You are on page 1of 9

HBEF 2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

AMBILAN KHAS (SEPTEMBER / 2013 )

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TAJUK :

T1A3

JURNAL REFLEKTIF
AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT:

MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

NAMA : NORAZA BINTI MOHAMED@MOHD DAUD

NO. MATRIKULASI : 741212035298001

NO. KAD PENGENALAN : 741212035298

NO. TELEFON : 0129290322

E-MAIL : norazamohamed@yahoo.com

PENSYARAH : ON LINE

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KELANTAN/KOTA BHARU.


HBEF 2803

Isi Kandungan

Perkara muka surat

1. Jurnal reflektif aktiviti khidmat masyarakat. 1- 4

2. Refleksi kendiri gotong royong 5- 6


HBEF 2803

JURNAL REFLEKTIF AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT.

AKTIVITI : PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI

KOTA 15150 KOTA BHARU

TEMA : SEKOLAHKU BERSIH MINDAKU CERDAS

Tarikh aktiviti : 20 Ogos 2014 (Rabu)

Tempat : Sekolah SK Seri Kota

Masa : 8:00 pagi hingga 12 tengah hari.

Aktiviti gotong royong bersama semua pelajar dan warga sekolah merupakan aktiviti
yang sangat berkesan untuk memupuk rasa bertanggungjawab, cintai kebersihan alam sekitar
dan jalinan muafakat diantara sesama pelajar , warga pendidik dan staf sokongan sekolah.
Pendedahan secara teori dan diteruskan dengan praktikal pula telah banyak membantu kami
mencapai matlamat gotong-royong yang telah digariskan dalam perancangan aktiviti yang
lepas.

Sebelum melaksanakan program ini, kami telah memilih tarikh 14 Ogos 2014 sebagai
tarikh untuk kami mengadakan mesyuarat bertujuan untuk melicinkan lagi aktiviti yang bakal
dijlankan. Mesyuarat juga dijalankan bertujuan untuk merancang perjalanan aktiviti dengan
lebih tersusun dan mampu mencapai matlamat.

Mesyuarat yang dijalankan ini telah dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan staf
sokongan yang merupakan anggota badan Kelab Guru SK Seri Kota. Mesyuarat telah
diadakan dengan jayanya dan mendapat sokongan yang penuh daripada guru besar yang juga
turut menghadiri mesyuarat tersebut.

1
HBEF 2803

Mesyuarat ini telah melantik dan membuat keputusan dalam pembahagian tugas,
pembahagian kawasan dan juga pelbagai cadangan yang wajar dilaksanakan bagi tujuan
melicinkan ativiti gotong royong .

Aktiviti gotong royong ini dimulakan seawal jam 8:00 pagi kerana kami ingin
memberikan keselesaan kepada pelajar kerana suasana ketika itu adalah selesa dan sesuai
bagi aktiviti di luar bangunan. Program bermula dengan perhimpunan ringkas di Dataran
Harmoni dengan ucapan oleh Tn Hj. Kamarulzaman b Ibrahim selaku guru besar di SK Seri
Kota, yang juga bertindak merasmikan majlis ini. Guru besar memberikan ucapan ringkas
dan seterusnya merasmikan program ini. Sejurus selepas itu,saya Pn.Noraza bt Mohamed
selaku pengarah program telah memberikan sedikit taklimat berkenaan tatacara dan program.
Pembahagian kawasan kepada murid mengikut kumpulan dan guru yang bertugas juga
diterangkan sebagaimana keputusan mesyuarat.

Lebih kurang jam 8.30 pagi murid-murid dengan diawasi oleh guru bergerak ke
kawasan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berjaya memberikan pendedahan kepada murid-
murid tentang cara-cara membersihkan kawasan luar bilik darjah, mungkin boleh
diaplikasikan oleh pelajar apabila mereka berada dirumah. Aktiviti ini dijalankan oleh murid-
murid tahap dua iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid dibekalkan dengan penyapu, beg
sampah, cangkul dan pencakar sampah.

Murid tahun satu dan murid prasekolah bersama-sama dengan guru kelas dan
pembantu prasekolah bergerak ke kelas masing-masing untuk menbersihkan kelas masing-
masing dan kawasan prasekolah. Murid-murid begitu ceria dan bersemangat menjalankan
aktiviti ini.

Murid tahun dua dan tiga pula bersama dengan beberapa orang guru dan juga
kakitangan sekolah bergerak ke kantin sekolah sambil mengutip barangan kitar semula dari
setiap kelas dan mengasingkan barang-barang tersebut mengikut jenisnya seperti kertas ,
botol minuman dari jenis plastik dan kertas surat khabar lama dari Pusat Sumber Sekolah
yang telah dikumpulkan sebelum ini untuk dikitar semula.Pihak kitar Semula telah datang ke
sekolah untuk mengambil semua barang yang dikumpul untuk dibawa ke pusat kitar semula.

2
HBEF 2803

Jelas terbayang di wajah anak-anak ini rasa puas di hati mereka kerana tugas mereka telah
terlaksana dengan baik. Pengalaman sebegini amat bermakna kepada murid-murid kerana
ianya memberi peluang kepada mereka untuk mengurusakan barangan untuk dikitar semula
dan secara tidak langsung menanam rasa cinta kepada alam sekitar dengan mengurangkan
jumlah sampah yang dibuang begitu sahaja dan menggalakan program kitar semula.

Lebih kurang jam 11:00 pagi, aktiviti gotong-royong di luar bangunan dihentikan.
Suasana yang agak panas dengan matahari yang mula terik menyebabkan pelajar mula
menunjukkan rasa yang kurang selesa. Kudapan disediakan kepada pelajar iaitu sedikit mi
goreng dua biji kuih serta air sirap limau sebagai penghilang dahaga. Sepanjang berlangsung
aktiviti air minuman turut disediakan .

Jam 11:30 pagi para pelajar tahap dua bersama-sama dengan guru-guru yang
bertanggungjawab ke atas bilik-bilik khas tersebut mula bergerak ke kelas masing-masing
dan juga turut dibahagikan kepada kumpulan tertentu yang bakal membersihkan bilik-bilik
khas seperti bilik PJK, bilik j-qaf, pusat sumber dan juga musalla.. Daripada aktiviti ini
pelajar mendapat pendedahan mengenai cara menguruskan suasana di dalam rumah.
Daripada pemerhatian saya, aktiviti ini walaupun nampak biasa tetapi pendedahan dan
pengalaman yang diperolehi oleh pelajar amatlah berguna dan dapat membantu
mengurangkan stres, merapatkan hubungan sesama guru dan kakitangan sekolah dan
membantu memberikan idea kepada pelajar unuk menulis karangan berkaitan dengan aktiviti
gotong-royong

Tepat jam 12:00 tengahari, dalam suasana yang mula membahang, aktiviti gotong
royong ditamatkan. Para pelajar masih disediakan minuman sebagai ganjaran atas
keprihatinan mereka. Kepada guru-guru dan semua kakitangan sekolah disediakan sedikit
juadah untuk makan tengahari yang disediakan oleh beberapa orang guru dan kakitangan
sekolah juga dengan cara bergotong-royong bak kata pepatah melayu berat sama dipikul dan
ringan sama dijinjing.

3
HBEF 2803

Saya telah menemubual beberapa orang guru dan seorang wakil ibubapa yang terlibat dengan
aktiviti gotong-royong ini untuk mengetahui pendapat mereka tentang keberkesanan aktiviti
gotong-royong ini kepada guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar.

Kerjasama yang diberikan adalah amat baik malah mereka menyatakan ianya amat
berguna kepada pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan sahsiah diri agar mengamalkan
kebersihan sebagai pegangan hidup, murid-murid lebih berdisiplin disamping memberikan
pengalaman bermakna kepada mereka.

Sesungguhnya aktiviti gotong-royong ini memberi banyak manfaat kepada para


pelajar iaitu dapat mewujudkan nilai tolong menolong dalam diri mereka. Impak yang paling
berjaya diterapkan ialah kepentingan menjaga kebersihan dan memberikan mereka ruang dan
cara memebrsihkan pesekitaran bukan sahaja sekolah, malahan mereka boleh
mengaplikasikannya apabila berada di rumah.

Namun tidak saya nafikan, terdapat juga kelemahan dan kekurangan yang tidak dapat
dielakkan. Saya dengan sifat semulajadi yang sentiasa kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Mungkin kurang pengalaman dalam menjalankan akiviti, terdapat kecelaruan pada
kertas kerja pada awal perancangan.namun akhirnya dapat saya atasi dengan bantuan
daripada rakan yang berpengalaman. Pengalaman ini seseungguhnya amatlah bermanfaat
buat saya kerana banyak aktiviti yang perlu dijalankan sekiranya kita mempunyai kemahiran
dan kebolehan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut menyumbang tenaga dan idea dalam
menjayakan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran SK Seri Kota dan rakan
guru yang banyak membantu dan memberikan keizinan kepada saya untuk menjalankan
aktiviti ini di sekolah.Sesungguhnya saya amat berbangga kerana aktiviti yang dirancang
berjaya mencapai matlamat dan sasaran yang saya harapkan. Akhir sekali lagi ucapan terima
kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini, seterusnya
kepada rakan-rakan seperjuangan, guru-guru dan pelajar yang menjayakan program ini.
Adalah diharapkan agar ianya menjadi suatu pengalaman yang bakal menjana pelajar ke arah
menjadikan negara yang bersih dan terbaik di abad ini.
4

HBEF 2803

REFLEKSI KENDIRI GOTONG-ROYONG

SEKOLAHKU BERSIH MINDAKU CERDAS

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Pertamanya, ingin saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-
Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Saya mula berusaha untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan.. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakanyang telah banyak
membantu untuk membuat tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan
yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Tugasan ini adalah secara individu.

Setelah membaca soalan dan berbincang dengan rakan-rakan sekuliah, kerja-kerja


mencari bahan dimulakan. Saya mencari bahan-bahan yang berkaitan tugasan daripada buku-
buku dan maklumat melalui internet untuk dijadikan sebagai rujukan. Setelah mendapatkan
bahan rujukan yang diperlukan, saya dan rakan sekuliah yang lain mula berbincang untuk
membuat draf perancangan aktiviti yang akan dilakukan seperti memilih tempat, masa dan
pelajar yang diperlukan.

Setelah berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah mesyuarat pertama iaitu pada
14 Ogos 2014 dilakukan untuk berbincang dengan lebih lanjut dalam menentukan tarikh dan
masa, tempat dan juga menetapkan ahli jawatan kuasa kerja.Penerangan ringkas tentang
perjalanan aktiviti gotong royong dan beberapa orang guru telah bersetuju untuk memasak
sendiri juadah untuk makan tengahari bersama-sama menjadikan aktiviti ini lebih
meriah.Tentatif program telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat untuk lebih
menguatkan lagi kefahaman mereka disamping guru-guru dapat memberikan sedikit info
kepada murid-murid tentang perjalanan program gotong-royong itu nanti.
5
HBEF 2803

Walaupun telah banyak kesusahan yang saya lalui, namun terdapat banyak faedah
yang saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat belajar bagaimana mencari sesuatu maklumat
yang agak sukar diperolehi daripada sumber-sumber tertentu.

Saya juga dapat belajar memupuk nilai-nilai murni seperti bersabar, tidak mudah
putus asa, bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya ketika membuat tugasan ini. Apa
yang penting disini segala kesusahan terpaksa ditempuhi dengan tenang dan sabar untuk
mencapai satu-satu kejayaan. Setelah tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya, perasaan
gembira tidak dapat disembunyikan lagi.

Saya mengharapkan program ini ini mampu memberi impak yang baik kepada diri
saya dan para pelajar untuk meningkatkan motivasi pelajar dan ibubapa bagi mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR akan datang. Daripada cabararan itulah saya
jadikan titik tolak untuk saya berusaha dengan lebih gigih dalam meyiapkan tugasan ini
supaya mendapat hasil yang terbaik

Alhamdulillah, kerja kursus ini dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh dan masa
yang dikehendaki. Pelbagai manfaat yang saya peroleh hasil daripada kerja kursus yang
dilakukan. Diharapkan melalui tugasan ini menyedarkan saya, untuk berkerja dengan lebih
tekun dan sabar demi meningkatkan kualiti sebagai seorang guru.

Sesungguhnya, segala kebaikan itu dari Allah S.W.T dan segala keburukan itu atas
kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

You might also like