You are on page 1of 4

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI


Nama Projek:
Taman Lestari Akan Melestarikan Sekolah
Pengenalan Projek
Projek Taman Lestari di sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan
untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran
Sains dan Kemahiran Hidup. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses
pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas,
tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina
kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan
pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran
warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Matlamat Projek
Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang
intelek,sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan
sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan juga
menjadikan SK Bandar Baru seri Petaling 2 menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi
melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra alam
dan bebas daripada pencemaran.
Objektif Projek

Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan


seperti program kitar semula.

Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan
keceriaan persekitaran sekolah

Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan
menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti
kitar semula.

Memupuk nilai murni cintai alam sekitar pada kalangan warga sekolah.

Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan


pemuliharaan alam sekitar.

Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan
keindahan persekitaran sekolah.

Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari

Faedah Projek

Kewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman Lestari, Taman herba dan Taman
Sains menjadikan persekitaran SK Bandar Baru Seri Petaling 2 lebih cantik dan
bebas daripada kekotoran.

Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang
wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman


tersebut telah berjaya memupuk nilai murni cintai alam sekitar, menggalakkan
kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa
melaksanakan aktiviti mesra alam.

Secara tidak langsung , hasil daripada penanaman sayuran dan herba boleh dijual
ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

Pihak Pelaksana Program Taman Lestari

PIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian Tempatan,
Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.

Strategi Pelaksanaan

Program dilaksanakan sepanjang tahun. Status projek masih dalam proses penanaman dan
taman ini akan dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
sains,kajian tempatan dan juga kemahiran hidup.
Taman masih lagi di peringkat fasa kedua iaitu menambahkan lagi tanaman dan mungkin
kawasan akan dibesarkan lagi. Semua guru terlibat bagi menjayakan program taman lestari
ini.

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Projek
Panitia
Kemahiran
HidupTaman Lestari

Tempoh /
Kos (RM)Pelaksana
Tarikh
Bermula 2012- Panitia KH
Sepanjang
dan Murid
tahun
tahap 2

Panitia SainsTaman Herba

Bermula tahun 2012Sepanjang


tahun

Taman
Kokurikulum
(Semua
unit Beruniform)

Mulai Jun
2013
Sepanjang
tahun

Status Kemajuan
Pelaksanaan Projek
Aktiviti diuruskan oleh
Panitia Kemahiran Hidup.
Panitia Kemahiran Hidup
biasanya akan
menguruskan taman KH
selama 2 minggu dalam
setahun kerana berkaitan
dengan P&P. Masa lain
akan diuruskan mengikut
jadual yang ditetapkan.
Panitia Sains Pembinaan Taman Herba.
dan Murid
Penanaman pokok pokok
tahap 2
herba.
Merumput dan
menghijaukan kawasan
taman.
Gotong royong dan
pembersihan kawasan
Melabelkan herba-herba
yang di tanam.
Semua
Sedang dalam
badan
perancangan.
beruniform, Akan dilaksanakan pada
kelab dan
bulan September.
persatuan. Semua Unit Beruniform
akan bergilir-gilir untuk
menjaga Taman
Kokurikulum tersebut.

Pencapaian
Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam
setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang
menyeluruh dari warga sekolah dan AJK Sekolah Lestari.
Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan
aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah. Kawasan sekolah yang
terhad menyebabkan pertambahan projek berkaitan pembinaan taman tidak dapat dilaksanakan.
Perancangan Seterusnya

Meneruskan program ini dengan memantau keadaan taman dari masa ke semasa
dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengekalkan keindahan persekitaran
sekolah. Menaik taraf taman-taman tersebut dari masa ke semasa dengan menambahkan
bilangan pokok dan dijadikan tempat penyampaian P&P untuk mata pelajaran tertentu.

You might also like