You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TEMU

KM5, PADANG TEMU, MELAKA.

KERTAS KERJA
PROJEK TAMAN BUNGA
KELAB KITAR SEMULA

TARIKH :
FEBRUARI 2020 - OKTOBER 2020

TEMPAT :
SEPANJANG PINTU MASUK SEKOLAH
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________ _

1.0 PENGENALAN

Program kitar semula banyak dijalankan di sekolah-sekolah. Tujuan program


ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah
tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk
menjaga kebersihan, kecantikan dan keceriaan sekolah.

2.0 RASIONAL

Rasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah SMKPT


menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar
semula dan menanam pokok-pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan
kesedaran murid untuk menghayati dan menghargai alam semula jadi demi
memelihara bumi kita.

3.0 MATLAMAT

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam


sekitar.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membuka minda murid-murid tentang kegunaan bahan-bahan kitar


semula.
4.2 Meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk menjaga dan menghargai
alam sekitar.
4.3 Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif
untuk pembelajaran dan pengajaran.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : Februari 2020 – Oktober 2020
5.2 Masa : Waktu perjumpaan kelab/persatuan
5.3 Tempat : Sepanjang pintu masuk sekolah

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga SMKPT khasnya ahli Kelab Kitar Semula
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________ _

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN


Penasihat : Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim
(Pengetua SMKPT)
Pengerusi : Pn. Zarinah Binti Zakariyah
(GPK Kokurikulum SMKPT)
Setiausaha : Pn. Tan Eng Hua
(Ketua Guru Penasihat Kelab Kitar Semula)
Bendahari : En. Hoe Hock Seng
(Guru Penasihat Kelab Kitar Semula)
AJK : 1. Pn Izzah binti Fuad
2. Cik Nor ‘Adilah Binti Anuar
(Guru Penasihat Kelab Kitar Semula)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Tanah Kebun : RM 280.00

Pokok bunga : RM 150.00

Perkakasan : RM 100.00

Cat : RM 120.00

Baja : RM 50.00

JUMLAH: RM 700.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan daripada sekolah dan PIBG sekolah

10.0 PENUTUP

Pada akhir projek taman bunga Kelab Kitar Semula sekolah ini diharapkan
bahawa dapat mewujudkan kawasan sekolah yang ceria, selesa dan kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah
terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta bersama-sama menjaga
sekeliling sekolah supaya sentiasa bersih dan cantik.
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________ _

Disediakan oleh :

…………………………………
( En. Hoe Hock Seng)
Guru Penasihat,
Kelab Kitar Semula SMKPT

Disemak oleh :

………………………………...
(Pn. Tan Eng Hua )
Ketua Guru Penasihat.
Kelab Kitar Semula SMKPT

Disahkan oleh :

……………………………………
(Pn. Zarinah Binti Zakariyah)
GPK Kokurikulum SMKPT

You might also like