You are on page 1of 2

Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di kelas, adalah penting bagi guru dan pihak

sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.


Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya.
Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira
dalam penyediaan pelan bilik darjah ini.
Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat
melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.
Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi
kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.

Untuk membina persekitaran pembelajaran yang positif, keselesaan, kegembiraan serta hasil
pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam
sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya.

Persekitaran pembelajaran yang positif juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan
oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama-
kelamaan akan menjadi budaya.
Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila
guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan.
Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan
peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini
merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati,
maka pelajaran akan lebih berkat lagi.[4]
Persekitaran pembelajaran yang positif bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh
berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran
dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum-
kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar
warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai
budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik
pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam
budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan ‘basou’
dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.[5]
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang positif. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid-
murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Dengan menggunakan permainan tradisi
sesuatu kaum dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif, guru bukan sahaja boleh
mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan
tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek
Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang
pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi
alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu,
murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan
pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula
boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.[6]

You might also like