You are on page 1of 4

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI

LAPORAN PROJEK TAMAN LESTARI


Nama Projek:
Taman Lestari Akan Melestarikan Sekolah

Pengenalan Projek

Projek Taman Lestari di sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan
untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran
Sains dan Kemahiran Hidup. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses
pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas,
tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina
kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan
pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran
warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Matlamat Projek

                Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang


intelek,sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan
sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan juga
menjadikan SK Bandar Baru seri Petaling 2 menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi
melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra alam
dan bebas daripada pencemaran.

Objektif Projek

 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan


seperti program kitar semula.

 Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan
keceriaan persekitaran sekolah

 Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan
menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti
kitar semula.

 Memupuk nilai murni ‛cintai alam sekitar’ pada kalangan warga sekolah.

 Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan


pemuliharaan alam sekitar.

 Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan
keindahan persekitaran sekolah.

 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari
Faedah Projek

 Kewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman Lestari, Taman herba dan Taman
Sains menjadikan persekitaran SK Bandar Baru Seri Petaling 2 lebih cantik dan
bebas daripada kekotoran.

 Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang
wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

 Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman


tersebut telah berjaya memupuk nilai murni ‘cintai alam sekitar’, menggalakkan
kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa
melaksanakan aktiviti mesra alam.

 Secara tidak langsung , hasil daripada penanaman sayuran dan herba boleh dijual
ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

Pihak Pelaksana Program Taman Lestari

PIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian Tempatan,
Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.

Strategi Pelaksanaan

Program dilaksanakan sepanjang tahun. Status projek masih dalam proses penanaman dan
taman ini akan dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
sains,kajian tempatan dan juga kemahiran hidup.
Taman masih lagi di peringkat fasa kedua iaitu menambahkan lagi tanaman dan mungkin
kawasan akan dibesarkan lagi. Semua guru terlibat bagi menjayakan program taman lestari
ini. 

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek


Tempoh / Status Kemajuan
Projek Kos (RM)Pelaksana
Tarikh Pelaksanaan Projek
Panitia Bermula 2012- - Panitia KH Aktiviti diuruskan oleh
Kemahiran Sepanjang dan Murid Panitia Kemahiran Hidup.
Hidup- tahun tahap 2 Panitia Kemahiran Hidup
Taman Lestari biasanya akan
menguruskan taman KH
selama 2 minggu dalam
setahun kerana berkaitan
dengan P&P. Masa lain
akan diuruskan mengikut
jadual yang ditetapkan.
Panitia Sains- Bermula tahun - Panitia Sains Pembinaan Taman Herba.
Taman Herba 2012- dan Murid Penanaman pokok – pokok
Sepanjang tahap 2 herba.
tahun Merumput dan
menghijaukan kawasan
taman.
Gotong – royong dan
pembersihan  kawasan
Melabelkan herba-herba
yang di tanam.
Taman Mulai Jun - Semua Sedang dalam
Kokurikulum 2013 badan perancangan.
(Semua Sepanjang beruniform,  Akan dilaksanakan pada
unit Beruniform) tahun kelab dan bulan September.
persatuan. Semua Unit Beruniform
akan bergilir-gilir untuk
menjaga Taman
Kokurikulum tersebut.

Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam
setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang
menyeluruh dari warga sekolah dan AJK Sekolah Lestari.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi

Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan
aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah. Kawasan sekolah yang
terhad menyebabkan pertambahan projek berkaitan pembinaan taman tidak dapat dilaksanakan.

Perancangan Seterusnya

                Meneruskan program ini dengan memantau keadaan taman dari masa ke semasa
dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengekalkan keindahan persekitaran
sekolah. Menaik taraf taman-taman tersebut dari masa ke semasa dengan menambahkan
bilangan pokok dan dijadikan tempat penyampaian P&P untuk mata pelajaran tertentu.

You might also like