You are on page 1of 4

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KETENGAH JAYA

1.0 PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap
Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar juga telah mewujudkan
Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai Besar adalah dibawah pengawasan Panitia
Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Koperasi Sekolah SMKSB Berhad. Taman Herba ini telah
dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010.
Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman herba terbaik daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini
dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan
Taman Herba SMK Sg Besar. Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh
para hakim yang memantau kualiti taman-taman herba sekolah pada tahun 2010.

2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan
herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan
pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh
generasi masa kini.

3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SMK Sg Besar .
Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan .

4.0 OBJEKTIF.
Objektif Kertas Kerja ini ialah :

1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan


penambahbaikan Taman Herba Sekolah.

2. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun
atur tanaman herba yang dipamerkan.

3. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa
pelaksana Taman Herba .
4. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan
memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENGERUSI : EN. AZMAN BIN MOHD NOR (PENGETUA)


TIMB/PENGERUSI : EN. AZMIN BIN AB RAHMAN (GPK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI I : HJ. ABU MANSOR MATURIDI B. AWANG (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI II : HJ. AZMAN BIN ABDULLAH (GPK KOKO)
NAIB PENGERUSI III : PN. NORLAILI BINTI RATIM (GPK TINGKATAN 6)
PEMANTAU : PN. FAZLIZA BINTI OTHMAN (GKMP BAHASA)
SETIAUSAHA : PN.YUSLIZA BINTI YUSUF
(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA)
PEN. SETIAUSAHA : PN.FARIDATUL AKMAL BINTI RAHMAT
( KETUA PANITIA SAINS)

. AHLI JAWATANKUASA : JK INDUK PSS


JK KERJA PSS
SEMUA GURU PANITIA SAINS DAN MATH

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Program
Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010 beberapa perkara telah dikenal pasti untuk
dijadikan rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :

1. Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang dipertandingkan. Setakat
ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman herba pelbagai kategori.

2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik dan sistem
fertigasi.

3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT dan Taman
Herba Pendidikan Khas.

4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada program Taman
Herba Sekolah.
Kelemahan :

1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati .

2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.

3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.

4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan sempurna.

7.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos


1 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba RM300.00
2 Membeli anak pokok dan benih herba RM200.00
3 Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, racun rumpai, kawalan RM300.00
serangga dan penyakit tanaman , baja , makan minum, peralatan )

JUMLAH RM800.00

8.0 PENUTUP :
Kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan
dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang
oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Ketengah Jaya. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak
diharapkan Taman Herba SMK Ketengah Jaya akan mendapat mencapai kejayaan yang lebih
membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

ULASAN/ PANDANGAN/ KELULUSAN PENGETUA :

..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(YUSLIZA BINTI YUSUF) (AZMAN BIN MOHD NOR)


Guru Perpustakaan & Media Pengetua.
SMK Ketengah Jaya SMK Ketengah Jaya
Dungun Terengganu Dungun Terengganu

You might also like