sebagaimana yang sedia maklum,
titik tolak pendidikan seseorang itu bermulanya di rumah. Maka, ilmu kejawian ini perlu disemai
oleh ibubapa sebagai tenaga pengajar utama seseorang itu. Ibubapa mestilah memainkan peranan
bagi membantu usaha memartabatkan tulisan jawi. Sekurang-kurangnya, seseorang itu
mempunyai asas dalam penulisan jawi serta pengetahuan dalam membaca jawi. Hal ini kerana
seseorang yang berilmu itu wadahnya sentiasa bermula dari rumah.
Selain daripada sistem pendidikan di rumah dan sekolah, tulisan jawi juga perlu dikuasai
di universiti. Hal ini kerana pelajar universiti seharusnya menguasai pelbagai jenis bahasa untuk
kegunaan mereka di masa hadapan selain terdapat pelbagai hal dalam penguasaan jawi yang
perlu dikaji dan diolah. Jika bukan mereka, siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam
bidang pengkajian seperti ini. Sekiranya bahasa ini tidak diberikan pendidikan awal kepada
seseorang, maka bagaimana kesannya kepada generasi akan datang? Adakah tulisan ini akan
terus terpelihara dan terus berkembang hingga ke akhir zaman?
Sementara itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga wajib memainkan peranan yang penting
dari segi penerbitan, seminar dan pameran tentang tulisan jawi bagi memperkasakan tulisan jawi.
Sebagai contoh dengan mengadakan semula konvokesyen yang pernah diadakan pada suatu
ketika dahulu, iaitu konvokosyen tulisan jawi pada tahun 1980-an yang telah memperkenalkan
sistem ejaan jawi. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memperbanyakkan
edaran dan terbitan buku mengenai kepentingan tulisan jawi.
Justeru itu, dalam memastikan kesinambungan tulisan jawi terpelihara tanpa
mengenepikan tulisan rumi, biarlah tulisan ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah antara
satu sama lain.

5
JUSTIFIKASI AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BAGI MATA PELAJARAN
JAWI

Aktiviti yang dipilih dalam pembelajaran abad ke 21 ialah permainan bermain sambal
belajar. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga, ia dapat mendatangkan keseronokan dan kepuasan
kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga, murid-
murid akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari
segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mak Soon
Sang dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran menyebut bahawa main merupakan
satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti
secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
berlandaskan prinsip belajar sambal bermain. Aktiviti bermain adalah kerja seorang kanak-
kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Selain itu,
permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap
yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting
menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

6
AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BAGI MATA PELAJARAN JAWI

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jawi Tahun 3


Mata Pelajaran : Jawi Darjah 3
Kelas : 3 Ibnu Majah
Tarikh : 6 November 2022
Bilangan Pelajar : 20 orang
Masa : 3.00 hingga 3.30 petang
Tajuk : Imbuhan Di Awal Perkataan
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat:
1) Dapat menulis 4 perkataan imbuhan diawal dalam tulisan
jawi.
2) Murid membina 4 ayat menggunakan imbuhan diawal
perkataan.
3) Murid menyebut imbuhan diawal perkataan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempelajari kata imbuhan di Sekolah Kebangsaan


Penerapan Nilai : Tekun, fokus, disiplin, tenang, sabar, taat dan khusyuk
Kemahiran berfikir : pengketegorikan, membanding beza, soal jawab, merumus,
membuat perkaitan, meramal dan menyusun.
Bahan Bantu Mengajar : LCD, komputer riba, kad imbasan, kitab, pembesar suara,
Tin, bola, bahan maujud, kertas bergambar

LANGKA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN


H / MASA DAN PEMBELAJARAN
Pendahulua 1) Ucapan salam 1) Guru meminta murid- Nilai :
n ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ murid membaca doa khusyuk
2 minit 2) Bacaan doa sebelum belajar.
‫اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن‬ 2) Guru dan murid-murid
‫رحمتك يا ارحم الراحمين‬ membaca doa bersama-
sama.

7
Set Induksi Tayangan video berkaitan perlawanan 1) Guru menayang video Kemahiran
3 minit bola berkaitan perlawanan berfikir :
bola.. - membuat
2) Guru meminta murid- perkaitan
murid melihat dengan
teliti Strategi :
3) Guru menyoal beberapa -
soalan berkaitan dengan Berpusatkan
tayangan tersebut dan murid
murid menjawab soalan. -
4) Guru memberikan Berpusatkan
pandangan berkaitan bahan
dengantayangan tersebut bantu
untuk memberikan mengajar
kefahaman kepada murid.
5) Guru mengaitkan Pendekatan :

tayangan tersebut dengan - Mediatif

pengajaran hari ini.


Nilai :
- Berani
menjawab.

Kaedah :
-
Perbincanga
n
Langkah 1 Imbuhan diawal perkataan 1) Guru menunjukkan BBM
8 minit yang berkaitan kepada Alat bantu
-kata terbitan murid. mengajar :
Be, 2) Guru menerangkan - kitab
Ber, tentang imbuhan awalan - komputer

8
Di, adah be’ dan ber’ riba
Diper, - Contoh : - kad huruf
Juru, i. Imbuhan – (be’) - kertas
Ke, Kata dasar –(rasa) bergambar
Maha, = (berasa)
Me, Strategi :
ii. Imbuhan – (ber’) -
Kata dasar – (doa) berpusatkan
= (berdoa) guru
3) Guru menerangkan
tentang imbuhan ‘di’ dan Pendekatan :

‘diper’ - induktif

Contoh
i. Imbuhan – (di’) Teknik :
-
Kata dasar –
Penerangan
(lukis)
= (dilukis)
Nilai :
Fokus
ii. Imbuhan –
(diper’)
Kata dasar –
(cepat)
= (dipercepat)
4) Guru menerangkan
tentang imbuhan ‘juru’
dan ‘ke’
i. Imbuhan – (juru’)
Kata dasar –(terbang)
= (juru terbang)

9
ii. Imbuhan – (ke’)
Kata dasar – (luar)
= (keluar)
5) Guru menerangkan
tentang imbuhan ‘maha’
dan ‘me’
i. Imbuhan – (maha’)
Kata dasar –(guru)
= (maha guru)

ii. Imbuhan – (me’)


Kata dasar – (larang)
= (melarang)
6) Guru meminta murid
memberi cadangan
perkataan yang berkaitan
dengan imbuhan yang
dipelajari.

Langkah 2 1. Aktiviti - Guru memberikan Kemahiran :


8 minit Bermain sambal belajar (permainan penerangan tentang cara - Berfikir
baling tin)
bermain baling tin.
Soalan : - Tin akan disusun dalam Strategi :

1. Apakah perkataan yang sesuai bentuk piramid. -


bagi imbuhan ‘ber’ ? - Guru memanggil 3 orang Berpusatkan
murid yang sukarela murid.
Saranan jawapan :
Bersukan, bermain, berfikir untuk bermain permainan
tersebut. BBM :
2. Apakah kata imbuhan bagi
- Murid perlu mengolekkan - tin
perkataan diperboleh ?
bola ke arah tin yang - bola
Saranan jawapan : - soalan
telah disusun.
Diper’
- Tin yang awal jatuh akan

10
dipilih untuk dibacakan Pendekatan :
3. Imbuhan yang sesuai bagi soalan. Diduktif
perkataan terbang ialah ?
- Murid perlu menjawab
Saranan jawapan : soalan yang berada di tin Teknik :
Juru’
yang jatuh tadi. Belajar
sambal
bermain
Langkah 3 Soalan : 1) Guru membuat penilaian Kaedah :
6 minit 1. Berikan 3 contoh imbuhan dengan cara bertanyakan Latih tubi
Penilaian diawal perkataan. beberapa soalan berkaitan
2. Nyatakan 3cperkataan yang tajuk kepada murid. Kemahiran:
menggunakan imbuhan diawal 2) Murid yang ingin Berfikit
perkataan. menjawab soalan guru
3. Tuliskan 3 perkataan yang mengangkat tangan dan Alat bantu

menggunakan imbuhan ‘me’ berdiri serta memberikan mengajar :

diawal perkataan. ucapan. Lembaran


kerja
Saranan jawapan :
1. Be.Ber,Diper,Juru,Ke ,Maha,Me
Aktiviti :
2. Menari.Diperguna,Keluar
Berpusatkan
3. Menangis, Melipat,Melarang
Murid

Nilai :
Yakin

Teknik :
Soal jawab
Penutup 1. Ulangkaji imbuhan di awal 1) Guru membuat rumusan Nilai :
4 minit perkataan mengenai tajuk dan isi Disiplin
pelajaran hari ini iaitu
Be,Ber,Di,Diper,Juru,Ke,Maha, imbuhan diawal BBM :
Me perkataan. Bahan

11
2) Guru menyoal murid maujud,
secara rawak mengenai Lembaran
apa yang murid faham. kerja
3) Guru meminta murid
membuat rumusan Strategi :
mengenai isi kandungan Berpusatkan
yang dipelajari pada hari Murid
ini dan meminta murid
membuat latih tubi di Pendekatan :

dalam kitab jawi. Diduktif

Teknik :
Merumus
Soal Jawab

Kaedah :
Latih tubi

Kemahiran :
Berfikir

12
BAHAGIAN 2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU MURID-MURID MENGUASAI PENULISAN


JAWI DI PERINGKAT SEKOLAH.

13
14
KESIMPULAN

Tulisan jawi yang berlandaskan huruf-huruf dalam al-Quran lebih berfokus kepada
keseragaman dalam sebutannya. Ia haruslah disanjung dan dipandang tinggi oleh semua orang
lebih-lebih lagi orang melayu kerana ianya tidak asing bagi mereka. Sejak kecil lagi, kita telah
didedahkan dengan tulisan jawi melalui pembelajaran dalam bidang al-Quran. Jika terdapat
beberapa pihak yang menyatakan bahawa tulisan jawi ini tidak konsisten, ia tidak boleh
dijadikan alasan. Hal ini kerana, bahasa rumi yang telah digunakan sejak dahulu lagi hingga
sekarang masih terdapat kekurangan dan tidak terlepas daripada kelemahannya.
Huruf sebutan ‘a’ dakam bahasa inggeris jcontohnya, disebut sebagai ‘alifmad’ dalam
bahasa arab. Bagi perkataan ‘about’ pula, ia lebih sulit kerana huruf sebutan ‘u’ dimana dibaca
dengan pelbagai bunyi dalam kalangan orang-orang eropah. Disebabkan kesulitan ini, terdapat
golongan sarjana Barat yang beralih kepada usaha mencipta pelbagai bunyi demi menyelesaikan
masalah bunyi yang tidak seragam antara sebutan bahasa arab dengan sebutan bahasa inggeris.
Dalam usaha untuk memartabatkan dan mengembalikan zaman kegemilangan tulisan
jawi ini tanpa mengenepikan tulisan rumi, biarlah tulisan ini berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah antara satu sama lain. Segala kaedah ejaan yang telah diajar oleh sarjana Za’ba dijadikan
sebagai contoh dan haruslah diberikan perjatian. Saranan-saranan daripada sarjana kini dan
kaedah-kaedah ejaan dan penterjemahan yang diutarakan oleh institusi seperti Dewan Bahasa
dan Pustaka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan Bahasa
Kebangsaan, perlu diambil kira agar masalah-masalah yang merumitkan istilah Arab dan tulisan
jawi dapat diatasi.
Disamping itu juga, semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan
memartabatkan tulisan jawi ini. Tulisan jawi juga perlu diajar kepada kanak-kanak yang masih
kecil lagi kerana apabila mereka mula dewasa mereka tahu untuk mempelajari dan menjaga hak
tulisan jawi tersebut supaya ia terpelihara hingga ke akhir zaman.
)Patah Perkataan 2193(

15
RUJUKAN

1. The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara
.......Malaysia
2. Za’ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim : Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris
.....Training College, 1949
3. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012,
4. Kementerian Pendidikan Malaysia 2014,
5. Kementerian Pendidikan Malaysia 2015
6. “Tulisan jawi-Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP”. Kamus Dewan Edisi Keempat.
.......Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7. “Jawi II- Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP”. Kamus Dewan Edisi Keempat.
.......Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Internet

1. http://maslianimatsaad.weebly.com/pendidikan-jawi-dan-seni-khat.html
2.https://id.scribd.com/doc/105932727/SEJARAH-PERKEMBANGAN-TULISAN-JAWI-DAN-
KHAT
3.https://id.scribd.com/doc/105932727/SEJARAH-PERKEMBANGAN-TULISAN-JAWI-DAN-
KHAT
4. http://www.puake.net/2013/12/memartabatkan-tulisan-jawi.html?m=1

16

You might also like