You are on page 1of 5

SK.

KUALA NERANG
06300, KUALA NERANG
KEDAH

PROJEK KEBUN LESTARI

PRASEKOLAH
SK KUALA NERANG
1. Maklumat Projek
Tajuk :Projek Kebun Lestari Prasekolah SK Kuala Nerang

2. Tujuan mengemukakan kertas kerja


Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon peruntukan kewangan bagi
melaksanakan Projek Kebun Lestari di kawasan Prasekolah SK Kuala Nerang.

3. Pendahuluan
Guru-guru Prasekolah dan pihak pentadbir SK Kuala Nerang bercadang mengadakan
Projek Kebun Lestari dikawasan dan sekeliling pagar prasekolah bagi mengindahkan
kawasan pintu utama sebagai daya tarikan.

4. Matlamat
Memberikan pendedahan dan kemahiran manipulatif, perkembangan fizikal dan
kesihatan, pengurursan diri, pengurusan tingkah laku melalui penanaman sayur dan
urusan penjagaan kebun. Projek ini adalah untuk melahirkan generasi yang cintakan
alam semulajadi dan kehijauan. Semoga projek mampu meningkatkan integriti dan nilai
murni alam sekitar mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pihak sekolah berharap projek ini menjadi pemangkin untuk merapatkan hubungan
antara pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat setempat dan pemimpin setempat.

5. Objektif
5.1 Menjadikan hasil projek sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
5.2 Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih efektif dan kondusif selari
dengan konsep pembangunan lestari.
5.3 Mewujudkan lanskap prasekolah yang kondusif, cantik , selamat dan harmonis
dengan amalan hidup lestari.
5.4 Membekalkan sayur yang berkualiti, segar dan bebas daripada bahan kimia
disamping menjimatkan perbelanjaan bahan makanan prasekolah.
5.5 Melahirkan generasi yang cintakan alam semulajadi, mengamalkan konsep 3R (re-
use, reduse, recycle).

6. Tempoh perlaksanaan
Sepanjang tahun
7. Kumpulan sasaran
Semua warga Prasekolah SK Kuala Nerang yang terdiri daripada guru, pembantu
pengurusan murid dan ibu bapa.

8. Fasa pelaksanaan
Fasa Permulaan:
1) Murid mencari maklumat di internet berkaitan kaedah penanaman sayur.
2) Murid membawa benih sayur ke sekolah untuk semaian (kerjasama ibu bapa)

Fasa Perkembangan:
1) Murid menyemai biji benih (bantuan guru dan PPM)
2) Murid memindahkan tanaman sayur di dalam poli beg.
3) Murid menyiram tanaman setiap hari mengikut giliran dan memberi baja kepada
tanaman ikut keperluan
4) Murid memerhati dan merekod perkembangan anak pokok setiap hari.

Fasa 3:
1) Murid dan guru membuat refleksi mengenai kaedah penanaman pokok.

9. Jawatankuasa Kerja Projek Kebun Lestari

Penasihat : Encik Rosidi Bin Ismail (Guru Besar SKKN)

Pengerusi : Encik Ahmad Muzznizal Bin Abdul Halim (Guru

Prasekolah)

Setiausaha : Puan Sharifah Binti Saad (Guru Prasekolah)

Bendahari : Puan Sabariah Binti Abdul Hamid (Guru Prasekolah)

Ahli Jawatankuasa : Puan Nang Zainab Binti Nik Abd Hamid (PPM)

Puan Intan Najmey Binti Mustapha (PPM)

Puan Azriana Wati Binti A. Bari (PPM)


10. Anggaran Perbelanjaan

Anggaran Kos Sumber


Bil Perkara Kuantiti Jumlah
Seunit Kewangan
Tanah dalam
Sumbangan
1 poli beg saiz RM2.50 52 BEG RM130
PPD
15 x 16
Baja Ezigrow Sumbangan
2 RM35.00 2 BOTOL RM70
500ML PPD
RM200 Sumbangan
Jumlah
PPD

11. Penutup

Projek Kebun Lestari Prasekolah SK Kuala Nerang dibina dengan


mengaplikasikan kaedah tanaman organik ini diharap mampu mecapai matlamat
dan objektif yang telah digariskan. Projek ini akan memberikan impak yang
cukup besar di dalam memperkasakan hala tuju dan prinsip pendidikan awal
kanak-kanak. Projek ini diharapkan akan dapat membantu kanak-kanak dalam
menempuhi pendidikan arus perdana serta dapat memberikan satu definisi yang
jelas bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada ibu bapa dan seluruh
masyarakat yang terlibat. Jesteru, penglibatan daripada pelbagai pihak amat
dialu-alukan dalam memastikan projek ini dapat dijayakan.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

………………. ………………………
(SHARIFAH BINTI SAAD)
Setiausaha Prasekolah
SK Kuala Nerang

You might also like