You are on page 1of 6

Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh

Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi


pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf
pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu
proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara
bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P.
Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara
serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P.
Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan
menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga
memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang
dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid
secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang
digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:
1) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
a. melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis,
mewarna dan lain-lain.
b. memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu
proses P & P.
c. Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran
sampingan.
2)

Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

a. memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata


pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.
3)

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

a. Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran


belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan
kemahiran penyelesaian masalah.
Contoh-contoh:
1)
Menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan
mengambil lajak permainan lompat tinggi.
2) Penggabungjalinan Matematik: Penggunaan nombor semasa mengira bilangan jaringan
yang telah dilakukan oleh pelajar A semasa mengajar kemiharan menjaring bola permain
bola jaring.

3) Penggabungjalinan kemahiran Sains: Guru menerangkan tujuan badan direndahkan


semasa mengajar kemahiran hantaran - permainkan hoki.

Konsep 5P - Penggabungjalinan
Konsep

Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk


menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.

Strategi ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan
menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar
pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan


(inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang).
Aspek yang digabungjalinkan

Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan menulis.
Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran,
Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan
sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan tersusun
semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan murid yang
berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.

Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan dengan aktiviti
kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang
mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan
penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
Prinsip penggabungjalinan

Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan. Antaranya ialah guru


harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu
pengajaran.

Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk


menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, manakala kemahiran


sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.

Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.

Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian, berdasarkan


sukatan pelajaran, asalkan mencapai objektif.
Bentuk Penggabungjalinan

Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan


kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis gabungjalin, iaitu


penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan
penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran.

Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru boleh


menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru
harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi
Salim, 1980).

Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu


pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa
digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi
kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran
sampingan.

Penggabungjalinan bahan pula melibatkan jenis bahan atau tema yang digunakan,
Kamarudin Hj Husin (1990). Bahan-bahan itu terdiri daripada bahan utama (petikan), bahan
ransangan (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi rakaman). Contoh bahan utama adalah
seperti rencana, ucapan, laporan, dan sebagainya. Contoh bagi bahan ransangan pula ialah
gambar, carta, graf, rajah, dan data. Manakala, bahan lisan pula terdiri daripada rakaman
ucapan, wawancara, lakonan, ceramah, dan lain-lain. Berdasarkan contoh, guru boleh
menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan atau ketiga-tiga jenis bahan dalam satu
pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memastikan bahan mempunyai pertalian dan urutan
yang baik serta boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Contoh aktiviti ialah guru
memberikan teks berita kepada murid, kemudian murid membuat ulasan mengenai berita
tersebut.

Seterusnya ialah penggabungjalinan aktiviti. Menurut Kamarudin Hj Husin (1990),


dalam perlaksanaan penggabungjalinan aktiviti, guru mestilah meneliti jenis aktiviti yang
saling berkait dan boleh digabungjalinkan. Terdapat tiga jenis aktiviti yang boleh dilakukan.
Pertama, aktiviti lisan seperti perbualan, temuramah, bercerita, lakonan, dan sebagainya.
Contoh aktiviti kedua pula iaitu aktiviti bacaan dan kefahaman. Misalnya, mengesan isi
penting, memberi makna perkataan atau rangkai kata, membina ayat, dan lain-lain. Ketiga,
aktiviti tulisan seperti mencatat isi, membuat karangan, laporan, atau berita. Guru boleh
menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga jenis aktiviti. Semasa
melaksanakannya, guru mesti memastikan aktiviti-aktiviti itu saling berkait.

Jadi, menerusi strategi penggabungjalinan ke dalam satu mata pelajaran bahasa,


pelbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Strategi ini dapat
mengelakkan kebosanan pelajar terhadap pelajaran, jika hanya satu kemahiran sahaja
diajarkan. Interaksi antara guru dan murid juga akan lebih mesra (Ee Ah Meng,1990).

Nota BMM 3101 - Konsep 5P dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu


penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P
merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Melalui proses

5P, pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh sekali gus akan mengelakkan pelajar daripada
berasa bosan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.

1. Penggabungjalinan

Terdapat dalam situasi bahasa apabila seseorang perlu memainkan dua peranan
dalam situasi yang sama. Contohnya, seseorang perlu mendengar dan bercakap apabila
mengadakan perbincangan, wawancara dan temuduga. Secara tidak langsung, konsep
penggabungjalinan telah digunakan.
Menurut Abdul Aziz Abd Talib (2000: 262), penggabungjalinan dalam bahasa
bermakna guru menggabungjalinkan sesuatu kemahiran bahasa itu dengan satu lagi
kemahiran bahasa. Kamus Dewan (2002:358), penggabungjalinan bermaksud perbuatan
menggabungjalinkan iaitu mencantumkan dan menjalinkan.
Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan
guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa dengan memecahkan atau
mengasingkan bahagian-bahagian yang berkait rapat. Konsep ini bertujuan memperkukuh
satu aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan menjadikan pengajaran lebih berkesan.
Melalui proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak, hal
ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik serta menjadikan
murid-murid tidak cepat bosan dan jemu.

2. Penyerapan

Penyerapan adalah starategi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran lisan. Ia


merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang
kemahiran dalam mata pelajaran yang lain. Penyerapan boleh dilakukan di dalam manamana kemahiran bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain
seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral , pendidikan Agama, Matematik , Pendidikan
Jasmani , Muzik boleh diserap dalam mana-mana pelajaran bahasa.
Dalam pengajaran Bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan
daripada mata pelajaran lain umpamanya geografi, sejarah, agama, perdagangan dan lainlain sebagai bahan utama. Dalam sesuatu pelajaran bahasa pada tahap satu,
penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Contohnya, guru mengajar isi
daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran bahasa , pendidikan seni
dan muzik. (Kamarudin Hj. Husin, 2000:214)
Dalam pengajaran Bahasa Melayu , unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata
pelajaran.

3. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah


kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.
Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan
bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Proses Pengayaan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran dan boleh diadakan samada di dalam mahupun di luar kelas. Aktiviti
Pengayaan lazimnya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menguasai proses P&P
dalam sesebuah topik pelajaran. Aktiviti dijalankan bagi memberi pengukuhan yang lebih
agar pelajar bertambah faham dan lebih menguasai proses pembelajaran mereka. Di
samping itu, proses ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman pelajar untuk lebih memahami apa yang telah mereka pelajari sebelumnya.
Aktiviti pengayaan adalah sangat berlainan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran asas. Ini
kerana, aktiviti pengayaan ini akan dijalankan selepas murid-murid berjaya menguasai satu
ataupun beberapa kemahiran asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan
menggunakan asas kemahiran yang telah mereka kuasai untuk menjalankan aktiviti ini.
Oleh itu, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka
sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

4. Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid


menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan ini biasanya dilakukan
dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus kepada usaha mengatasi
kelemahan mereka. (Kamarudin Haji Husin, 1998 : 339)
Kanak-kanak yang mendapat pendidikan ini bukanlah kanak-kanak yang mempunyai
kecacatan akal atau terencat akal , tetapi mereka sering memperlihatkan pencapaian yang
tidak memuaskan dalam pelajaran berbanding rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak ini
walaupun sudah berada pada tahap dua, mereka masih tidak pandai membaca. Hal ini akan
menyebabkan mereka ketinggalan atau gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah
mereka.
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Objektif proses pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikut aktiviti-aktivit alternatif yang bersesuaian


dengan kemahiran dan kebolehan mereka.

5. Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh
maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.Penilaian dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu
aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran atau pembelajaran. (Kamarudin Haji Husin, 1998: 327).
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan
susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan
pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan
atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.
Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian formatif iaitu mengesan
perkembangan pembelajaran dengan serta-merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan
murid-murid. Penilaian sumatif dilakukan pada peringkat kritikal untuk mengetahui secara
menyeluruh penguasaan dan taraf pencapaian pembelajaran murid-murid. (Kamarudin Haji
Husin, 1998: 327).

You might also like