You are on page 1of 2

Aktiviti: Projek Menanam Jagung

Cadangan Masa 2 bulan

Tunjang Utama Tunjang Sains dan Teknologi

Standard Pembelajaran SA3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh-tumbuhan


Utama

Standard Pembelajaran SA3.4.7 Memerhati dan merekodkan proses percambahan dan


lain yang disepadukan pertumbuhan biji benih

Objektif Pelajaran Pada akhir pelajaran, murid dapat mananam jagung mengikut
langkah yang betul

Kemahiran Utama Memerhati, Mengaplikasi, Menilai

Kosa Kata Menyiram, biji benih jagung, penyodok, cahaya matahari, air

Alatan dan Bahan Penyodok, penyiram bunga, baja, biji benih jagung, pasu

Langkah Pengajaran:

 Sebelum pembelajaran

1. Guru mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada murid


seperti pernah makan jagung.

2. Guru menerangkan keperluan asas tumbuh-tumbuhan dengan slaid/


video.

3. Guru memperkenalkan cara menanam jagung dengan menayangkan


video.

4. Murid mencari maklumat tentang penanaman jagung melalui Internet.

5. Guru menyediakan alat-alatan yang diperlukan.

6. Guru menentukan tempat untuk menanam jagung iaitu pasu.

7. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4


orang ahli dalam kumpulan.
 Semasa pembelajaran

1. Guru menjelaskan cara penggunaan alat-alatan dan perkara-perkara yang


harus diberi perhatian.

2. Murid menanam jagung dalam kumpulan dengan bimbingan guru.

3. Murid mendirikan papan yang ditulis dengan nama ahli kumpulan dan
meletakkannya di depan kawasan jagung kumpulan sendiri.

4. Murid menyiram jagung yang ditanam setiap hari.

5. Murid memerhati proses pertumbuhan jagung seperti ketinggiannya dan


perubahannya setiap minggu, kemudian mencatatkannya dalam jadual
yang disediakan.

 Selepas pembelajaran

1. Murid membuat refleksi terhadap hasil sendiri dalam kumpulan.

2. Murid menikmati jagung yang ditanam.

You might also like