You are on page 1of 8

SEK. MEN. KEB.

RAJA MUDA MUSA


45600 BESTARI JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG
PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran:
UNIT KOKURIKULUM
SMK RAJA MUDA MUSA
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah
satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian
terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih
dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.

1.2 Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Unit Kokurikulum telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan
amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka. Antara aktiviti yang dirangka dan akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan
kawasan longkang, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan
pembiakan nyamuk aedes. Adalah menjadi harapan agar para pelajar dan warga SMK Raja
Muda Musa akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta
mencapai matlamat program ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah,
selamat dan ceria;

2.2 melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum;

2.3 mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, pendidik dan
warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti;

2.4 meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan
dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan;
2.5 menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti
3.0 KUMPULAN SASARAN
Semua ahli kelab dan persatuan SMK Raja Muda Musa

4.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh : 11 Nov 2013 / Isnin


Tempat : Kawasan sekitar SMK Raja Muda Musa
Masa : 7.30 – 1.10 tgh hari
Pakaian : Pakaian Sukan

5.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

5.1 Padang
- membersihkan padang, mencabut tumbuhan berduri dan membuang bahan-bahan
yang menganggu aktiviti di padang.

5.2 Tapak perhimpunan


- membersihkan sampah di sekitar tapak perhimpunan, di kawasan bendera dan juga
pentas.

5.3 Tandas
- membersihkan lantai, mangkuk tandas, cermin dan sinki. Sinki hendaklah berada
dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat contohnya tiada kotoran, tisu, rambut dan
kotoran lain didalamnya.

5.4 Surau
- Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang dan bahagian dalam surau itu
sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar
tempat wuduk (lelaki dan perempuan)

5.6 Pembersihan longkang


- Tugas membersihkan longkang ini adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui
kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang
pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar
khususnya yang berada di sekolah.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Azmi Bin Misron


Timbalan Pengerusi : Pn. Noraliza Bt Md Nusi
Naib Pengerusi I : Pn. Aspuriah Bt Masoad
En. Halim Bin Omar
Pn. Norul ‘Aini Bt Omar
Pn. Masmerah Bt Urmin
Naib Pengerusi II : Pn Rosinah Bt Sungip
Pn Norsiah Bt Abu Samat
En Azhar B. Osman
En Mazzam B. Abu Bakar
Penyelaras : Pn. Sharifah Norziedah Nordin

AJK PELAKSANA

Tempat Kelas/Tingkatan Pemantau


Padang  Sains Pertanian
 Kaunseling&
Kerjaya/PRS
 MPPU
Tapak perhimpunan  Bahasa Inggeris
 ERT
Tandas Pelajar Perempuan  Bahasa Cina
 Pengguna
Tandas Pelajar Lelaki  Bahasa Tamil
 Guru penasihat
 Rukun Negara
Tandas guru perempuan  Pendidikan Islam kelab dan persatuan
 Penyelaras
 Prostar
Tandas guru lelaki  Matematik kelab/persatuan
 Briged Siber akademik dan
Surau  Sains bukan akademik
 Usahawan
Longkang Kantin  Geografi dan Alam
Sekitar
 SPBT
Gelanggang bola tampar  Pendidikan Seni
 Pencegahan Jenayah
Pusat Sumber sekolah  Bahasa Melayu
 Kemahiran Hidup
Bilik Sahsiah  Sejarah
 KKQ

7.0 SUMBER PERBELANJAAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumber diperolehi daripada :

a) Pihak sekolah
1. Makanan dan minuman murid
________________________
RM 544.00

2. Peralatan gotong-royong
________________________
RM 258.00

________________________
JUMLAH KESELURUHAN RM 802.00
_________________________

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Makanan dan minuman untuk 200 orang pelajar


1. Bihun
2. Air sirap/mineral
3. Cawan polistrin
___________________
RM 544.00

b) Peralatan gotong-royong
1. Penyapu sampah
2. Penyodok sampah
3. Pencedok longkang
4. Pembersih longkang
5. Pembersih mangkuk tandas
6. Penolak air
7. Plastik sampah hitam
8. Serbuk/cecair pencuci
9. Berus sabut
10. Kain tuala
11. Paip getah
12. Pengetat paip getah
13. Penggarit

_____________________
RM 258.00

_______________________

JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN RM 802.00

_______________________

9.0 PENUTUP

Program gotong-royong ini adalah satu program yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya dari
guru-guru SMK Raja Muda Musa. Semoga program ini dapat membantu menceriakan sekolah
dan seterusnya dapat meningkatkan lagi imej sekolah.
Disediakan oleh; Disahkan oleh;

(NOOR FARHANA ABD. SAMAD) (EN. AZMI BIN MISRON)


Pengetua
SMK Raja Muda Musa

HASIL ATAU IMPAK SELEPAS GOTONG ROYONG

SENARAI SEMAK UNTUK KELAS

□ Carta organisasi kelas


□ Jadual Kelas terkini

□ Senarai nama pelajar

□ Sudut informasi/bacaan/mata pelajaran

□ Visi dan misi kelas

□ Lapik meja

□ Tingkap dan cermin dibersihkan

□ Kata-kata perangsang dan hikmat

□ Peraturan am kelas ditampal

□ Pastikan penyapu, penyodok sampah dan bakul sampah boleh digunakan

SENARAI SEMAK UNTUK BILIK KHAS

□ Carta Organisasi

□ Jadual Tugasan

□ Perabot dan meja tersusun rapi

□ Fail-fail dikemaskini

□ Peraturan dalam bilik, bengkel atau makmal dipamerkan

□ Pastikan alat pemadam api berfungsi

□ Meja kerja, lantai dan peralatan dibersihkan

□ Kit kecemasan boleh digunakan

□ Singki dibersihkan dan boleh digunakan

□ Tingkap dan cermin dibersihkan

You might also like