You are on page 1of 4

PROJEK PENANAMAN

TAMAN MINI HERBA

KERTAS KERJA TAMAN HERBA SEKOLAH

PENDAHULUAN .

Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang ingin diterapkan kepada
pelajar-pelajar sebagai proses permulaan pengurusan diri. Oleh itu, Sekolah
Kebangsaan SK Assunta (2) (M) juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri.
Taman Herba SK Assunta adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup.

1.0 MISI .

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan


yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman
herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan
kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

2.0 VISI

Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SK Assunta (2) (M). Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .

3.0 OBJEKTIF.

Objektif Kertas Kerja ini ialah :


1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan
penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Herba.
3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari
segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan
sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku
pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENGERUSI :

PENYELARAS :

PENOLONG :
PENYELARAS

SETIAUSAHA :

AJK GURU DAN KAKITANGAN :

AJK PELAJAR :

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program Taman


Herba beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah
baik program Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :
1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori herba.
2. Mempunyai sumber/punca air.
3. Kesesuaian tempat/tanah yang sesuai untuk penanaman herba.

Kelemahan :
1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang
didapati .
2. Tidak mempunyai unsur air pancuran dalam Taman Herba.
3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum
lengkap dan sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman
Herba dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan
menarik . Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang
menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca
panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
2. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
3. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar
didapati .
4. Memohon kerjasama daripada pihak pertanian.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber


(RM)
1 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu
krikil
2 Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x
RM15.00
3 Memasang Papan Tanda dan Label
Pokok herba
4 Membeli anak pokok dan benih herba
5 Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian,
racun rumpai, kawalan serangga dan
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
JUMLAH

9.0 PENUTUP :
Program Taman Herba Sekolah Assunta (2) (M) merupakan projek rintis bagi
tahun 2018. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja
ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah
supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh
pihak jawatankuasa Taman Herba. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak
diharapkan Taman Herba akan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada
tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................
( )
Setiausaha I

DISEMAK OLEH :

............................................

DISAHKAN OLEH :

............................................

You might also like