You are on page 1of 10

Tapak Tanaman Taman Herba

TAPAK A DAN B

TAPAK C

TAPAK D

TAPAK SEMAIAN

PELAN SUSUN ATUR TAMAN HERBA

KERTAS KERJA TAMAN HERBA


KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
1.0 PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di
setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar juga telah
mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai Besar adalah dibawah
pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Koperasi Sekolah SMKSB Berhad.
Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah Kualiti Daerah
Sabak Bernam pada tahun 2010. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman herba terbaik
daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang
perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Herba SMK Sg Besar. Penambahbaikan ini
berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang memantau kualiti taman-taman
herba sekolah pada tahun 2010.
2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan
herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang
semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SMK Sg Besar
. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai
perubatan .
4.0 OBJEKTIF.
Objektif Kertas Kerja ini ialah :
1.

Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan

penambahbaikan Taman Herba Sekolah.


2.

Mendapatkan

peruntukan

yang

diperlukan

untuk

proses

pemulihan

dan

penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan Program
Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
3.

Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi

landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.


4.

Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak

jawatankuasa pelaksana Taman Herba .


5.

Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas

dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA


PENASIHAT

PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF


PENGETUA CEMERLANG

PENGERUSI

PN SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID


PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I

EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI


GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENYELARAS II

EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1

PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II :

PN FARIDAH BINTI SARANI

AJK GURU DAN KAKITANGAN :


1. EN SALIHIN B AMAT
2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD
3. EN AZMAN BIN SAIRI
4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM
5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

AJK PELAJAR :
MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 )
FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 )
MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 )
MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ABDUL HAMID (4A3)
MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2)
ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3)
MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4)
MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3)
MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3)
FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan
Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010 beberapa perkara telah
dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Herba Sekolah.
Kekuatan :
1.

Mempunyai

pelbagai

variasi

tumbuhan

mengikut

kategori

herba

yang

dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman herba
pelbagai kategori.
2.

Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik

dan sistem fertigasi.


3.

Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT

dan Taman Herba Pendidikan Khas.

4.

Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada

program Taman Herba Sekolah.


Kelemahan :
1.

Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati .

2.

Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.

3.

Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.

4.

Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan

sempurna.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .
Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil
tindakan segera , antaranya ialah :
1.

Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba

Sekolah.
2.

Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan

batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman Herba
sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu
apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
3.

Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

4.

Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .

5.

Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub

Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman yang
semakin bertambah pada masa akan datang.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN


Bil

Perkara

Jumlah Kos

Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan kolam )

Sumber

1000.00

SEKOLAH

Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil

350.00

SEKOLAH

Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00

300.00

SEKOLAH

Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba

300.00

SEKOLAH

Membeli anak pokok dan benih herba

200.00

KOSMEK BHD

Kos penyelenggaraan

300.00

KOSMEK BHD

( Tanah semaian, racun

rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman ,


baja , makan minum, peralatan )

JUMLAH

2450.00

9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.


Mulai tahun 2010 , Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi SMK
Sungai Besar Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian taman herba sekolah .
Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai Projek Keusahawanan Koperasi
Sekolah pada tahun 2010 dan 2011 . Melalui peruntukan Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada
2010, telah digunakan untuk menaik taraf sistem pengairan Taman Herba SMK Sungai Besar . Sistem
yang digunakan ialah gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi dan
pancuran automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman herba akan lebih
mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa telah
meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa penyelidikan . Fasa
kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian . Taman herba ini telah menjalani
fasa pertama pada 2010 untuk fasa penyelidikan dan latihan penanaman herba yang boleh
dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2011 ini, perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman
herba-herba kormersial yang boleh dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit,
lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga.
Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali ,
manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan diberikan
kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat tanaman herba dan
nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2012

. Mengikut perancangan

tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil . Hasil jualan ini nanti
diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan dapat mencatat
keuntungan seawalnya pada tahun 2013 atau 2014.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan
memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang teliti dan
komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan Tanaman Herba ini.
Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan berterusan pada tahun-tahun
yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk
pertandingan Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi juga mewujudkan satu peluang perniagaan
berasaskan tanaman herba.
10.0 PENUTUP :
Program Warisan Taman Herba Sekolah SMK Sungai Besar 2011 merupakan projek
serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman Herba Sekolah
sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010 dan juga menjadi salah satu
projek Keusahawan Koperasi Sekolah yang berasaskan tanaman herba . Sehubungan itu, kertas

kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan
masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah
dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Sungai Besar. Akhirnya, dengan kerjasama
pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SMK Sungai Besar akan mendapat mencapai kejayaan
yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................
(AHMAD LUTFI BIN HASHIM)
Penyelaras II
Taman Herba SMK Sungai Besar.

TAPAK A

TAPAK B

TAPAK C

TERATAK DUNIA SAINS


DAN TEKNOLOGI

SANGKAR BURUNG
((Telah siap dibina)

TAMAN HERBA DUNIA


SAINS DAN TEKNOLOGI

(Cadangan meletakkan
Gazebo)

You might also like