You are on page 1of 15

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Soalan 2 (a) Pengurusan sumber manusia Carta organisasi Panitia Kemahiran Hidup

Guru Besar

Penolong Kanan

Ketua Panitia

Guru Kemahiran Hidup

Panitia Tanggungjawab ketua panitia ialah; a) Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester. b) Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan c) Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan d) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini. e) Menjalankan mesyuarat panitia Pengurusan Pelajar a) Menyediakan Peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar b) Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat. c) Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar.

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Ketua Formen

KUMPULAN A Ketua kebersihan

KUMPULAN B Ketua Alatan

KUMPULAN C Ketua Projek

KUMPULAN D Ketua Susun Atur Meja dan Kerusi

Carta tugasan murid-murid. Tugasan Minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Kebersihan A B C D Alatan B C D A Projek C D A B Meja dan Kerusi D A B C

Jadual tugasan murid mengikut mingguan. Tugas Pelajar a) Tugas Ketua Formen Merupakan Ketua Kelas dan bertanggung jawab terus kepada guru KH. Memastikan semua ketua-ketua kumpulan di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. b) Tugas Ketua Kebersihan Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuangkan sampah dari tong sampah. Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir. c) Tugas Ketua Alatan

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang mengagih alatan kepada pelajar-pelajar. Memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan. d) Tugas Ketua Projek Mengedarkan bahan projek bersama pembantunya kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan. Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/almari/tempat penyimpanan projek belum siap. e) Tugas Ketua Susun Atur Meja dan Kerusi Memastikan kerusi dan meja tersusun rapi sebelum keluar bengkel KH. Melaporkan kerosakan kerusi dan meja kepada guru KH.

Soalan 2 (b) Peraturan keselamatan makmal 3

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Peraturan dan Keselamatan 1) Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. 2) Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:i. ii. iii. Keselamatan am Keselamatan diri dan rakan Keselamatan alatan dan bahan

Keselamatan Am 1) Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. 2) Rambut mestilah pendek dan kemas. 3) Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. 4) Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya. 5) Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan senti as a kemas, bersih dan teratur. 6) Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. 7) Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH. 8) Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. Keselamatan Diri dan Rakan 1) Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. 2) Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, 3) Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. 4) Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja. 5) Bagi murid-murid perempun, rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. 6) Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH. Keselamatan Alatan dan Bahan. 4

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

1) Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. 2) Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. 3) Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. 4) Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.

Alat Bantuan Kebakaran 1) Alat pemadam api yang berfungsi dengan baik perlu sebagai persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel. 2) Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan. 3) Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya. Label Alat Pemadam Api Jenis A Jenis ABC Bahan dan Punca Kebakaran Air / Punca kebakaran kayu, sampah dan plastik. Debu kering/ Sesuai untuk semua jenis kebakaran

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Soalan 2 (c) Sistem Penyimpanan Stok. Penyimpanan stok amat penting bagi bengkel KH. Tujuaan utamanya ialah supaya stok mencukupi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Stok bengkel KH perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Menjadi tanggunggungjawab guru panitia KH untuk mengurus stok dengan baik. Stok yang hendak disimpan hendaklah dilabelkan dan diasingkan mengikut kategori masing-masing. Bahan yang beracun, mudah terbakar dan berkimia seperti racun, syelek, terputin, spirit dan sebagainya perlu disimpan di tempat berkunci. Bahan yang berkayu hendaklah disimpan di tempat yang kering dan berlapik bagi mengelakkan kayu tersebut rosak. Penggunaan buku stok dalam KHSR. Terdapat beberapa jenis buku stok yang digunakan untuk mengawal bekalan suapaya mencukupi iaitu : 1) Buku Stok Am untuk pembelian/ penerimaan alat dan bahan. 2) Buku Stok Alat untuk alatan kekal. 3) Buku Stok Bahan untuk bahan habis guna. 4) Buku Rekod Pinjaman Alat untuk rekod keluar dan masuk alatan tangan.

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

BUKU STOK AM Buku stok am digunakan untuk mencatat semua bahan dan alatan yang dibeli dan diterima dari Jabatan Pelajaran Negeri/ Gabungan/ Daerah/ Sekolah. Berikut merupakan contoh buku stok am :

TARIKH

NO. PESANAN I SURAT PENGHANTARAN JPN

PERKARA

KUANTITI HARGA SEUNIT

JUMLAH HARGA

CATATAN

16/01/2009 JP(PP)SPA/13 Jld. V(1)

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 1. Pembaris besi 2. Gergaji belah 3. Syelek Jingga 12 unit 12 unit 12 botol B.S. Alat B.S.Alat B.S. Bahan

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

BUKU STOK ALAT 1) Digunakan untuk mencatat alat yang dibeli atau diterima dari Jabatan Pelajaran Negeri/ Gabungan/ Daerah/ Sekolah 2) Jika berlaku kerosakan atau kehilangan perlu juga dicatat dalam buku ini. 3) Untuk satu muka surat dicatatkan satu jenis alat sahaja. Nama Alat: Gergaji belah

TARIKH

DI TERIMA DARIPADA / DIKELUARKAN KEPADA

TERIMA

KElUAR

BAKI

CATATAN

16/01/2008 SK Sg Acheh (KH) 3015/10/2008 Hilang

12 unit 4

12 unit 8

30/01/2009 Semak Stok

10

1 rosak

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

BUKU STOK BAHAN HABIS GUNA 1) Digunakan untuk mencatat semua bahan yang dibeli atau diterima dari JPN / Gabungan / Daerah / Sekolah. 2) Mencatat semua bahan yang dikeluarkan untuk digunakan. Nama Bahan: Syelek Jingga TARIKH DITERIMA DARIPADA / DIKELUARKAN KEPADA 05/01/2009 SK Sg Acheh (KH) 12 biji 12 biji TERIMA KELUAR BAKI CATATAN

15/01/2009

Digunakan - Tahun 4 Madu

6 biji

6 biji

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

BUKU REKOD PINJAMAN STOK. 1) Digunakan untuk mencatat : a. Nama peminjam. b. Jenis alat yang dipinjam. c. Tarikh alat dipinjam. d. Tarikh alat dikembalikan

TARIKH NAMA PEMINJAM

ALAT YANG DIPINJAM

KUANTITI TfTANGAN TARIKH DIKEMBALIKAN 1 unit t.t. 10/3/2009

T/TANGAN

CATATAN

16/2/2009 Mak Song Sang

Playar gabung

t.t.

16/3/2009 Tamil Nandhut

Pemutar skru

1 unit

t.t.

10

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

11

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Soalan 2 (d) Penyenggaraan mesin dan peralatan Perkakas dan alat tangan serta mesin yang ada di dalam bengkel KH adalah untuk kegunaan guru KH dan murid-murid ketika melakukan aktiviti dan projek. Kos yang tinggi diperlukan untuk menyediakan perkakas dan alat tangan serta mesin bagi memenuhi kemudahan pengguna bengkel KH. Semua pengguna bengkel KH perlu menggunakan, menjaga dan menyimpan serta alat tangan dengan cermat dan baik. Senggaraan Mesin dan Peralatan 1) Unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan untuk setiap mesin dan peralatan yang ada. Nama mesin/peralatan Tarikh diperbuat dan nama pengeluar Tarikh dibeli dan nama pembekal Kos pembelian Nombor siri pada mesin/peralatan Jumlah masa mesin/peralatan telah digunakan sejak baru 2) Semua mesin/peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana kebersihan adalah penting dalam senggaraan. 3) Pelinciran pada mesin/peralatan mestilah diperiksa setiap kali sebelum menggunakannya. 4) Mesin/peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar. 5) Pemeriksaan ke atas mesin/peralatan mestilah dibuat terhadap alat keselamatan yang sedia ada pada mesin/peralatan.

12

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

(b) Senggaraan Mesin dan Peralatan Tangan 1) Pemeriksaan dan pembaikan hendaklah dilakukan ke atas peralatan tangan sebelum digunakan. 2) Murid-murid yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan haruslah diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara membaik pulih kerosakan yang kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan murid tadi dari bahaya akibat menggunakan peralatan yang rosak. 3) Perkakas dan alat tangan yang sering dijaga disenggara dengan baik akan : a. Sentiasa berkeadaan baik. b. Tahan lebih lama. c. Mengelakkan berlaku kemalangan. 4) Kerja menyenggara terdiri daripada : a. Membersih b. Meminyak. c. Menyimpan. Membersih mesin dan alat tangan menggunakan bahan dan agen pembersih. 1) Alatan tangan mudah dicemari kotoran seperti habuk, cat, minyak dan karat. 2) Kotoran ini jika dibiarkan akan mengakibatkan peralatan tersebut rosak. 3) Bahan-bahan yang diperbuat daripada logam dibersihkan dengan kertas las sebelum disapu dengan minyak untuk mencegah pengaratan. 4) Di antara bahan yang boleh digunakan untuk membersih : Bil 1 2 3 Agen pembersih Cecair pencuci dan sabun Kertas las Minyak tanah dan thinner Tujuan Membersihkan perkakas. Menanggalkan karat pada alatan tangan dan mesin. Membersihkan atau menanggalkan kesan cat dan minyak. Meminyak mesin dan alatan tangan untuk perlindungan dan pelincir.

13

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

1) Minyak yang disapukan pada alatan tangan dan mesin untuk melicinkan bahanbahan yang bergerak. 2) Terdapat dua jenis minyak yang biasa digunakan iaitu : a. Minyak pelincir. b. Minyak pekat atau gris. 3) Minyak pelincir sesuai digunakan untuk mencegah pengaratan pada alatan tangan dan perkakas. 4) Minyak pekat atau gris sesuai digunakan pada mesin yang bergerak. Menyimpan mesin dan alatan tangan. 1) Mesin dan alatan tangan yang digunakan perlu disimpan dengan kemas dan teratur ditempat yang dikhaskan. 2) Tujuan penyimpanan ditempat khas bagi memudahkan kita mengambil apabila diperlukan. 3) Tempat penyimpanan memudahkan kita mengesan sebarang kehilangan atau kerosakan apabila alatan dan mesin tersebut disusun di tempatnya dengan teratur. 4) Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan mesin dan alatan tangan pada rak arau kotak alatan.

Bibliografi

14

HBLS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP SEMESTER JANUARI 2009

Open University Malaysia (November 2007). HBLS Pengenalan Pendidikan Kemahiran Hidup. Selangor : Meteor Doc Sdn Bhd Mok Soon Sang (2007). Nota Ulangkaji dan Latihan PTK Bahagian II (Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran). Perak : Multimedia-ES Sdn Bhd Mok Soon Sang (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd Syahrul Effendy (2007). myMentor Kemahiran Hidup Tahun 4. Selangor : Pan Earth Sdn Bhd

15

You might also like