You are on page 1of 23

Pedagogi Satu Pandangan

PENGENALAN
Latar Belakang Tajuk
Sistem pendidikan terkini memerlukan para pendidik membuat anjakan pradigma daripada
segi penyampaian di bilik darjah. Keperluan ini didasarkan kepada beberapa ciri-ciri
pendidikan yang menjadi tunjang kepada dasar pendidikan negara. Salah satu proses
pengajaran ialah melalui pedagogi Bahasa Melayu berbantukan ICT. Seiring dengan
kemajuan ICT maka terbentuklah beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran berkisarkan
daripada aspek pedagogi. Perkembangan ini bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran
bermakna serta lebih berkesan.
Pendidikan ialah proses mengubah manusia kepada satu tahap yang lebih baik dan proses
penyediaan manusia untuk menghadapi masa akan datang. Salah satu faktor yang
menentukan pembangunan sesebuah negara terletak pada mutu pendidikannya. Peningkatan
mutu pendidikan adalah satu perkara penting yang boleh mencorakkan suatu masa depan
yang cerah. Sebaliknya, kemerosotan mutu pendidikan akan mendatangkan kesan negatif
terhadap pembangunan sesebuah negara. Jadi sudah semestinya sistem pendidikan di
Malaysia perlu mengikut perkembangan Pedagogi Berbantukan ICT yang semakin meledak.
Sejarah membuktikan bahawa kejayaan sesebuah negara berkait rapat dengan kualiti
pendidikan. Pada umumnya sistem pendidikan mendukung dua peranan utama iaitu sebagai
jentera yang menyediakan pelajar menjadi tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu
pengetahuan serta kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan ekonomi negara. Dari
sudut lain pula, pelajar setelah melalui sistem pendidikan di sekolah diharapkan menjadi
insan yang berilmu dan seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan jasmani.
Pembangunan sistem pendidikan di Negara ini selepas merdeka merupakan hasil daripada
segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program untuk
melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan
Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Oleh yang demikian tidak dapat ditolak hakikat
bahawa dari masa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan Negara telah
disesuaikan dengan matlamat dan keperluan perancangan Negara. Prosesnya telah
merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada
perkembangan teknologi yang melanda dunia atau lebih dikenali dengan dunia tanpa
sempadan. Antara yang terpenting ialah Pedagogi Berbantukan ICT yang berkembang dengan
pesat diseluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya. Guru-guru dan pelajar
didedahkan dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar tidak
ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8, usaha yang gigih diambil untuk Negara
beralih kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Tumpuan diberi kepada kemajuan
ICT sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada
pertumbuhan ekonomi serta menjadikan negara setanding dengan negara-negara lain.
Pelaburan yang besar telah di beri kepada sektor pendidikan agar dapat menjadikan pelapis
negara dalam bidang ini.
ICT pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor
dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat
Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Pelbagai usaha telah
dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat
Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Ini selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri.
Proses pengajaran dan pembelajaran berkembang mengikut peredaran masa dan zaman. ICT
merupakan penemuan dan inovasi yang dicipta dan dikembangkan bijak pandai dari dunia
Barat. Walaupun ICT dikembangkan oleh masyarakat Barat melalui penggunaan Bahasa
Inggeris yang digunakan seluas-luasnya tanpa sempadan geografi, namun usaha untuk
menggunakan Bahasa Melayu dalam bidang ICT sebenarnya tiada sebarang masalah.
Menurut Nik Safiah apabila ICT dikembangkan dalam Bahasa Inggeris maka istilah-istilah
yang digunakan perlu sesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan bahasa utama sesebuah
negara tersebut.
ICT sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan. Zaman ledakan maklumat yang begitu
pantas dan memerlukan pengajaran bergerak seiringan dengan situasi semasa. Melalui
penggunaan ICT pelajar mampu memanfaatkan bagi menguasai maklumat yang disediakan.
Dalam pendidikan Bahasa Melayu penggunaan ICT juga perlu mendapat perhatian yang
wajar daripada semua pihak sama ada pembuat dasar ataupun perlaksana dasar.
Reformasi sistem pendidikan Negara telah melahirkan Sekolah Bestari dengan tujuan
melahirkan generasi baru Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya
membawa ekonomi kepada era maklumat. Menjelang 2013 dijangka wujud 8 ribu sekolah
yang akan mencapai status sekolah bestari. Inisiatif ICT utama Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah computer dalam pendidikan, projek rintis Sekolah Bestari, School Net dan
sebagainya.
Kini senario pendidikan terus berkembang dengan pengintegrasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tidak kira apa subjek ICT boleh digunakan termaksudlah
mengajar Bahasa Melayu dengan berbantukan ICT. Apa yang penting guru-guru Bahasa
Melayu perlu mendapat banyak ilmu dan kepakaran terutama daripada segi Pedagogi

Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Terdapat banyak alat teknologi yang boleh membantu proses P&P, salah satunya iapah
perisian pembelajaran berbantukan ICT, Pedagogi berbantukan ICT yang merangkumi semua
bidang termasuk mengajar Bahasa Melayu. Wujudnya ICT dalam sektor pendidikan telah
menjadikan proses P&P lebih efektif dan menarik. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu seharusnya menggunakan teknologi Pedagogi terkini untuk memudahkan pelajar
memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Penggunaan ICT dapat meningkatkan
dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu
guru sewajarnya menggunakan kesempatan ini bagi membantu murid menguasai konsep dan
kemahiran BerBahasa Melayu secara berterusan.
Kuasa sebenar Pedagogi Berbantukan ICT dalam Bahasa Melayu ialah kaedah canggih
berkomunikasi yang boleh menjangkau lebih daripada 4 dinding bilik darjah dan dengan
mengenalpasti sumber maklumat dari seluruh pelusuk dunia dari hujung jari sahaja. Guru
bukan bertindak sebagai punca ilmu lagi tetapi bertukar menjadi penyelia untuk membimbing
pelajar memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.

KONSEP DAN CIRI-CIRI


PEDAGOGI
Mengikut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau daripada sudut tradisi Pedagogi
merupakan satu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Kamus A New English Dictionary menerangkan, Pedagogi sebagai ilmu pendidikan atau
kaedah mengajar. Kamus Dewan edisi keempat menyatakan Pedagogi ialah kajian tentang
kaedah dan prinsip pengajaran.
Mengikut sejarah, perkataan Pedagogi berasal dari pekataan pedagogue yang bermaksud
seorang Tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kecekapan melaksanakan tugastugas pengajaran secara berkesan khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak dari
segi kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.
Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara
umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi
guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga
interaksi guru dan pelajar.Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi berasal dari bahasa
Yunani iaitu paidagogos yang bermaksud hamba yang mengantar dan mengambil budak-

budak pergi balik dari sekolah. Perkataan Paideia merujuk kepada kanak-kanak .
Kajian menunjukkan Pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud
kaedah mengajar kanak-kanak. Seiring dengan peredaran masa dan pemantapan bidang
pendidikan, konsep pedagogi telah berkembang dan digunakan dalam konteks pengajaran di
peringkat sekolah sehingga ke Universiti.
Menurut Sharifah Alwiyah 1976 menyatakan pedagogi ialah ilmu yang menerangkan tentang
kaedah pengajaran yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusan bilik darjah dan teknik
penyampaian yang membolehkan guru mencapai objektifnya. Page (1975) menyatakan
bahawa Pedagogi ialah seni dan sains pengajaran. Esah Sulaiman (2004) Pedagogi ialah seni
dan sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan bilik darjah
dan pendidikan formal.
Mok Soon Sang (2008) pengertian Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu
pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah
mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum. Glenn, 2003 berpendapat Pedagogi
membawa proses P&P yang melibatkan pengetahuan dari segi teori yang berkaitan dengan
pendidikan dan kemahiran pedagogi.
DEFINISI BERBANTUKAN
Bebantukan bermaksud menggunakan peralatan untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran kepada pelajar dengan keupayaan tertentu. Merujuk Kamus Dewan Edisi
Keempat berbantukan bermaksud menggunakan sesuatu bagi melaksanakan sesuatu tugas
atau kerja. Dengan kata lain berbantukan lebih menjurus kepada penggunaan ICT dalam
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan dan
menimbulkan keberkesanan proses di dalam bilik darjah seiring dengan penkembangan ICT
di dunia ini. Pelbagai kelengkapan ICT yang moden dan mesra pengguna terdapat dan boleh
didapati dengan mudah walau dimana sahaja berada. Sebagai contoh seperti Internet,
Multimedia, CD-ROM, program, sistem dan sebagainya. ICT boleh membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam subjek Bahasa Melayu.
DEFINISI ICT
ICT adalah amat luas ruang lingkupnya, dan merangkumi banyak bidang. Contohnya
termasuk komputer pengguna dan perisiannya komputer dan sistem komputer yang
digunakan oleh guru, pelatih dan pelajar untuk tujuan pendidikan. Perisian dan sokongan
untuk sistem sepertipemprosesan kata dan hamparan, serta juga komputernya.
Kegunaankomputer tradisional yang merangkumi storan data serta atur cara untuk
menginput, memproses, dan mengoutput data. Perkakasan dan perisianpelayan yang

digunakan untuk menyokong kegunaan seperti e-mel danperisian muafakat, perkhidmatan fail
dan cetak, pelayan/atur cara penggunaan sesawang, sistem storan, dan perkhidmatanperkhidmatan pengehosan sesawang yang lain. ICT digunakan dengan meluas sepert yang
diterangkan di atas.
Perisian yang disambungkan terus kepada sistem maklumat komputer yang digunakan untuk
mengumpulkan atau menghantar audio, video dan
maklumat grafik seperti pengimbas dan pendigit. Rangkaian data, suara, dan video, serta
semua kelengkapan dan perisian komunikasi yang berkait. Sistem sambutan suara yang
berinteraksi dengan pangkalan datadan atur cara penggunaan komputer.
Kelengkapan telefon dan radio yang digunakan untuk komunikasi suara, termasuk rangkaian
komunikasi radio negara. Sistem komputer "terbuka/bersepadu" yang mengawal atau
mengautomatikkan proses mekanik dan kimia serta juga menyimpan maklumat yang
digunakan oleh atur cara komputer bagi tujuan menganalisis.
Walau bagaimanapun, ruang lingkup ICT tidak merangkumi. Sistem komputer
"tertutup/tersendiri" yang mengawas atau mengautomatikkan proses mekanik dan kimia,
misalnya sistem penggera kebakaran. Kelengkapan pandang-dengar yang boleh dikendalikan
sebagai sebuah kelengkapan tersendiri, misalnya televisyen, perakam pita, perakam kaset
video, kamera video, dan projektor paras atas, mesin fotokopi dan mesin faks. Lesen dan
langganan untuk maklumat elektronik yang dibekalkan kepada pengguna sebagai ganti
kepada buku atau majalah tercetak.
ICT merupakan kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan dukungan atau
pengurusan sistem-sistem maklumat berasaskankomputer, khususnya perisian
penggunaan dan perkakasan komputer. ICT ialah istilah am untuk memerihalkan sebarang
teknologi yang membantu untuk menghasilkan, memanipulasikan, menyimpan,
berkomunikasi atau menyebarkan maklumat manakala komunikasi pula ialah pemancaran
simbol melalui media komunikasi massa yang utama seperti komputer, internet, laman web,
radio, akhbar, filem, majalah, buku dan alat komunikasi peribadi melaui empat unsur untuk
sebarang komunikasi iaitu mesej, penghantar, penerima dan media.
ICT merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperoleh, menyimpan dan
menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,suara, imej dan grafik animasi
dan sebagainya dengan menggunakan alat-alat elektronik. ICT merangkumi apa jua alatan
elektonik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses dan mencipta
serta menyampaikan maklumat.
DEFINISI KESELURUHAN
Bolehlah dikatakan bahawa Pedagogi Berbantukan ICT ialah kaedah mengajar dengan
menggunakan bantuan komputer untuk memudahkan dan menyenangkan. Criswell (1989)

mendefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan


melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Pendek kata matlamatnya
ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan
sistem komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyuran
komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman
komputer
Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang
dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan
dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di
gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60
buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan
perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan
Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama adalah melibatkan empat mata
pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran
menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari
yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan
oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui
pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian yang bersesuaian
dan menepati kehendak pendidikan semasa.
CIRI-CIRI PEDAGOGI BERBANTUKAN ICT
Sebelum ini peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan tempat rujukan pertama
bagi pelajar. Zaman telah berubah dan kini pelajar boleh mendapat ilmu dan maklumat
melalui penggunaan ICT. Banyak peranan guru Bahasa Melayu untuk menggalakan
penggunaan ICT dikalangan pelajar. Penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu
bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan
keperluan dalam pembelajaran berupaya:
meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran,
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,
meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran bersendiri dan membolehkan
pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu

mahal untuk dikumpul,


Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa,
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar,
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima,
Meningkatkan kemahiran ICT.
Fatimah & Munirah, 1995; Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan
penting iaitu pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer, penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data memproses data
penyelidikan memproses perkataan
Ciri-ciri secara keseluruhan
Ciri-ciri Pedagogi Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
ialah:
a. Berasaskan individu. Pembelajaran berbantukan ICT menyediakan keperluan pembelajaran
yang menekankan prinsip pembelajaran kendiri. Keupayaan pelajar menguasai kemahiran
bahasa dapat dilakukan secara terus melalui aktiviti yang dijalankan secara tersusun melalui
penyediaan kandungan yang menkankan aspek kognitig dan afektif.
b. Bahan-bahan yang disediakan boleh diulang-ulang banyak kali bagi memastikan pelajar
mendapat manfaat dan mudah mepelajari bahan yang diajar.
c. Bahan disediakan guru. Guru Bahasa Melayu menyediakan bahan dan digunakan bersamasama dengan kemudahan ICT supaya dapat memenuhi objektif dan tahap kebolehan pelajar.
d. .Bahan Pedagogi Berbantukan ICT mestilah ramah pengguna serta mesra dengan
kebolehpercaayaan yang tinggi. Bahan ini perlu sesuai dan mampu untuk member bantuan
dan tidak berlaku sebarang kecacatan semasa proses P&P.
e. Boleh diubahsuai mengikut tahap, kemampuan dan pencapaian pelajar. Adalah sesuai jika
bahan bantu ini mampu disesuaikan dengan pelajar kerana semua pelajar tidak sama tahap
perkembangan dan pemikiran mereka.
f. Menarik, interaktif dan mampu mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. ICT
memang mempunyai peralatan yang sesuai jadi sampai masa guru Bahasa Melayu

menggunakan bahan bantu yang relevan dan menarik perhatian.


g. Teknologi terkini sesuai dengan tahun 2010 anjakan kemajuan ICT semakin berkembang.
Semua peralatan ICT berubah mengikut hari, masa dan penciptaan. Jika hari ini keluar barang
ICT yang baru mungkin pada hari esok atau bulan setrusnya akan berlaku perubahan yang
ketara. Penggunaan ICT yang terkini akan membantu dan member kelebihan kepada guru
Bahasa Melayu.
h. Akur dengan kurikulum, tahap, kesesuaian dan objektif pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Bahan yang disediakan mestilah tidak lari daripada kehendak kyrikulum.
Jika akur maka sesuai diteruskan dan jika tidak akur boleh disemak dan diperbaiki lagi.
i. Maklumat mestilah jelas terutama kepada pelajar bagaimana dan kenapa digunakan bahan
ICT. Jika difahami maka mudahlah proses P&P berlaku dan saling menguntungkan semua
pihak. Pelajar akan memahami kehendak dan apa yang perlu mereka lakukan terutama dalam
penggunaan ICT.
j. Bahan yang digunakan mestilah tidak menimbulkan unsur yang boleh menimbulkan isu-isu
seperti perpaduan, menyentuh isu agama, politik, bangsa dan sebagainya. Walaupun
mempunyai kebebasan bersuara namun sensitivity kaum, agama dan bangsa perlu
diambilkira. Jika lebih baik menggunakan tema perpaduan yang dapat merapatkan hubungan.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan
pengajaran dan pembelajaran melalui empat kaedah bersumberkan ICT: 1. Tutorial 2.
Penerokaan 3. Aplikasi 4. Komunikasi

Konsep dan Ciri-ciri Keadah Tutorial


Sebelum guru mengguna pendekatan Tutorial, ciri-ciri berikut perlu diberi pertimbangan iaitu
:

perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini,guru perlu terlebih dahulu menilai setiap
perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar sesuai dengan sukatan dan tahap
kebolehan pelajar-pelajar serta akur dengan sukatan pelajaran sedia ada.
peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian seperti komputer, internet dan
sebagainya yang lengkap dan mampu untuk melaksanakan rancangan mengajar. Peralatan
yang terkini seperti jalur lebar dan perisan yang terkini mengikut perkembangan teknologi
semasa.
kemahiran mengendali peralatan ICT terutama guru dan kemahiran asas pada pelajar. Guru
perlu mahir dalam mengendalikan perisian dan mampu menyelesaikan masalah agar proses
P&P berjalan lancer. Pelajar juga perlu diajar pengendalian sistem supaya mereka mampu
mengendalikan program yang dikemukakan.
keperluan untuk mengguna ICT , setakat mana keperluan kerana pada masa sekarang ICT
memang tidak boleh dipisahkan dengan bilik darjah dan kehidupan seharian pelajar.
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT,
bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara
berikut:
a) Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
b) Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
c) Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.
2.4
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial dalam Bahasa Melayu sesuai digunakan dalam
situasi berikut:
Kelas yang mengandungi pelajar yang ramai dengan kemampuan pembelajaran yang berbeza.
Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar sementara
sebahagian yang lain mengguna komputer.
Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.Dalam situasi ini guru Bahasa
Melayu t boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
Terdapat pelajar yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini guru boleh
menggunakan perisian khusus untuk pemulihan.
Terdapat pelajar cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian
pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka
Konsep dan Ciri-ciri Keadah Penerokaan
Konsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk:
a) mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan

sebagainya terutama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan ini
mudah diakses tambahan pula teknologi terkini dihujung jari sesiapa sahaja. Untuk
mendapatkan bahan mudah dan banyak termaksuklah di internet dan sebagainya .
Pengeluaran CD-ROM dalam bentuk multimedia juga banyak dipasaran yang memudahkan
guru Bahasa Melayu ingin menjadikan bahan bantu mengajar.
b) mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi terutama yang
melibatkan aspek karangan, lisan, bacaan dan isu semasa.
c) melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar.
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.
Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan
Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi
Konsep dan Ciri-ciri Keadah Aplikasi
Konsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran aplikasi berlaku apabila ICT digunakan
sebagai medium sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan
perisisan beraplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh pelajar dalam menghasilkan
karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Komputer Aided Design (CAD) dan lain-lain
juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar
melaksanakan aktiviti pembelajaran.4Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan
ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan karangan dengan
menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana
falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti
mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan
mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan
hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
Ciri-ciri lain mestilah bahan tersebut mesra dengan pelajar iaitu untuk dikendalikan dan
sistemnya dipercayai serta mampu untuk melakukan berbilang kerja dalam satu masa. Bahan
yang sering digunkan mestilah asli dan mendapat sijil kerana program asli akan menentukan
kejayaan oleh sebab program yang stabil serta tidak menimbulkan sebarang masalah.
Konsep dan Ciri-ciri Keadah Komunikasi
Konsep dan ciri penggunaan ICT untuk pembelajaran aplikasi berlaku apabila ICT digunakan

sebagai medium sebagai alat komunikasi apabila diguna untuk memboleh pelajar dan guru
daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai
bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai
mod seperti berikut:
teks
grafik
audio.
video
kombinasi pelbagai mod
Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P? Terdapat empat teknik untuk
komunikasi melalui ICT, iaitu:
Teknik Seorang Sendirian
Teknik Seorang kepada Seorang
Teknik Seorang kepada Ramai
Teknik Ramai kepada Ramai
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Kelebihan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Antara kelebihan yang boleh dicapai ialah dapat mengindividukan pembelajaran dimana
pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran melalui satu medium iaitu penggunaan komputer
dan mampu menyampaikan bahan kepada semua pelajar. Berbanding dengan pedagogi
tradisional yang menumpukan P&P kepada cikgu dengan kata lain ICT mampu menjadi
pengajar yang dianggap sebagai guru.
Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang
keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan ICT, namun kita percaya bahawa melalui
pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan
produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian
kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar,
video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya
dengan input bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks
atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah
diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan
menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi
multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT
dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang

melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah mampu menjana idea baru, kreativiti
dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa contohnya Bahasa Melayu.
Pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri. Apabila menggunakan komputer pelajar akan
dapat mempelajari Bahasa Melayu mengikut kemampuan sendiri, dimana pelajar boleh
meneruskan sesi pembelajaran jika mampu dan mengulang semula jika sukar untuk difahami.
Tambahan pula sesuatu perkara itu boleh diulang-ulang beberapa kali supaya dapat
mengingat kembali. Bagi pelajar yang cemerlang pula boleh meneruskan pembelajaran ke
topic yang baru. Jadi sudah tentu P&P Bahasa Melayu menjadi releven dengan tuntutan
emasa. Menurut pengkaji-pengkaji terdahulu(Zamri Mohamad 2008,76):
a.meningkatkan minat terhadap mata pelajaran
b.meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa
c.meningkatkan minat dalam satu-satu mata pelajaran
d.berkesan jika selari dengan sukatan mata pelajaran.
Pedagogi berbantukan ICT ini juga dapat dikalangan para pelajar. Biasanya pelajar lebih
memahami proses P&P jika terdapat bahan yang boleh member rangsangan kepada mereka.
Misalannya penggunaan Multimedia, Internet, Facebook dan sebagainya mampu
meningkatkan motivasi untuk merekea mempelajari Bahasa Melayu. Kelpagaian bahan
mampu memberi penjelasan yang lebih.
Pelajar juga boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum. Melalui
teknik ini pelajar tidak bergantung seratus peratus dibahu guru. Mereka boleh melakukan
sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kekangan masa, jadual waktu dan kehendak
kurikulum boleh diminimunkan kerana mereka boleh mendapatkan bahan Bahasa Melayu
melalui pelbagai sumber ICT.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing. Peningkatan pelajaran pada zaman sekarang bergantung kepada Pedagogi
yang digunakan oleh guru. Apabila guru menggunakan Pedagogi Berbantukan ICT akan
mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Apabila pelajar aktif sudah
tentu mereka mampu mengemukan pendapat dan seterusnya mampu mempelajari Bahasa
Melayu dengan baik.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam Kelas. Tidak
seperti kelas tradisonal kekuasaan terletak ditangan guru. Guru menjadi autrokratik dan
berkuasa penuh. Melalui penggunaan ICT guru membuka seluas-luasnya proses pembelajaran
dengan berbantukan ICT. Bayangkan guru hanya mengawal proses P &P dan pelajar
menggunakan peralatan ICT untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism,

multiple intelligences dan lain-lain. Zaman ledakkan maklumat ini Negara yang mampu
mengikut rentak kemajuan ICT akan menjadikan sistem pendidikan itu Berjaya. Guru tidak
terikat lagi dengan kaedah lama. Bantuan ICT ini mempercepatkan lagi penggunaan teori
pembelajaran moden yang sesuai dengan perkembangan terkini.
Pelajar boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik
iaitu proses pembelajaran yang fleksibel serta guru boleh mengemuka masalah yang lebih
mencabar minda pelajar. Pelajar yang mempunyai daya berfikir yang kreatif dan kreatif akan
menjadikanb mereka Berjaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar dapat meningkat
kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran dengan berbantukan ICT.
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara
pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar.
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana
melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru.
Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina
pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu.
Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak
langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar
berbantukan ICT dalam prose penyampaian subjek Bahasa Melayu.
Tingkat penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kumpulan yang bersifat
global. Oleh kerana ICT pada masa sekarang digunakan di seluruh dunia memudahkan
hubungan dijalinkan dengan pelajar Negara luar. Pelajar boleh mengambil kesempatan untuk
berinteraksi dan melontarkan pendapat. Walaupun menggunakan Bahasa Melayu pelajar
boleh berkomunikasi menggunakan ICT dengan Negara lain seperti dari Indonesia, Brunei
dan sebagainya.
Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran. Walaupun tenaga
pakar dalam ICT ada namum masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Negara maju.
Apabila menggunakan Pedagogi Berbantukan Komputer pihak kerajaaan mahupun swasta
boleh menjemput pakar-pakar bagi ICT dating dan seterusnya boleh berkongsi ilmu dengan
tenaga tempatan. Melalui cara inilah sudah tentu ilmu dalam pedagogi akan meningkat
. Bahagian perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003) menyatakan Pedagogi
Berbantukan ICT berupaya menjadi alat bantu pengajaran yang afektif kerana:
a. Berupaya menarik minat pelajar
b. Penyabar dan responsive
c. Berpusatkan pelajar
d. Menyokong pembelajaran terbuka, bebas dan flisebel
e. Memberikan capaian bahan dalam talian

f. Boleh diamalkan dimana-mana.


g. Menggalakan perkongsian dan kolaborasi serta kepelbagaian
h. Perkembangan sukar dijangkakan
i. Sumber bahan rujukkan yang sangat bernilai.
Kekurangan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kita jangan lupa setiap yang dicipta mengandungi kelemahan dan keburukan sendiri. Begitu
juga dengan penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT dalam Bahasa Melayu. Guru-guru harus
berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan
boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Masa bagi proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas amat terhad, adakalanya hanya 30 minit sehingga
satu jam setengah. Adalah merugikan guru itu sendiri jika terpaksa mengendalikan ICT dalam
keadaan yang tidak sempurna serta mengambil masa yang lama untuk dikendalikan.
Kesannya bukan sahaja kepada guru malahan pelajar juga akan menangung kerugian. Tenaga
kerja yang ramai kadang kala tidak berbaloi untuk melaksanakan Pedagogi Berbantukan ICT.
Adalah menjadi keutamaan jika hanya guru berkenaan mampu mengendalikan proses P&P
dalam kelas. Menurut kajian Zamri Mohamad (2008, 114) hasil daripada analisi protocol
mendapati ada setengah laman web, perisan malahan CDROM tidak bersesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kesan buruk seterusnya ialah menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT. ICT
merupakan alat yang dicipta oleh manusia demi kepentingan sejagat. Walaubagaimanapun ia
tidak lari daripada penyalahgunaan maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan
mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara
golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai
seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi
keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Kajian yang dijalankan di Amerika
Syarakat mendapati 48% guru
sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas. Kajian
yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2006) mendapati ibu
bapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang
tentang kandungan kebencian.
Kajian yang dibuat oleh Yahya Othman, dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan
yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran
berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam
pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan
bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa.

Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan
teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang
tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran
penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat
menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.Pengaruh
rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan
komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru
yang berbuat demikian.
Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi Proses pengintegrasian teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi
seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi
maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer.
Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi
salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses
penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu
punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.
Pedagogi Berbantukan ICT juga menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih
produktif kerana semua kaedah mengajar telah ditetapkan yang mana sesuai dan yang mana
kurang sesuai. Sedangkan ICT merupakan satu alat yang sukar untuk dijangka. Sebagai
contoh pada awal 1995 dahulu sistem pemprosesan perkataan berada paling minima sekali
namun menjelang 2010 sistem pemprosesan perkataan mudah dan lebih menarik lagi. Begitu
juga dengan peralatan, sistem dan program ICT yang berkembang. Kadang kala teori yang
diperkenalkan sudah terlambat untuk diaplikasikan dan inilah yang dinamakan menghalang
penggunaan ICT yang lebih produktif.
Kadang-kala Pedagogi Berbantukan ICT mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar
untuk mempelajari sesuatu jika dibandingkan dengan kaedah tradisonal. Masa memainkan
peranan penting kerana didalam kelas pelajar telah ditetapkan bilangan masa. Misalannya
masa Bahasa Melayu akan semakin sedikit sekiranya Pedagogi Berbantukan ICT yang
digunakan tidak seperti yang dirancangkan. Pelbagai masalah seperti kerosakan sistem,
program dan adakala komputer mengalami masalah memungkinkan berlaku pembaziran
masa yang tidak disedari.
Kos terlalu tinggi membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah
memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang
mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja

membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mepunyai kemahiran tentang
komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan
teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam
kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer.
Perbezaan yang lebih ketara terutama kadar pembelajaran yang berbeza. Pendemokrasian
pendidikan memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan
pendidikan di sekolah. Menghadapi pelajar daripada pelbagai kebolehan memerlukan
kebijaksaan guru untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pengajaan yang
ditetapkan. Pelbagai kebolehan ini menimbulkan masalah dalam P&P. Oleh yang demikian
terdapat pelajar yang tidak boleh mengikuti Pedagogi Berbantukan ICT manakala terdapat
juga pelajar yang bosan kerana terpaksa menanti kawan-kawan yang lain mencapai objektif
pembelajaran.
CONTOH PERLAKSANAAN /APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
Pedagogi berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.1.5
Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan
pengajaran dan pembelajaran melalui empat kategori: 1. Tutorial 2. Penerokaan 3. Aplikasi 4.
Komunikasi
Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P Bahasa Melayu, tiada satu cara pun yang boleh
dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang
terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan
hasil yang diharapkan dalam jangkamasa yang munasabah. Penggunaan Pedagogi
Berbantukan ICT dalam P&P Bahasa Melayu dapat dilihat dari 2 aspek iaitu aspek
pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT). Dalam
konteks pembelajaran1, penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT dalam P&P boleh dikategori
sebagai tutorial, penerokaan (eksploratori), aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks
pengajaran pula, Pedagogi Berbantukan ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat
demonstrasi.
Syarat untuk memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah
perlulah dirancang dengan baik dan tidak dilakukan secara bidan terjun ataupun tergesa-gesa.
Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT mestilah bersesuaian dengan kurikulum Bahasa
Melayu dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Perkakasan dan perisaian
ICT yang sesuai boleh digunakan dalam proses pembelajaran.
Tutorial
Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam

bentuk persembahan seperti MS Power Point, multimedia, program dan sebagainya untuk
menerangkan konsep-konsep asas dalam Bahasa Melayu seperti aspek tatabahasa, penulisan,
pemahaman dan sebagainyai. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi
pelajaran yang berkaitan. ICT dalam P&P mata pelajaran Bahasa Melayu Boleh
menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan Kaedah tutorial merangkumi :
1. pembelajaran ekspositori.
2. ,demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya.
3. latihan atau latih tubi yang dikawal dan disampai oleh sistem.
Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan
perisian yang terdapat di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web. Dengan itu
pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih
mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia. Kaedah ini
sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan
pelajar dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui
courseware akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit
terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang
pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap
yang disediakan.
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan
pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial
ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu ialah satu pembelajaran ekspositori. Demonstrasi
sesuatu perkara itu dikawal oleh sistem komputer serta latihan atau latihtubi yang dikawal
oleh sistem. Guru berperanan mengawal tingkahlaku pelajar dengan menggunakan ICT.
Kesan yang nyata ialah meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
Disamping itu motivasi pelajar dalam menguasai ilmu Bahasa Melayu akan meningkat jika
timbul keseronokan dan sikap ingin mencuba apabila menggunakan ICT. Peranan guru juga
menjadikan pelajar boleh belajar kendiri melalui akses kepada maklumat yang sukar
diperolehi terutama di internet melalui laman web. Selain itu pelajar akan lebih seronok dan
meningkatkan daya imaginasi pelajar.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Istilah Komputer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan
komputer dalam P&P. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk
digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam

bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran
bantuan komputer atau CAI. Komputer Assisted Learning,Komputer Assisted
Instruction,Komputer Based Instruction,Komputer Aided Learning dan Komputer Based
Learning merupakan nama-nama yang biasa didengari. Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah
dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian
pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya
menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan
perkembangan ICT,perisian kursus dalam Bahasa Melayu yang terdapat pada hari ini hampir
semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan Bahasa Melayu
mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut mempersembahkan maklumat,
membimbing, menyediakan/memberi latihan dan menilai pencapaian. Perisian pendidikan
Bahasa Melayu yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk
berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai
penyampai maklumat utama dan pelajar sebagai penerima.
Perisian pendidikan Bahasa Melayu seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru
Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam
memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang
penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, menjurus ke arah penyalahgunaan
kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari
sesuatu. Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi
pertimbangan ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini guru perlu terlebih
dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Ada peralatan
ICT yang sesuai untuk mengguna perisian, ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Dan
ada keperluan untuk mengguna ICT .
Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Tutorial berkaitan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah seperti
guru mesti memastikan keperluan sewaktu proses P&P. Antaranya ialah seperti perisian ICT
yang sesuai disertakan dengan perkakasan ICT yang sesuai dengan bahan dan objektif yang
ingin dicapai. Perancangan masa, tempat sama ada dalam kelas, luar kelas atau di makmal
computer. Guru juga perlu mengambikira mod penggunaan iaitu bersendirian ataupun
berpasangan.
Guru boleh melaksanakan perancangan sebelum mengajar kaedah tutorial ini. Penilaian
dilakukan untuk memastikan murid mampu menguasai dan melakukan aktiviti yang
disediakan oleh guru. Guru boleh memuat turun bahan Bahasa Melayu melalui laman web

dan mana-mana sahaja bahan ICT yang releven dengan tajuk. Pelajar pula boleh didedahkan
dan diberi taklimat untuk menguasai literasi computer supaya tidak berlaku rasa canggung
ketika pelajar menggunakan ICT. Pelajar akan dapat memahami matlamat penggunaan ICT
yang jelas mampu membantu mereka mengalami P&P dalam kelas. Guru-guru boleh
menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah
tutorial.
Penerokaan
Pedagogi Berbantukan ICT seterusnya ialah melalui pembelajaraan penerokaan. Menurut
Kamus Dewan (Edisi Keempat), perkataan penerokaan bermaksudperihal (perbuatan, usaha,
penjelajahan) dilakukan berdasarkan pengalaman. Ini bermaksud penggunaan multimedia
untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila multimedia digunakan sebagai medium
untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan
sebagainya. Selain daripada itu, pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya
boleh dikawal oleh pelajar. Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan
menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial,
di mana pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam
melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman web merupakan salah

satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang
lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Simulasi boleh menjadi alat
dan model yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang
mudah diakses.
Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah Penerokaan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah. Guru
perlu masatikan keperluan bahan dan ICT sebelum memulakan kaedah penerokaan ini. Bahan
yang disediakan merupakan bahan atau sumber yang terbuka atau sumber yang tertutup. Guru
perlu mengambilkira sama ada perkakasan ICT yang sesuai atau tidak dengan perancangan
yang dilakukan. Apabila sudah mencukupi bahan dan peralatan guru boleh memulakan P&P
Bahasa Melayu. Guru juga mesti menilai kejayaan, kelemahan dan kekuatan proses P&P.
Berkaitan dengan perisian yang digunakan boleh dibeli, dimuat turun, membangunkan

program computer sendiri serta melalui bahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.
Pelajar juga pelu didedahkan dengan apa yang mereka sepatutnya lakukan terutama sekali
berkaitan dengan penggunaan seperi Internet, Laman Web, Face book, program CD-Rom dan
sebagainya. Pelajar mesti berkebolehan untuk kendali perkakasan dan perisian serta mampu
mengatasi masalah pada peringkat asas supaya proses P&P berjalan lancer. Guru-guru boleh
menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah
penerokaan.

Aplikasi
Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat aplikasi terutama dalam proses
pembelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh mendedahkan penggunaan perisian ICT kepada
pelajar seperti pemprosesan perkataan, persembahan multimedia dan sebagainya sebagai satu
cara untuk menimbulkan sikap ingin mencuba pelajar disamping dapat mengelakkan
kebosanan pelajar menguasai aspek Bahasa Melayu. Guru berperanan untuk mengajar pelajar
supaya menggunakan ICT secara aplikasi dalam kehidupan seharian mereka kerana ICT
mampu membantu dan meudahkan urusan pelajar menguasai aspek Bahasa Melayu.
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
dipenuhi bila pelajarnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses
perkataan.Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan,
sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja.
Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan
karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini,
barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (sociocultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu
pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan
kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins,
1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, pelajar akan
dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam
satu eksperimen yang telah dilakukan,pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua
pembolehubah.
Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat

dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini
sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas
membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan pelajar daripada perkara yang lebih
penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai bolehdigunakan untuk membantu pelajar
membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk
melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.Satu lagi situasi ialah seorang pelajar (dalam
apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang
banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna
untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak)
manakala pelajar itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu
melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).
4. Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah aplikasi berkaitan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah
bergantung kepada keperluan sukatan dan kandungan bahan Bahasa Melayu yang ingin
disampaikan oleh guru. Perkakasan ICT mestilah mencukupui dan pastikan bahan itu elok
dan boleh digunakan dengan baik. Guru perlu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual
waktu dan memastikan tempat untuk proses P&P. Guru juga perlu mengambilkira mod
penggunaan. Dalam proses kaedah aplikasi ini juga guru perlu laksanakan perancangan serta
menilai keberkesanan.
Guru boleh memuat turun melalui internet dan laman web, membeli program,
membangunkan sendiri system P&P dalam Bahasa Melayu . Bagi pelajar pula pendedahan
awal akan meastikan mereka boleh membuat latihan dengan baik. Aplikasi yang boleh diguna
ialah seperti Microsf Office seperti Word, Excell, Power Point dan sebagainya. Begitu juga
dengan ACAD, Simulasi, Acrobat Reader dan sebagainya. Guru-guru boleh menggunakan
cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah aplikasi.
Komunikasi
Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat pemudah komunikasi antara guru
dengan pelajar dan antara sesama pelajar supaya proses komunikasi mereka dapat dijalankan
dengan baik. ICT dikatakan alat pemudah komunikasi antara guru dan pelajar walau dimana
mereka berada. Antara peranan guru ialah mendedahkan pelajar dengan teks, grafik, audio,
video dan kombonasi pelbagai program.
Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT
sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan
komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya,
dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan

dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang
berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
bermakna.
Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak pelajar mereka memberikan perhatian
sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan pelajar bertanya terlalu banyak
atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran. Bagaimanapun,
teori pendidikan terkini menghendaki pelajar menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi
dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri
mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.
Internet boleh diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu
dengan menggunakan cara-cara berikut:
Mel Eletronik atau E-Mel
Kumpulan diskusi Internet.Pangkalan Data Katalog Perpustakaan
Gopher dan Laman Web (World Wide Web)
Pemindahan Fail
Guru boleh menggunakan cara di atas untuk berkomunikasi secara dalaman dan
luaran sesama guru, ibu bapa murid dan sebagainya. Murid boleh berkongsi pengalaman
mengenai pelbagai isu terutama sekali melibatkan pembelajaran bahasa Melayu disamping itu
boleh menggunakan kaedah penyelesaqian sesuatu masalah berkaitan pelajaran secara online.
Contoh perlaksanaan aplikasi Pedagogi Berbantukan ICT bagi kaedah komunikasi berkaitan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mestilah melibatkan perkara di bawah.
Kaedeah ini juga perlu merancang aktiviti supaya menepati kurikulum dan sukatan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Begitu juga dengan mod penggunaan. Guru perlu laksanakan
perancangan serta menilai kembali perlaksanaan sama ada berjaya ataupun perlu
ditambahbaikan. Guru perlu memastikan mereka mahir dalam penggunaan ICT begitu juga
dengan murid.
Perisian yang disediakan antaranya seperti Email, AOL, net-meeting, mIRC, Facebook,
Friendstar, Blog dan sebagainya yang boleh menghubungki orang lain untuk berkomunikasi
antara satu sama lain. Komputer yang digunakan mestilah mempunyai sambungan melalui
broadband, akaun internet atau melalui akaun internet sekolah. Perkakasan computer juga
mesti bersambung dengan moden, Intranet dan aplikasi yang boleh menghubungan semua
computer tanpa memerlukan banyak peranti seperti tanpa wayar dan sebagainya. Guru boleh
menggunakan cara di atas dalam menyampaikan Pedagogi Berbantukan ICT melalui kaedah
komunikasi dalam subjek Bahasa Melayu.

RUMUSAN

Pedagogi Berbantukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amat penting
untuk didedahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Kaedah baru ini mampu meningkatkan
pandangan masyarakat yang sering menganggap Bahasa Melayu static pengajarannya.
Hendak tak hendak Kementerian Pelajaran perlu memikirkan dan membelanjakan peruntukan
bagi membina kemudahan pasarana ICT, kemudahan peralatan ICT, sistem, latihan, sukatan
terbaru dan bantuan lain.
Paling penting ialah guru perlu bertindak berusaha dan menambahkan ilmu dalam Pedagogi
Berbantukan ICT. Tidak salah rasanya guru memcuba. Mengkaji dan mencari jalan terbaik
untuk meningkatkan lagi pencapaian serta mencari satu kaedah mengajar Bahasa Melayu
yang betul. Bagi guru-guru baru mereka perlu didedahkan dengan kaedah ini supaya mereka
mampu membantu meningkatkan lagi Bahasa Melayu.
Banyak kebaikan dan banyak kajian menunjukkan Pedagogi Berbantukan ICT dalam
mengajar Bahasa Melayu mampu menimbulkan kesan positif dan baik untuk diaplikasi dalam
kelas. Pelajar memang dahagakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh
membangunkan pemikiran mereka supaya menjadi yang berjaya.
Paling penting sekali ialah bagaimana untuk menaikan semula pandangan masyarakat
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Salah satu
cara dan kaedah ialah melalui Pedagogi Berbantukan ICT seperti yang diterangkan
sebelum ini. Apabila pelajar minat maka sudah tentu mereka akan lebih cepat menguasai
dalam subjek Bahasa Melayu.
Dalam zaman era digital, proses P&P yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu
semakin mengahadapi cabaran. Pelbagai isu timbul termasuklah pengunaan Bahasa Melayu
dalam ICT serta penggunaan Bahasa Inggeris yang ketara dalam dunia ICT. Matlamat
utamaPedagogi Berbantukan ICT adalah untuk memastikan kaedah pengajaran guru dapat
dibuat penambahbaikan mengikut keperluan semasa dan memastikan pelajar berminat untuk
menguasai dan memudahkan mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan berbantukan ICT.
Tahap kesedian guru-guru sudah mencapai tahap yang tinggi kerana biasanya mereka telah
terdedah dengan ICT sewaktu menuntut dahulu. Bermula dari tahun 1996 sehingga kini
hampir 260,000 guru telah dilatih dan 10000 buah sekolah dibekalkan dengan peralatan ICT.

You might also like