You are on page 1of 7

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBML3403
LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SEMESTER JANUARI 2015
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus
ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda
tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print
screen / dan lain-lain format berkaitan.
4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan
penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New
Roman dan langkau baris 1.5.
5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah
perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.
6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal
untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan
salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar
mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang
BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh
penghantaran.
8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015
TIDAK akan diterima.
9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti
yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti
penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran
tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

SOALAN TUGASAN
Nik Safiah Karim (1989), banyak memberikan perhatian tentang kajian bahasa oleh ahli-ahli
bahasa Barat. Menurut beliau, laras bermaksud "Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang
ada pada setiap penutur".
Berdasarkan kenyataan di atas, buat satu analisis tentang laras bahasa Melayu yang sering
digunakan dalam komuniti. Penganalisisan anda perlulah difokuskan kepada beberapa
perkara seperti berikut:
Bahagian 1:
(a)

Pilih salah SATU laras bahasa dalam bahasa Melayu dan bincangkan laras tersebut
dari segi bidang penggunaannya, konsep, dan ciri-ciri khusus laras tersebut.

(b)

Penggunaan kata dan ayat sebagai penanda kepada laras bahasa tersebut dalam bahasa
Melayu dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Bahagian 2:
Bincang dan buktikan bagaimana laras bahasa yang dinyatakan dapat berperanan sebagai
pemangkin kepada perkembangan dan memperkayakan bahasa Melayu.
Bagi memantapkan penjelasan bahagian 1, anda diingatkan supaya sertakan contoh-contoh
yang sesuai bagi setiap sub topik dalam hujah anda. Untuk bahagian 2 pula, huraikan dengan
jelas peranan laras bahasa sebagai alat memperkayakan bahasa Melayu dan sediakan bahan
bukti yang merentas pelbagai bidang.
[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR
Anda dinasihatkan:
1. Berbincang dengan tutor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk memahami

kehendak soalan, meningkatkan pengetahuan dan membuat penghujahan yang


relevan.
2. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain diperlukan untuk memahami

konsep sebelum anda dapat menghuraikan maklumat yang tepat dan sesuai.
3. Buat pencarian di internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan atau

terkini berkaitan tugasan.


4. Mempamerkan kematangan hujah dengan fakta yang releven dan berkreativiti amat

diambil kira dalam pemberian markah.


PANDUAN TUTOR
1.

Membantu pelajar menyediakan tugasan dengan menjelaskan fakta secara jelas dan
relevan.

2.

Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3.

Membimbing pelajar mengkaji laras bahasa berdasarkan kehendak soalan tugasan


berserta contoh-contoh yang sesuai bagi mengukuhkan hujah.

4.

Ingatkan pelajar untuk menghuraikan laras bahasa sebagai alat dalam memperkayakan
bahasa Melayu dengan jelas dan merentas pelbagai bidang.

5.

Mohon pelajar rujuk bahan bercetak atau laman web bagi membolehkan mereka
menyediakan contohcontoh yang sesuai dan relevan berkaitan laras bahasa yang
dibincangkan.

6.

Kematangan hujah dengan fakta yang relevan dan kreatif amat diambil kira dalam
pemberian markah.

7.

Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman
web dengan betul. Guna gaya APA.

Rubrik Tugasan
Kriteria
Pengenalan

Perbincangan
tentang salah satu
bidang laras
bahasa Melayu
dari segi bidang,
konsep dan ciriciri khusus

Wajaran
1

Tidak Lengkap
0
Tiada pengenalan
diberikan.

Lemah
1
Pengenalan dan
objektif penulisan
diberikan secara
ringkas dan tidak
menampakkan
keseluruhan
penulisan tugasan.
Definisi laras
bahasa dinyatakan
secara ringkas
sahaja. Tiada
sumber rujukan
yang berkaitan
dinyatakan dalam
penulisan.

Sederhana
2
Pengenalan dan objektif
penulisan yang diberikan
agak baik dan
menampakkan
sebahagian daripada
keseluruhan penulisan.
Definisi laras bahasa
dinyatakan dengan agak
baik. Sekurangkurangnya satu sumber
rujukan yang berkaitan
dinyatakan sebagai
bahan sokongan.

Baik
3
Pengenalan dan objektif
yang diberikan baik,
relevan, jelas dan
menampakkan
keseluruhan penulisan.
Definisi laras bahasa
dinyatakan dengan
baik. Sekurangkurangnya dua sumber
rujukan yang berkaitan
dinyatakan sebagai
bahan sokongan.

Tiada
perbincangan
yang berkaitan.

Perbincangan
tentang bidang laras
bahasa yang dipilih
ringkas dan tiada
sebarang sumber
rujukan serta contoh
yang bersesuaian
dinyatakan sebagai
bahan sokongan
penulisan.

Perbincangan tentang
bidang laras bahasa yang
dipilih sederhana baik.
Sekurang-kurangnya dua
sumber rujukan berserta
contoh yang bersesuaian
dan relevan dinyatakan
sebagai bahan sokongan
penulisan.

Perbincangan tentang
bidang laras bahasa
yang dipilih baik dan
jelas. Sekurangkurangnya tiga sumber
rujukan berserta contoh
yang bersesuaian dan
relevan dinyatakan
sebagai bahan
sokongan penulisan.

Cemerlang
4
Pengenalan dan objektif
yang diberikan amat
baik, terperinci dan
amat relevan.
Mengemukakan ayat
tesis dalam perenggan
pertama penulisan yang
memberikan impak
kepada pengenalan
keseluruhan penulisan.
Definisi laras bahasa
dinyatakan dengan
amat baik dan amat
jelas. Sekurangsekurangnya tiga atau
lebih sumber rujukan
dinyatakan sebagai
bahan sokongan.
Perbincangan tentang
bidang laras bahasa
yang dipilih amat baik,
amat jelas dan
terperinci. Sekurangkurangnya empat
sumber rujukan
berserta contoh yang
bersesuaian dan relevan
dinyatakan sebagai
bahan sokongan
penulisan.

Markah
Penuh
4

12

Kriteria
Penggunaan kata
dan ayat sebagai
penanda dalam
laras bahasa
Melayu

Wajaran
2

Perbincangan
tentang peranan
laras bahasa
sebagai alat
pemangkin dan
memperkayakan
bahasa Melayu

Tidak Lengkap
0
Pemilihan dan
penulisan kata
dan ayat sebagai
penanda laras
tidak berkaitan.

Lemah
1
Pemilihan dan
penulisan kata dan
ayat sebagai
penanda laras
dilaksanakan secara
ringkas sahaja.
Contoh yang
diberikan kurang
sesuai.

Sederhana
2
Pemilihan dan penulisan
kata dan ayat sebagai
penanda laras
dilaksanakan sederhana
baik. Sekurangkurangnya dua kata dan
ayat yang berkaitan
dengan laras dinyatakan
dalam penulisan. Contoh
yang diberikan hanya
sebahagian sahaja yang
sesuai dan berkaitan.

Baik
3
Pemilihan dan
penulisan kata dan ayat
sebagai penanda laras
dilaksanakan dengan
baik, jelas dan
sempurna. Sekurangkurangnya empat kata
dan ayat yang
diberkaitan dengan
laras dinyatakan dalam
penulisan. Contoh yang
disediakan juga sesuai
dan berkaitan.

Tiada
perbincangan
tentang peranan
laras bahasa.

Perbincangan
tentang peranan
laras bahasa Melayu
dinyatakan secara
ringkas sahaja.
Hujah dan idea yang
disampaikan juga
kurang jelas dan
tiada bukti yang
boleh diterima
tentang laras bahasa
yang dipilih.

Perbincangan tentang
peranan laras bahasa
Melayu dinyatakan
sederhana baik. Hujah
dan idea yang
disampaikan sederhana
baik dengan beberapa
bukti yang boleh
diterima tentang laras
bahasa yang dipilih.
Sekurang-kurangnya dua
contoh yang relevan
dinyatakan.

Perbincangan tentang
peranan laras bahasa
Melayu dinyatakan
dengan baik dan jelas.
Hujah dan idea yang
disampaikan baik dan
jelas. Beberapa bukti
yang jelas tentang laras
bahasa yang dipilih
turut diberikan.
Sekurang-kurangnya
empat contoh yang
relevan dinyatakan.

Cemerlang
4
Pemilihan dan
penulisan kata dan ayat
sebagai penanda laras
dilaksanakan dengan
amat baik, amat jelas
dan amat sempurna.
Sekurang-kurangnya
enam atau lebih kata
dan ayat yang berkaitan
dengan laras
dinyatakan dalam
penulisan.
Contoh yang
disediakan amat sesuai
dan sangat berkaitan.
Perbincangan tentang
peranan laras bahasa
Melayu dinyatakan
dengan amat baik, amat
jelas dan terperinci.
Hujah dan idea yang
disampaikan baik,
bernas dan terperinci.
Beberapa bukti yang
jelas dan terperinci
tentang laras bahasa
yang dipilih turut
diberikan. Sekurangkurangnya enam contoh
yang relevan
dinyatakan.

Markah
Penuh
8

Kriteria
Rumusan /
Kesimpulan

Wajaran
1

Organisasi

Tidak Lengkap
0
Tiada rumusan
dan kesimpulan
diberikan.

Lemah
1
Rumusan dan
kesimpulan yang
ringkas dan tidak
menjelaskan perkara
berkaitan dengan
keseluruhan
kandungan
penulisan tugasan.

Sederhana
2
Rumusan dan
kesimpulan yang agak
baik dan menjelaskan
hanya sebahagian
perkara yang berkaitan
dengan keseluruhan
kandungan penulisan
tugasan.

Baik
3
Rumusan dan
kesimpulan yang baik
dan menjelaskan
keseluruhan kandungan
penulisan tetapi tiada
penambahan isu semasa
sebagai nilai tambah
penulisan.

Tidak berkaitan.

Tugasan
mengandungi
pelbagai kesilapan
tatabahasa, tanda
baca dan ejaan.
Bahasa yang
digunakan sesuai.
Penulisan tidak ada
kesinambungan dan
urutan yang betul
(koheren dan
kohesi).
Gaya penulisan APA
tidak digunakan
dalam penulisan
kertas kerja.

Tugasan mengandungi
sebahagian kecil
kesilapan tatabahasa,
tanda baca dan ejaan.
Bahasa yang digunakan
dalam penulisan sesuai.
Kesinambungan
penulisan (koheren dan
kohesi) agak baik.
Terdapat penulisan
bahagian pengenalan,
huraian dan
perbincangan tentang
tajuk serta rumusan
tetapi kurang tersusun.
Hanya sebahagian
daripada penulisan
mengikut gaya penulisan
APA.

Peraturan tatabahasa,
penggunaan tanda baca
dan ejaan diikuti
dengan baik. Bahasa
yang digunakan dalam
penulisan sesuai.
Kesinambungan dan
urutan penulisan
(koheren dan kohesi)
adalah baik. Terdapat
bahagian pengenalan,
huraian dan
perbincangan tentang
tajuk serta rumusan
yang tersusun.
Gaya penulisan APA
diadaptasi sepenuhnya
dalam kertas kerja.

Cemerlang
4
Rumusan dan
kesimpulan yang amat
baik dan sempurna.
Menjelaskan
keseluruhan kandungan
penulisan dengan teliti
(koheren dan kohesi)
dan memberikan
penambahan isu semasa
sebagai nilai tambah
penulisan.
Peraturan tatabahasa,
penggunaan tanda baca
dan sistem ejaan
dipatuhi dan diikuti
dengan amat baik.
Bahasa yang digunakan
dalam penulisan amat
baik dan amat relevan.
Kesinambungan dan
urutan (koheren dan
kohesi) penulisan
dikawal rapi dan amat
baik. Perbincangan
tentang tajuk dan
rumusan yang amat
tersusun dan berkaitan.
Gaya penulisan APA
diadaptasi sepenuhnya
dalam kertas kerja.
Penulisan bibliografi
mengikut gaya APA
sepenuhnya.
JUMLAH MARKAH

Markah
Penuh
4

40

You might also like